Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehDjaja Wibowo Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
SBC E-PEMBELAJARAN
2
E-PEMBELAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri : Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis. (a). Kata ganti nama diri pertama (b). Kata ganti nama diri kedua (c). Kata ganti nama diri ketiga
3
Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi
KLINIK SBC MEMPERSEMBAHKAN ARAS SOALAN - 60 : 40 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi KATA GANTI NAMA DIRI
4
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA KLINIK MINDA BESTARI
5
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
TUNGGAL aku, saya, beta, patik, hamba, daku JAMAK kami, kita
6
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Aku : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan sahabat yang rapat atau dengan Tuhan. “Aku akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Nurliyana Husna kepada sahabatnya. Aku memohon keampunan dan hidayah daripada-Mu.
7
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Saya : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam suasana rasmi. “Nama saya Muhammad Syahmi,” murid baru itu memperkenalkan diri. “Saya berbangga dengan kejayaan kamu dalam pertandingan itu,” kata guru besar.
8
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Hamba : Merujuk diri sendiri, bahasa yang digunakan oleh orang pada zaman dahulu atau bahasa klasik. “Hamba ingin menumpang berteduh di sini,” kata pengembara itu. “Tuan hamba hendak ke mana?” tanya Badik kepada Demang.
9
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Patik : Digunakan oleh rakyat jelata apabila bercakap dengan raja atau kerabat diraja. “Patik akan berusaha untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang,” kata Hang Tuah. “Patik berasal dari kampung seberang,” kata Damak kepada Tok Penghulu.
10
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Beta : Digunakan oleh raja atau kerabat diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata. “Beta berbangga dengan ketaatsetiaan yang kamu tunjukkan”, titah Raja Haji. “Beta akan berangkat ke luar negara pada minggu depan,” titah Sultan Kelantan.
11
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Daku : Merujuk diri sendiri, kebiasaannya digunakan dalam penulisan cerita. Mereka memang hendak menangkap dan menyerang daku. “Akhirnya engkau bersependapat dengan daku, kata Munir kepada Salehhudin.
12
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Kami : Merujuk diri orang yang berkata serta beberapa orang lain apabila berkomunikasi atau bercakap dengan orang kedua. “Jemputlah singgah ke rumah kami,” kata Aizad dan isterinya kepada Narimah. “Kami berada di kelas yang sama,” kata Jenny dan Devan kepada Eugene.
13
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Kita : Merujuk diri orang yang bercakap, termasuk orang yang diajak bercakap. “Kita mesti menghormati guru,” kata Dina kepada adik-adiknya. “Jika kita berpecah-belah, musuh mudah mengalahkan kita,” kata Tok Penghulu kepada anak-anak buahnya.
14
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA KLINIK MINDA BESTARI
15
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
TUNGGAL awak, anda, engkau, kamu, tuan hamba, tuanku JAMAK kalian, kamu
16
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Awak : Digunakan apabila bercakap dengan sahabat karib, orang atasan kepada orang bawahan, dan pasangan suami isteri. “Hadiah ini untuk awak,” kata Nurfadhilah kepada Muhammad Anwar. “Saya hendak awak aturkan temu janji dengan Tan Sri Kamal,” kata Dato’ Muaid.
17
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Anda : Digunakan untuk diri orang keadua apabila tidak ada di hadapan kita, misalnya dalam surat-menyurat atau rakan sebaya. Jauhilah diri anda dari gejala lepak dan salah guna dadah. Semoga anda sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera.
18
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Engkau: Digunakan untuk menggantikan diri orang yang rapat hubungannya dengan kita atau apabila berdoa kepada Tuhan. “Nur Shafiqah, engkau ada pensil lebih?” tanya Nurul Nadia. Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dan hidayah kepadaku.
19
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Kamu : Digunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya. “Wah, nampaknya kamu sekarang sudah berkereta besar!” kata Lina kepada Jamal. Emak bertanya kepada Syahmi, “Kamu sudah gosok gigi?”
20
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Tuan hamba : Digunakan bagi menggantikan diri orang kedua pada zaman dahulu. “Biarlah tuan hamba bermalam di rumah hamba sahaja,” ajak Hang Nadim kepada Hang Jebat. “Tuan hamba mesti banyak berehat,” kata Tun Perak kepada Megat Alang Iskandar.
21
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Tuanku : Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja. “Ampun tuaku, hamba datang mengadap,” sembah Bendahara Tun Ali kepada Sultan Manshor Syah. “Benarkah tuanku akan berburu besok?” tanya memanda menteri kepada sultan.
22
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Kalian : Digunakan ketika bercakap dengan beberapa orang yang diajak bercakap. “Kalian diminta banyak bersabar,” kata Tuk Iman kepada anak-anak buahnya. “Apa hajat kalian datang ke rumah aku?” Tuai Rumah bertanya kepada lima orang pemuda yang datang ke rumahnya.
23
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Kamu : Digunakan juga dalam bentuk jamak, misalnya semasa orang dewasa berhubung dengan orang yang lebih muda umurnya. Puan Siti Zuraina bertanya kepada anak-anaknya, “Kamu sudah bersarapan?” “Wah, kamu nampak lebih bergaya!” kata Encik Saidi kepada ahli Kelab Kembara.
24
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA KLINIK MINDA BESTARI
25
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
TUNGGAL dia, ia, beliau, baginda JAMAK mereka
26
KATA GANTI NAMA DIRI KEATIGA
Dia : Digunakan untuk diri orang ketiga yang sama umurnya seperti rakan sebaya dan orang biasa . “Saya tidak berapa pasti ke mana dia pergi pagi tadi,” kata Mak Cik Faridah. “Doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengidap apa-apa penyakit berbahaya.
27
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Ia : Digunakan dalam penulisan cerita atau dialog dan fugsinya sama seperti dia untuk diri orang ketiga. Ia terpaksa mengundur diri dalam arena politik kerana sudah terlalu uzur. Abdul Mutallib anak yang rajin. Ia selalu membantu ayahnya di kebun.
28
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Beliau: Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pemimpin, dan orang yang berpangkat. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus di Syarikat Indah Mulia Sendirian Berhad. Encik Zahidi itu kawan baik ayah saya. Beliau bertugas di Bank Islam.
29
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Baginda : Digunakan untuk diri orang ketiga sebagai bahasa istana khusus bagi sultan, raja atau kerabat diraja. Baginda merupakan anak tunggal kepada Sultan Iskandar Zulkarnain. Baginda bertitah supaya rakyat jelata mengamalkan tabiat berjimat cermat.
30
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Mereka : Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada satu. Penduduk Kampung Selabak masih kuat mengamalkan sikap kerjasama. Mereka bergotong-royong membaiki surau. Mereka tekun menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas Pemahaman versi PBK.
31
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
MODUL SBC INTERAKTIF SUNTIKAN IDEA BESTARI
32
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK PEMANTAPAN MINDA
33
INFO PERKONGSIAN PINTAR
Beramal ibadatlah, ______ semakin tua,” kata Ustaz Ali kepada para jemaah. saya kita aku kami CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA kita
34
INFO PERKONGSIAN PINTAR
“Perintah tuanku akan ______ tunaikan,” kata temenggung kepada sultan. beta baginda hamba patik CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Patik
35
INFO PERKONGSIAN PINTAR
“Ayah ______ diminta menandatangani surat ini,” kata Cikgu Ramli kepada Azli. anda daku kamu kalian CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Kamu
36
INFO PERKONGSIAN PINTAR
“Dari manakah ______ memperoleh benih bunga ini?” Tanya Sukma kepada Aniza. kami kalian awak saya CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA awak
37
INFO PERKONGSIAN PINTAR
Berkat usaha yang gigih, ______ telah menjadi usahawan yang berjaya. dia beliau kalian mereka CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA beliau
38
KATA GANTI NAMA DIRI MODUL SBC INTERAKTIF PENEROKAAN PERTAMA
39
SOALAN MENGUJI MINDA KATA GANTI NAMA DIRI
Uji Minda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat.
40
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK MINDA BESTARI
41
KATA GANTI NAMA DIRI PENEROKAAN PERTAMA E-PEMBELAJARAN
42
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 1 Adik Abdul Saini bernama Siti Sanisah. ______ sangat suka minum susu. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Awak D Beliau
43
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 2 Guru besar saya sangat baik. ______ selalu memberikan nasihat yang berguna. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Beliau C Kalian D Baginda
44
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 3 Putera ______ akan bersemayam di sebuah singgahsana yang cantik. A beta ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B hamba C patik D baginda
45
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 4 Penuhilah masa senggang ______ dengan aktiviti yang baik dan berfaedah. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B saya C kamu D beliau
46
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 5 “ ______ berdua ialah adik beradik,” kata Roha dan Rozi kepada Rita. A Kami ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Kamu C Kalian D Beliau
47
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 6 “ ______ perlu berhati-hati ketika memandu di lebuh raya,” pesan juruhebah. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Engkau D Saudara
48
A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D
SOALAN 7 Penjenayah itu telah dibicarakan, ______ didapati bersalah dan dihukum penjara. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Beliau D Mereka
49
A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D
SOALAN 8 “Daulat ______, sembah ______ yang hina ini harap diampun,” kata Sri Luncai kepada Sultan Mansur Shah. A tuanku beta ITEM UPSR B tuanku hamba NINE POINT SYSTEM C tuanku patik D tuanku baginda
50
A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D
SOALAN 9 Ibu bapa banyak berkorban kepada kita. ______ sepatutnya membalas jasa ______. A Mereka kita ITEM UPSR B Kita beliau NINE POINT SYSTEM C Kamu kami D Kamu mereka
51
A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D
SOALAN 10 “Apa yang dapat ______ bantu ______?” tanya pegawai itu kepada Puan Zaiton. . A saya dia ITEM UPSR B awak saya NINE POINT SYSTEM C saya awak D anda saya
52
BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT Modul SBC 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
53
SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
54
KATA GANTI NAMA DIRI E-PEMBELAJARAN PENEROKAAN KEDUA
55
PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK MINDA KREATIF
56
SOALAN KLINIK UPSR KATA GANTI NAMA DIRI
Uji Minda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilih jawapan yang paling sesuai atau yang paling tepat bagi setiap soalan.
57
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 1 Fathiah dan Umarah ialah saudara sepupu, tetapi wajah ______ seiras. A Dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Kami C Beliau D Mereka
58
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 2 Saya berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak ______. A tuan ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B beliau C mereka D engkau
59
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 3 Ahli pelayaran itu menceritakan detik-detik ______ mengharungi lautan seorang diri. A aku ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B saya C kita D beliau
60
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 4 Shahila seorang budak yang rajin. ______ selalu menolong ibunya menjaja kuih. A Ia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Aku C Saya D Beliau
61
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 5 Itulah Swe Mei. ______ ialah anak bongsu dalam keluarga itu,” kata Mei Ling kepada Puan Jasvinder. A Ia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Dia C Awak D Beliau
62
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 6 “Kalaulah ______ belajar bersungguh-sungguh, tentulah nasibku tidak begini,” keluh Ridzuan sendirian. A dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B aku C hamba D patik
63
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 7 “______ mesti berhati-hati sewaktu men-jalani aktiviti yang lasak itu,” kata Cikgu Redzuan kepada murid-muridnya. A Kita ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Kamu C Kami D Mereka
64
A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D
SOALAN 8 “Mengapakah ______ sering mengganggu budak perempuan itu?” tanya Siti Rozlin kepada Safaruddin. A dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B kamu C kalian D mereka
65
A ITEM UPSR KLINIK BESTARI B C D
SOALAN 9 “Ampun ______ beribu-ribu ampun, ______ menjunjung perintah,” kata Hang Kasthuri kepada Sultan Iskandar Megat Alam. A tuanku hamba ITEM UPSR KLINIK BESTARI B tuanku … patik C beta … hamba D beta … patik
66
A ITEM UPSR KLINIK BESTARI B C D
SOALAN 10 Menteri Besar Perak akan melawat ke desa ini. ______ dan rombongan akan berdialog dengan ______,” kata ketua kampung. A Dia … kamu ITEM UPSR KLINIK BESTARI B Beliau … kamu C Mereka … Kita D Beliau … kalian
67
BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT Klinik SBC 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10
68
SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10
69
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
P&P SBC INTERAKTIF KATA GANTI NAMA DIRI PAKEJ BESTARI PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
70
SEKIAN ADANYA ...
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.