Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kajian Lajnah penerangan DPPK Gopeng 2011

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kajian Lajnah penerangan DPPK Gopeng 2011"— Transcript presentasi:

1 Kajian Lajnah penerangan DPPK Gopeng 2011
DBP..sudah jatuh ditimpa tangga Kajian Lajnah penerangan DPPK Gopeng 2011

2 …Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati, sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang,iktibar apakah semua ini? Lalu pemimpin angkuh berkata …Aku apa peduli, kalaupun Shakespear turun ke bumi! Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri. Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua. – Datuk A. Samad Said

3 Sejarah DBP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Tulisan Jawi: ديوان بهاس دان ڤوستاك ), atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

4 DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata- mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya "Balai Pustaka".

5 Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri. Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk: menggubal dasarnya yang khusus; menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

6 Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada tahun Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu: Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999); Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999); dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

7 Lebih Kuasa diperlukan
Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dipinda - lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak’. Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang- undang kecil iklan PBT. DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.

8 Jika membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.[3] 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal DBP. Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama di negara tersebut.

9 Punca sebenar di sini.. DBP sejak Aziz Deraman menjadi ketua pengarah dari tahun 1994 sampai telah menyebabkan DBP sekarang ini turut berkubur . Tidak ada seorang tokoh penulis sekarang ini yang mahu berkunjung ke DBP seperti zaman Datuk Hasan Ahmad menjadi ketua pengarah DBP dengan banyak tokoh penulis di DBP pada masa itu.

10 Apabila Aziz Deraman menjadi ketua pengarah DBP, tokoh-tokoh DBP semacam Zakaria Ariffin, Safian Husin, Rahim Abdullah, Hamzah Hamdani, Syed Jaafar, Ayob Yamin dan banyak lagi memilih keluar dari DBP tanpa diketahui sebab-sebabnya. Orang yang ada SPM dan STPM sahaja turut dinaikkan gerd 41 dan berpuluh-puluh orang yang ada ijazah pertama menggigit jari melihat tidak adilnya Aziz Deraman melayakkan mereka-mereka itu dinaikkan pangkat tanpa ternampak mereka itu betul- betul istimewa dalam bahasa dan sastera untuk dinaikkan pangkat begitu.

11 Orang kuat DBP pada saat itu bukan lagi terdiri dari kalangan ahli bahasaa, budayawan, sebaliknya hanya pandai melayan Tan Sri, datuk dan datin sahaja. Dahulu, orang kanan DBP kesemuanya layak membentang kertas kerja ilmiah.

12 DAWAMA PETAKA DBP ?

13 Antara alasan penswastaan beberapa bahagian di DBP
Antara alasan penswastaan beberapa bahagian di DBP. Kononnya, strategi pemasaran dan penerbitan DBP pada masa itu tidak proaktif sehingga menyebabkan jualan buku dan majalahnya tidak berkembang. DAWAMA ditubuhkan pada tahun dan memulakan operasinya sekitar September 2002 selepas mengambil alih beberapa bahagian prapenerbitan dan pemasaran DBP. Pada waktu itu, Datuk Aziz Deraman ialah Ketua Pengarah DBP.

14 DAWAMA 100% milik Bumiputera dan sebahagian pengurusannya ialah bekas orang DBP sendiri.  Biarpun ditentang oleh sebahagian staf, namun akhirnya pihak atasan dan kementerian meluluskan projek penswastaan yang pembahagian keuntungannya sepatutnya memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada syarikat itu.

15 Masuk poket Siapa? Rupa-rupanya, selepas beberapa tahun ditubuhkan, akhirnya syarikat yang kononnya mahu "menyelamatkan"  DBP berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan sehingga menjejaskan jadual penerbitan buku dan majalah DBP. PELIK! Syarikat ini mendapat tender berterusan daripada Kementerian Pelajaran, malah menjual buku DBP, namun ironinya, syarikat ini mengalami masalah kewangan kronik. Ke mana pergi hasil jualan buku dan tender berjuta- juta ringgit daripada kementerian? Masuk ke poket siapa?

16 Zalim !!!! Terkini, syarikat itu memaksa sekitar 400 pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji tanpa menghirau nasib mereka yang rata-ratanya bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. ZALIM! Sudahlah begitu, khabarnya sumber syarikat itu mendakwa pihak atasan mengarahkan sof copy buku teks yang sudah 90% siap disimpan selepas DBP ingin mengambil alih kerja-kerja pencetakan buku-buku tersebut.

17 Soft copy masa depan pelajaran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipercayai berdepan masalah untuk mengulang cetak enam juta naskhah buku teks sekolah rendah, berikutan salinan lembut (soft copy) teks itu masih disimpan syarikat konsesi percetakan dan pemasarannya, Dawama Sdn Bhd (Dawama).

18 Ambil alih cetak pengurusan syarikat mengeluarkan arahan supaya salinan lembut teks itu disimpan apabila mendengar desas-desus DBP akan mengambil alih tugas mencetak naskhah untuk 2012. masalah kewangan yang dihadapi Dawama dipercayai semakin buruk memaksa DBP mengambil alih tanggungjawab mencetak naskhah ulang cetak enam juta buku teks sekolah rendah untuk kegunaan 2012 mulai semalam bagi memastikan buku teks sampai di sekolah mengikut jadual ditetapkan.

19 Puan Ainon PTS bercerita
Dato' Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bercerita kepada Puan Ainon daya usaha yang beliau sudah lakukan bagi mencari jalan keluar pada masalah prestasi buruk pengurusan Dawama terhadap pengedaran dan penjualan buku-buku tebitan DBP. Menurut Ketua Pengarah DBP itu, semenjak Dawama mengambil alih HAK mencetak, mengedar, mempromosi dan menjual buku-buku teks yang diterbitkan oleh DBP, lebih kurang RM550 juta sudah dibayarkan oleh kerajaan kepada syarikat itu.

20 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak dapat mengeluarkan 10 majalah bulanan, edisi Julai seperti biasa disebabkan DAWAMA megalami krisis dalaman. Ini kali pertama dalam tempoh lima dekad, DBP berhadapan dengan masalah untuk mengeluar dan memasarkan majalahnya tepat pada masa. Tiada maklumat rasmi terbaru tentang kadar edaran majalah-majalah keluaran DBP, tetapi butiran Media Planning Guide menunjukkan pasarannya adalah antara 30,000 hingga 100,000 naskhah sebulan.

21 Difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah. DBP merupakan agensi yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran. Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada

22 "Biasalah Melayu berniaga..."

23 GERAKAN DARURAT BAHASA

24 60 NGO bergabung di bawah Gerakan Darurat Bahasa (GDB) menuntut kerajaan mengkaji semula kedudukan DBP yang merupakan sebuah institusi penting yang diwujudkan berdasarkan sebuah akta khusus. DBP telah menswastakan lima bahagian iaitu Bahagian Perniagaan, Bahagian Percetakan, Bahagian Reka Bentuk dan Bahagian Stor secara konsesi kepada sebuah syarikat

25 Cikgu Azmi melaporkan Sejak penswastaan itu 2002, DBP telah kerugian antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum penswastaan ini DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun. beberapa rombakan dalam struktur dan pengurusan, kekosongan jawatan yang tidak diisi dan penyusunan semula struktur organisasi yang tidak memenuhi keperluan Akta DBP telah menyebabkan fungsi institusi itu tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

26 Sekilas GDB Gerakan Darurat Bahasa(GDB) adalah inisiatif yang dimulakan pada 6 Mac 2011 oleh beberapa NGO (antaranya:TERAS,PAKSI,SHURA,BUDAYAWAN BERTINDAK,PUM,SALIMAH,KALAM,KPDBP,WE HDAH, JAMA’IY,PKPIM,ISRA,IMPAK, IMAD , PUK , UMMAH AID ,PRIHATIN, KELAB PENULIS SG.PETANI,MBWIM ) yang disepakati oleh 60 NGO  yang prihatin terhadap kedudukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekaligus terhadap kedaulatan bahasa dan keutuhan budaya.

27 Gesa kerajaan mengembalikan semula peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang didapati   menyimpang daripada fungsi asalnya – membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara berdasarkan  Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta 213, Akta DBP. Bukan sahaja DBP berstatus sebagai intitusi tunggak pembangunan , pengembangan dan pengkayaan bahasa , sastera dan budaya negara , ia juga menjadi benteng kepada martabat dan kedaulatan bahasa itu sendiri dan juga maruah bangsa Melayu yang merdeka.

28 Memorandum GDB kepada menteri
1.  PENSWASTAAN mulai tahun 2002, DBP telah kerugian di antara RM20 hingga RM40 juta setiap tahun. Laporan Tahunan DBP, kerugian DBP adalah seperti berikut: 2001                            (RM17 juta) 2002                            (RM8 juta) 2003                            (RM23 juta) 2004                            (RM22 juta) 2005                            (RM16 juta) 2006                            (RM16 juta) 2008                            (RM7 juta) Sebelum penswastaan dilakukan, DBP memperoleh keuntungan sekitar RM20 juta setahun.

29 2.ROMBAKAN STRUKTUR DBP Lembaga Pengelola DBP telah menubuhkan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang sebelum ini merupakan satu unit kecil di Jabatan Sastera. Pengangkatan unit ini kepada bahagian telah menidakkan peranan Jabatan Sastera dalam memainkan peranannya membina dan mengembangkan budaya dan sastera Melayu.

30 3.PELANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA DAN AHLI   LEMBAGA PENGELOLA DBP
Kekosongan jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP tidak diisikan sejak pertengahan bulan April 2010 sehingga kini. Menteri Pelajaran hanya mengisikan jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengelola sahaja. (bukan dari golongan pakar bahasa, budayawan dan sasterawan).

31 4. PELANTIKAN KETUA PENGARAH DBP DAN PEGAWAI
Pelantikan Ketua Pengarah DBP yang melebihi 64 tahun dan bukan pula dari kalangan pakar bahasa, sasterawan mahupun budayawan .Di dalam pekeliling penjawat awam kontrak, umur pelantikannya dihadkan kepada 60 tahun sahaja. pelantikan jawatan Ketua Pengarah DBP dan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang tidak mengikut peraturan dan juga pelantikan pegawai gred N52 kepada gred N54 dan gred S41 kepada gred S44 tanpa melalui proses temuduga

32 5.ISU PPSMI Dalam isu PPSMI yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2003 itu, DBP memilih untuk membisu saja. DBP sepatutnya memberikan pandangan yang benar tentang kebaikan dan keburukan PPSMI . DBP juga membisu dalam isu Interlok yang hangat diperkatakan. DBP tidak mempertahankan isu tersebut kerana tidak ada orang yang boleh menyanggah atau menentang pendapat umum.

33 6. PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI (PSSO) TIDAK MEMENUHI   KEPERLUAN AKTA DBP
Penyusunan Semula Struktur Organisasi DBP (PSSO) bermula Ogos bertentangan dan bercanggahan dengan tujuan penubuhan DBP. Jabatan Sastera telah digabungkan dengan Jabatan Bahasa. Peranan Jabatan Sastera telah dihapuskan. Selama ini Jabatan Sastera adalah salah satu fungsi utama DBP. Penutupan Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam (AFTI). Peranan AFTI dikecilkan menjadi unit sahaja yang selama ini memainkan peranan penting di dalam penerbitan buku-buku bidang agama di negara ini telah kehilangan fungsinya.


Download ppt "Kajian Lajnah penerangan DPPK Gopeng 2011"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google