Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa"— Transcript presentasi:

1 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

2 Kertas dua Soalan 3 30 Markah Jawab semua soalan

3 Membina ayat dari enam perkataan yang dikemukakan.
Soalan 3(a) Membina ayat dari enam perkataan yang dikemukakan. Soalan 3 (b) Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat dan menganalisis ayat Soalan 3 (c) Mengenal pasti kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan Soalan 3 (d) Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa Soalan 3 (e) Peribahasa

4 MEMBINA AYAT

5 Membina ayat Dikehendaki membina enam ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan. 6 markah 1 ayat 1 markah Jika melakukan kesalahan ejaan, frasa, klausa dan sebagainya (1/2) markah akan ditolak

6 Panduan menjawab Kuasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat. Memahami makna perkataan. Ayat dibina mestilah gramatis. Ayat yang dibina tidak boleh ditokok tambah dengan sebarang imbuhan, gandaan, digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.

7 Contoh Soalan Tulis ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Bengkok Bongkok Bengkak Bongkak Bongkah Bingkai

8 “ jangan bengkokkan besi itu ,” kata Prof Noriah Kepada Dr. Arif.
Jalan menuju ke Pusat PERMATApintar bengkang-bengkok. Palang besi itu semakin membengkok kerana cuaca panas terik. Warden asrama itu menjaga bangunan itu dengan baik kerana dia tahu bahawa dia mana kayu bengkok di sanalah Musang meniti. Minah sekeluarga akan berpindah ke kampung Beringin Bengkok.

9 Contoh ayat gramatis Jaafar menaikkan bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” (ayat gramatis) Jaafar menaiki bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” (ayat tidak gramatis)

10 Analisis ayat pertama Jaafar menaikkan bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” Tepat dari segi makna Betul dari segi tatabahasa

11 Analisis ayat kedua Jaafar menaiki bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” Betul dari segi tatabahasa Tidak betul dari segi makna (mengapa) “Jaafar menaiki bendera” sememangnya tidak logik.

12 Latihan Tulis satu ayat bagi setiap perkataan berikut di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

13 Bahagian 1 Bahagian 3 1.Pedalaman 1.oleh hal yang demikian 2.Pendalaman 2.walau bagaimanapun 3.Rasmi 3.tambahan pula 4.Resmi 4.di samping itu 5.Telur 5.namun begitu 6.Telor 6.selanjutnya Bahagian 2 Bahagian 4 1.Saki-baki 1.Teleperubatan 2.Hiruk-pikuk 2.Prabayar 3.Pontang-panting 3.Multimedia 4.Kuih-muih 4.Pancaindera 5.Mundar-mandir 5.Antibuli 6.Cirit-birit 6.Pascamerdeka

14 Bahagian 5 Bahagian 7 1.Intensif Beradat 2.Eksklusif beradab 3.Aspirasi Hempas 4.Inspirasi hampas 5.Interaksi Kerat 6.Interpretasi karat Bahagian 6 Bahagian 8 1.menanak 1.Dalam 2.merebus 2.Dalaman 3.menggoreng 3.Mendalami 4.menjerang 4.Mendalamkan 5.mengukus 5.Kedalaman 6.Memanggang

15 Bahagian 9 (tulis dua ayat)
6. gotong-royong 1. Selak 2. Sepak Bahagian 12 Sesak 1. Swadaya 2. Swakarya Bahagian 10 3. Swasata 1. jerit payah 4. Swalayan 2. adu domba 5. Swadesi 3. riang ria Swapraja 4. mengisi masa lapang 5. perlindungan alam sekitar Bahagian 13 6. selamat maju jaya 1. subversif 2. Subbidang Bahagian 11 3. Subbudaya 1. gerak-geri 4. Subeditor 2. dentam-dentum 5. Subgolongan 3. kaya-raya 6. Subjudul 4. gela-gelita 5. huynung-hayang

16 MENUKARKAN AYAT

17 CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

18 Takrif Terdapat dua cara untuk melaporkan atau menyatakan secara lisan atau bertulis tentang apa yang diucapkan oleh seseorang iaitu melalui penggunaan cakap ajuk dan cakap pindah. Ayat cakan ajuk juga dikenali sebagai ayat dialog. Ayat cakap pindah biasanya berbentuk ayat penyata.

19 Cakap Ajuk Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Hasnita berkata, “Saya sudah membuat kerja itu.” Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda pengikat kata bagi menunjukkan ujaran.

20 Cakap Pindah Dalam cakap pindah, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh: “Apa khabar Zahid?” tanya Masri. Masri bertanya tentang keadaan Zahid atau Masri ingin mengetahui keadaan diri Zahid.

21 Apabila melaporkan perbualan secara lisan, gunakan ungkapan seperti:
untuk ayat penyata : • memberitahu, • menyatakan, • berkata, • menerangkan, • menjelaskan dan sebagainya

22 untuk ayat tanya bertanya, menanyakan, ingin tahu,
ingin mendapatkan kepastian, menyoal dan sebagainya

23 untuk ayat suruhan meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang,

24 untuk ayat seru mengharapkan dan sebagainya terkejut, hairan, kagum,
terperanjat, mengeluh, mengaduh, mengelamun

25 perhatikan satu contoh dialog dengan cakap pindah:
Cakap Ajuk : “Kalau aku mati, kau mesti jaga kubur aku,” kata Pak Mat. Cakap Pindah : Pak Mat mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. Cakap Ajuk : “Eh...mengapa cakap begitu?” balas Mak Kiah. Cakap Pindah : Mak Kiah ingin tahu sebab Pak Mat berkata demikian. Cakap Ajuk : “Kerana aku sudah lama sakit, katalah aku akan mati dulu,” Balas Pak Mat. Cakap Pindah : Pak Mat mengingatkan bahawa dia telah lama sakit dan dia mungkin akan meninggal dunia terlebih dahulu.

26 Pertukaran Ganti Nama, Kata Sifat dan Adverba
Ganti nama tunjuk di sini bertukar menjadi di situ, ini menjadi itu. Ganti nama orang pertama bertukar kepada orang ketiga. Contoh: “Saya hendak ke sana.” Dia berkata bahawa dia akan ke situ. Kecuali apabila penutur sendiri melaporkan ucapannya. Contoh: Saya berkata, “Saya kehilangan wang.” Saya memberitahu saya kehilangan wang.

27 Dalam cakap ajuk, ganti nama diri pertama
Seterusnya, apabila kita menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, beberapa perubahan seperti pada ganti nama dan masa mesti dilakukan. Dalam cakap ajuk, ganti nama diri pertama akan menjadi aku saya kami beta patik dia mereka baginda

28 Contoh: “Kami membeli buku ini.” kata Abu. Abu berkata merekalah yang membeli buku itu. “Saya akan membaca buku,” beritahu Aziz. Aziz memberitahu dia akan membaca buku.

29 Ganti nama diri kedua Akan menjadi awak saya anda dia kau -nya kamu
awak sekalian saya dia -nya kami mereka

30 Contoh: Kata Encik Nordin, “Kamu semua mesti menyiapkan latihan itu.” Encik Nordin memberitahu mereka semua perlu menyiapkan latihan itu. Hajar berkata kepada Ropidah, “Tolong pinjamkan saya buku ini.” Hajar meminta pertolongan Ropidah supaya meminjamkannya / dia buku itu.

31 Ganti nama diri ketiga dia beliau mereka dia beliau Akan menjadi

32 Contoh: Daud memberitahu, “Saya ingin menjadi jurutera.”
Daud memberitahu dia ingin menjadi jurutera. “Kami suka membantu guru,” kata mereka. Mereka berkata mereka suka membantu / menolong guru.

33 Ganti nama tunjuk ini menjadi itu
Contoh: “Ini kakak saya,” kata Muaz kepad Hanif. Muaz berkata kepada Hanif itu kakaknya.

34 Keterangan tentang masa
Cakap Ajuk Cakap Pindah Malam itu Malam yang lepas Semalam Hari itu Hari ini Hari itu/Kelmarin/semalamnya Esok Esoknya Sekarang Masa itu tadi Ketika itu

35 Contoh: “Adawiah datang malam tadi,” kata Aishah. Aishah memberitahu bahawa Adawiah mengunjunginya malam itu. “Hari ini saya tidak hadir ke sekolah,” kata Ahmad. Kata Ahmad hari itu dia tidak hadir ke sekolah. “Subanthi akan ke Taiping esok,” kata Nora kepada Ng. Kata Nora kepada Ng bahawa esoknya Subanthi akan ke Taiping.

36 Kata keterangan begini menjadi begitu
Contoh: “Awak perlu buat begini,” suruh bapa Kamal. Bapa Kamal berkata dia perlu melakukannya begitu.

37 Perkataan yang perlu digantikan ketika menukar ayat ajuk kepada ayat pindah
Dalam cakap Ajuk Dalam cakap Pindah Di sini Di sana kamu Dia mengapa Sebab bagaimana Cara oh Dengan perasaan hairan cis Dengan perasaan marah

38 Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
1. Kata Yusri, “saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi” 2.“Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhati-hati,”kata Mak Cik Zainab kepada anaknya. 3. “Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,”kata hazimah dengan perasaan marah. 4. “Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?”tanya Kumar kepada John. 5. “Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal?” tanya Cikgu Mokhtar kepada Cikgu Ramli. 6. “Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,”pinta Yuhaini kepada anaknya. 7. “Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,”beritahu Muhaimin kepada pelanggan tetapnya. 8. “Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,”ajak Muazzim kepada kawan-kawannya. 9. “Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,”kata Maisarah kepada Marsilla.

39 Jawapan 1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu. 2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat bahawa anaknya tidak berhati-hati. 3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya. 4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya. 5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada Cikgu Ramli. 6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia meminta anaknya menolongnya mencuci kereta itu. 7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang musim panas dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi. 8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka bermain bola sepak. 9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat angin kuat pada malam semalam.

40 Tukar dialog kepada cakap pindah
Aini ; Awak ke pekan semalam? Nas : Tidak,mengapa? Aini : Saya lihat banyak penunggang motosikal kena tahan Nas : siapa yang tahan mereka? Aini : Pihak polis kerana mereka terlibat dalam lumba haram Nas : Betullah,mereka tidak sayang akan nyawa sendiri Aini : Aku berharap tindakan itu akan menyedarkan mereka dan tidak mengulanginya lagi

41 Jawapan Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak kelmarin.Nas berkata bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya semula kepada Aini tentang pertanyaannya itu.Aini menjelaskan bahawa dia melihat banyak penunggang motosikal yang ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang menahan mereka.Aini menjelaskan bahawa mereka ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perlumbaan haram.Nas berkata bahawa mereka tidak saying akan nyawa sendiri.Aini menyatakan harapannya,dengan tindakan itu mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak melakukan perbuatan itu lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain mengharapkan mereka itu akan melakukan perkara yang lebih berfaedah pada masa depan.

42 AYAT AKTIF AYAT PASIF

43 Takrif Ayat Aktif Mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterapkan. Hanisah membaca Buku itu Di bawah pokok jambu Subjek asal Kata kerja transitif Objek keterangan

44 Apabila ayat aktif ditukarkan kepada ayat pasif, objek dipindahkan ke hadapan untuk mengisi tempat subjek. Kata kerja transitif akan bertukar menjadi kata kerja pasif Tempat objek akan diisi oleh subjek yang menjadi ungkapan “ oleh + FN ”. (pilihan) Kedudukan keterangan kekal di tempat asal.

45 Hanisah membaca Buku itu Di bawah pokok jambu Buku itu dibaca Oleh hanisah Di bawah pokok jambu Saya membaca Buku itu Di bawah pokok jambu Buku itu Saya baca Di bawah pokok jambu

46 Takrif Ayat Pasif Ayat yang mengandungi kata kerja
Mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Buku itu Dibaca Oleh hanisah Di bawah pokok jambu Objek asal telah mengambil alih tempat subjek Kata kerja pasif Oleh + FN keterangan

47 AYAT BERSUSUNAN BIASA KEPADA AYAT BERSUSUNAN SONGSANG

48 Menonton bola sepak di stadium Bukit Jalil
Takrif Ayat bersusunan biasa Ayat yang subjeknya di hadapan yang diikuti oleh predikat. (rumus S + P) Subjek Predikat Dia Menonton bola sepak di stadium Bukit Jalil

49 Predikat (keterangan) Predikat (keterangan)
Ayat bersusunan Songsang Ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti subjek. Ayat ini juga boleh terbentuk apabila sebahagian predikat dikehedepankan. Ayat jenis ini dikenali ayat songsang terbahagi. Predikat Subjek Menonton bola sepak di stadium Bukit Jalil Dia Predikat (keterangan) Subjek Predikat Di stadium bukit Jalil dia Menonton bola sepak Predikat Subjek Predikat (keterangan) Menonton bola sepak dia Di stadium bukit Jalil

50 Teknik Menyongsangkan ayat
Bahagikan ayat kepada tiga bahagian Mereka / pernah mendaki gunung tahan / tidak lama dahulu. Pertama : subjek Kedua : predikat yang terdiri dari kata kerja Ketiga : Keterangan.

51 Perhatian Apabila ayat tanya susunan biasa disongsangkan kata tanya mestilah disertai partikel –kah. Contoh : Artis yang bergelar “ Raja SMS”, siapa? Siapakah artis yang bergelar “Raja SMS”? Apabila subjek terdiri daripada kata hubung relatif yang berfungsi sebagai kata atau frasa nama, bahagian predikat yang disongsangkan mestilah disertai partikel –lah Kejadian pembunuhan itu berlaku di situ. Di situlah kejadian pembunuhan itu berlaku.


Download ppt "Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google