Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) Pentaksiran Pusat atau PP telah melalui perubahan hasil dari arahan penambahbaikan PBS yang telah disarankan oleh YAB Menteri Pendidikan. Mulai 18 Mac 2014, Pentaksiran Pusat bagi murid di Tingkatan Tiga dikenali sebagai Pentaksiran Tingkatan 3 atau ringkasnya PT3.
2
PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN
LP akan bertanggungjawab dalam penyediaan perkara berikut: UJIAN BERTULIS Item Format Instrumen Panduan Pemasangan Instrumen Panduan Penskoran Item Peraturan Pentadbiran UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PELBAGAI INSTRUMEN - KAJIAN KES SEJARAH DAN GEOGRAFI Instrumen Pentaksiran Panduan Penskoran FORMAT PELAPORAN PT3 Untuk PT3 Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab dalam penyediaan UJIAN BERTULIS Item Jadual Spesifikasi Ujian Format Instrumen Panduan Pemasangan Instrumen Panduan Penskoran Item Peraturan Pentadbiran UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS INSTRUMEN PELBAGAI SEJARAH DAN GEOGRAFI Instrumen sama Panduan Penskoran FORMAT PELAPORAN PT3
3
PERANAN SEKOLAH Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: Mendaftarkan calon Memasang instrumen Ujian Bertulis berdasarkan Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen serta membuat verifikasi instrumen Menyediakan Jadual Kerja Kajian Kes Sejarah dan Geografi , Jadual Ujian Lisan dan Jadual Waktu Ujian Bertulis serta mentadbir PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3 Memeriksa skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran dan membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan serta verifikasi skor Menghantar markah PT3 ke LP Mengeluarkan pelaporan berdasarkan Format Pelaporan PT3 Dalam PT3, sekolah berperanan untuk menyediakan instrumen, mentadbir instrumen, memeriksa skrip jawapan dan mengeluarkan pelaporan. Di dalam proses menyediakan instrumen, pihak sekolah dipertanggungjawabkan untuk memasang instrumen berdasarkan Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen yang telahpun disediakan oleh Lembaga peperiksaan. Bagi proses untuk mentadbir instrumen, sekolah perlu menyediakan jadual mengikut ketetapan masa yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan dan pentadbiran PT3 juga mestilah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3. Untuk proses pemeriksaan skrip jawapan, sekolah ditugaskan untuk memeriksa jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran, menjalankan moderasi, memberi skor dan membuat verifikasi skor dan seterusnya menghantar markah ke LP. Sekolah juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan pelaporan dan mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.
4
PERANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Pihak JPN bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: Menguruskan calon pensendirian, calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Mendaftar dan menetapkan pusat peperiksaan calon Menyerahkan Jadual Waktu Ujian Bertulis kepada calon Menguruskan instrumen pentaksiran calon Melantik Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan untuk memeriksa skrip jawapan calon Menghantar markah calon ke LP Mengeluarkan pelaporan berdasarkan Format Pelaporan PT3 Dalam PT3, JPN berperanan untuk menyediakan memantau penyediaan instrumen, pentadbiran instrumen, pemeriksaan skrip jawapan dan pengeluaran pelaporan di sekolah.
5
MATA PELAJARAN
6
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
PMR SEHINGGA TAHUN 2013 PT3 MULAI TAHUN 2014 UJIAN BERTULIS UJIAN LISAN PELBAGAI INSTRUMEN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Punjabi Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Sejarah Pendidikan Islam Geografi Kemahiran Hidup Bersepadu Calon beragama Islam atau 8 + bahasa tambahan Calon bukan beragama Islam atau 7 + bahasa tambahan Sehingga tahun 2013, pelaksanaan peperiksaan awam bagi murid tingkatan 3 iaitu Penilaian Menengah Rendah dilaksanakan secara berpusat. Semua instrumen dan garis panduan, pengoperasian pengawasan dan pemeriksaan dilakukan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabata Pendidikan Daerah. Murid tingkatan 3 pada tahun 2014 merupakan kohort pertama yang menduduki akan PT3. PT3 akan ditaksir kepada murid melalui tiga instrumen pentaksiran iaitu: Pelbagai Instrumen bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi Ujian Bertulis dan Ujian Lisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan Ujian Bertulis bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, KHB dan mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respons (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak LP.
7
JENIS CALON
8
CALON SEKOLAH KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN
Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Di Bawah Agensi Kerajaan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Agama Negeri Sekolah Menengah Agama Rakyat Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Calon Sekolah Kerajaan/Agensi Kerajaan PT3 ditadbir dan ditaksir kepada semua calon sekolah sama ada Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Di Bawah Agensi Kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, , Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat Hanya murid yang telah berada di tingkatan 3 pada tahun semasa sahaja yang dibenarkan menduduki PT3.
9
CALON SEKOLAH SWASTA Calon Sekolah Swasta :
Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM Sekolah Swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti Kurikulum Kebangsaan Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Yuran menduduki ujian RM65 Calon Sekolah Swasta Calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM Calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi masih mengikuti kurikulum kebangsaan. Murid yang telah berada di tingkatan 3 pada tahun semasa sahaja yang dibenarkan menduduki PT3. Calon sekolah swasta hendaklah mendaftar sebagai calon sekolah dan bukan calon persendirian. Semua calon sekolah swasta dikenakan bayaran yuran sebanyak RM65.
10
CALON SEKOLAH BAWAH PENTADBIRAN KDN DAN KPWKM
Calon bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Mendaftar melalui JPN Menduduki ujian di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Contoh Sekolah di bawah KDN dan KPWKM Sekolah Tunas Bakti Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney Pendaftaran sebagai calon sekolah Pendaftaran diuruskan oleh JPN Pusat peperiksaan ditetapkan oleh JPN. Bayaran tidak dikenakan.
11
CALON PERSENDIRIAN Calon Persendirian
Tidak berada dalam sistem persekolahan Dan Mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran Yuran menduduki ujian RM65 Mendaftar di JPN Menduduki ujian di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Menduduki ujian bertulis sahaja Calon Persendirian Individu yang tidak berada dalam sistem persekolahan Dan Telah berumur 14 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa. Pendaftaran dibuat di JPN. Pendaftaran diuruskan oleh JPN. Pusat Peperiksaan ditetapkan oleh JPN. Calon persendirian hanya dibenarkan menduduki ujian bertulis sahaja. Semua calon persendirian dikenakan bayaran yuran sebanyak RM65.
12
PENDAFTARAN
13
PENDAFTARAN CALON Pendaftaran secara atas talian dari 1 hingga 30 Jun
Borang LP/PT3/2014 dari Aplikasi PT3 Borang boleh diperolehi: Portal Lembaga Peperiksaan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri STATUS TINDAKAN BAYARAN CALON SEKOLAH KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN CALON SEKOLAH SEKOLAH X CALON DI BAWAH KDN DAN KPWKM JPN CALON SEKOLAH SWASTA √ CALON PERSENDIRIAN Pendaftaran Tarikh pendaftaran pada 1 hingga 30 Jun 2014 Pendaftaran secara atas talian melalui Borang LP/PT3/2014 di Aplikasi PT3 Sekolah dan JPN akan diberikan kata laluan untuk membuka sistem dan mendaftarankan calon.
14
PENDAFTARAN CALON SEKOLAH KERAJAAN/ AGENSI KERAJAAN
15
PENDAFTARAN CALON DI BAWAH KDN DAN KPWKM
16
PENDAFTARAN CALON SEKOLAH SWASTA
17
PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN
18
INSTRUMEN
19
PENERIMAAN INSTRUMEN PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN GEOGRAFI
Sekolah memuat turun tugasan, Arahan Persediaan Tugasan, Panduan Penskoran dan Lembaran Markah dari portal LP UJIAN LISAN MENDENGAR Sekolah menerima CD yang mengandungi Rakaman Audio, Soalan dan Panduan Penskoran Ujian Lisan daripada JPN UJIAN LISAN BERTUTUR Sekolah memuat turun Tugasan Ujian Lisan -Bertutur, Arahan Persediaan Tugasan, Panduan Penskoran Lisan dan Lembaran Markah dari portal LP UJIAN BERTULIS Sekolah memuat turun item , Format Instrumen, Panduan Pemasangan Instrumen dan Panduan Penskoran Item dari Aplikasi PT3
20
PENTADBIRAN
21
JADUAL PELAKSANAAN PT3 TAHUN 2014
PENGHANTARAN MARKAH KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai 3 hingga 7 November UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN – BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober 10 hingga 14 November Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi Jadual Pelaksanaan PT3 untuk tahun Para pentadbir sekolah perlu melaksanakan PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. Pentadbir Sekolah dan JPN hendaklah melaksanakan PT3 : Dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pentadbir Sekolah: Jadual Kerja Kajian Kes Sejarah dan Geografi Jadual Waktu Ujian Bertulis Jadual Ujian Lisan - Mendengar Jadual Ujian Lisan - Bertutur (Dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran)
22
CALON PONTENG DAN CALON DIBUANG SEKOLAH
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LP PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi kes murid ponteng dan dibuang sekolah, Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LP tetapi sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PT3 telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PT3
23
CALON SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid berada di hospital Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi kes murid di hospital/sekolah dalam hospital (SDH) Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid berada di hospital dan memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah. Sekiranya murid sakit berpanjangan dan tidak dapat melaksanakan ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober, maka calon dibenarkan menduduki peperiksaan sehingga 31 Oktober (sama seperti konsep calon sekolah)
24
CALON BERADA DI HOSPITAL
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan setelah murid kembali ke sekolah Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 31 Oktober Bagi kes murid di hospital pentadbir sekolah hendaklah melaksanakan PT3 setelah murid kembali ke sekolah. Tempoh pelaksanaan dibenarkan sehingga 31 Oktober 2014. Hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah
25
Pentadbir Sekolah hendaklah:
CALON DI BAWAH PENGAWASAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi murid di bawah pengawasan KDN dan KPWKM, Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
26
CALON MEWAKILI NEGARA Pentadbir Sekolah hendaklah:
Memastikan PT3 dilaksanakan setelah murid kembali ke sekolah Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 31 Oktober Bagi kes murid mewakili negara, pentadbir sekolah hendaklah melaksanakan PT3 setelah murid kembali ke sekolah. Tempoh pelaksanaan dibenarkan sehingga 31 Oktober 2014. Hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah.
27
CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
Pentadbir Sekolah hendaklah: Melaksanakan PT3 kepada semua CBK kerana tiada pengecualian pelaksanaan PT3. Hanya calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan Ujian Lisan - Bertutur dan Ujian Lisan – Mendengar Menyediakan instrumen dan keperluan khas mengikut keperluan calon Memberikan tambahan masa 30% dari masa yang diperuntukan kepada calon biasa Bagi Calon Berkeperluan Khas, Pentadbir Sekolah hendaklah Melaksanakan PT3 kepada semua murid CBK kerana tiada pengecualian pelaksanaan PT3. Hanya murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan - bertutur dan ujian lisan – mendengar. Pihak sekolah juga perlu menyediakan keperluan khas mengikut keperluan murid. Calon diberikan masa tambahan sebanyak 30% dari masa yang diperuntukkan kepada calon biasa.
28
CALON BERTUKAR SEKOLAH
Sekiranya mata pelajaran yang dipelajari di sekolah lama iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tidak ditawarkan di sekolah baharu pentadbir sekolah baharu hendaklah: Mendapatkan kertas soalan dari sekolah lama. Menghantar dengan menggunakan Pos Berdaftar skrip jawapan calon kepada sekolah lama untuk diperiksa Mendapatkan markah calon dari sekolah lama untuk direkodkan Mencetak pelaporan PT3 Untuk kes murid bertukar sekolah, sekiranya mata pelajaran yang dipelajari di sekolah lama iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tidak ditawarkan di sekolah baharu pentadbir sekolah baharu hendaklah mendapatkan kertas soalan dari sekolah lama untuk ditadbirkan, memulangkan skrip jawapan kepada sekolah lama untuk diperiksa, mendapatkan markah dan gred murid untuk direkodkan dan mencetak pelaporan PT3.
29
PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
DAN PELAPORAN
30
PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN CALON
31
PERCETAKAN PELAPORAN
32
KELAYAKAN GRED DAN PELAPORAN
CALON MENERIMA GRED BAGI MATA PELAJARAN YANG DIDUDUKI PELAPORAN PT3 BAGI CALON SEKOLAH DIKELUARKAN OLEH SEKOLAH. PELAPORAN BAGI CALON PERSENDIRIAN, CALON BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI SERTA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIKELUARKAN OLEH JPN CALON AKAN MENERIMA PELAPORAN PT3 MULAI 15 NOVEMBER Kelayakan untuk mendapatkan gred dan pelaporan dalam PT3 adalah seperti berikut: Murid hendaklah melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran yang didaftar bagi mendapatkan gred, oleh itu, murid akan menerima gred bagi mata pelajaran yang diduduki sahaja Manakala murid yang tidak melaksanakan PT3 bagi mana-mana mata pelajaran tidak akan menerima gred bagi mata pelajaran berkenaan. Murid pula mula menerima pelaporan PT3 dari pihak sekolah mulai 15 November
33
PELAPORAN Contoh Pelaporan PT3 yang akan diterima oleh murid.
PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED BAHASA MELAYU UJIAN BERTULIS A Cemerlang BAHASA MELAYU UJIAN LISAN A Cemerlang BAHASA INGGERIS UJIAN BERTULIS B Kepujian BAHASA INGGERIS UJIAN LISAN C Baik SEJARAH B Kepujian GEOGRAFI B Kepujian BAHASA ARAB C Baik PENDIDIKAN ISLAM A Cemerlang MATHEMATICS B Kepujian SCIENCE A Cemerlang KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU B Kepujian Contoh Pelaporan PT3 yang akan diterima oleh murid.
34
TAFSIRAN GRED GRED TAFSIRAN A CEMERLANG B KEPUJIAN C BAIK D MEMUASKAN
MENCAPAI TAHAP MINIMUM F BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM Tafsiran gred untuk PT3
35
TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.