Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehFanny Irawan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
2
Pengenalan :- Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
3
Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
4
ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.
5
Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.
Matlamat ICT Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.
6
Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999
7
Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates, 1999
8
Apa itu Integrasi ICT ? Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
9
ICT Dalam Konteks Pembelajaran
Dikelaskan sebagai tutorial penerokaan aplikasi dan komunikasi
10
ICT Dalam Konteks Pengajaran
Digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.
11
Matlamat Integrasi ICT Dalam P & P
Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
12
Mengapa Integrasi ICT Penting?
Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. Belajar secara konkrit. Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan. Dalam ICT ada bahan interaktif, grafik, teks dan muzik.
13
Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan.
Dapat meneroka berulang kali. (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea.
14
Kelebihan ICT Dalam P&P:
1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan. 2. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
15
3.Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
4.ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
16
5.Ia menarik kerana bercorak interaktif.
6.Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. 7.Bahan dapat digunakan berulangkali.
17
Ciri-Ciri Integrasi ICT Dalam P&P
Bahan ICT mesti mesra pengguna – arahan jelas, bahasa yang sesuai dan jangkamasa sesuai. Bercorak interaktif – ada maklum balas kepada pengguna. Contoh: ‘Salah’ atau ‘Betul.’
18
CD ada bahan sokongan seperti gambarajah, carta atau perkataan.
Pengajaran dapat diindividukan dengan cara aktiviti dibuat berdasarkan kebolehan. Sabar dan tidak penat.
19
Strategi Mengintegrasi ICT Dalam P&P.
Berikan peluang semua kanak-kanak berinterkasi dengan komputer. Kanak-kanak dibahagikan mengikut kumpulan supaya mudah dinilai. Kanak-kanak lemah diberi latih tubi. Kanak-kanak cemerlang diberi latihan berbentuk pengayaan.
20
Guru boleh menghubungi kanak-kanak di rumah dengan e-mail.
Hantar gambar, grafik, tanya keluarga dll
21
Penutup. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen secara tekal. Peranan guru mengintergrasikan ICT bermula dari persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas.
22
Kegagalan dalam merancang akan merugikan kanak-kanak dan membazirkan masa guru.
23
RUMUSAN Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi melahirkan kanak-kanak yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Rosenberg 2001
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.