Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MEMOTIVASIKAN PEKERJA KINI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MEMOTIVASIKAN PEKERJA KINI"— Transcript presentasi:

1 MEMOTIVASIKAN PEKERJA KINI
MOHD AFIQ B ZULKEPLI DB130040 SUZANARIAH BT SULAIMAN DB130106 MUHAMMAD SUBRI B ZAKARIA DB130043

2 PENGENALAN KEPADA MOTIVASI
DEFINISI MOTIVASI * Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran individu (perlakuan dan tindakan) * Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat * Melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan seseorang pada sesuatu ketika. Keperluan ini mewujudkan rangsangan atau desakan naluri dalam diri manusia yang menyebabkan manusia bertindak ke arah matlamat atau kehendak tersebut.

3 Rumusan Apa itu motivasi?
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya suatu tujuan

4 Apa itu motivasi Motivasi adalah proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tindakan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, di mana sebelumnya tidak ada gerakan menuju ke arah tujuan tersebut (Ford, 1992 dalam Mohammad Shatar Sabran, 2005) Motivasi juga ialah keinginan untuk mencapai kejayaan pada setiap langkah perancangan tindakan dan memandu kita ke arah kecemerlangan hari demi hari. (Cairo)

5 MEMOTIVASIKAN PEKERJA KINI
MUHAMMAD SUBRI B. ZAKARIA SUZANARIAH BT SULAIMAN MOHD AFIQ B ZULKEPLI

6 Pemahaman Masyarakat Tentang Motivasi
Teori-teori motivasi banyak membantu dalam mencari penyelesaian terhadap masalah pencapaian pelajar dalam bidang akademik Gaya keibubapaan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan sikap pelajar yang seterusnya dapat menentukan peningkatan atau penurunan pencapaian akademik pelajar tersebut.

7 Pemahaman Masyarakat Tentang Motivasi
Setiap manusia memiliki personaliti dan kreativiti yang berbeza-beza Terdapat sesetengahnya yang bersikap pendiam, serius, suka mendorong sementara ada yang suka berkawan dan berfikir Ciri-ciri personaliti yang unik dan pelbagai mempengaruhi karektor seseorang individu Perbezaan ini akan memberi kesan terhadap pelakuan dan pemahaman motivasi sesebuah masyarakat

8 Pemahaman Masyarakat Tentang Motivasi
Komponen Amabile menyatakan, terdapat tiga komponen utama yang membina individu kreatif, iaitu kepakaran, kemahiran berfikir kreatif, dan motivasi aspek motivasi yang dinyatakan oleh Amabile (1999) iaitu, motivasi adalah semangat yang dipandu oleh kekuatan dalaman dan luaran untuk mencapai sesuatu matlamat kajian psikologi yang dijalankan menunjukkan motivasi dalaman ( seperti minat, perasaan ingin tahu, dan gigih ) dapat menyuntik motivasi individu untuk terus berusaha dan berjaya

9 Pemahaman Masyarakat Tentang Motivasi
Ini jelas menyatakan bahawa, masyarakat yang bermotivasi akan cenderung untuk Berjaya dan menjadi masyarakat yang hebat dan kreatif. Kini di Malaysia, msyarakat memandang berat akan keperluan motivasi dikalangan masyarakat Dari sudut agama, islam menyeru supaya kita berkelakuan baik, dan nasihat - menasihati iaitu Motivasi. Dengan terkesan nya peranan motivasi ini, wujudnya kaunselor, guru kaunseling, guru pembimbing, dan pegawai-pegawai motivasi atau psikologi di malaysia

10 Motivasi Di Sekolah (Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Motivasi Guru)
Dalam konteks sosialisasi, kewujudan kumpulan dan masyarakat, secara fitrahnya menuntut keperluan adanya ketua selaku pemimpin atau tokoh Diantara guru besar dan guru-guru, pendekatan motivasi memujuk harus digunakan. Apabila hubungan guru besar dan guru-guru baik, pelaksanaan pentadbiran dan sebagainya boleh berlaku dengan baik. Motivasi guru besar dan para guru amat penting.

11 Motivasi di sekolah Disini kita akan mengetahui kepentingan motivasi di sekolah, Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar

12 Contoh kaedah motivasi pelajar
Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapat melaksanakan langkah-langkah seperti berikut: Mengenal pasti tahap kecerdasan para pelajar. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan minat pelajar. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik. Melaksanakan penilaian diagnostik. Melaksanakan komunikasi interpersonal.

13 Mengapa usaha memotivasi pelajar itu sangat penting bagi guru?
Sesetengah guru mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guru hanyalah mengajar sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang mereka ajarkan Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh guru tetapi dia diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatu perasaan benci terhadap mata pelajaran itu

14 Sesungguhnya usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan adalah merupakan suatu proses :
membimbing pelajar untuk memasuki pelbagai pengalaman yakni proses belajar sedang berlangsung proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada diri pelajar sehingga dia benar-benar bersedia untuk belajar proses yang menyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah atau tujuan pada satu masa, iaitu tujuan belajar

15 TEORI-TEORI MOTIVASI Motivasi adalah sebab-sebab yang membantu orang melakukan pelbagai perbuatan bagi mencapai matlamat di mana motivasi dapat mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku manusia. (Santrock) Motivasi merupakan dorongan dari dalam yang berupa harapan dan keingingan yang bersifat menggiatkan dan menggerakkan individu. (Mohammad Shatar Sabran, 2005)

16 Teori Hierarki Keperluan Maslow
Teori ini diterangkan dalam bentuk piramid, di mana keperluan asas terletak di bawah manakala keperluan yang lebih tinggi parasnya terletak di bahagian atas Maslow mengkategorikan empat keperluan terendah iaitu fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri sebagai keperluan kekurangan (defiency needs) Tiga keperluan yang teratas pula dikategorikan sebagai keperluan kendiri atau keperluan perkembangan

17 Teori Kognitif Teori kognitif bagi motivasi menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan kefahaman manusia tentang kehidupan (Asmawati, 2002) Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan

18 Teori Motivasi Pencapaian McClelland
McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu akan meningkat jika, pertama, dia dimotivasikan Kedua, memahami unsur-unsur motivasi Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu individu ini mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik. Oleh itu, dalam teori motivasi pencapaian ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam jiwa individu tersebut.

19 Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif

20 KEPUASAN KERJA Kepuasan kerja adalah sikap emosional yang menyenangkan dan mencintai pekerjaannya. Sikap ini dicerminkan oleh moral kerja, kedisiplinan dan prestasi kerja. Kepuasan kerja dinikmati dalam pekerjaan, luar pekerjaan, dan kombinasi dalam dan luar pekerjaan. (Hasibuan, 2001 : 202).

21 KEPUASAN KERJA Kepuasan kerja adalah sebagai suatu sikap umum seorang individu terhadap pekerjaannya. Pekerjaan menuntut interaksi dengan rekan kerja, atasan, peraturan organisasi, standard kerja, keadaan kerja dan sebagainya. Seorang dengan tingkat kepuasan kerja tinggi menunjukkan sikap positif terhadap kerja itu, sebaliknya seseorang tidak puas dengan pekerjaannya menunjukkan sikap negatif terhadap kerja itu. (Robbins, 1996 : 179).

22 APA YANG PENYELIA BOLEH LAKUKAN
Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Mesra Menyediakan insentif untuk pekerja Memupuk semangat bekerjasama Mewujudkan suasana yang menyenangkan melalui pencahayaan. Walaupun anda mungkin tidak dapat membantu jika pejabat anda mempunyai lampu neon yang keras, anda boleh membuat perubahan yang besar dengan meletakkan beberapa mentol rendah watt yang lebih mudah pada mata Pastikan pekerja anda mempunyai banyak cahaya semulajadi dan meletakkan mereka di sebelah tingkap bila-bila masa anda boleh. Mereka akan kurang cenderung untuk berasa disekat jika mereka berhampiran cahaya dan udara segar. jika persekitaran anda lebih santai, anda boleh menyediakan lebih santai perabot di pejabat dan memberitahu pekerja anda bahawa mereka boleh bekerja di sana dari semasa ke semasa juga, jika mereka tidak perlu berakar umbi ke meja mereka. Meletakkan papan buletin di mana orang ramai boleh menghantar gambar, kad hari jadi, dan apa-apa maklumat peribadi yang relevan yang mereka ingin berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Ini akan membuat orang merasa lebih santai dan selesa, dan mereka juga boleh tersenyum apabila mereka menjenguk papan. Mengiktiraf pekerja cemerlang. Walaupun anda tidak perlu untuk menghantar "pekerja bulan" pada dinding anda, anda boleh menyiarkan suatu notis kecil atau menulis pencapaian seseorang di papan tulis untuk seluruh pejabat untuk melihat. Gantung beberapa gambar yang mudah pada mata. Jangan meletakkan poster yang kuat dan terlalu banyak hiasan; sebaliknya, mengambil masa untuk meletakkan beberapa gambar atau lukisan yang meninggalkan kesan yang menyenangkan.

23 ~perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan ~Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain ~Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutaN. SEKIAN, TERIMA AKSIH..


Download ppt "MEMOTIVASIKAN PEKERJA KINI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google