Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGURUSAN SISTEM PENGENDALIAN
BAB 9
2
Terdapat 4 elemen pengurusan iaitu:
Pengurusan Ingatan Pengurusan Pemproses Pengurusan Peranti Pengurusan Fail
3
Pengurusan Ingatan Ingatan : perkakasan terpenting untuk sesebuah komputer. Tanpa ingatan sesebuah komputer tidak akan dapat berfungsi. Oleh itu pengurusan yang baik perlu dibuat dalam hal yang berkaitan dengan ingatan komputer tersebut. Pengurusan ingatan akan merupakan faktor yang utama dalam perlarian aturcara.
4
Skema peruntukan ingatan juga diambil kira.
Kedua-dua faktor ini tidak semestinya akan menjadikan sistem pengendalian tersebut akan berfungsi dengan berkesan. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan : Apakah jenis sistem tersebut dan kelajuan pemproses yang sedia-ada.
5
Jika kelajuan ingatan dan skema peruntukan ingatan dipertingkatkan kemungkinan pembaziran CPU akan berlaku. Oleh itu seperti yang telah dikatakan kelajuan CPU perlu diambil kira juga.
6
Pengurusan Pemproses Pemproses adalah seperti jantung bagi sesebuah komputer. Pengurusan pemproses perlu dilakukan bersama-sama dengan ingatan dan I/O sepertimana dalam persekitaran berbilang-aturcara.
7
Beberapa faktor yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:
Penggunaan masa CPU sepenuhnya akan menyebabkan sistem akan menjadi tepu jika penerimaan kerja dilakukan juga. Ini akan menyebabkan pembaziran dan masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu kerja menjadi semakin lambat. Dalam beban kerja yang banyak masa CPU yang digunakan untuk mengurus I/O (dalam keadaan biasa adalah cepat) boleh meningkat dan seterusnya meningkatkan masa untuk melaksanakan sesuatu kerja itu.
8
Jika terdapat lebih giliran dalam saluran, unit kawalan, peranti I/O akan membazirkan masa CPU kerana penangguhan kerja sementara kerja lain seperti I/O siap terlaksana Dalam pengurusan pemproses ini, satu kerjasama antara I/O dan ingatan perlu diteliti dalam peningkatan prestasi sesuatu sistem pengendalian itu.
9
Pengurusan I/O Peningkatan keupayaan pemproses memerlukan penelitian dalam I/O, begitu juga berlaku dalam kes peningkatan prestasi I/O. Penimbal, sekatan dan penjadualan semula I/O tetapi ini mungkin akan menyebabkan pembaziran CPU dan juga penambahan ingatan.
10
Penimbalan akan membolehkan CPU menyamai kelajuan I/O tetapi ianya memerlukan penggunaan ingatan yang banyak. Penyekatan akan menyebabkan pembaziran masa CPU di mana CPU akan digunakan untuk menyimpan rekod penyekatan dan juga rekod penyahsekatan. Algoritma penjadualan semula I/O adalah baik untuk mengoptimakan masa I/O tetapi ia juga akan menambahkan penggunaan CPU dalam melaksanakan algoritma tersebut.
11
Pengurusan Fail Pengurusan fail yang baik, seterusnya akan menjadikan sistem itu cepat dalam mencapai sesuatu fail itu. Contoh : jika sesuatu fail tidak simpan pada tempat ataupun lokasi yang bersambungan ataupun berdekatan maka proses pembacaan ataupun pencapaian fail tersebut akan mengambil masa.
12
Di sini skema penempatan fail perlu ditingkatkan seperti meletakkan fail yang besar dalam lokasi yang berdekatan. Jika ini dilakukan akan mengurangkan masa untuk I/O.
13
Penilaian Sistem Pengendalian
Sistem pengendalian perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk mengetahui pencapaian kepuasan pengguna. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menilai sistem tersebut walaupun tugas penilaian ini susah hendak dilakukan. Cara-cara tersebut adalah seperti berikut: Daya pemprosesan – keluaran yang dihasilkan daripada keseluruhan sistem seperti kerja yang dilaksanakan dalam satu jam ataupun hari.
14
Masa tindakbalas – masa yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugas bilamana pengguna itu menekan kekunci. Penilaian cara ini adalah sesuai bagi sistem talian terus. Masa pusingbalik – masa yang diambil untuk melakukan sesuatu kerja bermula dengan penyerahan kerja tersebut. Cara penilaian ini sesuai untuk kerja berkelompok.
15
Kekerapan penggunaan sumber – menunjuk darjah keterlibatan sesuatu unit dalam keseluruhan operasi.
Ketersedia-ada – menunjukkan kertersedia-ada sesuatu sumber itu bila ianya diperlukan. Ianya diperngaruhi oleh dua faktor iaitu Purata Masa Belum Kegagalan (PMBK) dan juga Purata Masa Untuk Pembaikan (PMUP). Kedua-dua nilai ini digunakan untuk mengira ketersedia-ada iaitu A =
16
Kebolehpercayaan – menunjukkan kebarangkalian sesuatu sumber itu tidak akan menemui kegagalan dalam sesuatu masa tertentu. Pengiraannya boleh ditunjukkan seperti di bawah: R =
17
Mekanisme yang digunakan untuk memberi maklumbalas adalah dengan menggunakan gelung maklumbalas.
Gelung maklumbalas positif Gelung maklumbalas negatif. Contoh gelung maklumbalas positif adalah jika maklumbalas menyatakan bahawa CPU tidak banyak melakukan kerja, maka kerja perlu dimuatkan dengan lebih kerap lagi.
18
Contoh bagi maklumbalas negatif pula adalah jika maklumbalas yang dihantar menyatakan CPU adalah terlalu sibuk maka proses pemuatan kerja ke dalam giliran akan dikurangkan.
19
Pemantauan Sistem Pemantauan sistem dilakukan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu dengan menggunakan perkakasan dan juga perisian.
20
Perkakasan Kelebihan Kekurangan
Tidak menganggu prestasi sistem kerana ianya diletakkan diluar sistem Kekurangan Perlaksanaan yang mahal disebabkan penambahan kos yang besar dalam membeli perkakasan yang spesifik
21
Perisian Kelebihan Kekurangan Perlaksanan yang murah
Pemantauan prestasi sistem tidak tepat disebabkan ianya juga menggunakan sumber daripada sistem tersebut
22
Kos Sistem Pengendalian
Untuk meningkatkan prestasi sistem pengendalian, kaedah-kaedah dalam penampungan kos perlu ditetapkan. Bagi sistem pengguna tunggal ianya tidak penting tetapi bagi persekitaran berbilang pengguna ianya amat penting dan untuk itu sistem pengendalian mesti berupaya melakukan perumpukan (penciptaan) akaun pengguna.
23
Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
Jumlah masa yang digunakan – ianya boleh dikira dari masa pengguna login sehingga ia logout. Ingatan yang digunakan – boleh dikira dari segi ruang ingatan dan juga masa yang diambil.
24
Etika Etika ataupun sikap pengguna terhadap sistem yang digunakan perlu diambil kira dalam pengurusan sistem pengendalian. Ini kerana jika sikap yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak terurus boleh menyebabkan sistem itu tidak berfungsi dengan baik.
25
Contohnya penyimpanan perisian yang tidak terurus, seterusnya perlarian perisian itu akan menyebabkan proses I/O dan juga proses-proses lain yang berkaitan akan tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam pada itu pengurus sistem pengendalian perlu mengambilkira perkara-perkara seperti penyalinan secara haram untuk sesuatu perisian, pengekalan hakcipta, pencapaian data tanpa persetujuan empunya dan juga pencerobohan sistem.
26
Keselamatan dan Ancaman Komputer
Keselamatan komputer perlu dipastikan berada dalam tahap yang memuaskan. Untuk itu, cara yang paling baik adalah dengan menilai kebolehcerobohan terhadap sistem itu samada dari segi fizikal seperti vandalisme ataupun dari segi ancaman teknologi seperti hacking, wire tapping dan browsing.
27
Namun begitu keselamatan data juga tidak kurang pentingnya seperti ketidaksengajaan dalam pengubahsuaian data. Kaedah-kaedah penjagaan sistem adalah seperti katalaluan, penggunaan kad pintar, penyulitan data dan juga penyandaran data.
28
Antara jenis-jenis virus yang wujud adalah seperti berikut :
Ancaman komputer dalam bentuk virus juga perlu diawasi disebabkan pada masa kini ianya adalah merupakan ancaman utama. Antara jenis-jenis virus yang wujud adalah seperti berikut : worm – boleh menduakan dirinya sendiri dan ianya mengancam persekitaran rangkaian
29
Trojan Horse – ianya tidak membahaya tetapi ianya digunakan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu sistem tersebut Logic bomb – melakukan serangan pada masa tertentu
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.