Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENILAIAN ASAS FARDU AIN (PAFA)
2
PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)
Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam,yang ingin dipastikan benar-benar diketahui,difahami,diamalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Syarak
3
TUJUAN PENILAIAN PAFA Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA,kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna. Memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA ,dengan perkataan lain,menentukan kejayaan 100%. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan harian. Merangsang tanggongjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.
4
PERATURAN PENILAIAN PAFA.
Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid yang beragama Islam. penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 (SPM). Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. Penilaian dijalankan sendiri oleh Guru Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang bersifat formatif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5
Penilaian dijalankan secara Lisan dan Amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Apabila murid-murid telah menguasai kod-kod yang telah ditetapkan, dia boleh dinilai dengan kod-kod Tahun/Tingkatan seterusnya. Bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan. Soalan dan jawapan penilai tidaklah rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Apabila ujian dibuat secara formal murid akan diberitahu lebih awal.
6
sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna. Pencapaian murid dikemas kini dari semasa ke semasa dalam borang Pencapaian Individu dan Berkelompok. Catatan tersebut merupakan rekod bagi proses dan keputusan yang dicapai oleh murid.
7
Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai sesuatu tajuk, manakala dalam hal ibadah , dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
8
Murid diperakui lulus dalam keseluruhan Penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan. Borang Pencapaian Individu (dalam simpanan guru) hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan pelajar ke sekolah lain. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah mengguna format Penyata Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada Bahagian/Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri menurut prosedur yang ditetapkan.
9
TAHUN KOD DINILAI TAJUK 1 01 Mengucap dua kalimah syahadah 02 Rukun Islam 03 Rukun Iman 04 Beristinjak 05 Membersihkan Diri , Pakaian dan tempat daripada najis 2 06 Cara Berwuduk 07 Cara Bertayamum 08 Cara Mandi Wajib 09 Azan , Iqamah dan jawapannya dan doa selepas azan dan Iqamat 10 Solat Fardu 3 11 Solat Jenazah 12 Puasa 13 Adab Terhadap Ibu Bapa 14 Ihsan 15 Kewajipan Menutup Aurat 16 Batas Pergaulan Dalam Islam
10
Mengikut takwim pihak berkenaan
BIL TINDAKAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT CATATAN 1. Memastikan murid memiliki Buku Panduan Penilaian PAFA √ 2. Penyediaan fail PAFA (Borang Pencapaian Individu dan Borang Kelompok) 3. Pelaksanaan PAFA 3.1 Ting 1 dan 2 3.2 Ting 3 (PMR) 4. Mengemaskini Borang Berkelompok PAFA PMR 5. Menghantar keputusan penuh PAFA / disket ke Unit / Bahagian Peperiksaan JPN 5.1 PMR 6. Mengemaskini Rekod Pencapaian Individu murid yang akan berpindah ke sekolah baru (sekiranya ada) 7. Penyertaan daripada pihak kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah Mengikut takwim pihak berkenaan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.