Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENURUNAN KADAR CARUMAN KWSP SYER PEKERJA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENURUNAN KADAR CARUMAN KWSP SYER PEKERJA"— Transcript presentasi:

1 PENURUNAN KADAR CARUMAN KWSP SYER PEKERJA
Oleh: ALFINA BAKAR TIMBALAN PENDAFTAR BAHAGIAN SARAAN & PERKHIDMATAN PEJABAT PENDAFTAR 24 DISEMBER 2008

2 Tujuan Penurunan Kadar Caruman KWSP Syer Pekerja
Kerajaan telah mengumumkan penurunan kadar caruman syer pekerja dari 11% kepada 8% semasa penggulungan Bajet 2009 pada 4 November 2008 yang lalu.

3 Tujuan Penurunan Kadar Caruman KWSP Syer Pekerja
Langkah ini bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada masa yang sama pertambahan pendapatan boleh guna akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

4 Bila Tarikh Kuat Kuasa? Kadar caruman berkanun/wajib bagi caruman syer pekerja akan diturunkan secara automatik daripada 11% kepada 8% selama dua (2) tahun berkuat kuasa mulai gaji bulan Januari 2009 hingga gaji bulan Disember 2010.

5 Tempoh Pelaksanaan Penurunan kadar caruman ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun iaitu sehingga gaji Disember 2010 (Caruman Januari 2011). Mulai gaji Januari 2011 (Caruman Februari 2011) kadar caruman syer pekerja akan kembali kepada 11%.

6 Tindakan Ahli Ahli KWSP yang ingin mengekalkan kadar caruman sebanyak 11% mulai gaji Januari 2009 hendaklah mengisi borang KWSP 17A(AHL)KHAS yang boleh dimuat turun dari laman web KWSP di Borang hendaklah diisi dengan pen dakwat hitam. Isikan nombor majikan Pegawai Tetap : Pegawai Kontrak :

7 SOALAN LAZIM Perlukah ahli mengisi borang untuk mencarum pada kadar 8%? Tidak perlu kerana penurunan kadar caruman adalah secara automatik

8 SOALAN LAZIM Setelah tamat tempoh kuat kuasa adakah ahli perlu mengisi sebarang borang untuk kembali ke kadar 11%? Tidak perlu. Ini kerana kenaikan kadar caruman kepada 11% akan dibuat secara automatik apabila tempoh dua (2) tahun tersebut tamat.

9 SOALAN LAZIM Bolehkah ahli memohon untuk mencarum melebihi kadar 8% seperti 9% atau 10%? Boleh, dengan syarat ahli mengisi borang KWSP 17A(AHL) dan menyatakan jumlah caruman tambahan syer pekerja yang melebihi kadar berkanun 8%.

10 penutup Borang untuk mengekalkan kadar caruman sebanyak 11% mulai gaji 2009 yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Saraan & Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar pada atau sebelum 30 Disember 2008.

11 TERIMA KASIH


Download ppt "PENURUNAN KADAR CARUMAN KWSP SYER PEKERJA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google