ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SISTEM PEREKONOMIAN FENARO Rai.E - Mak.
Advertisements

RUANG LINGKUP ANALISIS MAKRO EKONOMI
POLA KEGIATAN EKONOMI.
INTRODUCING MACROECONOMICS
Pola Kegiatan Perekonomian
TEORI EKONOMI MAKRO Bab I Pendahuluan
Kebijakan Pemerintah dalam Menghadapi Masalah Ekonomi
Ruang Lingkup Makro Ekonomi
(I). ANALISIS KESEIMBANGAN PENDAPATAN NASIONAL
RUANG LINGKUP ANALISIS MAKRO EKONOMI
RUANG LINGKUP EKONOMI MAKRO; MASALAH DAN KEBIJAKAN
II. ALAT ANALISIS EKONOMI
26 Permintaan Agregat, Penawaran Agregat, dan Inflasi
PENGANGGURAN, INFLASI & KEBIJAKAN PEMERINTAH
Pendahuluan: Pengertian dan ruang lingkup ekonomi makro
Perekonomian Indonesia
PENGANTAR EKONOMI 2 ATA 2016/2017 UNIVERSITAS GUNADARMA
PENGANTAR ILMU EKONOMI MAKRO BAB 1
Pertemuan 7 Penghitungan Pendapatan Nasional
PENGANTAR ILMU EKONOMI MAKRO BAB 1
Aliran Barang dan Uang Bekerjanya Mekanisme Pasar
Konsep Dasar Ekonomi Makro
Hal-hal yang di terangkan:
Penentuan Kegiatan Ekonomi
Ruang Lingkup Analisis Ekonomi Makro
BAB 3 PENENTUAN KEGIATAN EKONOMI : PANDANGAN KLASIK, KEYNES, DAN PENDEKATAN MASA KINI.
26 Permintaan Agregat, Penawaran Agregat, dan Inflasi
INTRODUCING MACROECONOMICS
NERACA PEMBAYARAN KURS VALUTA ASING DAN PERTUMBUHAN EKONOMI
SRI SULASMIYATI, S.SOS., MAP
NERACA PEMBAYARAN KURS VALUTA ASING DAN PERTUMBUHAN EKONOMI
KONSEP DASAR ILMU EKONOMI MAKRO
POLA KEGIATAN EKONOMI.
BAB 5 KESEIMBANGAN EKONOMI TIGA SEKTOR
Permintaan dan Penawaran Agregat
NERACA PEMBAYARAN KURS VALUTA ASING DAN PERTUMBUHAN EKONOMI
Kesesuaian Kebijakan Ekonomi Konvensional dalam Kebijakan Pembangunan
TINJAUAN RINGKAS MENGENAI TEORI, MASALAH DAN KEBIJAKAN MAKROEKONOMI
MAKRO EKONOMI PENDAHULUAN
Perekonomian Indonesia
BAB 7 Keseimbangan AD-AS
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
BAB 12 Neraca Pembayaran, Kurs Valuta Asing dan Kegiatan Perekonomian Terbuka Neraca Pembayaran : suatu catatan aliran keuangan yang menunjukkan nilai.
Matrikulasi PENGANTAR EKONOMI MAKRO
(Makroekonomi) Ruang Lingkup Analisis Ekonomi Makro
PAF 3013 : Accounting Theory and Practices
RANCANGAN PERNIAGAAN.
BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
KEHENDAK MANUSIA Vs SUMBER EKONOMI KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS
INTRODUCING MACROECONOMICS
EKONOMI MIKRO DAN EKONOMI MAKRO. Ekonomi Mikro Ekonomi Makro Ekonomi Mikro Ilmu ekonomi yang mempelajari fungsi ekonomi individu dan perilaku sistem pembuatan.
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
MENGENAL PASTI HALANGAN PERKEMBANGAN
SISTEM INVENTORI PERMINTAAN TIDAK BERSANDAR
PENGENALAN KEPADA PELABURAN
ASAS KEPADA PERDAGANGAN
PENGURUSAN BAHAN BAB 6.
PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN
Taksonomi Pelaburan Awam
INTRODUCING MACROECONOMICS
NERACA PEMBAYARAN KURS VALUTA ASING DAN PERTUMBUHAN EKONOMI
INTRODUCING MACROECONOMICS
PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
KITARAN PERNIAGAAN, PENGANGGURAN DAN INFLASI
TEORI EKONOMI MAKRO Bab I Pendahuluan
TEORI GELAGAT PENGGUNA
Dosen : Deskoni, S.Pd., M.Pd Yuliana FH, S.Pd., M.Pd KONSEP DASAR DAN RUANG LINGKUP EKONOMI MAKRO Program Studi Pendidikan Ekonomi FKIP Universitas Sriwijaya.
Transcript presentasi:

ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA BAB 7 ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA

KANDUNGAN BAB 7.1 MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI 7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI 7.3 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI 7.3.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN 7.3.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT

7.1 MAKROEKONOMI DAN MIKROEKONOMI Mikroekonomi menumpukan unit-unit kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi, seperti gelagat pengguna dan pengeluar secara individu yang masing-masing ingin mencapai kepuasan dan keuntungan maksimum. Analisa dalam mikroekonomi diasaskan bahawa faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki masyarakat adalah terbatas. Makroekonomi bersifat menyeluruh, mengkaji ekonomi secara aggregat seperti pendapatan dan perbelanjaan negara, pelaburan, guna tenaga dan sebagainya. Selain itu, faktor globalisasi yang melibatkan interaksi dengan negara-negara lain seperti hubungan dagangan, pertukaran asing turut dibincangkan dalam ekonomi makro.

7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI Pengkajian mengenai makroekonomi adalah penting bagi membantu pihak kerajaan atau pembuat dasar mencapai matlamat ekonomi yang berikut: (i) Guna tenaga penuh (ii) Kestabilan tingkat harga umum (inflasi rendah) (iii) Pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang pesat (iv) Pertumbuhan ekonomi yang dinamik

Guna tenaga penuh: Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi. Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. Keluaran negara meningkat seterusnya berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi. Antara dasar yang dijalankan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan seterusnya mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan kemiskinan ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia.

Kestabilan tingkat harga umum: Matlamat mencapai kestabilan tingkat harga umum adalah usaha untuk memastikan kadar inflasi di peringkat yang rendah dan terkawal. Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi kejatuhan atau kenaikan harga melebihi 4% - kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil – meningkatkan taraf hidup rakyat dan kebajikan masyarakat – kegiatan ekonomi berkembang dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran. Jika berlaku peningkatan tingkat harga secara berterusan – kos hidup akan meningkat – menyulitkan kehidupan terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Perdagangan antarabangsa (PAB): PAB adalah satu cara membolehkan setiap negara di dunia menikmati faedah perdagangan melalui pertukaran barangan dengan negara yang lain – ekonomi terbuka. Penglibatan dalam PAB membantu sesebuah negara mencapai tingkat pengeluaran yang tinggi disamping peningkatan kebajikan ekonomi yang lebih baik. Faedah PAB terbahagi tiga; faedah kepada pengguna, pengeluar dan negara.

Pertumbuhan ekonomi: Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat. Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat Pertumbuhan ekonomi boleh diukur berasaskan nilai KDNK. Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2010 = 7.2%, dan pada tahun 2011, pertumbuhan KDNK dianggarkan antara 5 – 6%.

KDNK MALAYSIA 2007-2010

7.4 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI 7.4.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN Aliran pusingan pendapatan (2 sektor) menunjukkan aktiviti ekonomi yang melibatkan sektor isi rumah dan firma dalam pasaran buruh, barangan dan pasaran kewangan. Andaian: Tiada campur tangan sektor kerajaan dan sektor negara asing.

Pasaran Buruh: Pasaran Barangan: Pasaran Kewangan: Isi rumah (penjual) menjual faktor pengeluaran kepada firma. Firma (pembeli) membayar gaji, upah, sewa dan untung Pasaran Barangan: Firma (penjual) menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dan terima untung dari penjualan barang dan perkhidmatan. Isi rumah (pembeli) membeli barang dan perkhidmatan dari firma dan selebihnya sebagai tabungan dan simpanan. Pasaran Kewangan: Institusi kewangan wujud bagi menguruskan simpanan dari isi rumah dan firma serta melaburkan wang tersebut bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan baik.

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN EKONOMI Pasaran Buruh Pembayaran gaji,upah,sewa dan untung Penerimaan gaji,upah,sewa dan untung Sektor Isi Rumah Sektor Firma Pasaran Barangan Membeli barang dan perkhidmatan Bayaran terhadap barang dan perkhidmatan Tabungan/ simpanan Pelaburan Pasaran Kewangan

7.4.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT: Permintaan agregat ialah permintaan barangan dan perkhidmatan secara keseluruhan yang dilakukan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi. Ia menerangkan hubungan (negatif) antara kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang dibeli pada harga tertentu yang ditetapkan. Penawaran agregat ialah jumlah keluaran yang dihasilkan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi . Ia menerangkan hubungan (positif) antara penawaran barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan pada suatu tingkat harga tertentu.

KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT Keseimbangan wujud apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS Tingkat harga P0 dan tingkat keluaran agregat Y0 merupakan titik keseimbangan. Pada P1, tingkat harga lebih tinggi dari tingkat harga keseimbangan, menyebabkan berlaku lebihan penawaran. Interaksi pasaran akan menyebabkan P1 jatuh sehingga mencapai keseimbangan pada P0. Pada P2, tingkat harga lebih rendah dari tingkat lebihan permintaan. Interaksi pasaran akan menyebabkan P2 meningkat sehingga mencapai keseimbangan pada P0. Tingkat Harga Lebihan AS AS0 P1 P0 P2 Lebihan AD AD0 Y0 Y (Keluaran Aggregat)

TERIMA KASIH