Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Gangguan / Keganasan Dalam Sukan INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Gangguan / Keganasan Dalam Sukan INSTITUT PENDIDIKAN GURU"— Transcript presentasi:

1 Gangguan / Keganasan Dalam Sukan INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR. Gangguan / Keganasan Dalam Sukan NAMA : ANG KIA BUN : CHEONG CHIEW LEE : LAW MING LEI : TEH YAN YIN : TIEU SOUK HIENG OPSYEN : 5 PISMP MT/PJ/BC

2 Apa Itu Gangguan Dalam Sukan?
Gangguan bererti sesuatu yang membuat seseorang, objek atau proses menjadi terbantut dan tergendala.

3 Gangguan dalam sukan adalah berbagai tingkah laku oleh individu atau organisasi iaitu :-
Provokasi, memperkecil, keganasan atau mengugut. Boleh berlaku kepada individu atau kumpulan. Merujuk kepada perwatakan individu atau kumpulan tersebut.

4 Gangguan dalam sukan boleh dikategorikan dalam beberapa jenis seperti:-
gangguan emosi bagi pemain, gangguan faktor semula jadi, gangguan semasa manusia.

5 Gangguan Faktor Semula Jadi Gangguan Sesama Manusia
Gangguan Emosi Tekanan perasaan Gangguan psikologi Pengurusan EQ Gangguan Faktor Semula Jadi Faktor cuaca Fizikal pihak lawan Bunyi, cahaya, warna Keadaan tapak permainan Gangguan Sesama Manusia Pihak lawan, pengadil Gangguan seksual Sorakan peminat

6 Kelakuan Gangguan

7 Kelakuan Kasar Kekasaran secara fizikal (menyerang)
Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuas hati)

8 Kelakuan Kasar Pengabaian
(kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi) Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)

9 Gangguan seksual Provokasi secara seksual
Permintaan melakukan perbuatan seksual Perbuatan yang merangsang seksual

10 Definisi Keganasan/ Keagresifan

11 Definisi Keganasan/Keagresifan
Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Baron dan Richardson (1994)

12 Definisi Keganasan dalam Sukan
sama ada dilakukan ketika pertandingan oleh atlet, jurulatih, pegawai mahupun oleh penyokong. Keganasan yang berlaku dalam sukan kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan. Sikap agresif tumpuan dikurangkan dan kesannya senang berlakunya kesilapan. Keagresifan yang terlalu malampau

13 Jenis-jenis Keagresifan dalam Sukan Keagresifan Instrumental
Keagresifan Ketara Keagresifan Instrumental Keagresifan Asertif

14 Keagresifan Ketara (Silva, 1984) Keagresifan Instrumental Punca rasa marah mencapai matlamat Niat melihat individu tersebut mengalami kesakitan mencederakan individu lain Matlamat mencederakan individu lain (ataupun objek) mendapatkan faedah Ganjaran (kepuasan) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij.

15 Keagresifan Asertif Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Tiadanya niat untuk mencederakan individu lain.

16 Faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan
Teori Semula Jadi Teori Bredemeire Teori Kekecewaan Keagresifan (Frustrasi) Teori Kekecewaan-Keagresifan yang Dikaji Semula (Revised Frustration) Teori Pembelajaran Sosial Bandura

17 Teori Semula Jadi (Gill, 1986) Setiap manusia mempunyai sifat keagresifan kerana ia adalah semula jadi. Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan yang ada pada manusia. Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan menghentak kakinya sedang melepaskan tenaga.

18 Teori Bredemeire Berdasarkan kepada Teori Piaget mengenai perkembangan kognitif. Mengenai alasan moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan tahap/tingkat alasan moral. (Bredemeire, 1994) Sifat agresif manusia dianggap sesuatu yang beretika.

19 Teori Kekecewaan-Agresif
Menurut Sigmund Freud (1950), menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan. Jika keinginan untuk memperoleh keseronokan terhalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.

20 Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau dihentikan (Dollard, Doob, Mowrer dan Sears, 1939) Keagresifan yang terlaluan akan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu supaya dapat melepaskan rasa marah atau kecewa.

21 Model Teori Kekecewaan-Keagresifan
Sesuatu motif tidak dicapai Kecewa Dorongan  yang agresif meningkat Tingkah laku agresif

22 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keagresifan/Keganasan

23 1. Kebangkitan fisiologi
Berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu persekitaran berkaitan rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa dan mudah marah.

24 2. Persepsi individu yang dikasari
Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih “kukuh” dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain. Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

25 3. Perbezaan mata atau jaringan
Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau jaring, maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox, 1999). Jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan yang agresif dilakukan kerana semua pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbingan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

26 4. Lokasi perlawanan Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.

27 5. Keputusan pertandingan
Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukanya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif.

28 6. Kedudukan pasukan dalam liga
Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah. Dari sudut Teori Frustrasi- Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan. Justeru itu, mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

29 7. Penggunaan Steroid Kesan sampingan Steroid adalah peningkatan keagresifan individu. Juteru, jurulatih yang terlibat dalam sukan perlu memastikan bahawa atlet tidak terlibat dalam mengambil bahan terlarang.

30 Cara-Cara Mengatasi Keganasan/ Keagresifan Dalam Sukan

31 (1) Kurikulum Sukan Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam sukan

32 Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah lagi Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.

33 (2) Teknik Mengurus Keganasan
Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternative yang perlu dipraktikkan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya.

34 Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, uruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakan tingkah laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain, nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu.

35 (3) Peranan Jurulatih Jurulatih perlu memainkan peranan agar keganasan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keganasan. Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain.

36 (4) Menggalakkan Role Model Yang Bersih Kepada Atlet Atau Pemain
Terdapat ramai atlet professional yang berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka mata pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara bersih.

37 (5) Menghukum Pemain Yang Beraksi Secara Agresif
Atlet yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencenderakan atlet yang lain, malahan mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda

38 (6) Menghukum Jurulatih Yang Menggalakkan Keagresifan
Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan penggunaan taktif atau strategi yang bersifat agrestif juga perlu dikenakan hukuman. Semangat bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu, memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal.

39 (7) Memberikan Ganjaran Kepada Pemain Atau Pasukan Yang Bermain Dengan Bersih
Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikan. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa depan.

40 Contoh Kes Keganasan Dalam Sukan

41 Perlawanan yang berlansung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silve patah fibula kiri dan buku lali yang cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya. Bola Sepak

42

43 Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelancur.

44

45 Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupkan peristiwa yang menggemparkan tinjau dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk, “The Sound and The Fury” ini Tyson dia kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun. Sukan Tinju

46

47 Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff Hoki Ais Pertama di antara pasukan Ottwa Senator dan Tampa Bay Lightning. Ice Hockey

48

49 Keganasan Penonton

50 Dibahagikan kepada 2 jenis
Penonton televisyen Penonton acara sukan

51 Kebanyakan tontonan pertandingan sukan berlaku di hadapan televisyen
Penonton di hadapan televisyen mungkin menonton dengan penuh ekspesif semasa menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka mungkin marah dan melakukan pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya. Penonton Televisyen

52 Apabila penyokong-penyokong dari pasukan yang bertentangan berada di tempat pertandingan yang sama, mereka akan membuat perbuatan yang fitna atau mengeluarkan perkataan yang menyakit hati penyokong pasukan yang bertentangan, Ini akan menyebabkan pergaduhan dan keganasan berlaku semasa menonton pertandingan sukan.

53 Keganasan antara penonton acara sukan jarang berlaku setakat ini.
Mungkin mereka ekspresif, tetapi jarang menunjukkan keganasan dengan penyokong lain, pengadil, pengiring atau polis. Keganasan dalam kumpulan besar juga pernah berlaku dan telah menjadi perkara yang serius. Krganasan yang melibatkan kumpulan yang besar juga akan mengakibatkan kecederaan dan kematian Penonton Acara Sukan

54 Keganasan tercetus sebaik pengail meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri.

55

56 Setelah pasukan Kelatan tewas dalam pusingan akhir, penyokong bertindak membakar trak polis, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol miniuman dan mercum dibaling ke dalam padang.

57

58 Cara-Cara Mengawal Keganasan Penonton

59 (1) Memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

60 (2) Memisahkan penyokong pasukan
Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong.

61 (3) Singkir penonton yang bertingkah laku agresif (contohnya halau mereka keluar)
Hentikan tingkah laku agrestif dengan cepat ketika ia bermula dan maklumkan kepada mereka bahawa pihak penganjur tidak akan bertorelansi

62 (4) Mempromosikan acara sukan sebagai aktiviti keluarga
Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

63 (5) Bekerjasama dengan media untuk menghantar maklumat penting supaya pihak media tidak memuji kelakuan agresif yang berlaku dalam sukan.

64 (6) Media tidak menjadi batu api kepada kedua-dua pasukan
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif. Ini adalah kerana kewujudan sentiment yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain, malahan di antara para penyokong. Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dari England dan Kelab Galatasary dari Turki

65 Sesi Soal Jawab

66 Antara ialah faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan atau keganasan kecuali……
(A) Kebangkitan fisiologi (B) Perbezaan mata atau jaringan (C) Keputusan pertandingan (D) Peraturan pertandingan

67 Keganasan penonton telah dibahagikan kepada beberapa jenis, misalnya
a. Penonton televisyen b. Penonton acara sukan c. Penonton pasif d. Penonton kasar a dan b a,c, dan d a,b, dan c Semua di atas

68 Pada pendapat anda, apakah Cara atau langkah yang sesuai dalam mengatasi keganasan/ keagresifan dalam sukan?

69 Sekian Terima Kasih…….


Download ppt "Gangguan / Keganasan Dalam Sukan INSTITUT PENDIDIKAN GURU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google