Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Teknik Menjawab Soalan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Teknik Menjawab Soalan"— Transcript presentasi:

1 Teknik Menjawab Soalan
Pendidikan Moral SPM oleh Gan Chee Meng

2 Pendidikan Moral SPM Kod 1225/1
Bahagian A: Soalan Struktur Bahagian B: Soalan Esei

3 Bahagian A: Soalan Struktur
Soalan Tanya Nilai Soalan Tanya Maksud Nilai Soalan Tanya Nilai dan Penerangan Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan Soalan Tanya Fakta Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan

4 Soalan Tanya Nilai Contoh soalan: Apakah nilai ……… [1 markah]
Nyatakan dua nilai ……… [2 markah] Contoh jawapan: Hemah Tinggi Bertanggungjawab

5 Soalan Tanya Maksud Nilai
Contoh soalan: Jelaskan maksud nilai … [2/3/? markah] Berikan definisi bagi nilai ……… [2/3/? markah] Contoh jawapan: Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

6 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan
Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [4 markah] Format jawapan: NP Ayat N: watak + nilai Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan Na=1mkh, Pa=1mkh; Nb=1mkh, Pb=1mkh. Jumlah=4markah

7 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan
Contoh jawapan: Ayat N = Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Ayat P = Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). Ayat N = Pengguna(w) harus mengamalkan nilai kesederhanaan(n). Ayat P = Pengguna(w) harus tidak keterlaluan(kk) dengan menjauhi amalan boros(isu).

8 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan
Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [6 markah] Format jawapan: NPC Ayat N: watak + nilai Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan Ayat C: contoh / huraian lanjutan NPC (3 markah) dan NPC (3 markah)

9 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan
Teknik menulis Contoh / Huraian Lanjutan? Tanya soalan “bagaimana” pada ayat penerangan Fikir jawapan dengan mengaitkan isu Jawapan yang diperolehi adalah ayat Contoh / Huraian Lanjutan Selain soalan “bagaimana” …… Boleh tanya soalan “mengapa” juga

10 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan
Contoh jawapan: Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). [Bagaimana bertindak wajar semasa berbelanja?] Sebagai contoh, membeli barang keperluan yang benar-benar diperlukan(c).

11 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan
Contoh jawapan: . Pengguna(w) harus mengamalkan nilai kesederdahanaan(n). Pengguna(w) harus tidak keterlaluan(kk) agar menjauhi amalan boros(isu). [Mengapa tidak harus keterlaluan semasa berbelanja?] Ini adalah kerana pengguna akan mengalami banyak hutang(c).

12 Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan
Peringatan: Bagi soalan yang memerlukan Jawapan NPC, jika calon menulis NPP, P kedua tidak diterima. Jika menulis NCC, kedua-dua C tidak diterima. Jika N salah, semua tidak diterima.

13 Soalan Tanya Fakta Contoh soalan: Berikan tiga cara ……… [3 markah]
Nyatakan dua kesan ……… [2 markah] Terangkan tiga kebaikan ……… [3 markah] Jelaskan dua usaha ……… [2 markah] Jangan jawab nilai Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5 Menguji KBKK Berhati-hati dengan konteks soalan kerana bukan semua jawapan boleh diterima

14 Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:
Nyatakan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [3 markah] Jawapan: Mengukuhkan hubungan diplomatik Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang Menyelesaikan persengketaan secara rundingan

15 Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Contoh soalan: Huraikan dua cara ……… [4 markah] Terangkan tiga kebaikan ……… [6 markah] Jelaskan dua usaha ……… [4 markah] Format Jawapan: Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan Cara untuk menulis ayat contoh: Tanya soalan “Bagaimana?” Atau tanya soalan “Mengapa?”

16 Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Contoh soalan: Terangkan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [6 markah] Jawapan: Mengukuhkan hubungan diplomatik. [Soalan: “Bagaimana” mengukuhkan hubungan diplomatik?] Contohnya, menempatkan duta di negara jiran.

17 Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang. [Soalan: “Bagaimana” mengadakan program kerjasama?] Sebagai contoh, mengadakan program pertukaran pelajar.

18 Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
iii) Menyelesaikan persengketaan secara rundingan [Soalan: “Bagaimana” menyelesaikan persengketan secara rundingan?] Tidak menggunakan kuasa tentera untuk mencetuskan peperangan.

19 Bahagian B: Soalan Esei
Contoh soalan: Terangkan dua nilai… [10 markah] Huraikan beberapa nilai… [10 markah] Jelaskan nilai-nilai… [10 markah] Bincangkan nilai-nilai… [10 markah] Berlandaskan nilai apakah… [10 markah]

20 Format Jawapan Esei Format 1 set nilai: NPCPC Ayat N: watak + nilai
Ayat P: watak + kata kunci 1 + isu / situasi soalan Ayat C: contoh / huraian lanjutan Ayat P: watak + kata kunci 2 + isu / situasi soalan NPCPC, NPCPC (10 markah)

21 NPCPC Untuk menulis Contoh (C) bagi setiap Penerangan (P), tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada setiap P. Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C). Katakan N: Menyayangi dan menghargai alam sekitar P1: watak + memelihara alam sekeliling + isu C1: bagaimana memelihara…? P2: watak + memulihara alam sekeliling + isu C2: bagaimana memulihara…?

22 Contoh soalan Esei Projek perumahan di cerun bukit telah mengakibatkan pencemaran sungai yang serius. Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pemaju projek perumahan untuk mengatasi masalah ini. (10 markah) Kenalpasti watak soalan, iaitu pemaju projek perumahan Kenalpasti isu soalan, iaitu pencemaran sungai Kenal pasti nilai yg sesuai, katakan nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar

23 Sambung dari slaid tadi
Nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar mempunyai kata kunci berikut: KK1: memelihara alam sekeliling KK2: memulihara alam sekeliling

24 Format NPCPC N: Pemaju projek perumahan(w) sepatutnya ada nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar(n). P: Mereka(w) sepatutnya memelihara alam sekeliling(kk) dengan mengelakkan pencemaran sungai(isu). C: contoh 1 P: Mereka(w) sepatutnya memulihara alam sekeliling(kk) dengan mengelakkan pencemaran sungai(isu). C: contoh 2

25 Cara menulis contoh Contoh 1 menghuraikan Ayat Penerangan 1
Rujuk soalan tadi: KK1, memelihara alam sekeliling dengan mengelakkan pencemaran sungai [Bagaimana?] Contohnya, merancang projek perumahan dengan mengurangkan bilangan pokok yang ditebang

26 Cara menulis contoh KK2, memulihara alam sekeliling dengan mengelakkan pencemaran sungai [Bagaimana?] Contohnya, menanam semula rumput untuk menutup kawasan tanah yang terdedah.

27 Semoga ceramah ini dapat meningkatkan pengetahuan anda.
Sekian, terima kasih. Semoga ceramah ini dapat meningkatkan pengetahuan anda.

28 Bengkel Soalan Struktur
Gambar Pembuangan Bayi Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [2 markah]

29 Bengkel Soalan Struktur
Gambar Pembuangan Bayi Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [4 markah]

30 Bengkel Soalan Struktur
Gambar Pembuangan Bayi Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [6 markah]

31 Bengkel Soalan Struktur
Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. Berikan maksud nilai Mengekalkan tradisi kekeluargaan. [2 markah]

32 Bengkel Soalan Struktur
Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. Terangkan dua sebab mengapa tradisi perlu diamalkan. [2 markah]

33 Bengkel Soalan Struktur
Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. Terangkan dua sebab mengapa tradisi perlu diamalkan. [4 markah]

34 Bengkel: Soalan Esei Poster Belia Benci Dadah
Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh belia agar dapat mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. [10 markah]

35 Sekian, terima kasih. Sesi Bengkel Tamat!


Download ppt "Teknik Menjawab Soalan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google