Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHadi Hadiman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PSIKOSOSIAL SUKAN Kebangkitan, tekanan dan kebimbangan dalam sukan
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
2
Definisi kebangkitan (Arousel)
Tahap kesediaan fisiologi yg berada dlm satu kontinum dari tidur yg lena sehingga kpd keseronokkan yg terlampau (Cox,1998). Kesediaan utk beraksi secara fizikal, intelektual, atau perseptual . (Cratty,1989) Aktiviti psikologi individu . (LeUnes dan Nation,1989) Tahap kesediaan fisiologikal utk beraksi secara fizikal, intelekltual atau perseptual yg tidak dipengaruhi oleh emosi. (Wann,1997)
3
Definisi kebimbangan (anxiety)
Kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. (Wann,1997). Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.
4
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Seketika (State Anxiety) Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.
5
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Tret (Trait Anxiety) Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
6
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety) Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa. Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
7
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety) Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.
8
SUMBER KEBIMBANGAN & TEKANAN
Menurut Endler (1978) kebimbangan seketika terhasil dari gabungan 5 faktor: Tekanan terhadap ego Tekanan terhadap fizikal individu Ketidaktentuan Perubahan Penilaian atau perbandingan sosial
9
mengukur kebimbangan Soal Selidik
Pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal . Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan.
10
TEORI-TEORI KEBIMBANGAN
Teori Dorongan / Drive Theory Asalnya hubungan diantara kebangkitan & prestasi adalah sebagai langsung Kajian terkini – tahap kebimbangan & kebangkitan yg terlalu tinggi akan mengalami penurunan dlm prestasinya Implikasi kajian utk menjadikan suasana kondusif utk pembelajaran kemahiran yg baru adalah perlu utk mengekang kehadiran faktor-faktor yg menyebabkan kebangkitan & kebimbangan Kemahiran yg sudah dipelajari & dikuasai, kehadiran orang ramai akan meningkatkan lagi pencapaian.
11
TEORI-TEORI KEBIMBANGAN
Teori U – Terbalik Tahap kebangkitan yg rendah, atlet tidak berada dalam keadaan bersedia tetapi apabila tahap kebangkitan tinggi, prestasi akan meningkat sehingga ke tahap prestasi puncak Tetapi jika kebangkitan terus meningkat, prestasi akan menurun Inverted U mengambarkan prestasi puncak beserta dengan tahap kebangkitan
12
TEORI-TEORI KEBIMBANGAN
Teori Zon Berfungi yg Optimum Hanin ( ZBO ) ZOF atlet adalah tahap kebimbangan optima atlet yg mana akan membantu pencapaian cemerlang atlet Prestasi buruk dijangkakan apabila tahap kebimbangan atlet di atas atau dibawah ZOF atlet tersebut Berbeza dengan ‘inverted-U’ dlm dua aspek: pertama – pencapaian optima tidak semestinya pada titik pertengahan tetapi berbeza mengikut indvidu kedua – ZOF bukan satu point tetapi satu ‘bandwith’.
13
SEKIAN TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.