Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"— Transcript presentasi:

1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS) Pentaksiran Pusat atau PP telah melalui perubahan hasil dari arahan penambahbaikan PBS yang telah disarankan oleh YAB Menteri Pendidikan. Mulai 18 Mac 2014, Pentaksiran Pusat bagi murid di Tingkatan Tiga dikenali sebagai Pentaksiran Tingkatan 3 atau ringkasnya PT3.

2 ASPIRASI MURID ASPIRASI MURID PPPM 2013 - 2025 Berpengetahuan :
Mempunyai pengetahuan duniawi, ukhrawi dan sejagat Pemikir : Mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, berupaya menyelesaikan masalah, membuat keputusan dll Pemimpin : Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan apa yang diamanahkan Berdaya tahan dan berani mengambil risiko Cekal dan tabah menghadapi cabaran Komunikator : Berkomunikasi dalam lebih daripada satu bahasa. Berkomunikasi secara berhemah dan efektif. Beradab & beretika : Sentiasa mengutamakan kebaikan diri dan orang di sekeliling. Menghayati dan mempamerkan tingkah laku baik. Bertindak secara positif terhadap kritikan konstruktif yang diberi oleh orang lain Seimbang: Perkembangan potensi holistik: kognitif, afektif, psikomotor Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

3 Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PEPERIKSAAN PUSAT

4 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai satu transformasi pentaksiran pendidikan yang yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pengumpulan profil dan pentaksiran pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid. Aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial murid dinilai melalui PBS secara berterusan. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif bagi memperkembangkan potensi murid dan membangunkan modal insan. PBS merangkumi komponen akademik iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), dan komponen bukan akademik iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

5 Akademik Bukan Akademik
KRONOLOGI DAN PUNCA KUASA PELAKSANAAN PBS KOMPONEN PBS PERINGKAT MENENGAH RENDAH Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi semua mata pelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Dilaksanakan oleh kaunselor menggunakan instrumen daripada LP untuk melihat kebolehan semula jadi dan yang diperoleh Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi SEGAK, Kokurikulum & Ekstrakurikulum Pentaksiran bagi mata pelajaran tertentu ditadbir di sekolah menggunakan instrumen setara daripada LP Akademik Pentaksiran Pusat (Pentaksiran Tingkatan 3 : PT3) Pentaksiran Sekolah Bukan Akademik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam PBS Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk murid-murid Tingkatan 3 mulai tahun 2014. PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 atau di peringkat pendidikan menengah rendah bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Dalam pengendalian PT3, pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respon (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh LP.

6 Too examination-oriented
Tahap Umur (Tahun) Peperiksaan Tujuan Tahun 6 (akhir persekolahan rendah) 12 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Tingkatan 3 (akhir persekolahan men. rendah) 15 Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tingkatan 5 (akhir persekolahan men. atas) 17 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Persijilan (Akhir persekolahan men. atas) 17+ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tingkatan 6 19 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) High stake Too examination-oriented

7 PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)
Dilaksanakan oleh sekolah Fungsi PS Pentaksiran Rujukan Standard Pentaksiran Formatif & Sumatif Dilaksanakan di sekolah Perancangan, Pembinaan item dan instrumen, Pentadbiran, Pemeriksaan dan penskoran, Perekodan, Pelaporan Fungsi PS Mengukuhkan pembelajaran murid Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru Memberi maklumat tentang penguasaan murid Pentaksiran Rujukan Standard Melihat perkembangan pembelajaran murid Melaporkan penguasaan murid mengikut standard tanpa membandingkan pencapaian murid

8 Mata Pelajaran yang ditaksir dalam PS
 Peringkat Rendah; Tahun 1 - 6 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran  Peringkat Menengah Rendah: Tingkatan 1 – 3 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran Mata Pelajaran Peringkat Rendah Bahasa Melayu SK Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Cina SJK Bahasa Tamil SK Bahasa Tamil SJK Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Matematik Dunia Sains Dan Teknologi Pendidikan Islam Pendidikan Moral Dunia Seni Visual Dunia Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Mata Pelajaran Peringkat Menengah Rendah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan 8

9 KEPELBAGAIAN INSTRUMEN
1. Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melaksanakan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan 4. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan kepada tugasan yang diberikan 6. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori 5. Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan / dokumen / karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberikan 2. Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali 7. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif Lembaran kerja Soal Jawab Kuiz Senarai semak Latihan / Tugasan rumah Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan 3. Projek 9

10 CONTOH Bentuk Pelaporan PS SMK BINTANG TIMUR
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1, 2013 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tingkatan : 1 Nekad Tarikh: 1 Julai 2013 Gred Pencapaian Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Pernyataan Deskriptor Perkembangan Pembelajaran Murid Selepas Enam Bulan A Cemerlang Bahasa Melayu Band 4 Lisan: Berbincang dan mengemukakan hujah yang relevan untuk menerima atau menolak pendapat secara sopan dalam pelbagai situasi. Band 4 Baca: Membaca dan menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan. Tulis: Menulis kerangka penulisan, idea utama dan idea sokongan berdasarkan sesuatu tajuk dalam perenggan dengan betul. A Cemerlang Geografi Band 6 Kemahiran Geografi: Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geografi yang sesuai. Bentuk Muka Bumi: Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas.  Tanah tinggi  Tanah pamah  Pinggir laut  Saliran B Kepujian Pendidikan Muzik Band 2 Teori: Menjelas dan menerangkan mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni,Warna ton, Tekstur, Bentuk, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminology dengan betul Nyanyian: Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul tanpa bimbingan Band 3 Alat Muzik: Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan bimbingan Etika: Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan CONTOH Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dalam proses melaksanakan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pelaporan perkembangan pembelajaran murid boleh disediakan berdasarkan pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan PdP. Pelaporan pencapaian boleh disediakan berdasarkan pentaksiran sumatif di akhir topik, minggu, penggal atau tahun. 10

11 KOMPONEN PAJSK PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
PERMAINAN SEGAK & BMI Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara & antarabangsa Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan. Penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam kerja sukarela semasa atau luar waktu sekolah EKSTRA KURIKULUM KELAB & PERSATUAN Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab dan Persatuan BADAN BERUNIFORM Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Badan Beruniform PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dilaksanakan di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan di Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah.

12 PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM TINGKATAN 3, 2014 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI Tingkatan : 3 Nekad No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tarikh : 13 November 2014 ELEMEN ASPEK SUKAN/PERMAINAN KELAB/PERSATUAN BADAN BERUNIFORM EKSTRAKURIKULUM PENGLIBATAN Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do) Ketua Murid Sekolah Peringkat Daerah Sekolah Komitmen Menunjukkan kepimpinan dan bertanggungjawab Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan berminat Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan sistematik Khidmat Sumbangan Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan-Mentadbir Badan Beruniform (Tae Kwon Do) PENYERTAAN Kehadiran 40 PRESTASI Tahap Prestasi Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah PELAPORAN MARKAH Skor Elemen 95 98 96 10 Jumlah Skor (%) 85 93 87 10% 7.9 CGPA 79.25 Pernyataan Pelaporan Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain. CONTOH Jenis Ujian Skor Naik Turun Bangku (kadar nadi seminit) 4 Tekan Tubi (ulangan) 3 Ringkuk Tubi Separa (ulangan) 1 Jangkauan Melunjur (jarak – cm) Jumlah Skor 12 Gred C Pencapaian Baik Tinggi (cm) 154 Berat (kg) 40 BMI 16.87 Tafsiran Normal 12

13 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)
UJIAN APTITUD Aptitud Umum (Tahun 3 & 6) Aptitud Khusus (Tkt 3) PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI PERSONALITI Inventori Tret Personaliti (Tkt 1 & 4) Inventori Minat Kerjaya (Tkt 1, 3 & 5) Tidak berasaskan kurikulum Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai LP menyediakan instrumen Pelaporan adalah secara deskriptif Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti murid. Komponen PPsi yang diuji di peringkat rendah dan menengah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti. Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) Instrumen PPsi disediakan oleh LP manakala Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Kaunselor sekolah mengurus pelaksanaan PPsi. 13

14 CONTOH Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PPsi?
SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3, 2014 Nama : NURUL HANI BINTI HASHIM No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tingkatan : 3 Nekad Petunjuk Inventori Minat Kerjaya PENERANGAN REALISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. INVESTIGATIF Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. ARTISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. SOSIAL Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikanmasalah sosial. ENTERPRISING Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. KONVENSIONAL Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus anda adalah seperti berikut: INVENTORI MINAT KERJAYA UJIAN APTITUD KHUSUS Konstruk Skor (10) Realistik Investigatif Artistik  Verbal Linguistik Visual Ruang Logik Matematik Muzik Naturalis Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Existential 9 8 7 5 4 3 Petunjuk Ujian Aptitud Khusus Petunjuk Inventori Minat Kerjaya yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecenderungan kerjaya murid dengan lebih terperinci. Petunjuk Ujian Aptitud Khusus yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecerdasan dan minat murid dengan lebih terperinci. PENERANGAN Verbal Linguastik Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. Visual ruang Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. Logik Matematik Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. Muzik Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. Naturalis Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi. Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. Inter personal Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. Intra Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. Existential Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. CONTOH

15 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) Pentaksiran Pusat atau PP telah melalui perubahan hasil dari arahan penambahbaikan PBS yang telah disarankan oleh YAB Menteri Pendidikan. Mulai 18 Mac 2014, Pentaksiran Pusat bagi murid di Tingkatan Tiga dikenali sebagai Pentaksiran Tingkatan 3 atau ringkasnya PT3.

16 Ujian Lisan & Ujian Bertulis
2014 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) Pelbagai Instrumen Sehingga PMR Sejarah Geografi Peperiksaan Pusat Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Sejarah Geografi Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pendidikan Islam Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Bahasa Punjabi Ujian Lisan & Ujian Bertulis Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Ujian Bertulis Murid tingkatan 3 pada tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki PT3 melalui PBS. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). Instrumen direkabentuk berdasarkan objektif mata pelajaran. Contoh : Bagi mata pelajaran Sejarah Objektif mata pelajaran Sejarah berfokus kepada domain pengetahuan, afektif, nilai, dan dan kemahiran. Mata pelajaran Sejarah menekankan kepada penghayatan terhadap nilai sejarah dan menanam semangat patriotisme. Di peringkat menengah rendah, Sejarah lebih sesuai diukur melalui pelbagai instrumen yang memerlukan murid membuat kajian, rujukan dan mempersembahkan jawapan dengan kreatif dan kritis. Kemahiran yang diperolehi melalui instrumen pelbagai seperti kemahiran ‘learn how to learn’ iaitu mencari maklumat daripada sumber yang sahih akan digunakan semasa murid menjawab soalan-soalan sejarah di peringkat menengah atas. Murid beragama Islam atau 8 + bahasa tambahan Murid bukan beragama Islam atau 7 + bahasa tambahan

17 MATA PELAJARAN

18 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
PMR SEHINGGA TAHUN 2013 PT3 MULAI TAHUN 2014 UJIAN BERTULIS UJIAN LISAN PELBAGAI INSTRUMEN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Punjabi Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Sejarah Pendidikan Islam Geografi Kemahiran Hidup Bersepadu Calon beragama Islam atau 8 + bahasa tambahan Calon bukan beragama Islam atau 7 + bahasa tambahan Sehingga tahun 2013, pelaksanaan peperiksaan awam bagi murid tingkatan 3 iaitu Penilaian Menengah Rendah dilaksanakan secara berpusat. Semua instrumen dan garis panduan, pengoperasian pengawasan dan pemeriksaan dilakukan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabata Pendidikan Daerah. Murid tingkatan 3 pada tahun 2014 merupakan kohort pertama yang menduduki akan PT3. PT3 akan ditaksir kepada murid melalui tiga instrumen pentaksiran iaitu: Pelbagai Instrumen bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi Ujian Bertulis dan Ujian Lisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan Ujian Bertulis bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, KHB dan mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respons (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak LP.

19 Ujian Bertulis Menguji pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran Tugasan dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga Tempoh ujian : 2 jam Item dalam bentuk objektif dan subjektif Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Perkara yang diuji dalam mata pelajaran bahasa Pengetahuan dan kefahaman tentang sistem bahasa Kemahiran aplikasi bahasa Kemahiran aplikasi maklumat Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (membaca dan menulis) Jenis item yang digunakan dalam ujian bertulis Respon terhad Respon terbuka Berstruktur Objektif pelbagai bentuk Padanan, Betul-Salah, Mengisi tempat kosong

20 Pelbagai Instrumen Menguji pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran Tugasan dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga Murid melaksanakan tugasan dalam tempoh tidak melebihi enam - lapan waktu pembelajaran Murid memberikan respons / melalukan tugasan secara individu atau berkumpulan Penskoran diberikan secara individu Sejarah Geografi Contoh Instrumen Projek Kajian lapangan Kajian Kes Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak yang dihasilkan. Kajian Lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan Kajian Kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / maklumat yang diperoleh dan membuat laporan.

21 Ujian Lisan UJIAN LISAN (Ujian Bertutur)
Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara individu / kumpulan dalam bentuk lisan Kemahiran mendengar dan bertutur Dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan (10 hingga 30 minit) Ujian Lisan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris UJIAN LISAN (Ujian Mendengar) Tugasan yang memerlukan murid mendengar rakaman audio dan memberikan respons secara individu dalam bentuk bertulis Kemahiran mendengar dan memahami Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan (30 minit)

22 Bertutur dan Mendengar
TAKWIM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2014 UJIAN BERTULIS UJIAN LISAN KAJIAN KES TAKWIM PT3 TAHUN 2014 TARIKH MATA PELAJARAN 12 – 17 Oktober Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Mathematics Science Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban UJIAN BERTULIS TARIKH MATA PELAJARAN JENIS UJIAN 6 hingga 29 Ogos Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bertutur dan Mendengar UJIAN LISAN INSTRUMEN KAJIAN KES TARIKH MATA PELAJARAN 1 hingga 18 Julai Sejarah INSTRUMEN KAJIAN KES TARIKH MATA PELAJARAN 1 hingga 18 Julai Geografi

23 CONTOH Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PT3?
Contoh Pernyataan Keputusan PT3 PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP KOD MATA PELAJARAN GRED BAHASA MELAYU UJIAN BERTULIS A Cemerlang BAHASA MELAYU UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS UJIAN BERTULIS B Kepujian BAHASA INGGERIS UJIAN LISAN C Baik SEJARAH GEOGRAFI BAHASA ARAB PENDIDIKAN ISLAM MATHEMATICS SCIENCE KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (TEKNIKAL) CONTOH Tafsiran Gred PT3 Gred Tafsiran Gred A Cemerlang B Kepujian C Baik D Memuaskan E Mencapai tahap minimum F Belum mencapai tahap minimum

24 STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
•Menyediakan format instrumen yang setara •Membekalkan item PT3 untuk ujian bertulis •Menyediakan instrumen setara bagi ujian lisan, Sejarah dan Geografi •Menyediakan panduan penskoran •Melaksanakan moderasi dan verifikasi •Memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan panduan pemasangan yang disediakan • Mentadbir PT3 • Guru mentaksir dan menskor • Menghantar keputusan kepada LP • Mengeluarkan pelaporan Melaksanakan Penjaminan Kualiti PT3 (Pentaksir Luar & JK Kurikulum Sekolah) Lembaga Peperiksaan Sekolah

25 PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN
LP akan bertanggungjawab dalam penyediaan perkara berikut: UJIAN BERTULIS Item Format Instrumen Panduan Pemasangan Instrumen Panduan Penskoran Item Peraturan Pentadbiran UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PELBAGAI INSTRUMEN - KAJIAN KES SEJARAH DAN GEOGRAFI Instrumen Pentaksiran Panduan Penskoran FORMAT PELAPORAN PT3 Untuk PT3 Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab dalam penyediaan UJIAN BERTULIS Item Jadual Spesifikasi Ujian Format Instrumen Panduan Pemasangan Instrumen Panduan Penskoran Item Peraturan Pentadbiran UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS INSTRUMEN PELBAGAI SEJARAH DAN GEOGRAFI Instrumen sama Panduan Penskoran FORMAT PELAPORAN PT3

26 PERANAN SEKOLAH Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: Mendaftarkan calon Memasang instrumen Ujian Bertulis berdasarkan Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen serta membuat verifikasi instrumen Menyediakan Jadual Kerja Kajian Kes Sejarah dan Geografi , Jadual Ujian Lisan dan Jadual Waktu Ujian Bertulis serta mentadbir PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3 Memeriksa skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran dan membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan serta verifikasi skor Menghantar markah PT3 ke LP Mengeluarkan pelaporan berdasarkan Format Pelaporan PT3 Dalam PT3, sekolah berperanan untuk menyediakan instrumen, mentadbir instrumen, memeriksa skrip jawapan dan mengeluarkan pelaporan. Di dalam proses menyediakan instrumen, pihak sekolah dipertanggungjawabkan untuk memasang instrumen berdasarkan Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen yang telahpun disediakan oleh Lembaga peperiksaan. Bagi proses untuk mentadbir instrumen, sekolah perlu menyediakan jadual mengikut ketetapan masa yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan dan pentadbiran PT3 juga mestilah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3. Untuk proses pemeriksaan skrip jawapan, sekolah ditugaskan untuk memeriksa jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran, menjalankan moderasi, memberi skor dan membuat verifikasi skor dan seterusnya menghantar markah ke LP. Sekolah juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan pelaporan dan mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.

27 PERANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Pihak JPN bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: Menguruskan calon pensendirian, calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Mendaftar dan menetapkan pusat peperiksaan calon Menyerahkan Jadual Waktu Ujian Bertulis kepada calon Menguruskan instrumen pentaksiran calon Melantik Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan untuk memeriksa skrip jawapan calon Menghantar markah calon ke LP Mengeluarkan pelaporan berdasarkan Format Pelaporan PT3 Dalam PT3, JPN berperanan untuk menyediakan memantau penyediaan instrumen, pentadbiran instrumen, pemeriksaan skrip jawapan dan pengeluaran pelaporan di sekolah.

28 JENIS CALON

29 CALON SEKOLAH KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN
Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Di Bawah Agensi Kerajaan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Agama Negeri Sekolah Menengah Agama Rakyat Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Calon Sekolah Kerajaan/Agensi Kerajaan PT3 ditadbir dan ditaksir kepada semua calon sekolah sama ada Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Di Bawah Agensi Kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, , Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat Hanya murid yang telah berada di tingkatan 3 pada tahun semasa sahaja yang dibenarkan menduduki PT3.

30 CALON SEKOLAH SWASTA Calon Sekolah Swasta :
Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM Sekolah Swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti Kurikulum Kebangsaan Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Yuran menduduki ujian RM65 Calon Sekolah Swasta Calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM Calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi masih mengikuti kurikulum kebangsaan. Murid yang telah berada di tingkatan 3 pada tahun semasa sahaja yang dibenarkan menduduki PT3. Calon sekolah swasta hendaklah mendaftar sebagai calon sekolah dan bukan calon persendirian. Semua calon sekolah swasta dikenakan bayaran yuran sebanyak RM65.

31 CALON SEKOLAH BAWAH PENTADBIRAN KDN DAN KPWKM
Calon bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dan Murid berada di Tingkatan Tiga Mendaftar melalui JPN Menduduki ujian di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Contoh Sekolah di bawah KDN dan KPWKM Sekolah Tunas Bakti Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney Pendaftaran sebagai calon sekolah Pendaftaran diuruskan oleh JPN Pusat peperiksaan ditetapkan oleh JPN. Bayaran tidak dikenakan.

32 CALON PERSENDIRIAN Calon Persendirian
Tidak berada dalam sistem persekolahan Dan Mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran Yuran menduduki ujian RM65 Mendaftar di JPN Menduduki ujian di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Menduduki ujian bertulis sahaja Calon Persendirian Individu yang tidak berada dalam sistem persekolahan Dan Telah berumur 14 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa. Pendaftaran dibuat di JPN. Pendaftaran diuruskan oleh JPN. Pusat Peperiksaan ditetapkan oleh JPN. Calon persendirian hanya dibenarkan menduduki ujian bertulis sahaja. Semua calon persendirian dikenakan bayaran yuran sebanyak RM65.

33 PENDAFTARAN

34 PENDAFTARAN CALON Pendaftaran secara atas talian dari 1 hingga 30 Jun
Borang LP/PT3/2014 dari Aplikasi PT3 Borang boleh diperolehi: Portal Lembaga Peperiksaan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri STATUS TINDAKAN BAYARAN CALON SEKOLAH KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN CALON SEKOLAH SEKOLAH X CALON DI BAWAH KDN DAN KPWKM JPN CALON SEKOLAH SWASTA CALON PERSENDIRIAN Pendaftaran Tarikh pendaftaran pada 1 hingga 30 Jun 2014 Pendaftaran secara atas talian melalui Borang LP/PT3/2014 di Aplikasi PT3 Sekolah dan JPN akan diberikan kata laluan untuk membuka sistem dan mendaftarankan calon.

35 INSTRUMEN

36 PENERIMAAN INSTRUMEN PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN GEOGRAFI
Sekolah memuat turun tugasan, Arahan Persediaan Tugasan, Panduan Penskoran dan Lembaran Markah dari portal LP UJIAN LISAN MENDENGAR Sekolah menerima CD yang mengandungi Rakaman Audio, Soalan dan Panduan Penskoran Ujian Lisan daripada JPN UJIAN LISAN BERTUTUR Sekolah memuat turun Tugasan Ujian Lisan -Bertutur, Arahan Persediaan Tugasan, Panduan Penskoran Lisan dan Lembaran Markah dari portal LP UJIAN BERTULIS Sekolah memuat turun item , Format Instrumen, Panduan Pemasangan Instrumen dan Panduan Penskoran Item dari Aplikasi PT3

37 PENTADBIRAN

38 JADUAL PELAKSANAAN PT3 TAHUN 2014
PENGHANTARAN MARKAH KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai 3 hingga 7 November UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN – BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober 10 hingga 14 November Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi Jadual Pelaksanaan PT3 untuk tahun Para pentadbir sekolah perlu melaksanakan PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. Pentadbir Sekolah dan JPN hendaklah melaksanakan PT3 : Dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pentadbir Sekolah: Jadual Kerja Kajian Kes Sejarah dan Geografi Jadual Waktu Ujian Bertulis Jadual Ujian Lisan - Mendengar Jadual Ujian Lisan - Bertutur (Dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran)

39 CALON PONTENG DAN CALON DIBUANG SEKOLAH
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LP PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi kes murid ponteng dan dibuang sekolah, Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LP tetapi sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PT3 telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PT3

40 CALON SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid berada di hospital Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi kes murid di hospital/sekolah dalam hospital (SDH) Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid berada di hospital dan memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah. Sekiranya murid sakit berpanjangan dan tidak dapat melaksanakan ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober, maka calon dibenarkan menduduki peperiksaan sehingga 31 Oktober (sama seperti konsep calon sekolah)

41 CALON BERADA DI HOSPITAL
Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan setelah murid kembali ke sekolah Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 31 Oktober Bagi kes murid di hospital pentadbir sekolah hendaklah melaksanakan PT3 setelah murid kembali ke sekolah. Tempoh pelaksanaan dibenarkan sehingga 31 Oktober 2014. Hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah

42 Pentadbir Sekolah hendaklah:
CALON DI BAWAH PENGAWASAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) Pentadbir Sekolah hendaklah: Memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 17 Oktober Bagi murid di bawah pengawasan KDN dan KPWKM, Pentadbir Sekolah hendaklah memastikan PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

43 CALON MEWAKILI NEGARA Pentadbir Sekolah hendaklah:
Memastikan PT3 dilaksanakan setelah murid kembali ke sekolah Memastikan hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH DAN KAJIAN KES GEOGRAFI 1 hingga 18 Julai UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA MELAYU 12 Ogos UJIAN LISAN – MENDENGAR BAHASA INGGERIS 13 Ogos UJIAN LISAN - BERTUTUR 6 hingga 29 Ogos UJIAN BERTULIS 12 hingga 31 Oktober Bagi kes murid mewakili negara, pentadbir sekolah hendaklah melaksanakan PT3 setelah murid kembali ke sekolah. Tempoh pelaksanaan dibenarkan sehingga 31 Oktober 2014. Hasil kerja murid diperiksa dan direkodkan oleh guru sekolah.

44 CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
Pentadbir Sekolah hendaklah: Melaksanakan PT3 kepada semua CBK kerana tiada pengecualian pelaksanaan PT3. Hanya calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan Ujian Lisan - Bertutur dan Ujian Lisan – Mendengar Menyediakan instrumen dan keperluan khas mengikut keperluan calon Memberikan tambahan masa 30% dari masa yang diperuntukan kepada calon biasa Bagi Calon Berkeperluan Khas, Pentadbir Sekolah hendaklah Melaksanakan PT3 kepada semua murid CBK kerana tiada pengecualian pelaksanaan PT3. Hanya murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan - bertutur dan ujian lisan – mendengar. Pihak sekolah juga perlu menyediakan keperluan khas mengikut keperluan murid. Calon diberikan masa tambahan sebanyak 30% dari masa yang diperuntukkan kepada calon biasa.

45 CALON BERTUKAR SEKOLAH
Sekiranya mata pelajaran yang dipelajari di sekolah lama iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tidak ditawarkan di sekolah baharu pentadbir sekolah baharu hendaklah: Mendapatkan kertas soalan dari sekolah lama. Menghantar dengan menggunakan Pos Berdaftar skrip jawapan calon kepada sekolah lama untuk diperiksa Mendapatkan markah calon dari sekolah lama untuk direkodkan Mencetak pelaporan PT3 Untuk kes murid bertukar sekolah, sekiranya mata pelajaran yang dipelajari di sekolah lama iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tidak ditawarkan di sekolah baharu pentadbir sekolah baharu hendaklah mendapatkan kertas soalan dari sekolah lama untuk ditadbirkan, memulangkan skrip jawapan kepada sekolah lama untuk diperiksa, mendapatkan markah dan gred murid untuk direkodkan dan mencetak pelaporan PT3.

46 PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN
DAN PELAPORAN

47 PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN CALON

48 PERCETAKAN PELAPORAN

49 KELAYAKAN GRED DAN PELAPORAN
CALON MENERIMA GRED BAGI MATA PELAJARAN YANG DIDUDUKI PELAPORAN PT3 BAGI CALON SEKOLAH DIKELUARKAN OLEH SEKOLAH. PELAPORAN BAGI CALON PERSENDIRIAN, CALON BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI SERTA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIKELUARKAN OLEH JPN CALON AKAN MENERIMA PELAPORAN PT3 MULAI 15 NOVEMBER Kelayakan untuk mendapatkan gred dan pelaporan dalam PT3 adalah seperti berikut: Murid hendaklah melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran yang didaftar bagi mendapatkan gred, oleh itu, murid akan menerima gred bagi mata pelajaran yang diduduki sahaja Manakala murid yang tidak melaksanakan PT3 bagi mana-mana mata pelajaran tidak akan menerima gred bagi mata pelajaran berkenaan. Murid pula mula menerima pelaporan PT3 dari pihak sekolah mulai 15 November

50 PELAPORAN Contoh Pelaporan PT3 yang akan diterima oleh murid.
PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED BAHASA MELAYU UJIAN BERTULIS A Cemerlang BAHASA MELAYU UJIAN LISAN A Cemerlang BAHASA INGGERIS UJIAN BERTULIS B Kepujian BAHASA INGGERIS UJIAN LISAN C Baik SEJARAH B Kepujian GEOGRAFI B Kepujian BAHASA ARAB C Baik PENDIDIKAN ISLAM A Cemerlang MATHEMATICS B Kepujian SCIENCE A Cemerlang KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU B Kepujian Contoh Pelaporan PT3 yang akan diterima oleh murid.

51 TAFSIRAN GRED GRED TAFSIRAN A CEMERLANG B KEPUJIAN C BAIK D MEMUASKAN
MENCAPAI TAHAP MINIMUM F BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM Tafsiran gred untuk PT3

52 PENAMBAHBAIKAN BENTUK PELAPORAN
Pernyataan Keputusan PMR Sehingga 2013 Pernyataan Keputusan Bagi 4 komponen PBS PP (PT3) PS PAJSK PPsi Mulai 2014 PENAMBAHBAIKAN BENTUK PELAPORAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Sejarah Geografi KHB Pendidikan Islam Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Bahasa Punjabi Format standard berdasarkan spesifikasi yang disediakan LP Sehingga 2013, pelaporan PMR adalah dalam bentuk pernyataan keputusan bagi setiap mata pelajaran yang diduduki calon dalam peperiksaan pusat. Mulai 2014, pelaporan pentaksiran di peringkat menengah rendah adalah bagi setiap komponen PBS iaitu PT3, PS, PAJSK dan PPsi. Pelaporan akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan format standard yang disediakan oleh LP.

53 CONTOH PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) P ERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) 2014 NAMA: NO. KP: NAMA SEKOLAH: PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ELEMEN ASPEK SUKAN/PERMAINAN KELAB/PERSATUAN BADAN BERUNIFORM EKSTRA KURIKULUM PENGLIBATAN Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do) Ketua Murid Sekolah Peringkat Daerah Sekolah Komitmen Menunjukkan kepimpinan, bertanggungjawab dan menepati waktu Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan menunjukkan minat Khidmat Sumbangan Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan-Mentadbir Badan Beruniform (Tae Kwon Do) PENYERTAAN Kehadiran 40 PRESTASI Tahap Prestasi Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah PELAPORAN MARKAH Skor Elemen 95 98 96 10 Jumlah Skor (%) 85 93 87 10% 7.9 CGPA 79.25 Penyataan Pelaporan Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk Berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pentaksiran Sekolah (PS) CONTOH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3, 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED PERNYATAAN BAHASA MELAYU UJIAN BERTULIS A Cemerlang UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS UJIAN BERTULIS BAHASA INGGERIS UJIAN LISAN MATHEMATICS B Kepujian SCIENCE SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENTAKSIRAN SEKOLAH MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2014 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tingkatan : 3 Nekad Gred Pencapaian Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Pernyataan Deskriptor Perkembangan Pembelajaran Murid Selepas Enam Bulan A Cemerlang Bahasa Melayu Band 4 Lisan: Berbincang dan mengemukakan hujah yang relevan untuk menerima atau menolak pendapat secara sopan dalam pelbagai situasi. Baca: Membaca dan menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan. Tulis: Menulis kerangka penulisan, idea utama dan idea sokongan berdasarkan sesuatu tajuk dalam perenggan dengan betul. B Kepujian Pendidikan Muzik 2 Teori: Menjelas dan menerangkan mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni,Warna ton, Tekstur, Bentuk, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminology dengan betul Nyanyian: Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul tanpa bimbingan Band 3 Alat Muzik: Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan bimbingan Etika: Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Pelaporan PBS peringkat menengah rendah merangkumi 4 pelaporan Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid, Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik. Pelaporan sebegini memberi gambaran tentang kebolehan dan perkembangan potensi murid secara holistik. Pelaporan ini juga dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas. PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2014 NAMA: NO. KP: NAMA SEKOLAH: Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus anda adalah seperti berikut: INVENTORI MINAT KERJAYA UJIAN APTITUD KHUSUS Konstruk Skor (10) Realistik Investigatif Artistik  Verbal Linguistik Visual Ruang Logik Matematik Muzik Naturalis Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Existential 9 8 7 5 4 3 53

54 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) Pentaksiran Pusat atau PP telah melalui perubahan hasil dari arahan penambahbaikan PBS yang telah disarankan oleh YAB Menteri Pendidikan. Mulai 18 Mac 2014, Pentaksiran Pusat bagi murid di Tingkatan Tiga dikenali sebagai Pentaksiran Tingkatan 3 atau ringkasnya PT3.

55 PENJAMINAN KUALITI STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 11 Lembaga Peperiksaan •Menyediakan format instrumen yang setara •Membekalkan item PT3 untuk ujian bertulis •Menyediakan instrumen setara bagi ujian lisan, Sejarah dan Geografi •Menyediakan panduan penskoran •Melaksanakan moderasi dan verifikasi Sekolah •Memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan panduan pemasangan yang disediakan •Mentadbir PT3 •Guru mentaksir dan menskor •Menghantar keputusan kepada LP Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PT3 mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran, Pemantauan, Pengesanan (Verifikasi Instrumen) dan Penyelarasan (Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi Penskoran). Penjaminan kualiti PT3 akan dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah. Aspek penjaminan kualiti PT3 dilaksanakan melalui aktiviti berikut: Pementoran Pemantauan Penyelarasan Pengesan Pementoran adalah proses menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan PBS berdasarkan arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemantauan adalah satu proses mengawal selia bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyelarasan adalah satu proses untuk memastikan keseragaman penskoran. Pengesanan ialah satu proses untuk menilai instrumen pentaksiran. Tujuan penjaminan kualiti ialah Menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pencapaian murid

56 Untuk maklumat dan penerangan lanjut tentang PBS,
Sila hubungi Lembaga Peperiksaaan (LP) melalui : URL : E-mel: Telefon: / 3520/ 3601/ 3551

57 TERIMA KASIH


Download ppt "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google