PANDUAN PROSES PENDAFTARAN CARUMAN KE KWAP Setelah mendapat kelulusan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen dari JPA, surat pemberitahuan kepada staf perlu dikeluarkan. Kemudian, sekiranya staf memilih skim pencen, langkah berikut perlu dilakukan:- 1. Lengkapkan Borang CN2 2. Hantar surat permohonan pendaftaran caruman ke KWAP beserta dengan Borang CN2 dan salinan surat kelulusan PTB dari JPA. Juga turut diberikan salinan kepada Bendahari UTMJB (rujuk s.k dalam surat contoh) 3. Setelah menerima surat maklumbalas dari KWAP, PSM perlu maklumkan kepada staf dan Bendahari secara surat rasmi.