Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FEM 3106 TAJUK 8: UNDANG-UNDANG DAN PEKERJA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FEM 3106 TAJUK 8: UNDANG-UNDANG DAN PEKERJA"— Transcript presentasi:

1 FEM 3106 TAJUK 8: UNDANG-UNDANG DAN PEKERJA
DR. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM

2 PEKERJAAN Secara umumnya pekerjaan adalah aktiviti yang dilakukan untuk menghasilkan suatu barangan atau perkhidmatan seperti memotong rumput dan menjual kereta. Pekerjaan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kerja berupah (paid work), kerja paksaan (coerced work) dan kerja tidak berupah (unpaid work). Pekerjaan berupah dinamakan sebagai pekerjaan pasaran, manakala pekerjaan paksaan merujuk kepada kerja yang dilakukan secara paksa dan bukan kerelaan yang dipengaruhi input dan akan mempengaruhi output yang bakal terhasil. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

3 MAJIKAN Orang atau organisasi yang menawarkan pekerjaan kepada pekerja. Pekerja berkhidmat untuk majikan dan mempunyai kuasa untuk mengawal bentuk khidmat yang dilakukan oleh pekerja. Apabila majikan menawarkan pekerjaan kepada pekerja, hubungan antara mereka terbentuk. Undang-undang yang berkaitan dengan hubungan di antara pekerja dengan majikan adalah undang-undang pekerjaan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

4 SAMBUNGAN Majikan bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan oleh pekerja untuk menjalankan tugasnya. Hubungan di antara majikan dengan pekerja adalah berasaskan kontrak pekerjaan yang telah ditandatangani oleh pekerja. Kontrak pekerjaan mengandungi segala syarat dan terma yang berkaitan dengan pekerjaan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

5 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
Keselamatan pekerja: satu polisi yang melindungi pekerja daripada kemalangan, kecederaan dan ancaman yang berkaitan dengan keadaan tempat kerja, amalan pekerjaan dan juga persekitaran tempat. (Contoh: kebakaran dan gangguan seksual). Kesihatan pekerja: satu situasi di mana pekerja bebas dari penyakit kesihatan fizikal, mental dan sosial yang berkaitan dengan keadaan tempat kerja, amalan pekerjaan dan juga persekitaran tempat (contoh: penyakit dan keracunan). SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

6 SAMBUNGAN Perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja harus dititikberatkan oleh semua majikan. Keselamatan dan kesihatan pekerja penting bukan sahaja disebabkan oleh pertimbangan dari segi moral dan undang-undang tetapi juga dilihat dari segi ekonomi. Sebagai contoh, majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila sesuatu kemalangan menimpa pekerjanya. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

7 AGENSI & PERANAN Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan (NIOSH). SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

8 SAMBUNGAN Perlindungan sosial adalah sukatan/ukuran yang disyaratkan oleh undang-undang untuk melindungi pekerja dalam menghadapai sesuatu kemungkinan seperti : Penyakit, Hilang pekerjaan, Kematian, Usia tua(persaraan) atau kurang upaya dan Kemalangan

9 PERUNDANGAN BERKAITAN PEKERJA
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta Kilang dan Jentera 1967 Akta Pekerjaan 1955 Akta Kesatuan Sekerja 1959 Akta Hubungan Industri 1967 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta Pampasan Pekerja 1952 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 Akta Pencen 1980 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

10 PERLINDUNGAN TERHADAP PEKERJA
Akta Kerja 1955 Akta Kerja 1955 (Pindaan pindaan seksyen 31, A. 60D, 63 dan 69C) adalah undang-undang utama yang melindungi hak pekerja. Contoh: cuti, elaun, kenaikan pangkat Perintah Am (Bahagian C) SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

11 PERLINDUNGAN SOSIAL Pekerjaan boleh meyebabkan pekerja terdedah kepada kemalangan atau penyakit. Insiden di luar jangkaan ini boleh menjadi masalah serius kepada individu yang terlibat bahkan juaa kepada keluarga mereka yang hilang tempat pergantungan. Pekerja perlukan perlindungan dan keselamatan berbentuk sosial yang boleh menjamin kewangan dan meneruskan kelangsungan kehidupan sekeluarga.

12 SAMBUNGAN Suatu sistem pampasan yang diwujudkan demi melindungi ahli masyarakat drpd sebarang penderitaan kerana berlakunya malapetaka dalam kehidupan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

13 UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL DI MALAYSIA
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991( Akta 1952) Akta Pencen 1980 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

14 AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969
Dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Kesematan Sosial Pekerja (PERKESO) PERKESO adalah Badan Berkanun yang melapur kpd Kementerian Sumber Manusia. Skop: Semua industri di sektor swasta ; semua pekerja tempatan yang berpendapatan kurang drpd RM 2,000 pada perlantikan pertama mereka. Majikan dan pekerja wajib mencarum. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

15 PENGECUALIAN Pekerja sektor awam: dikecualikan drpd skim Keselamatan Sosial sejak 1983 kerana mereka diliputi oleh Akta Pencen dan berhak mendapat faedah perubatan di bawah skim perkhidmatan mereka. Pekerja asing tidak dilindungi: sebagai ganti majikan dikehendakki membeli insurans utk sebarang liabiliti ke atas pekerja sptmana diarahkan dlm Perintah (Insurans) Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing) 1996. Lain-lain pekerja: domestik, tributer, tentera, polis, banduan atau kumpulan pekerja yang diistiharkan tidak diliputi oleh Akta oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

16 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
Lembaga KWSP – suatu organisasi yg mana kesemua pekerja dan majikan wajib membuat caruman bulanan terhadap satu tabung (KWSP). Tujuan utama Akta adalah utk memastikan pekerja tidak akan mengalami masalah kewangan selepas bersara SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

17 AKTA PENCEN 1980 Akta ini terpakai kepada Pegawai Persekutuan, Pegawai Persekutuan Tempatan dan Pegawai Negeri. Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendakki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau mengidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya tertentu ketika menjalankan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

18 PENCEN Skim pencen telah diwujudkan oleh kerajaan khusus bagi memenuhi objektif berikut: Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah. Berbentuk satu ikatan ke atas anggota agar mereka terus berkhidmat dengan kerajaan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

19 SAMBUNGAN Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota setelah mereka bersara dari perkhidamatan kerajaan. Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa dalam perkhidmatan kerajaan atau selepas bersara. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

20 AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
Terpakai kepada Pekerja Badan Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri dan Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

21 AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980 BAGI FAEDAH PEGAWAI BERPENCEN DAN PEKERJA BERPENCEN
Akta ini memperuntukkan agar penyelarasan dibuat terhadap apa-apa pencen atau faedah persaraan lain yang diterima oleh pesara-pesara dan penerima penerima faedah persaraan lain berbangkit dari penyem,akan skim gaji kerajaan. Akta ini hanya terpakai ke atas pesara dan penerima faedah persaraan lain yang bermastautin di Malaysia (seksyen 1(3). SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

22 PERLINDUNGAN HAK PENCEN
Hak-hak terhadap pencen dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution). Ini dapat dilihat dalam Perkara 147 “Undang-undang yang dipakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain elaun seperti dalam perkara ini disebut sebagai award yang diberi kepada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam atau kepda balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya ialah undang-undang yang berkuatkuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi award itu. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

23 SAMBUNGAN Walau bagaimanapun pencen, ganjaran atau faedah persaraan yang diperuntukkan dalam Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak Berkuasa Tempatan 1980, bukanlah merupakan suatu hak mutlak seseorang anggota. Seseorang anggota handaklah memenuhi syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang untuk melayakkannya menerima faedah persaraan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

24 PERSARAAN DAN PENCEN Selepas 12 hb April 1991, Akta Pekerja 1955 mengalami perubahan untuk pekerja memilih skim perbelanjaan selepas bersara. Pekerja di sektor kerajaan diberi dua pilihan. Untuk memilih (a) Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (b) atau Skim pencen. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

25 SKIM PENCEN Jika anggota memilih skim pencen, mereka akan dibayar secara bulanan iaitu selepas tamat tempoh perkhidmatan mengikut ketegori tertentu. Skim ini diperkenalkan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada para pekerja. Justeru mereka telah menjalankan tanggungjawab penuh dedikasi dan amanah kepada kerajaan selama tempoh perkhidmatan. Selepas kematian anggota, duit pencen akan diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Faedah Cuti Gantian – 120 hari x ambil cuti mendapat gantian sejumlah wang yang setimpal SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

26 SKIM KWSP Skim KWSP diwujukan untuk mengadakan faedah persaraan bagi kaum pekerja yang berasaskan kepada konsep simpanan. Setiap pekerja dikehendakki menyimpan 11% daripada pendapatan bulanannya di KWSP dan majikannya pula akan menokok simpanan ini sebanyak 12% lagi. Kedua-dua caruman ini akan dijadikan simpanan untuk persaraan seseorang pekerja. Ahli yang telah memilih Skim KWSP boleh mengeluarkan simpanan KWSPnya untuk persaraan apabila ia mencapai umur 56 tahun. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

27 SKIM KWSP Skim KWSP diwujukan untuk mengadakan faedah persaraan bagi kaum pekerja yang berasaskan kepada konsep simpanan. Setiap pekerja dikehendakki menyimpan 11% daripada pendapatan bulanannya di KWSP dan majikannya pula akan menokok simpanan ini sebanyak 12% lagi. Kedua-dua caruman ini akan dijadikan simpanan untuk persaraan seseorang pekerja. Ahli yang telah memilih Skim KWSP boleh mengeluarkan simpanan KWSPnya untuk persaraan apabila ia mencapai umur 56 tahun. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

28 PENGELUARAN Ahli mencapai umur 50 tahun
Membeli atau membina rumah/mengambil pinjaman untuk pembelian atau pembinaan Memerlukan pembiayaan perubatan SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

29 FAEDAH CUTI GANTIAN Mulai November 2004
Pegawai yang memilih skim KWSP mendapat faedah cuti gantian ( 90 hari) apabila bersara. Kelayakan cuti hari setahun, baki cuti bawa ke tahun hadapan : hanya 15 hari sahaja setahun boleh di bawa ke FCG. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

30 GANGGUAN SEKSUAL DAN PEKERJA
Takrif gangguan seksual bukan terhad kepada sentuhan secara fizikal malah meliputi perbuatan lain yang membabitkan gangguan psikologi terhadap mangsa. Contohnya: Menyentuh, menepuk, mencubit, meraba yang tidak diingini Pertuturan sumbang, merenung, bersiul atau bersikap boleh dianggap melampau batas. Penghinaan atau persendaan, bertujuan menghina dan berunsur seks. Cadangan bahawa layanan seks akan dibalas ganjaran, jika menolak akan menghalang sebarang ganjaran. Mempamer, mengedar alat atau bahan bacaan lucah SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

31 KES GANGGUAN SEKSUAL (2000)
Seorang wanita Wong Yok Mooi mengemukakan saman ganti rugi berjumlah RM 110 juta terhadap seorang pengurus Hock Hua Bank di Kajang (Yong You Min). Wong merupakan wanita pertama di Malaysia mengemukakan saman sivil selepas menjadi mangsa gangguan seksual memfailkan samannya di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

32 KES B Shima mengalami gangguan seksual dari pengarah bangsa asing di tempat kerja, telah membuat aduan kepda majikan pada tahun 1990 tetapi aduannya telah tidak dilayan. Aduan terus dibuat ke Bahagian Perhubungan Perindustrian, Kementerian Sumber Manusia yang kemudian memanjangkan kesnya ke Kementerian Dalam Negeri. Majikan telah diarah menjalankan siasatan. Malangnya siasatan hanya dilakukan pada Januari 2001 setelah Jabatan Imigresen Negeri menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapati aduan Shima berasas. Permit kerja pengarah tersebut telah ditamatkan dan arahan pulang ke negara asal juga telah dikeluarkan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

33 KOD AMALAN GANGGUAN SEKSUAL
Dilancarkan pada bulan Ogos 1999. Kod ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisme dalam di peringkat organisasi bagi mencegah gangguan seksual di tempat kerja. Menurut Kod tersebut, oleh kerana gangguan berlaku di tempat kerja maka adalah wajar dan lebih berkesan jika tindakan diambil oleh organisasi sendiri supaya gangguan dapat dibenteras di peringkat awal lagi. Kod ini juga menggalakkan perlaksanaan dasar-dasar yang mempastikan persekitaran kerja selamat dan sihat untuk setiap pekerja tanpa mengira status dan mendapat layanan yang bebas dari segala bentuk gangguan, penghinaan dan ugutan seksual. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

34 PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG –SECARA TIDAK LANGSUNG
Akta Kerja 1955: S14 yang berkaitan dengan penamatan kontrak atas sebab-sebab khas. Perintah Am Bagi Perkhidmatan Awam: Bab 4 Bahagian 11 yang berkaitan dengan kelakuan . Kanun Keseksaan: S325 mengenakan kekerasan jenayah S354 menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah untuk tujuan mencabul kehormatan S509 menggunakan kata-kata atau perbuatan dengan niat untuk mencabul kehormatan. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

35 SAMBUNGAN Dari 2005 hingga 2008, 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 27 kes tindakan tatatertib membabit-kan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut untuk membawa kes kepada pihak berkuasa. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

36 KESAN GANGGUAN SEKSUAL KEPADA PEKERJA
Tekanan psikologi dan ketidakstabilan emosi, kesihatan fizikal yang tidak menentu, kemurungan, mudah meradang, Daripada aspek pekerjaan, mangsa cenderung menunjukkan prestasi yang menurun, ponteng kerja, perbalahan, malah terus berhenti kerja. Dari segi perhubungan sosial, mangsa mungkin cenderung bergaul, bercakap dan berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan tertentu, atau jelas cuba menghindari golongan-golongan tertentu. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM 9/22/2018

37 KESAN GANGGUAN SEKSUAL KEPADA MAJIKAN
Ketidakhadiran pekerja, produktiviti kerja yang rendah, reputasi organisasi yang tercalar, pekerja hilang semangat untuk bekerja, pusing ganti pekerja yang tinggi, kos untuk mengambil pekerja baru, kos melatih pekerja baru, saman oleh mangsa gangguan seksual, penurunan keyakinan pekerja terhadap organisasi dan sebagainya. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

38 RANG UNDANG-UNDANG GANGGUAN SEKSUAL (2003)
Usaha NGO Draf di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Meminta pendapat dari agensi berkaitan Setuju dan Tidak setuju Keputusan: pinda undang-undang sedia ada dan bukan perkenalkan satu undang-undang baru. Akta dipinda: Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM

39 KESIMPULAN Cuti bersalin merupakan faedah yang diberikan kepada pihak isteri dan suami. Perlindungan sosial pekerja dianggap satu bentuk perlindungan yang mampu membantu pekerja sekiranya mendapat bencana semasa di tempat kerja atau ke tempat kerja. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah faedah untuk hari tua Skim Pencen memberi pulangan kepada pekerja yang telah memberikan perkhidmatan dengan cemerlang. Gangguan seksual merupakan satu penyakit masyarakat yang semakin serius. SA’ODAH AHMAD/FEM3106/FEM/UPM


Download ppt "FEM 3106 TAJUK 8: UNDANG-UNDANG DAN PEKERJA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google