Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MESYUARAT JKKP INDUK BIL. 2/ BILIK MESYUARAT UTAMA,

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MESYUARAT JKKP INDUK BIL. 2/ BILIK MESYUARAT UTAMA,"— Transcript presentasi:

1 MESYUARAT JKKP INDUK BIL. 2/2014 - BILIK MESYUARAT UTAMA,
ARAS 2, BLOK P19a, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, - OLEH: PENGARAH Unit OSHE (Setiausaha JKKP Induk UTM) 18 JUN 2014 Rabu petang

2 AGENDA MESYUARAT Kata-kata Aluan Pengerusi
Meluluskan Minit Mesyuarat JKKP Induk 1/2014 Perkara – perkara Berbangkit Laporan Setiausaha Kejadian Tidak Selamat Isu Pokok Tumbang Isu Pencemaran Sungai UTM Isu Pengurusan Bahan Kimia Berbahaya Oleh UTMost Laporan Pemeriksaan Kebuk Wasap Penguatkuasaan USECHH 2000 Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Latihan Pasukan Tindakan Kecemasan Universiti (ERT) di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, di Kuala Kubu Baru Mesyuarat MBKKP Bil.22 (1/2014)

3 STATISTIK KEJADIAN TIDAK SELAMAT JAN – JUN 2014
Bil Kategori Bulan Jumlah Jan-Mac Apr-Jun Jul-Sept Okt-Dis 1. Kemalangan - 2. Kebakaran 5 3. Tindakan Tidak Selamat 4.1 Kerja Tempat Tinggi 4 8 4.2 Tidak Memakai PPE 10 14 4.3 Tiada Prosedur Kerja 2 6 4. Keadaan Tidak Selamat 5.1 Bumbung/Siling Runtuh 3 5.2 Serangan Kulat 1 5.3 Pokok Tumbang 5.4 Tanah Runtuh 5.5 Gangguan Binatang Liar 5.6 Salahguna Peralatan Bomba 7 5.7 Keselamatan Elektrik 5.8 Lain-lain 17 5. Pencemaran Sungai 6. Near Miss JUMLAH 44 34 78 Sumber Data: Unit OSHE (Laporan & Pemantauan & Lawatan Tapak) *Mohon Kerjasama Daripada Pihak Bahagian Keselamatan, PKU & PHB Untuk Perkongsian Data.

4

5 ISU: POKOK TUMBANG 14 Jun 2014 09:30pg Lokasi :Klinik Mahasiswa UTM
31 Mei :30pg Lokasi : Di hadapan L52 (Pusat Ko-Q UTM)

6 ISU PENCEMARAN SUNGAI UTM
1 Jun 2014 , 10 pagi : Unit OSHE menjalankan kerja pemantauan di sekitar kawasan kampus dan mengesan banyak ikan mati di dalam sungai, berdekatan dengan Blok 19a, FKE hingga ke Padang UTM. Dikhuatiri sungai telah tercemar. 1 Jun 2014, 3 petang : Unit OSHE mendapat maklumat kejadian ikan mati di dalam Loji Olahan Kumbahan (Oxidation Pond) Jalan Ladang.

7 PEMERHATIAN PUNCA PENCEMARAN:
Unit OSHE membuat lawatan ke tempat sekitar kawasan kejadian yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air sungai, dan cuba mengenalpasti saksi-saksi yang boleh membantu memberikan maklumat tentang kejadian. Beberapa saksi iaitu staf dan pelajar memaklumkan tentang terdapat lapisan putih di atas permukaan air sungai pada hari Sabtu, 31 Mei 2014.

8 PERSAMPELAN Persampelan air sungai, air loji kumbahan dan sampel ikan mati di sungai dan kolam telah diambil untuk dianalisis di Pusat Perkhidmatan Analisis, Jabatan Kimia, Fakulti Sains. Pada masa yang sama Unit OSHE telah melakukan pengukuran kualiti air di dalam kolam kumbahan pada sebelah pagi, tengahari, petang dan malam. PEMANTAUAN KUALITI AIR KOLAM KUMBAHAN Pemantauan kualiti air di kolam kumbahan Jalan Ladang. Tarikh: 2 Jun 2014 MASA POINT KOLAM PH TEMP (OC) DO (mg/L) CONDUCTIVITY 9.30 pagi Point (1) 6.59 29.30 4.22 0.28 Point (2) 6.79 28.90 4.68 0.27 inlet 6.82 28.80 3.59 0.25 2.00 ptg 5.34 30.69 3.85 5.50 31.24 0.26 5.10 2.02 0.24 6.00 ptg 3.90 30.33 2.50 5.03 30.31 2.71 5.06 30.32 2.60 9.30 mlm 2.97 30.04 5.46 3.32 29.64 4.43 4.03 28.93 4.52

9 Hasil Analisis Jangkaan awal punca pencemaran dari pelepasan ethylene glycol FKM, menurut saksi pelajar. Kejadian kemungkinan hari Jumaat 30 Mei Walaubagaimanapun tiada aduan diterima OSHE. Sampel air diekstrak dengan kaedah solid phase extraction (SPE) dan dianalisis dengan GC-MS. Hasil analisis menunjukkan profile matching antara sampel air dan coolant tidak padan. Kesimpulan: Kepekatan ethylene glycol (bahan aktif dalam coolant) terlalu kecil dan tidak dapat dikesan oleh GC MS. Walau bagaimanapun, kesan ketoksikan kepada ikan di sungai bergantung kepada lethal concentration (LC). FKM tiada rekod Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet, SDS) untuk coolant tersebut dan pengenalpastian bahan aktif sukar dilaksanakan, dan nilai LC tidak dapat dirujuk. Ikan-ikan mati berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan bahan kimia toksik oleh beberapa buah fakulti berdekatan dengan sungai (contoh: Pelajar membuang waste dalam sinki), sehingga kini tidak dapat dipastikan. Kos Analisis RM 2900 * Unit OSHE mencadang diwujudkan sebuah makmal yang dikhususkan untuk menganalisis sampel seperti kejadian ini pada masa akan datang.

10 PELEPASAN KUMBAHAN SECARA BY-PASS KAFETERIA P19
10 Jun 2014, pagi : Kualiti air sungai berhampiran Blok 19a, FKE tidak memuaskan tetapi tiada kejadian ikan mati. Setelah dibuat pemeriksaan didapati kafeteria Blok 19 telah "by-pass (O&G Trap)" sistem sisa kumbahan dapur terus ke sungai berhampiran. Pengusaha kafeteria membuat "by-pass" perangkap minyak/gris mendakwa sistem tersumbat menyebabkan limpahan ke dalam longkang. Unit OSHE membuat pemeriksaan, didapati sistem perangkap minyak/gris telah menjadi keras/beku yang menyebabkan saluran tersumbat. Kerja pembersihan sistem tidak dibuat.

11 ISU PENGURUSAN BAHAN KIMIA OLEH UTMost
15 Jun 2014: Unit OSHE memohon supaya pengurusan bahan kimia berbahaya yang dijalankan oleh UTMost dapat diperkemaskinikan. Memang usaha ini boleh menjimat kos perbelanjaan. Difahamkan bahan kimia berbahaya dibeli secara pukal (by bulk - 200L), seterusnya akan dipindahkan ke bekas berkapasiti 2.5L liter. Unit OSHE telah membuat lawatan tempat aktiviti pemindahannya dan lain-lain yang berkaitan, didapati: i. Tempat simpanan (stor) tidak ikut prosedur selamat – Tidak diasingkan (terdapat drum yang mengandungi bahan pelarut (Chloroform, Hexane, Aceton & Methanol) dengan asid (Hydrochloric Acid) ii. Pengendali aktiviti pemindahan (Staf berjawatan PAP) tidak pernah diberikan latihan mengenai potensi risiko semasa aktiviti dijalankan. Atau setidak-tidaknya ada yang menyelia ketika beliau menjalankan aktiviti tersebut. iii. Proses pengangkutan dari Bangunan UIRL ke makmal-makmal tidak jelas iv. Label tidak ikut Peraturan CLASS 2013 (Akta OSHA 1994) – Hazard Symbol mesti menggunakan GHS Symbol. v. Peraturan USECHH 2000 tidak dipatuhi – Chemical Register, Inventori dan sebagainya. vi. Perkataan “Producer” tidak sesuai digunakan, sepatutnya “Dibungkus Oleh”.

12

13 LAPORAN PEMERIKSAAN KEBUK WASAP
BANGUNAN BARU FAKULTI SAINS OBJEKTIF Memeriksa, menguji dan menilai prestasi kebuk wasap. BUTIRAN LOKASI PEMERIKSAAN Tempat : Bangunan Baru Fakulti Sains Tarikh : 29 Mei 2014 RUMUSAN HASIL PEMERIKSAAN Bilangan kebuk wasap yang diperiksa : 20 Kebuk wasap memenuhi piawai ACGIH : 8 Kebuk wasap tidak memenuhi piawai ACGIH : 10 Kebuk wasap yang tidak dilakukan pengukuran : 2

14 (AVERAGE FACE VELOCITY) (ft/min) STATUS CATATAN
BIL. NAMA MAKMAL NO.KEBUK WASAP BIL. KEBUK WASAP BACAAN PURATA HALAJU (AVERAGE FACE VELOCITY) (ft/min) STATUS CATATAN 1 Makmal PHYTO FC 1 - Pengukuran tidak dilakukan Sumber kuasa di matikan akibat makmal terbakar dan masih tidak dibaiki 2 Makmal Bioteknologi Biokimia FC2 3 Makmal Kimia FC3 Tidak memenuhi piawaian Gagal berfungsi FC4 4 Makmal Nano Bahan FC5 5 Makmal Analisis FC6 128 Memenuhi piawaian 6 Makmal Micromolekul FC7 156 FC8 175 Jika halaju tinggi, pemeruapan pelarut lebih cepat. 7 Makmal Elektroanalisis FC9 26.7 Berkemungkinan kipas empar tidak berfungsi dengan baik (bunyi bising) 8 Makmal Sintesis Organik FC10 155 FC11 136 FC12 148 9 Makmal Pemangkinan FC13 149 10 Makmal Tak Organik FC14 144 FC15 11 Makmal Kimia Forensik FC16 FC17 12 Makmal Analisis Surih FC18 13 Makmal Sains Pemisahan FC19 14 Makmal Penyelidikan Permukaan Kimia FC20

15 PEMERHATIAN CEROBONG CEROBONG / STACK Hasil dari pemeriksaan dan penelitian di dapati keseluruhan pembinaan cerobong / stack tidak mengikut piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Bahagian cerobong / stack dipasang di bawah bumbung bangunan. Mengikut piawaian cerobong perlu di pasang sekurang-kurangnya 3 m (10 kaki) dari aras bumbung yang tertinggi.

16 Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978

17 PENGUATKUASAAN USECHH 2000
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) USECHH 2000 Arahan yang dikeluarkan oleh JKKP Johor dan Wilayah Persekutuan terhadap PTJ yang terlibat adalah seperti berikut :  Daftar bagi bahan kimia (menurut format yang telah ditetapkan) Setiap bahan kimia tersenarai perlu dilengkapi dengan Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet, SDS) Rekod PPE (kesesuaian, mencukupi, tarikh penerimaan, fit test) Penaksiran risiko kepada kesihatan (CHRA) *2 orang CHRA yang dilatih dibawah UPMU. Kebuk wasap perlu diuji oleh Juruteknik Higien II yang berdaftar, dan segala rekod penyelenggaran perlu disimpan rapi. Tanda amaran (Bahan Kimia Berbahaya) perlu ditambah Latihan dan kesedaran pengendalian bahan kimia kepada staf makmal, pensyarah dan pelajar. Beliau memaklumkan bahawa Unit DOSH akan mengadakan lawatan semula iaitu 6 bulan selepas operasi dan merancang untuk mensasarkan 100% pematuhan Peraturan USECHH 2000 di UTM.

18 PTJ YANG TERLIBAT DENGAN PEMATUHAN USECHH 2000
PERANCANGAN BENGKEL PENGURUSAN BAHAN KIMIA Unit OSHE merancang untuk menganjurkan Bengkel Pengurusan Bahan Kimia pada 8 – 9 Julai 2014 dengan kerjasama Unit Latihan, HCD UTM. Peserta terdiri daripada: Staf yang terlibat dengan pengurusan dan pengendalian bahan kimia. Setiap PTJ diwajibkan menghantar 2 – 3 peserta yang terdiri daripada Pengurus Makmal, Pegawai Sains dan Staf Makmal. Unit OSHE mohon kelulusan Y.Bhg Prof. Dr. Azlan bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan kerjasama Unit Latihan, HCD UTM bagi menjayakan bengkel ini. Fakulti Kejuruteraan Kimia Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Sains Fakulti Kejuruteraan Elektrik Fakulti Biosains dan Perubatan Kejuruteraan Fakulti Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga yang Boleh Diperbaharui Fakulti Alam Bina Fakulti Pendidikan Kompleks Sukan (Kolam Renang) Fakulti Kejuruteraan Awam Centre of Excellence (COE) UTMKL

19 PENGUATKUASAAN AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

20 LATIHAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT) PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN UNIVERSITI DI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KUALA KUBU BARU Unit OSHE sebagai Penyelaras Program bersama dengan Jawatankuasa Pasukan Tindakan Kecemasan Universiti menjalani Latihan Pengurusan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Management) di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Jun Seramai 30 peserta menghadiri latihan ini. Credit to : Datuk Supandi

21 PERANCANGAN AKAN DATANG
Unit OSHE merancang akan menyelaras lagi program – program ERT di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bharu pada masa akan datang. Antara program tersebut: Latihan kepada semua IC & Team bagi setiap PTJ. Latihan simulasi Memohon peruntukan bagi: Peralatan Kelengkapan

22 MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN IPT (AWAM & SWASTA) & IPP (INSTITUT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN) (MBKKP) Unit OSHE sebagai Sekretariat menyelaras dan menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IPT (Awam & Swasta) & IPP (Institut Pembangunan Penyelidikan) bagi Bil.No: 22 (1/2014) di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 6 Jun 2014. Mesyuarat MBKKP ini dirasmikan oleh TNC (P&I) - Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila.

23 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "MESYUARAT JKKP INDUK BIL. 2/ BILIK MESYUARAT UTAMA,"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google