DASAR PSIKOLINGUISTIK

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
Advertisements

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Presented by Sudarman ( ) Kelas lanjut B Kelompok 2
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PSIKOLOGI, LINGUISTIK, DAN PSIKOLINGUISTIK
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Linguistik sebagai Ilmu:
Pengertian Tatabahasa,
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN
NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Pembelajaran Secara Kontekstual
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA:
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Gangguan berbahasa dibahagikan kepada dua
(PENGERTIAN, TEORI, CIRI, PROSES DAN TAHAP)
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
PEMBIDANGAN LINGUISTIK
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
MINGGU 09 Perkembangan ilmu linguistik: peringkat perkembangan dan
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
BAHASA DAN PERSPEKTIF GLOBAL
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
Bahasa bersifat global dan unik berasaskan definisi bahasa
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI DISIPLIN PSIKOLOGI
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
PEMIKIRAN KRITIS.
PENGANTAR PSIKOLINGUISTIK BBM3205
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

DASAR PSIKOLINGUISTIK UNIT 1 DASAR PSIKOLINGUISTIK

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * memberikan pengertian psikologi, linguistik dan psikolinguistik * menerangkan subdisiplin psikolinguistik * menghuraikan induk disiplin dan pokok bahasan psikolinguistik

PENGENALAN Kebanyakan individu tidak merasakan bahawa penggunaan bahasa ialah kekompleksan bahasa yang luar biasa Penggunaan bahasa sehari-hari terasa lumrah kerana bahasa dianggap anugerah semula jadi Perkembangan bahasa berjalan selari dengan pertumbuhan usia kanak-kanak. Mereka memperoleh bahasa secara berperingkat, daripada suku kata, satu kata, dua kata, dan seterusnya rentetan kata menjadi ayat

PENGENALAN Kita mengucapkan kata berdasarkan pengetahuan sedia dan pengetahuan baharu yang kita miliki Kita tidak memilih perkataan secara arbitrari. Pasti ada peraturan yang difahami dan disepakati oleh pengguna bahasa berkenaan Tersilap lidah dalam pengucapan kata, bukanlah luar biasa. Pengguna bahasa mempunyai gerak hati untuk mengesan kesilapan, dan jika berlaku, kesilapan itu tidak terlalu jauh dengan yang dimaksudkan seperti kepala menjadi kelapa Ini menunjukkan bahawa pada masa kita berbahasa, kita melakukan aktiviti minda, yang kemudiannya tertuang dalam bentuk ungkapan sesuai dengan situasi semasa

PENGENALAN Orang menganggap bahawa psikolinguistik ialah satu disiplin yang baharu, walaupun, pada hakikatnya, perkara yang digarap ialah perkara lama, iaitu: > Proses psikologi yang berlaku semasa kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi > Proses yang penting dalam komunikasi ialah penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri dengan orang lain dalam pemikiran, perasaan dan tindakan (aksi)

PSIKOLOGI Perkataan psikologi berasal daripada bahasa Yunani kuno, psyche dan logos psyche: jiwa, roh atau sukma jiwa: nyawa atau roh (yang ada dalam tubuh manusia) roh: semangat atau jiwa (yang dihembuskan Allah dalam badan manusia, maka hiduplah ia) sukma: jiwa, nyawa logos: ilmu Secara harfiah, psikologi ialah ilmu jiwa, iaitu ilmu yang objek kajiannya ialah jiwa atau semangat

PSIKOLOGI Fahaman ini wujud daripada pandangan Greek purba yang menganggap bahawa manusia terdiri daripada dua bahagian yang berasingan, iaitu jasmani dan rohani Psikologi mengkaji rohani manusia yang melibatkan perasaan, pembayangan, pengingatan, pemikiran dan pentakulan, dengan cara mengkaji hakikat rangsangan, respons dan proses akal Kini, psikologi lebih membahaskan sisi manusia dari segi yang dapat ditelusuri dan diamati Jiwa bersifat mujarad dan tidak dapat diperjelas secara empiris, sedangkan objek ilmu, seharusnya dapat diteliti secara inderawi

PSIKOLOGI Jiwa hanya dapat dikesan melalui gejala sedih (murung), dan gembira (riang, wajah berseri-seri). Namun, telahan kita tetap kurang tepat, kerana banyak orang yang tersenyum tetapi hatinya berduka. Ada orang yang marah dan jengkel, tetapi masih tenang, malah tertawa Makna psikologi diperluas sebagai kajian tingkah laku dan perhubungan manusia. Tingkah laku bukan sahaja perlakuan, tetapi juga respons batin terhadap alam sekitar Tujuannya untuk menerangkan, meramalkan dan mengawal perlakuan manusia

PSIKOLOGI Psikologi lazim diertikan sebagai ilmu yang menelaah perilaku manusia, iaitu dengan cara mengkaji hakikat: > rangsangan > respons terhadap rangsangan > proses minda sebelum respons Kini, psikologi dianggap sebagai ilmu yang mengkaji proses akal, yang mengatur perilaku, iaitu untuk menjelaskan, meramalkan dan megawal perilaku

ALIRAN PSIKOLOGI Terdapat tiga aliran psikologi, iaitu: 1. Psikologi Mentalistik 2. Psikologi Behavioristik 3. Psikologi Kognitifistik

PSIKOLOGI MENTALISTIK Psikologi ini telah melahirkan aliran psikologi kesedaran, iaitu mengkaji proses akal dengan cara mengenal diri Pikologi ini dikenali juga dengan nama Psikologi Intropeksionisme Psikologi ini merupakan satu proses akal dengan cara melihat diri setelah terjadinya sesuatu rangsangan

PSIKOLOGI BEHAVIORISTIK Psikologi ini mengkaji perilaku, yang berupa respons terhadap rangsangan, dan bagaimana mengawal perilaku itu Psikologi ini tidak berminat dengan proses akal (idea, pengertian, kemahuan, keinginan, maksud, pengharapan, dan semua mekanisme fisiologi) Tumpuan kajiannya hanyalah peristiwa perilaku manusia yang dapat diamati, nyata dan konkrit

PSIKOLOGI KOGNITIFISTIK Psikologi ini lazim disebut Psikologi Kognitif, iaitu mengkaji proses kognitif secara ilmiah Proses kognitif ialah proses akal yang bertanggungjawab mengatur pengalaman dan perilaku Perkara utama yang ditekankan ialah cara manusia memperoleh, mantafsirkan, mengatur, menyimpan, mengeluarkan dan menggunakan pengetahuan, termasuk perkembangan dan penggunaan pengetahuan bahasa

PERBEDAAN PM DENGAN PK Psikologi Mentalistik (PM) (bersandarkan mentalisme tradisional) menekankan perihal proses akal terjadi setelah wujudnya rangsangan Psikologi Kognitifistik (PK) (bersandarkan mentalisme moden) menekankan perihal proses akal terjad kerana wujudnya kekuatan dalaman, tanpa rangsangan terlebih dahulu Perilaku itu muncul sebagai hasil daripada proses akal, iaitu perilaku bertujuan sebagai hasil kreativiti organisme manusia

CABANG PSIKOLOGI Psikologi berkait rapat dengan kehidupan manusia yang penuh pancaroba dan pancarona Oleh itu, wujud pelbagai cabang psikologi yang diberi nama sesuai dengan penerapannya Antaranya: Psikologi sosial Psikologi perkembangan Psikologi klinik Psikologi komunikasi Psikologi bahasa

LINGUISTIK Linguistik lazim disebut ilmu bahasa, iaitu ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya Linguis bermaksud pakar bahasa dan orang yang mahir menggunakan beberapa bahasa Linguis mempelajari bahasa untuk mengetahui kaedah bahasa dengan rinci, bukan untuk mahir menggunakan bahasa Orang yang mahir menggunakan pelbagai bahasa (jamak bahasa) belum tentu linguis, jika dia tidak mendalami teori bahasa yang digunakan itu

LINGUISTIK Linguistik ialah telaah ilmiah atau kajian saintifik tentang bahasa Saintifik bermaksud cara atau kaedah memperhatikan bahasa, dan kemudiannya membuat hipotesis, uji kaji (eksperimen), dan mewujudkan teori. Teori ini mengandung istilah yang nyata maksudnya Dalam linguistik, saintifik membawa dua pengertian, iaitu: > Saintifik yang menggunakan pendekatan Induktif untuk mewujudkan bahasa > Saintifik yang menggunakan pendekatan Deduktif, iaitu set andaian yang digunakan untuk mengumpulkan data dan membina teori

LINGUISTIK Bidang kajian linguistik, termasuklah hakikat bahasa, struktur bahasa, bagaimana bahasa lahir, bagaimana bahasa diperoleh, bagaimana bahasa itu bekerja, bagaaimana bahasa itu berkembang, dan hubungan bahasa itu dengan otak dan proses berfikir Linguistik bekerja berdasarkan data hasil penyelidikan yang diperoleh daripada mekanisme artikulasi manusia Kemudian menganalisis, mengklasifikasikan dan merumuskan gejala itu secara sistematik dan lengkap berdasarkan teori dan kaedah tertentu Rumusan tersebut mestilah tuntas, tekal dan ekonomik

LINGUISTIK Jika dikatakan objek linguistik ialah bahasa, sedangkan bahasa ialah fenomena yang wujud dalam segala aktiviti kehidupan manusia, maka linguistik juga mempunyai nuansa yang sangat luas dan pelbagai Berdasarkan objek kajian, linguistik terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu linguistik mikro dan linguistik makro Objek linguistik mikro ialah struktur dalaman bahasa, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, leksikon dan semantik Objek linguistik makro ialah bahasa yang ada hubungannya dengan faktor luar bahasa seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, neuropsikolinguistik dan etnolinguistik

LINGUISTIK Berdasarkan tujuan kajian, linguistik terbahagi kepada dua cabang yang besar, iaitu linguistik teoretis dan linguistik terapan Objek linguistik teoretis ialah usaha mencari dan menemukan teori linguistik serta membuat kaedah linguistik secara deskriptif Objek linguistik terapan ialah penerapan kaedah linguistik dalam kegiatan praktis, seperti pengajaran bahasa, penterjemahan, penyusunan kamus, dan sebagainya

LINGUISTIK Berdasarkan sejarah, linguistik terbahagi dua cabang yang besar,iaitu linguistik sejarah dan sejarah linguistik Linguistik sejarah mengkaji perkembangan dan perubahan bahasa secara perbandingan atau tidak Sejarah linguistik mengkaji perkembangan ilmu linguistik, tentang tokoh, aliran teori atau hasil kerja teori itu

LINGUISTIK Dalam kaitannya dengan psikologi, linguistik difahami sebagai ilmu yang mempelajari hakikat bahasa, struktur bahasa, bagaimana bahasa itu diperoleh, bagaimana bahasa itu bekerja dan bagaimana bahasa itu berkembang Dalam konteks ini, psikologi dianggap sebagai cabang linguistik, dan pada masa yang sama, linguistik itu juga dianggap sebagai cabang psikologi

PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik ialah percantuman antara disiplin psikologi dengan linguistik, iaitu dua disiplin ilmu yang berbeda, dengan tatacara dan metode yang berbeda juga Kedua-dua disiplin ilmu ini meneliti bahasa sebagai objek formalnya. Yang berbeda hanyalah objek materialnya, iaitu linguistik mengkaji struktur bahasa, sedangkan psikologi mengkaji perilaku berbahasa, dengan cara dan tujuan yang berbeda

PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa, dan kaitan bahasa itu dengan penggunanya Bahasa dikaji secara formal oleh linguis, iaitu dengan cara menerangkan unit dan peraturan bunyi yang digabungkan dengan perkataan, dan perkataan itu kemudiannya menjadi ayat Psikologis pula mengkaji bahasa secara fungsional, iaitu dengan cara menghuraikan perlakuan seseorang apabila bercakap atau mendengar, dan bagaimana seseorang itu mempelajari bahasa, dan menggunakannya

PSIKOLINGUISTIK Kaedah yang digunakan oleh linguis dan psikologis juga berbeda. Linguis menganggap bahasa sebagai sesuatu yang sedia wujud. Oleh itu, tugas linguis, mencari rumus atau peraturan tertentu untuk disesuaikan dengan bahasa yang sedia wujud ketika itu Psikologis pula melakukan uji kaji, iaitu meletakkan orang yang diuji dalam suatu keadaan, membuat pemerhatian, memperoleh hasil, dan kemudiannya menganalisis hasil itu, dan membuat rumusan Berdasarkan fenomena itu, berapa orang linguis dan psikologis membuat rumusan tentang pengertian psikolinguistik

PSIKOLINGUISTIK Ferdinand de Saussure: Psikolinguistik menerangkan proses psikologi yang terjadi pada masa kita bertutur dan mendengar kalimat yang dituturkan itu Pit Corder: Psikolinguistik menumpukan perhatian pada usaha untuk mengetahui proses psikologi yang berlaku ketika seseorang itu menghasilkan ujaran dan memahaminya, dan bagaimana keupayaan itu diperoleh

PSIKOLINGUISTIK Noam Chomsky: Psikolinguistik mengkaji bagaimanakah manusia mampu mengeluarkan kalimat baharu yang tidak terbatas jumlahnya, dan bagaimanakah manusia dapat mengerti kalimat baharu itu Chomsky menggunakan istilah prestasi lingistik yag dianggap bergantung pada kecekapan linguistik (berbahasa), dan pemerolehan bahasa Kecekapan linguistik ialah pengetahuan seseorang terhadap nahu sesuatu bahasa, yang sudah sebati dalam dirinya

PSIKOLINGUISTIK Prestasi linguistik ialah aktiviti bertutur dan mendengar, iaitu penerapan kecekapan linguistik dalam menghasilkan bahasa dan memahaminya Pada masa bertutur dan mendengar, seseorang memerlukan masa untuk berfikir, dan kadang-kadang melakukan kesilapan tanpa sengaja Pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku dalam diri kanak-kanak pada masa ia membesar, iaitu ketika ia memperoleh kemahiran dan pengetahuan lain tentang alam sekitarnya

PSIKOLINGUISTIK Slobin, Meller, Slama Cazahu: Psikolinguistik ialah ilmu yang menghuraikan psoses psikologi ketika seseorang mengucapkan kalimat pada waktu berkomunikasi, dan bagaimana kemampuan bahasa itu diperoleh Tujuan utama psikolinguistik ialah mencari suatu teori bahasa yang secara linguistik dapat diterima, dan secara psikologi dapat menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya

RUMUSAN PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik menerangkan hakikat struktur bahasa, dan bagaimana struktur bahasa itu diperoleh, digunakan pada masa bertutur dan memahami kalimat Psikolinguistik menerapkan pengetahuan linguistik dan psikologi pada masa tertentu, seperti pengajaran dan pembelajaran, kedwibahasaan dan kepancabahasaan, penyakit bertutur (afasia, gagap, dan sebagainya), serta masalah sosial yang bersangkutan bahasa (bahasa dan pendidikan, bahasa dan pembangunan negara bangsa) Tiga bidang tumpuan utama psikolinguistik, iaitu pemerolehan bahasa, prestasi linguistik, dan hubungan bahasa dengan pemikiran

SUBDISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik Teori Psikolinguistik Perkembangan Psikolinguistik Sosial Psikolinguistik Pendidikan Psikolinguistik Eksperimen Psikolinguistik Neurologi (Neuropsikolinguistik) Psikolinguistik Terapan

PSIKOLINGUISTIK TEORI Perbahasan tentang teori bahasa yang berkaitan proses mental dalam berbahasa, dari aspek fonetik, pilihan kata, sintaksis, wacana dan intonasi Penggaluran teori untuk mengkaji teori yang sedia ada, supaya hakikat bahasa dapat dirumuskan Bahasa dilihat dari dua aspek, iaitu pengetahuan bahasa (competence) dan perlakuan bahasa (performance)

PSIKOLINGUISTIK PERKEMBANGAN Pengkajian dan penelitian proses pemerolehan dan perkembangan bahasa pertama dan bahasa kedua Pengkajian proses pemerolehan fonetik, semantik dan sintaksis secara bertahap dan berpada

PSIKOLINGUISTIK SOSIAL Penglibatan unsur persekitaran sosial dalam pertumbuhan bahasa Dalam satu masyarakat bahasa, bahasa itu bukan hanya gejala dan jati diri sosial, tetapi suatu ikatan batin dan nurani yang tidak boleh dipinggirkan

PSIKOLINGUISTIK PENDIDIKAN Penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Semua penemuan baharu akan diasimilasikan untuk mencipta kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan Peranan bahasa dalam pengajaran keterampilan berbahasa (menyemak, mendengar, bertutur dan menulis) Peningkatan kemampuan berbahasa dalam menyampaikan fikiran dan perasaan

PSIKOLINGUISTIK EKSPERIMEN Pencarian, pengadaan dan pemutusan eksperimen dalam segala hal, yang berkaitan aktiviti bahasa Eksperimen dalam semua kegiatan berbahasa dan perilaku berbahasa, dan akibat berbahasa kepada pihak lain

PSIKOLINGUISTIK NEUROLOGI (NEUROPSIKOLINGUISTIK) Pengkajian hubungan bahasa, berbahasa dan otak manusia Penganalisisan struktur biologi otak serta menamakan bahagian struktur otak itu Apa yang terjadi dengan masukan bahasa dan bagaimana keluaran bahasa diprogramkan dan dibentuk dalam otak itu

PSIKOLINGUISTIK TERAPAN Penyelesaian masalah penyakit afasia, rencatan otak yang mengganggu proses bahasa, kedwibahasaan dan kepancabahasaan Penerapan penemuan subdisiplin psikolinguistik dalam bidang tertentu yang memerlukannya Antaranya psikologi, linguistik, pertuturan dan pemahaman, pembelajaran bahasa, pengajaran membaca, neurologi, psikiatri, komunikasi dan kesusasteraan

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Induknya psikologi atau linguistik? Beberapa pakar berpendapat bahawa psikolinguistik berindukkan psikologi, kerana istilah itu merupakan nama baharu daripada psikologi bahasa (psychology of language) Di Amerika, psikolinguistik dianggap cabang lingistik, walaupun Chomsky lebih cenderung menempatkan psikolinguistik sebagai cabang psikologi Di Perancis, psikolinguistik dikembangkan oleh pakar psikologi Di Inggeris, psikolinguistik dikembangkan oleh pakar linguistik yang bekerjasama dengan pakar psikologi

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Di Rusia, psikolinguistik dikembangkan oleh pakar linguistik Di Rumania, psikolinguistik cenderung untuk berdiri sendiri sebagai satu disiplin, tetapi penerapannya lebih banyak diambil oleh linguistik Di Indonesia, psikolinguistik dikembangkan dalam program pendidikan bahasa Di Malaysia, psikolinguistik dikembangkan oleh program kebahasaan Psikolinguistik yang dikembangkan oleh pendidikan bahasa sewajarnya di serasikan dengan perkembangan linguistik dan perkembangan psikologi

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Yang mendasari induk psikolinguistik itu ialah prestasi linguistik Prestasi linguistik mengutamakan bagaimana percakapan dihasilkan dan difahami dalam konteks komunikasi sehari-hari Demi kelancaran komunikasi, perlu wujud interaksi antara pihak yang terlibat. Interaksi ini dinamakan communicative act, yang melibatkan dua proses utama, iaitu menanggap bunyi dan mempertalikan bunyi dengan makna

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Dalam communicative act, empat komponen berikut perlu diambil kira: > Idea yang hendak diketengahkan > Penutur yang berhasrat untuk mengetengahkan idea itu kepada pendengar > Berita dalam percakapan yang menggambarkan idea itu > Pendengar yang berhasrat untuk memahami dan mentafsirkan berita itu

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Komponen tersebut melibatkan proses mental yang kompleks, yang sukar untuk dijelaskan, iaitu tentang pertalian antara idea yang dilafazkan dengan idea yang ada dalam otak, dan kemudiannya penutur/pendengar dapat memahami apa-apa yang ditutur dan didengarnya Psikolinguis berusaha untuk mencungkil rahsia operasi mental yang terlibat dalam proses penghasilan dan pemahaman percakapan Kedua-dua proses ini akan dapat memecahkan rahsia pemikiran manusia, dan bagaimana pemikiran itu bertalian dengan tanggapan, perasaan dan kehendak

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Kedua-dua proses itu merupakan kemahiran yang kompleks kerana dalam percakapan, kadang-kadang berlaku kesilapan penyebutan, tergagap-gagap, ulangan perkataan, tersalah pilih perkataan, dan sebagainya Pada masa kita mendengar, kita kadang-kadang tersalah dengar atau tersalah faham Apabila kita mengetahui proses linguistik atau proses mental, kita akan mengerti, keadaan otak/jiwa kita, semasa kita berfikir Proses berfikir akan dapat diterangkan dengan jelas melalui bahasa

INDUK DISIPLIN PSIKOLINGUISTIK Apabila diketahui hakikat berfikir dengan baik, kita akan dapat mengawal cara kita berfikir. Mengawal ertinya: > mengetahui apa yang telah terjadi pada tingkah laku > mengetahui apa yang akan terjadi pada tingkah laku > memberikan arah yang diinginkan pada tingkah laku (inilah yang paling penting) Bahasa membantu kita berfikir. Tanpa bahasa, pemikiran kita terbatas. Andaikata bahasa yang digunakan itu tidak baik, maka cara kita berfikir juga tidak baik, sempit dan bercelaru

POKOK BAHASAN PSIKOLINGUISTIK Pokok bahasan psikolinguistik amat erat hubungannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antaranya: > Apakah sebenarnya bahasa itu? Apakah yang dimiliki oleh seseorang sehingga ia mampu berbahasa? Apakah komponen dalam bahasa itu sehingga ia bermakna? > Bagaimana bahasa itu lahir? dan mengapa ia harus lahir? Di manakah bahasa itu berada atau disimpan? > Bagaimanakah bahasa pertama itu diperoleh kanak-kanak? Bagaimanakah perkembangan penguasaan bahasa itu? Bagaimanakah bahasa kedua itu dipelajari? Bagaimanakah seseorang itu menguasai jamak bahasa?

POKOK BAHASAN PSIKOLINGUISTIK > Bagaimana proses penyusunan kalimat? Apakah proses yang terjadi dalam otak ketika kita berbahasa > Bagaimanakah bahasa itu tumbuh dan mati? Bagaimanakah proses kewujudan dialek? Bagaimanakah perubahan suatu dialek menjadi bahasa baharu? > Bagaimanakah hubungan bahasa dengan pemikiran? Bagaimanakah pengaruh kedwibahasaan dan kepancabahasaan terhadap pemikiran dan kecendekiaan seseorang? > Mengapa seseorang menderita gangguan berbicara? dan Bagaimana cara menyembuhkannya? > Bagaimana bahasa itu harus diajarkan supaya hasilnya baik dan berkesan?

KESIMPULAN Psikologi dianggap sebagai ilmu yang mengkaji proses akal, yang mengatur perilaku, iaitu untuk menjelaskan, meramalkan dan mengawal Linguistik ialah ilmu yang menmpelajari hakikat bahasa, struktur bahasa, bagaimana bahasa diperoleh, bekerja dan berkembang Psikolinguistik ialah percantuman antara psikologi dengan linguistik, iaitu pengkajian struktur bahasa dan perilaku berbahasa Subdisiplin psikolinguistik ialah psikolinguistik teori, perkembangan, sosial, pendidikan, eksperimen, neurologi dan terapan Induk psikolinguistik ialah psikologi yang berpaksikan pemerolehan bahasa, prestasi linguistik dan hubungan bahasa dengan pemikiran Pokok bahasan psikolinguistik amat erat hubungannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, yang juga berpaksikan induk psikolinguistik

Wahai anakanda kekasih hati petua amanah engkau taati MADAH PUJANGGA Seorang pemenang selalu berfikir tentang kerjasama, sedangkan seorang pecundang akan selalu berfikir untuk menjadi yang berkuasa Wahai anakanda kekasih hati petua amanah engkau taati membela amanah biarlah mati supaya hidupmu jadi bererti