Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"— Transcript presentasi:

1 EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
PROF.MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN

2 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

3 Seni tergolong dalam bidang ilmu kemanusiaan.
Karya seni dan sastera, tidak menyediakan ilmu pengetahuan dalam bentuk jadi seperti ilmu kimia, ilmu fizik dan sebagainya. Bentuk karya yang dihasilkan, lebih bersifat mengimbau kanak-kanak untuk menyelami dan menemui sesuatu melalui kehalusan daya rasa dan ketajaman daya tanggapan. Antara tujuan kreativiti yang dapat dipilih adalah untuk mencapat keperluan-keperluan berikut:

4 A. memupuk serta menghidupkan kehalusan perasaan dan menanamkan rasa kecintaan kepada keindahan.
B. Pendedahan ‘penemuan diri’ kepada manusia yang sempurna akal budinya, tinggi hemah dan peribadinya dan berperikemanusiaan serta tabah menghadapi cabaran zaman.

5 Memperluas serta memperdalam pengetahuan tentang hakikat manusia, perjalanan sejarah dan keperibadian bangsa. C. Menanamkan rasa simpati, keterbukaan serta kerendahan hati kepada sesama manusia dengan sentiasa menghormati nilai-nilai kejujuran dan kebenaran. Memelihara serta mengukuhkan tradisi keinsanan dari generasi ke generasi. D. Memperluas serta memperdalam pengetahuan tentang hakikat manusia, perjalanan sejarah dan keperibadian bangsa.

6 Untuk memastikan tercapainya tujuan-tujuan ini, pendidikan yang mempunyai nilai seni bukan sekadar memberi penekanan kepada aspek-aspek teori dan kognitif sahaja. Yang lebih penting ialah memimpin perkembangan afektif, iaitu pembentukan sikap, daya pemikiran kritis, kreatif dan daya penikmatan.

7 Proses pengajaran perlu bermula daripada pemahaman, berkembang ke arah penikmatan atau penghayatan
Melalui proses ini, murid dibekalkan nilai-nilai pembentukan watak, sikap dan moral di samping memupuk rasa keinsafan, keakraban, kekaguman serta kenikmatan artistik.

8 Setiap kanak-kanak mempunyai kelainan dari segi perkembangan jasmaniah dan rohaniah.
Kanak-kanak atau awal remaja dalam lingkungan umur yang sama atau hampir sama memperlihatkan sifat-sifat umum dan kecenderungan mereka tentang seni.

9

10 i. Umur 1-2 tahun Pada peringkat ini kanak-kanak sudah boleh bertutur. Mula meniru apa-apa yang mereka dengar. Peniruan mereka berperingkat-peringkat. Dari segi perkataan (bahasa), kanak-kanak meniru sebutan kata mudah-mudah, dan sebilangan yang lain boleh menggunakan ayat-ayat atau frasa-frasa mudah, berkisar hal-hal dalam kehidupan mereka seperti kehidupan bersama ahli keluarga yang lain.

11 Pada peringkat ini, buku yang sesuai diperkenalkan kepada mereka jenis bergambar tanpa perkataan (wordless book), yang mengandungi gambar seperti gambar haiwan, kenderaan, benda-benda yang rapat dengan kehidupan seharian mereka.

12

13 Mereka sudah boleh menyatakan apa yang mereka suka dan tidak suka.
ii. Umur 3-5 tahun Kanak-kanak sudah menggunakan bahasa dan membentuk citra fikiran melalui pertuturan. Mereka sudah boleh menyatakan apa yang mereka suka dan tidak suka. Mula minat dan keinginan meneroka fenomena hidup seperti tertarik dengan benda-benda dan kehidupan sekitarnya seperti binatang, burung, cakerawala dan kenderaan.

14

15 Mereka mengumpul pelbagai jenis barang permainan kesukaan mereka.
Dari sudut sahsiah, selalu dilihat cergas, lasak dan tidak suka duduk diam. Tumpuan amat singkat tetapi sudah mempunyai fokus dari segi minat atau kegemaran. Sudah tumbuh keinginan untuk menyoal atau bertanya: Siapa, Apa dan Mengapa?

16 Kanak-kanak ini suka cerita yang bercorak romantik-klasik.
Dapat meluaskan imaginasi dan nilai kemanusiaan sejagat seperti keberanian, baik hati, jujur, rajin, bersih, kasih sayang.

17 Wujud sedikit perbezaan dari segi keupayaan sosial dan pertuturan.
Kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun, kelas di TASKA atau TADIKA, boleh diperkenalkan dengan buku Cerita Bergambar. Pemilihan buku pada peringkat ini, perlu didasarkan kepada beberapa kriteria dan pertimbangan.

18 A.Ketebalan buku, mengandungi teks dan gambar, tebal kira-kira 20 halaman.
B.Bahasa yang digunakan mudah, pendek, ringkas, tidak mempunyai struktur ayat yang kompleks sehingga boleh menyukarkan kanak-kanak memahaminya. C.Perkataan atau frasa yang bersifat pengulangan perlu digalakkan.

19 D. Buku dapat menimbulkan rima dan melodi juga baik untuk kanak-kanak
D.Buku dapat menimbulkan rima dan melodi juga baik untuk kanak-kanak. Ini dapat memudahkan kanak-kanak menghafaz dan meningatkan ungkapan. E. Mewujudkan aksi dan rentak yang boleh dinyanyikan oleh kanak-kanak dengan panduan guru.

20 iii. Umur 6-8 tahun (Tahap Autistik)
Imaginasi kanak-kanak belum banyak diisi atau dihubungkan dengan hal-hal realiti tetapi fantasi. Bersekolah rendah. Mereka sudah memiliki keupayaan kognitif yang mencakupi elemen kreatif, tetapi masih belum dicungkil oleh guru. Menguasai kosa kata dan mampu berkomunikasi dengan ahli keluarganya dan orang lain yang mempunyai hubungan rapat.

21

22 Kanak-kanak yang mengikuti kelas TADIKA, telah boleh membaca, menulis, melukis dan mempunyai kemahiran tangan. Dari sudut psikologi, perkembangan naluri kanak- kanak terus berkembang ke arah yang lebih luas, iaitu dari hal dalam keluarga dan hal-hal luar masyarakat. Mulai tertarik untuk mempelajari peraturan- peraturan dalam pergaulan.

23 Mempelajari untuk memelihara hubungan baik dengan ahli keluarga ataupun dengan kawan- kawan dalam kumpulan adalah sebahagian daripadanya. Nilai diawasi dan dibina perkembangannya oleh setiap ibu bapa dan guru. Nilai ini menjadi asas kepada fahaman sosiolisasi atau bermasyarakat.

24 Dari sudut sahsiah, kanak-kanak masih bersifat “egocentricism”, iaitu kebanggaan peribadi.
Rasa bangga ini wujud nilai miliknya. Keluarga akan menjadi model kebanggaan. Pembacaan buku berkaitan sarwajagat seperti kasih sayang, baik hati, jujur, setia, amanah di samping nilai sosial seperti kerjasama, berterima kasih.

25 iv. Umur 9-11 tahun (Tahap Romantika)
Kanak-kanak mula meninggalkan fantasi-fantasi dan mengarah kepada realiti. Tanggapannya tentang realiti masih sederhana tetapi telah menyenangi peristiwa atau persoalan- persoalan kepahlawanan, kebaikan dan kejahatan.

26

27 Mampu berdikari, membaca dan mendengar cerita yang lebih panjang.
Imaginasi dan fantasi mereka lebih luas dan berkembang. Kecenderungan meneroka, mengembara dan menjelajah pelbagai dimensi kehidupan mulai subur. Mula membentuk kumpulan sendiri di luar lingkungan keluarga.

28 Kanak-kanak sudah memperlihatkan minat dan hobi yang tersendiri sifatnya.
Mereka suka mengumpul barang-barang yang mereka gemar, buku-buku cerita, memerlukan buku-buku yang berbentuk sains, matematik, geografi dan sejarah.

29 Gemar aktiviti lasak dan mencabar seperti berkelah, mendaki bukit dan bersilat.
Aktiviti mengisi keinginan membentuk peribadi dan identiti sendiri Memenuhi perasaan ingin tahu terhadap sesuatu yang menarik minat mereka.

30 Ibu bapa dan guru perlu memberi perangsang dan bimbingan agar minat mereka berkembang mengikut kreativiti masing-masing. Pengalaman pergaulan dapat membentuk keyakinan dan ketabahan diri. Guru menyediakan bahan yang sesuai. Tujuannya supaya mereka dapat pengetahuan dan nilai yang sesuai dijadikan panduan dalam pergaulan kehidupan harian dan masa depan mereka.

31 v. Umur 12-15/16 tahun ( Tahap Realistik)
Sudah terlepas daripada dunia fantasi dan sudah berminat dengan alam realiti. Berusaha dan bersedia mengikuti dengan teliti fakta- fakta untuk memahami pelbagai masalah dalam kehidupan yang nyata. “zaman menutup diri” iaitu kalau tidak ada orang lain yang menjadi tempat mencurah isi hatinya, biasanya ibu atau orang lain yang rapat dengannya menjadi pilihan untuk mencurah perasaan

32

33 Gemar ‘retorika’, iaitu keindahan berbahasa atau kata-kata.
Estetika mula mengembang di samping meningkatkan kegemaran. Anak perempuan lebih emosional dan lembut, manakala lelaki lebih spontan dan sensational. Anak perempuan mendekati ibunya, anak lelaki bersama dengan kumpulannya untuk mencari pengalaman yang hebat.

34 Anak lelaki telah timbul rasa erotik yang sering bangga dengan ciptaan.
Tahap perkembangan kanak-kanak tidak sama. Terdapat beberapa keberuntungan dan keberkesanan yang dapat dicapai.

35 Antaranya, tahap-tahap itu sangat mempengaruhi sebilangan besar kanak-kanak iaitu:
terhadap minat, daya ingatan, keinginan melaksanakan karya atau aktiviti, kesediaan bekerjasama dan kemungkinan memahami situasi atau penyelesaian masalah

36 TERIMA KASIH USAHA TANGGA KEJAYAAN HANG TUAH HANG JEBAT; ANDA INSAN HEBAT.


Download ppt "EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google