Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEKANAN KERJA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEKANAN KERJA."— Transcript presentasi:

1 TEKANAN KERJA

2 DEFINISI

3 Suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap rangsangan yang tidak disukai. Ia melibatkan ketegangan sama ada secara fizikal mahupun psikofizikal. ( Appley & Trumbull )

4 Satu keadaan atau situasi dalaman atau pesekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisma. (Goldenson 1970)

5 Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik. (Jaafar Muhamad, 1997)

6 Sesuatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana tekanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang atau dielakkan. Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang bebas daripada tekanan. (Sayle -1974)

7 7 jenis tekanan yang mendesak kepada perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa maklumat dan kuasa perhubungan. (Hersey dan Blanchard 1983)

8 “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”. (Robbins, 1993 )

9 Utusan Malaysia Khamis, 31 Januari 2008 / 22 Muharam 1429 Tekanan kerja boleh bawa maut
LONDON: Kajian yang menunjukkan bukti kukuh bagaimana tekanan akibat bekerja meningkatkan risiko pada jantung dengan mengganggu sistem dalaman tubuh mendapati keadaan itu memang boleh membunuh. Kajian membabitkan lebih 10,000 kakitangan awam Britain juga menunjukkan perubahan biologi yang berlaku berikutan tekanan memainkan peranan penting secara langsung berbanding yang disangka sebelum ini, kata pakar epidemiologi di Kolej Universiti London, Tarani Chandola. "Ini adalah kajian populasi pada skala besar pertama yang melihat kesan tekanan yang diukur daripada kehidupan bekerja setiap hari ke atas penyakit jantung. Salah satu masalah ialah orang ramai masih ragu bahawa tekanan kerja benar-benar memberi kesan kepada seseorang secara biologi," katanya yang mengetuai kajian.

10 Disimpulkan: Berlaku tekanan yang berlebihan dan berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu.

11 Contoh Kesan Negetif Tekanan Biologikal Kelaparan
Kebisingan yang melampau Terlalu sejuk

12 Sambungan… Tekanan Psikologikal Panik Rasa Bersalah Ketegangan Dan Dukacita

13 Kesan Positif Merupakan peluang apabila ianya menawarkan keuntungan atau faedah yang berpotensi.

14 PUNCA-PUNCA TEKANAN KERJA

15 PUNCA TEKANAN KERJA Terdapat tiga faktor yang berpotensi mewujudkan tekanan Iaitu faktor persekitaran, faktor organisasi, dan faktor personal

16 FAKTOR PERSEKITARAN organisasi dan turut memberi kesan kepada
Ini memberi kesan terhadap rekabentuk struktur organisasi dan turut memberi kesan kepada tingkat tekanan di kalangan pekerja dalam organisasi. Faktor persekitaran ini dibahagikan kepada tiga i. ketidakpastian ekonomi ii.ketidakpastian politik iii. Ketidakpastian teknologi

17 KETIDAKPASTIAN EKONOMI
- Perubahan dalam persekitaran perniagaan boleh mewujudkan ketidakpastian ekonomi - Contoh, ekonomi meleset, pekerja akan menjadi bimbang terhadap kehidupan dan pekerjaan - Mungkin melaksanakan pengurangan bonus atau buang pekerjaan jika pretasi tidak baik

18 - Contoh, kes 911 menyebabkan ekonomi berubah dan ketidakpastian ekonomi berlaku. - Kebanyakan syarikat tidak dapat menyesuaikan dengan ekonomi semasa, menyebabkan syarikat tidak ambil pekerja dan pembuangan pekerja.

19 KETIDAKPASTIAN POLITIK
- Keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan pekerja berasa bimbang dan tidak selamat - Contoh, pentadbiran kerajaan berubah akan menyebabkan dasar dan undang-undang negara berubah. - Rakyat akan bimbang terhadap pentadbiran baru.

20 KETIDAKPASTIAN TEKNOLOGI
- Inovasi yang baru menjadi pengalaman para pekerja ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan bagi waktu ini. - Contoh, mesin diperluaskan, akan menyebabkan kilang mengurangkan pekerja. - Kerana pekerja telah digantikan oleh mesin.

21 FAKTOR ORGANISASI Struktur Organisasi
Struktur yang kaku, tidak bersahabat, pengawasan dan pelatihan yang tidak seimbang akan menyebabkan ketidaklibatan mereka dalam membuat keputusan. Merasa kurang berkesan dalam menjalankan sesuatu tugas.

22 Perubahan dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja. Tekanan menjadi lebih serius apabila perubahan itu dibuat tanpa persetujuan pekerja yang terlibat.

23 Politik Organisasi kedudukan mereka di hierarki pengurusan.
Kebolehan mereka memainkan politik akan menentukan kedudukan mereka di hierarki pengurusan. Mereka memilih untuk berpihak kepada mereka yang berpengaruh dan berwibawa semata-mata untuk kepentingan kerjayanya. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, individu berkenaan akan menghadapi tekanan dari semasa ke semasa.

24 Kekaburan Peranan mengenai peranan kerja / penjelasan tentang objektif
Seseorang tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai peranan kerja / penjelasan tentang objektif peranannya, pandangan / harapan rakan pekerja terhadap peranannya serta skop tanggungjawab kerja itu sendiri. Mengalami kepuasan kerja yang rendah, tekanan kerja tinggi & mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak berguna.

25 Berlebihan Beban Kerja
Mempunyai terlalu banyak kerja untuk diuruskan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup. Resah dan bingung kerana kerja tidak dapat disiapkan mengikut masa / kualiti yang diharapkan. Kebosanan Kerja Berasa bosan dengan pusingan kerja yang sama. Membawa risiko “job burnout” – bosan bekerja, mengasingkan diri, malas ke tempat kerja, rasa kerja tidak sesuai dan rendah tarafnya.

26 Konflik sesama Rakan Sekerja & Majikan
Perhubungan yang tidak baik. Tidak mendapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama daripada rakan sekerja lain. Konflik antara majikan akan menyebabkan pekerja- pekerja berasa tertekan dengan sikap ketua / majikan. Kerja Syif Pekerjaan yang melibatkan syif tanpa pengurusan yang cekap & berkesan boleh mencetuskan tekanan berlebihan.

27 Tidak Sepadan dengan Kebolehan, Sumber &
Kehendak Pekerja Boleh memberi kesan ke atas psikologi & fisiologi manusia. Berasa bimbang, takut, cepat marah & gagal membuat keputusan dengan baik. Kerjaya Kurang insentif & tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dari majikan seperti kenaikan pangkat, kekecewaan & bosan dengan tanggungjawab sekarang.

28 Tampilan Rumah-Pekerjaan
Suasana Tempat Kerja Ruang / persekitaran tempat kerja yang tidak selesa, tidak terurus, teruk & bising akan menyebabkan pekerja berasa tertekan semasa menjalankan tugas. Tampilan Rumah-Pekerjaan Mencampurkan masalah pekerjaan dengan masalah peribadi. Kurangnya dukungan dari pasangan hidup & konflik pernikahan.

29 FAKTOR PERSONAL Seseorang pekerja hanya bekerja 9 jam sehari dan masa yang selebihnya menghabiskan untuk berhubung dengan masyarakat sekitar. Segala masalah yang wujud pada masa itu, kemungkinan akan dibawa di tempat kerja. Antara faktor personal: Bentuk kelakuan Perubahan dalam kehidupan Konflik peranan

30 a). BENTUK KELAKUAN individu: i. Bentuk A ii. Bentuk B
Terdapat 2 jenis bentuk kelakuan individu: i. Bentuk A ii. Bentuk B

31 i) BENTUK A Satu penilaian tahap yang paling kerap digunakan.
Dikaji dalam tahun 1970 dan 1980 Satu penilaian tahap yang paling kerap digunakan. Dikuasai oleh keupayaan menguasai masa Cuba menyiapkan tugas yang banyak dalam masa yang singkat.

32 - Buat kerja dalam masa secepat mungkin yang
CIRI-CIRI - Buat kerja dalam masa secepat mungkin yang boleh terutamanya bagi kerja yang rutin. - Tidak sabar menunggu sesuatu kerja sehingga habis. - Bertanya dari semasa ke semasa tentang sesuatu kerja - Cuba menyelesaikan dua atau lebih kerja serentak. - Tidak dapat manfaat masa lapang. - Menilai kejayaan dari segi kuantiti.

33 Belawanan dengan bentuk A. Tidak menjadikan masa sebagai
ii) BENTUK B Belawanan dengan bentuk A. Tidak menjadikan masa sebagai pengukur kejayaan mereka.

34 CIRI-CIRI Tidak tergopoh-gapah/terdesak-desak menyelesaikan sesuatu masalah. Tidak merasa perlu menonjolkan pencapaian yang diperolehi. Suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan. Boleh berehat tanpa rasa bersalah.

35 Lebih berisiko mendapatkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Bentuk A lebih senang mengalami tekanan kerja. Lebih berisiko mendapatkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Mempunyai marah yang kronik, berperasangka, dan tidak amanah. Selalu berjaya dalam kejayaan.

36 b). PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN
Peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin membawa tekanan kerja. Ia mempengaruhi prestasi kerja seterusnya menjejaskan prestasi organisasi. Contoh, kematian teman hidup, menyebabkan tiada mood untuk bekerja. Kesannya menjejaskan prestasi kerja.

37 PERISTIWA-PERISTIWA DALAM PERUBAHAN KEHIDUPAN
- Kematian teman hidup - Perceraian - Perpisahan dengan suami / isteri - Penahanan dalam penjara / institusi lain - Kecederaan dan kesakitan diri - Perkahwinan - Kehamilan - Perubahan besar keadaan kewangan - Perubahan ke bidang kerja lain - Perubahan kehidupan (rumah baru / jiran baru)

38 c). KONFLIK PERANAN Konflik peranan timbul apabila seseorang
pekerja diberi arahan yang bertentangan. Contoh, penyelia pengeluaran diarah oleh pengurus supaya memaksimumkan output. Penyelia kawalan mutu pula menekan kepada kualiti. Ini boleh menjadi satu tekanan kepada pekerja bawahan berhadapan dengan situasi yang keliru

39 KESAN-KESAN TEKANAN

40 3 jenis pendekatan Kesan Psikologi Kesan Fisiologi Kesan Tingkahlaku

41 JENIS TEKANAN Tekanan Kronstruktif Tekanan Destruktif

42

43 TEKANAN KONSRUKTIK Ia memberi keputusan yang positif kepada organisasi. Bermula dari tahap/ peringkat kekuatan tekanan rendah kepada peringkat sederhana. Ini akan meningkatkan tenaga, kreativiti dan sebagainya. Contoh - seorang pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum peperiksaan dan dapat menyiapkan tugasan yang diberi tepat pada masanya.

44 TEKANAN DESRUKTIK Tekanan bermula daripada kekuatan tekanan sederhanan kepada kekuatan tekanan yang tinggi. Kelakuan negatif - ketidakmampuan dari segi fizikal seseorang dan juga sistem mentalnya Seseorang boleh menderita di bawah tekanan yang tidak membina ini dan boleh menyebabkan ketidakhadiran tanpa alasan yang baik, kemalangan, kesilapan, ketidakpuasan dan pelaksanaan tugas yang lemah.

45 SAMBUNGAN… KESAN Menjejaskan prestasi kerja pekerja Menjejaskan kos pengurusan industri Menggugat produktiviti organisasi Menjejaskan hubungan dengan orang lain

46 Kesan Psikologi Mempunyai komponen emosi dan kognitif
Reaksi dari segi mental (a) sikap (b) kepercayaan (c) nilai (d) Perasaan Sindrom ‘burn-out’ (kehabisan tenaga)

47 Gejala Mental • Merasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku • Risau dan bimbang • Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan • Merasa tidak sihat • Sukar untuk tidur • Keinginan seks menurun • Terasa amat letih • Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan

48 Kesan Fisiologi Ketidakpuasan kerja.
Memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Stres Tekanan darah Saluran darah tercedera (meningkat dan menurun) Berfungsi tidak normal

49 Gejala Fizikal • Degupan jantung yang cepat • Banyak berpeluh
• Banyak berpeluh • Terasa loya • Bernafas kencang • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil • Kaki dan tangan terasa sejuk • Selera makan berubah • Gangguan keseksualan • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

50 Masalah kesihatan Tekanan darah tinggi Serangan jantung Sakit kepala
Kemurungan Gangguan kebimbangan Masalah berat badan Gangguan tidur Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan Strok Cirit-birit dan sembelit Masalah kulit yang semakin teruk (jerawak) Masalah sinus Serangan Migrain Ulser perut

51 GANGGUAN TRAUMA KUMULATIF (CUMMULATIVE TRAUMA DISORDERS-CTD)
Gangguan muskuloskeletal (musculoskeletal disorders - MSD). Sumber utama masalah kesihatan pekerjaan masa kini. Pergelangan tangan menjadi kebas (peredaran darah ke saraf anggota badan terganggu). Menjadi penyebab peningkatan ketidakhadiran ke tempat kerja, pusingganti pekerja, tuntut pampasan, dan kos penjagaan kesihatan.

52 KESAN TINGKAHLAKU Tempat kerja - Hubungan dengan kepuasan kerja
- Prestasi kerja - Peningkatan kadar ponteng - Kerap membuat kesilapan dan berlaku kemalangan - Kecenderungan untuk berhenti

53 Tingkahlaku Perubahan dalam produktiviti, pusingganti pekerja
Kuat merokok Perubahan dalam selera makan Mengambil dadah Makan terlalu cepat Penagihan alkohol Bercakap pantas Tidur dengan tidak mengikut masa tertentu.

54 Keluarga - Konflik dan pengasingan diri - Pengabaian - Penderaan pasangan dan ahli keluarga

55 PENANDA WUJUDNYA TEKANAN
Psikologi Fisiologi Tingkahlaku Berasa khuatir Malu Bosan Sedih Hendak marah Ketegangan Sakit dada Kerongkong tersekat Mulut kering Kerap membuang air kecil Lemah-lemah badan Kuat merokok Mengambil dadah Makan terlalu cepat Melanggar disiplin

56

57 STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN

58 Sayle (1974): “Kebebasan penuh daripada mengalami tekanan ialah
` Sayle (1974): “Kebebasan penuh daripada mengalami tekanan ialah kematian”. Terdapat dua pendekatan asas untuk menyelesaikan tekanan kerja: 1. Pendekatan individu 2. Pendekatan organisasi 58

59 PENDEKATAN INDIVIDU 59

60 KAEDAH-KAEDAH MENGURANGKAN TEKANAN
Pengurusan Masa - Berasa tertekan sekiranya selalu kekurangan masa. Prinsip-prisip asas boleh dilakukan iaitu: Meletakan keutamaan bagi tugas yang paling penting dan segera. Susun tugas-tugas berdasarkan keutamaan. 60

61 Senaraikan tugas-tugas seharian yang perlu diselesai.
Fahami tugas harian dan laksana tugas penting pada waktu paling produktif.

62 Senaman Membantu mengurangkan tekanan dan menaikkan rasa harga diri.
Mengelakkan penyakit. Lakukan senaman yang ringan dan tidak melibatkan persaingan. Contoh: aerobik, berenang, berjoging, berbasikal dan sebagainya. 62

63 Kaedah Merehatkan Tubuh
Masa rehat penting untuk badan dan minda agar dapat berehat dan bertenaga semula. Luangkan masa untuk melakukan perkara- perkara yang diminati .

64 Menarik nafas panjang amat berguna.
Berlatih merihatkan diri berdasarkan teknik meditasi atau zikir.

65 Proses Meditasi Tutup mata selama 10 hingga 20 minit.
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan. Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’. Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal. Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik.

66 Sokongan Sosial Pergaulan sosial yang luas adalah penting dalam kehidupan. Memiliki rakan, keluarga atau seseorang yang boleh diajak berbincang akan bantu redakan ketegangan. Cuba dapatkan pendengar yang bertanggapan dan yang tidak mengkritik.

67 Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Yakin bahawa boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

68 Komunikasi Efektif Adakalanya susah untuk sesorang bersikap tegas kerana gemar bersikap suka menurut dan membantu. Mungkin berasa bahawa diri tidak boleh menolak sebarang permintaan disebabkan kewajipan diri. Kebolehan untuk mengatakan ‘tidak’ adalah sangat penting. 68

69 Dalam menolak sesuatu permintaan, adalah
baik sekiranya : Iktiraf permintaan orang tersebut Berikan sebab-sebab menolak Katakan “tidak” secara tegas

70 saya membantu anda berkenaan sedikit kerja
Contohnya, “Saya faham yang anda ingin saya membantu anda berkenaan sedikit kerja malam ini (ulangi permintaan orang tersebut). Saya ingin membantu tetapi saya telah membuat rancangan dengan keluarga saya (berikan sebab), oleh itu saya tidak boleh melakukannya” (katakan “tidak”).

71 Menentukan Had Mengambil beban lebih daripada yang boleh seseorang pekerja itu kendalikan. Sentiasa memberikan kepentingan terhadap apa yang perlu capai dalam hidup. Cuba menghadkan jumlah perubahan hidup dalam satu jangka masa tertentu.

72 berumahtangga, membeli pangsapuri,
Contohnya, adalah tidak wajar untuk berumahtangga, membeli pangsapuri, menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rumah, mendapat anak dan tukar pekerjaan, semuanya dalam masa satu tahun kerana semua ini akan mendatangkan tekanan yang begitu besar kepada seseorang individu. 72

73 STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN
PENDEKATAN ORGANISASI

74 STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN (pendekatan organisasi)
1. Pemilihan dan penempatan pekerja 2. Penetapan matlamat 3. Merekabentuk kembali kerja STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN (pendekatan organisasi) 4. Penyertaan dalam pembuatan keputusan 5. Komunikasi organisasi 6. Program pemulihan

75 Pemilihan dan Penempatan Pekerja
Tekanan berbeza antara satu kerja dengan kerja yang lain. Setiap individu berbeza dari sudut tindakan yang dilakukan dalam menghadapi tekanan. SAMBUNGAN… …

76 Pekerja yang mempunyai sedikit pengalaman lebih cenderung mengalami tekanan.
Contoh: siswazah yang tamat pengajian dan baru bekerja adalah lebih tekanan berbanding pekerja yang telah lama bekerja. Pihak pengurusan perlu mengambil kira fakta ini dalam membuat pemilihan dan penempatan pekerja. SAMBUNGAN… …

77 Tidak sepatut memberi ganjaran kepada
pekerja yang mempunyai pengalaman sahaja. Ambil perhatian tehadap pekerja yang mampu menyesuaikan diri dengan baik terhadap pelbagai tekanan yang tinggi dan mampu menunjukkan hasil kerja yang memuaskan walaupun belum mempunyai pengalaman.

78 2. Penetapan Matlamat Pekerja akan menghasilkan kerja yang baik apabila mempunyai matlamat yang jelas dan mencabar. Memperolehi maklumbalas mengenai sejauh mana keupayaan mereka dalam mencapai matlamat. Maklumbalas tentang matlamat dapat mengurangkan ketidakpastian terhadap hasil kerja. Matlamat yang jelas dan spesifikasi dapat mengurangkan rasa putus asa atau tertekan.

79 3. Merekabentuk Kembali Kerja
Tujuan: (a) memberi lebih tanggungjawab kepada pekerja. (b) menawarkan kerja yang lebih bererti. (c) memberi kuasa autonomi dan maklumbalas yang lebih kepada pekerja. Faktor ini dapat memberikan pekerja lebih kawalan terhadap aktiviti kerja dan mengurangkan pergantungan kepada orang lain. SAMBUNGAN… …

80 4. Penyertaan Dalam Membuat Keputusan
Memberi peluang kepada pekerja untuk menyalurkan pendapat dalam pembuatan keputusan.

81 Objektif: - Memberi kesan positif terhadap hasil kerja.
- Komitmen terhadap organisasi - Penambahbaikan prestasi - Menerima perubahan - Memupuk tanggungjawab dalam setiap perancangan. Pekerja mengetahui apa yang patut dilakukan.

82 5. Komunikasi Organisasi
Formal Bergerak melalui saluran organisasi terstruktur Tidak Formal Mengalir di luar struktur organisasi yang formal SAMBUNGAN… …

83 Meningkatkan komunikasi formal
akan mengurangkan - ketidakpastian - kesamaran peranan - konflik peranan

84 6. Program Pemulihan Program ini tertumpu kepada keperluan fizikal
dan mental pekerja. Contoh: - Mengadakan bengkal mengurangkan tabiat merokok. - Memberhentikan penagihan alkohol. Mendorong para pekerja melaksanakan tanggungjawab diri mereka, menjaga kesihatan fizikal dan mental.

85 STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN (pendekatan organisasi)
1. Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan kerja STRATEGI PENGURUSAN TEKANAN (pendekatan organisasi) 2. Rancangkan kerja 3. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah

86 1. Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap perubahan yang berlaku. Rancang perubahan secara teratur.

87 2. RANCANGAN KERJA Kendalikan masa dengan bijak.
Agih kerja dengan baik. Beri keutamaan terhadap kerja yang penting. Elak bertangguh. Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.

88 3. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah
Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar.

89 KESIMPULAN Mengatasi tekanan kerja perlu dilakukan oleh semua pihak.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi. Tanpa tekanan negatif, maka, pekerja dapat bekerja dengan cemerlang dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan bekerja.


Download ppt "TEKANAN KERJA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google