Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sesi 5 Sains Pembelajaran dan Konstruktivisme

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sesi 5 Sains Pembelajaran dan Konstruktivisme"— Transcript presentasi:

1 Sesi 5 Sains Pembelajaran dan Konstruktivisme

2 Apa itu Konstruktivisme?
Suatu penjelasan bagaimana pelajar BELAJAR dan MEMBINA pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka Konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.

3 Perspektif Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme banyak dipengaruhi oleh faktor sosial Budaya pelajar Sejarah Hubungan secara langsung dengan persekitaran

4 Prinsip Konstruktivisme
Pengetahuan dibina secara aktif oleh pelajar Pelajar bukan penerima pasif pengetahuan Pelajar pembina aktif (konstruk) struktur pengetahuan Bukan pengisian otak kosong pelajar Bukan tentang pemerolehan idea baru Tetapi tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada

5 TEORI KONSTRUKTIVISME INDIVIDU
Proses pembelajaran: pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif > membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul bagi tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pengajar tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.

6 Sambungan… Ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran, sebaliknya, digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak serupa. pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru.

7 Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah :-
Sambungan… Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah :- menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, menyokong pembelajaran secara koperatif menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.

8 Fasa Penstrukturan Semula Idea
Model Konstruktivisme: 5 Fasa Needham digunakan untuk mengaplikasikan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Fasa Orientasi (Engage) Fasa Pencetusan Idea (Explore) Fasa Penstrukturan Semula Idea (Explain) Fasa Aplikasi Idea (Elaborate) Fasa Refleksi (Evaluate)

9 (i) Fasa orientasi: (Engage)
Tarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Cth: Tayangan filem atau video, memberikan keratan akhbar dan mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada para pelajar. Kesan: pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.

10 (ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)
Guru-guru mengenalpasti idea-idea pelajar melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Contoh: membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil Kesan: pelajar lebih berfikir, dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan.

11 (iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)
Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Pelajar akan menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta penjelasan. Contoh: perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan: pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan.

12 (iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
Fasa ini mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Contoh: penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan: pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

13 (v) Fasa Refleksi (Evaluate)
Fasa ini menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh: membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan: pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

14 Individu konstruktivisme dalam bilik darjah
Individu konstruktivis adalah berkemungkinan untuk menyokong pendekatan pembelajaran induktif seperti :- i) Teori Pembelajaran Penemuan ( Discovery Learning ) ii) Pembelajaran berasaskan Inkuiri ( Inquiry based learning)

15 i) Teori Pembelajaran Penemuan ( Discovery Learning )
belajar melalui penemuan atau dengan menemukan konsep sendiri. Bruner berpendapat  pembelajaran melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara  aktif oleh manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil yang paling baik. Pembelajaran jenis ini menggalakkan murid-murid ini menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif.  Contohnya dalam matapelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh mamalia, kemudian meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri mamalia.

16 Sambungan… boleh kategorikan pendekatan pengajaran kepada 2 kategori iaitu:- a) pure discovery ( penemuan tulen) pengajaran di mana guru membenarkan murid2 melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu. b) guided discovery ( penemuan pengajaran berpadu) pengajaran dimana seorg guru memberi panduan kepada murid2 untuk melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu.

17 ii) Pembelajaran berasaskan Inkuiri ( Inquiry based learning)
Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan membuat inferens dan kesimpulan

18 Sambungan… Teknik Inkuiri direkabentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey

19 Lima Langkah Inkuiri: mendefinisi masalah; membentuk hipotesis;
mengumpuldata; Menilai bukti– menganalisis dan mentafsir data untuk menguji hipotesis; dan membentuk kesimpulan.

20 Contoh… Pokok bunga dalam pasu A Pokok bunga dalam pasu B

21 Kebaikan Model Inkuiri
Arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras tinggi Berpusatkan murid–murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan jawapan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenal pasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi

22 Sambungan… Tips untuk pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri: Memberi diri anda masa untuk membuat persediaan. Menggunakan pembelajaran kolaboratif. Aktiviti bersesuaian dengan umur. Menghasilkankan soalan yang baik. Menggabungkan pemerhatian ke dalam pelajaran.

23 KONSTRUKTIVISME SOSIAL
Def.: lebih menekankan kepada peranan pengajaran dan interaksi sosial bagi perkembangan pengetahuan. Telah diperkenalkan oleh Vygotsky (1986 – 1934). Menurut Vygotsky, interaksi sosial memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif (minda) kanak-kanak KONSTRUKTIVISME SOSIAL

24 PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dalam pengajaran supaya bekerjasama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Ahli kumpulan tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama dan pelajar cerdas dan lambat Disokong oleh teori pembelajaran yang lain seperti; konstruktivisme individu, pembelajaran kognitif ‘sociocognitive learning’

25 Sambungan… Kaedah pembelajaran >> “scaffolding” (teknik dimana seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan) dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky: Pelajar cerdas akan membimbing pelajar lambat dalam Zon Perkembangan Proksimal.

26 Unsur-unsur pembelajaran koperatif
Interaksi bersemuka (face to face) Saling pergantungan positif Bertanggung-jawap pada pembelajaran sendiri Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik Memastikan setiap ahli kumpulan memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika

27 FORMAT PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pendekatan berstruktur Kontroversi berstruktur Skrip koperatif Pembacaan bersepadu dan berkomposisi Pembahagian pencapaian pelajar (kumpulan) Jigsaw Penyelidikan berkumpulan

28 TUTORING Pelajar yang mahir dalam sesuatu topik akan mengajar pelajar yang kurang mahir terhadap topik tersebut. ‘Peer Tutoring’ boleh berlaku pada pelajar dalam kelas yang sama ataupun pelajar yang berlainan kelas.

29 PENGAJARAN BERTIMBAL-BALIK (RECIPROCAL TEACHING)
Aktiviti tunjukajar yang berbentuk dialog interaktif antara pengajar dengan pelajar berkaitan maklumat yang telah diajar. Dialog interaktif ini melibatkan empat strategi: Membuat ringkasan (summarizing) Menyatakan semula dengan perkataannya sendiri apa yang telah dibaca. Persoalan (questioning) Pelajar akan mengetuai perbincangan akan bertanya pelajar yang lain soalan spesifik mengenai maklumat yang telah diajar.

30 PENGAJARAN BERTIMBAL-BALIK (RECIPROCAL TEACHING))
Memberi penjelasan (clarifying) Memberi penjelasan akan membantu pelajar memberi tumpuan kepada konsep yang paling susah untuk difahami. Membuat ramalan (predicting) Membuat ramalan membantu dalam pembentukan matlamat untuk mengaplikasikan konsep dan peluang kepada pelajar menghubungkan apa yang sedang dipelajari dengan apa yang mereka tahu dan apa sepatutnya berlaku dimasa akan datang

31 Pembelajaran Komuniti (Communities Learning)
Apakah maksud komuniti? Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka: komuniti merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya. Individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain.

32 Sambungan… Konsep pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara beberapa kumpulan manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian idea/alat, persaingan yang sihat dan sebagainya. Urie Bronfenbrenner (1917), individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.

33 5 SISTEM (KOMUNITI PEMBELAJARAN)
Sistem Mikro Sistem Meso Sistem Ekso Sistem Makro Sistem Krono Rajah 1.1 Konteks Sosial Komuniti Pembelajaran

34 SISTEM KOMUNITI PEMBELAJARAN
PENERANGAN Sistem Mikro Seting di mana seseorang individu menghabiskan masa sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir. (Keluarga/rakan sebaya/sekolah/setaman/sekampung) Sistem Meso Melibatkan hubungan sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah. Sistem Ekso Keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengarugi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks langsung. Sistem Makro Melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal: termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Sistem Krono Merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. (Taman asuhan/ perkembangan teknologi dsb).

35 Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning (PBL))
Margetson (1991) menganggap PBL sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Pelajar bekerja secara koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah sebenar dan pelajar boleh belajar secara kendiri. (Hamizer, Baharuddin & Mohamad, 2003) Gallagher (1997) pelajar boleh membina kebolehan berfikir secara kritis secara berterusan berkaitan idea yang dihasilkan serta apa yang dilakukan dengan maklumat yang diterima.

36 PBL Dalam Konteks P&P Masalah merupakan titik tolak dalam Proses pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar diberi panduan untuk selesaikan masalah. Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian topik yang diajar dan berdasarkan situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti pembelajaran asas kepada proses PBL.

37 PBL Dalam Konteks P&P (sambungan…)
Pelajar memahami secara mendalam tentang sesuatu topik. Pembelajaran berasaskan kerjasama dalam kumpulan. PBL merupakan proses pembelajaran aktif dan reflektif. Secara implisitnya, pelajar guna minat dan pengalaman mereka semasa proses P&P. Guru sebagai pembimbing dan pengerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar.

38 Teknik Penyelesaian Masalah PBL Dalam Konteks P&P
Memahami Masalah Menentukan Cara Penyelesaian Mencuba Cara Penyelesaian Baru Merumus & Menilai Penyelesaian

39 (Classroom Discussion)
Perbincangan Kelas (Classroom Discussion) Melibatkan perbualan di antara guru dan pelajar atau pelajar dalam kumpulan. Murid boleh bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan. Whole Class Discussion Melibatkan sekumpulan pelajar (memperolehi maklumat tentang sesuatu topik) menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Peranan guru memastikan objektif perbincangan sesuai topik. Panel, Perbahasan & Simposium

40 Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Perbincangan Kelas
Mengambil kira matlamat perbincangan. Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan pelajar/murid-murid. Mengkaji isu-isu yang terlibat. Pelajar diberi orientasi objektif perbincangan. Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan. Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu. Mengulang, rumus atau jana sesuatu kenyataan kepada satu unit yang bermakna Menerapkan unsur jenaka.

41 Tujuan Perbincangan Kelas:
Melatih pelajar membiasakan diri bercakap dalam situasi formal. Memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat. Membina keyakinan diri dan konsep kendiri pelajar. Memupuk unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain.

42 Pembelajaran Informal
(Informal Learning) Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar dan proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat.


Download ppt "Sesi 5 Sains Pembelajaran dan Konstruktivisme"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google