Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Apa itu inovasi ?.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Apa itu inovasi ?."— Transcript presentasi:

1 Apa itu inovasi ?

2 Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

3 Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

4 Glosari Teknologi Pendidikan (1995)
pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

5 Sufean Hussin (2001) inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

6 Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

7 DISIMPULKAN INOVASI DITERANGKAN SEBAGAI:-
Merupakan penghasilan baru Berbentuk maujud dan mujarad Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

8 Peringkat Organisasi Peringkat Individu
Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:- Peringkat Individu Peringkat Organisasi

9 Peringkat Individu Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.

10 Peringkat Organisasi Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.

11 Strategi pengajaran & pembelajaran Perancangan perubahan
Kurikulum Strategi pengajaran & pembelajaran Perancangan perubahan Pengetahuan PENGURUSAN- faktor utama yg menyumbang kpd perkembangan pembelajaran inovatif

12 Perancangan perubahan
Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru.

13 Pengetahuan Organisasi sekolah inovatif memerlukan seorang guru yg berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional & mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.

14 Strategi pengajaran & pembelajaran
Kaedah novatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Pengaruh inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

15 Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah.

16 Kurikulum Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah.

17 Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.

18 Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif dan juga menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri.

19 KESIMPULAN Inovatif dan kreativiti- merupakan penyumbang ke arah :
perubahan organisasi perkembangan dan pembangunan negara Faktor-faktor organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif – pengurusan organisasi kepimpinan, budaya Teknologi pemikiran strategi pembelajaran penyelesaian masalah komunikasi terbuka.

20 Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.


Download ppt "Apa itu inovasi ?."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google