Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYuliani Darmadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
3
Latar Belakang Sistem Ahli
Sistem ahli bertujuan melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran T.M. Idea ini dicetuskan oleh Dato’ Onn dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney. Henry Gurney mencadangkan agar model negara Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di TM.
4
Cadangan ini selaras dengan hasrat British utk menjalankan dasar dekolonisasi.
Pihak British berpendapat bahawa tekanan drpd phk PKM akan dpt dikurangkan dgn adanya Sistem Ahli. Satu rundingan antara pihak British dgn wakil penduduk TM telah diadakan di King’s House,KL.
5
Antara wakil yang menghadirinya ialah:
~Sir Henry Gurney ~Dato Onn Ja’afar ~Dato Hamzah Abdullah ~Wakil UMNO dan orang Melayu iaitu Raja Uda dan Dato Nik Ahmed Kamil ~Wakil kaum India iaitu Dato’ E.E.C Thuraisingam ~Wakil masyarakat Cina iaitu En.Yong Shook Lin dan Dr.Lee Tiang Keng
6
Ciri-ciri Sistem Ahli Kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenali “Ahli” Contoh, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada 9 anggota, iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pegawai Inggeris. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 orang Melayu, seorang Cina dan seorang India. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
7
Proses perlaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli
Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka menguruskan pentadbiran harian jabatan mengikut dasar-dasar yang sedia ada. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Dalam menyediakan cadangan undang-undang itu, Ahli akan berbincang dengan pegawai kanan British. Pesuruhjaya Tinggi juga memberikan arahan dan persetujuan. Selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British. Sistem Ahli merupakan tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Ia juga memulakan proses perpaduan kaum di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di negara ini.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.