Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 12 PENGGULUNGAN SYARIKAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 12 PENGGULUNGAN SYARIKAT"— Transcript presentasi:

1 BAB 12 PENGGULUNGAN SYARIKAT
Disediakan Oleh: Noorashidi Abdul Razak / Azlin Mohd Din / Norisam Malik / Nurul Najmi Khamis / Mohd Faiz B Mansor /

2 PENGENALAN Suatu proses di mana sesebuah syarikat dibubarkan dikenali sebagai penggulungan atau pembubaran syarikat. Apabila sesebuah syarikat itu digulung atau dibubarkan, perniagaannya akan diberhentikan, harta benda akan dijual, pemiutang2 akan dibayar dan akhirnya lebihan aset akan dibahagikan kepada ahli2. Pada waktu ini, syarikat sudah tidak lagi wujud. Seksyen 211 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat itu boleh digulungkan samada : - Oleh mahkamah Secara sukarela – sukarela sukarela pemiutang Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 pula memperuntukan: Penggulungan melalui kuasa yang diberikan kepada pendaftar untuk membatalkan pendaftaran syarikat2 yang tidak berfungsi.

3 Jenis-Jenis Penggulungan
Penggulungan melalui Mahkamah Penggulungan sukarela ahli-ahli Jenis-jenis Penggulungan Penggulungan secara Sukarela Penggulungan sukarela pemiutang Penggulungan melalui Pembatalan oleh Pendaftar

4 Pihak yang Layak Memohon Petisyen Penggulungan Oleh Mahkamah
PENGGULUNGAN SYARIKAT OLEH MAHKAMAH Penggulungan oleh mahkamah boleh dilakukan di atas petisyen seseorang yang layak atau mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 217 (1). Petisyen ini pula mestilah berdasarkan sebab-sebab sperti yang terkandung di dalam seksyen 218(1) Seksyen 217(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 217(1) Sesebuah syarikat (sama ada atau tidak digulungkan secara sukarela) boleh digulungkan di bawah ssuatu perintah Mahkamah atas petisyen - Pihak yang Layak Memohon Petisyen Penggulungan Oleh Mahkamah

5 (a) syarikat; (b) mana-mana pemiutang, termasuk pemiutang yang dijangkakan atau prospektif, syarikat; (c) penyumbang atau mana-mana orang yang adalah wakil diri penyumbang yang mati atau pemegang amanah dalam kes kebangkrapan, atau Pegawai Pemegang Harta estet penyumbang yang bankrap; (d) penyelesai; (e) Menteri, menurut seksyen 205 atau atas alasan yang dinyatakan dalam seksyen 218 (1)(d); (f) Dalam kes sebuah syarikat yang mana sebuah institusi berlesen atau sebuah institusi terjadual berhubung dengannya Menteri yang bertanggungjawab tentang kewangan telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 24(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, atau sebuah institusi yang tidak terjadual mengenainya Menteri tersebut telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1) Akta Bank Negara Malaysia;

6 (g) Dalam hal syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans
1996, Bank Negara Malaysia; (h) Pendaftar atas alasan yang dinyatakan dalam seksyen 218(1)(m) atau (n), atau mana-mana dua orang atau lebih pihak-pihak tersebut. Sek 217(1) – sesebuah syarikat boleh digulung di bawah satu perintah mahkamah di atas petisyen (permohonan) : (1) Syarikat sesebuah syarikat boleh melalui resolusi khas memutuskan bahawa syarikat itu digulung oleh mahkamah. Walau bagaimanapun perkara ini jarang sekali dilakukan kerana penggulungan secara sukarela adalah lebih menyenangkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi

7 (2) Pemiutang Perkataan “pemiutang” tidak didefinisikan di dalam akta. Prinsip di dalam kes Re William Hockley Ltd (1962) 1 WLR 555, ialah seseorang yang syarikat masih berhutang dengannya pada waktu permohonan penggulungan ialah pemiutang. Sementara itu di dalam kes Re Mechanised Construction Pte Ltd (1989) 1 MSCLC 95, diputuskan bahawa perkara yang paling penting ialah mesti terdapat hutang yang sah sebelum permohonan boleh dibuat. Pemiutang yang dijangkakan ialah pemiutang bagi hutang yang hanya akan habis tempoh masanya bergantung kepada berlaku atau tidak sesuatu kejadian di masa hadapan. Dalam kes Community Development Pty Ltd lwn Enqwirda Construction Co. (1969) 120 CLR 455, di mana ‘builder’ yang mana hutangnya akan hanya dibayar menurut keputusan prosiding ‘arbitration’. Dia katakana sebagai pemiutang yang dijangkakan dan berhak untuk memohon.

8 Pemiutang yang prospektif pula ialah pemiutang bagi hutang yang akan habis tempoh masanya di masa hadapan samada pada satu tarikh yang telah ditetapkan atau pada satu tarikh yang akan ditentukan dengan merujuk kepada kejadian2 di masa hadapan. Ia juga bermaksud pemiutang yang mana hutangnya akan habis tempoh tapi bukanlah ‘immediately payable’. Contohnya seseorang menjual dan menyerahkan barang tetapi hanya akan mendapat bayaran selepas 30 hari, maka dia dikatakan sebagai pemiutang prospektif dalam jangkamasa 30 hari itu. (3) Penyumbang penyumbang atau mana-mana wakil kepada penyumbang yang mati atau pemegang amanah dalam kes kebankrapan atau pegawai pemegang harta estet penyumbang yang bankrap.

9 Menurut sek 4, penyumbang ialah seseorang yang bertanggungjawab untuk menyumbang kepada aset2 syarikat sekiranya syarikat itu digulung. Ini termasuklah ahli2 terdahulu dan ahli2 yang ada pada waktu sekarang di dalam syarikat. Walaupun pemegang syer berbayar penuh tidak perlu menyumbang sewaktu syarikat digulung tetapi ianya dimasukkan di dalam definisi ‘penyumbang’ di bwh sek 4 Sekiranya penyumbang telah meninggal dunia, maka wakil kepada penyumbang itu bolehlah menghantar petisyen memohon supaya syarikat itu digulung oleh mahkamah. Jika penyumbang itu seorang yang bankrap, hak untuk membuat petisyen ialah terhadap pemegang amanah atau pengawai pemegang harta. (4) Penyelesai Seseorang penyelesai yang dilantik dalam penggulungan secara sukarela boleh membuat petisyen supaya syarikat digulung melalui mahkamah.

10 (5) Menteri Menteri yang dimaksudkan di sini ialah menteri menurut seksyen 205 atau di atas alasan menurut seksyen 218(1)(b) dan (d). (6) Menteri yang bertanggungjawab tentang kewangan Seksyen 217(1)(f) menyatakan dalam kes sebuah syarikat yang mana sebuah institusi berlesen atau institusi berjadual berhubung dengannya menteri, yang bertanggungjawab tentang kewangan telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 24(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau sebuah institusi yang tak terjadual mengenainya, menteri tersebut telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93(1) Akta Bank Negara Malaysia. (7) Bank Negara Malaysia Seksyen 217(1)(g) menyatakan jika penggulungan itu adalah ke atas syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996, maka Bank Negara Malaysia bolehlah memohon penggulungan.

11 (8) Pendaftar Pendaftar juga boleh memohon perintah penggulungan dari mahkamah jika alasan yang digunakan adalah di bawah seksyen 218(1)(m) dan (n). Petisyen ini juga boleh dibuat oleh mana-mana dua orang atau lebih dari pihak-pihak tersebut.

12 Pihak-pihak yang layak memohon penggulungan melalui Mahkamah.
Syarikat Pemiutang Penyumbang Pihak-pihak yang layak memohon penggulungan melalui Mahkamah Bank Negara Malaysia Pendaftar Penyelesai Menteri Menteri (Kewangan)

13 Keadaan di Mana Syarikat Boleh Digulung Oleh Mahkamah.
Di bawah Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980, permohonan untuk menggulung syarikat hendaklah difailkan di mahkamah bersama-sama dengan afidavit sokongan. Seksyen 218(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 218(1) Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan jika - (a) syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya ia digulungkan oleh Mahkamah; (b) syarikat ingkar dalam menyerah simpan laporan berkanun atau mengendalikan mesyuarat berkanun; (c) syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari pemerbadanannya atau menggantung perniagaannya untuk seluruh tahun;

14 (d) bilangan ahli dikurangkan dalam kes syarikat (selain dari
sebuah syarikat yang mana terbitan syernya dipegang oleh syarikat induk) kepada dua; (e) syarikat tidak mampu membayar hutangnya; (f) pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli secara keseluruhan, atau dalam mana-mana cara jua kelihatan tidak adil atau tidak wajar kepada lain-lain ahli; (g) seorang inspektor yang dilantik dalam Bahagian IX telah melaporkan bahawa ia berpendapat - (i) bahawa syarikat tidak boleh membayar hutangnya dan patut digulungkan; atau (ii) bahawa ia adalah untuk kepentingan awam atau untuk pemegang-pemegang syer atau pemiutang-pemiutang bahawa syarikat hendaklah digulungkan;

15 (h) di mana tempoh, jika ada, ditetapkan untuk penamatan syarikat dengan memorandum atau artikel tamat atau dalam keadaan, jika ada, berlaku atas mana-mana kejadian, dengan mana memorandum atau artikel memperuntukkan bahawa syarikat akan dibubarkan; (i) mahkamah berpendapat adil dan berekuiti supayan syarikat digulungkan; (j) syarikat memegang lesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983, dan bahawa lesen telah ditolak atau dikembalikan; (k) syarikat telah menjalankan perniagaan Bank Islam, perniagaan berlesen atau perniagaan terjadual, atau telah menerima atau mengambil deposit dalam Malaysia, yang melanggar Akta Bank Islam 1983 atau Akta Bank dan Istitusi Kewangan 1989 mengikut mana yang berkenaan.

16 (l) Syarikat yang memegang lesen di bawah Akta Insuran 1996 dan;
(i) lesen itu telah dibatalkan; (ii) Bank Negara Malaysia telah mempetisyenkan bagi penggulungannya di bawah Subseksyen 58(4) Akta Insurans 1996; atau (iii) Suatu perintah di bawah perenggan 59(4)(b) Akta Insurans 1996 telah dibuat berkenaan dengannya (m) Syarikat itu telah digunakan bagi maksud yang tidak sah atau apa- apa maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman, ketertiban dan atau kemoralan di Malaysia; atau (n) Syarikat itu telah digunakan bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam. Untuk memudahkan pemahaman, semak huraian terperinci di m/s 286 – 289.

17 Penggulungan Atas Alasan Syarikat Tak Solven.
Ini adalah salah satu sebab yang paling utama sesebuah syarikat itu digulung. Syarikat tidak semestinya menunjukkan bahawa tanggungannya adalah melebihi asetnya, tetapi perlu menunjukkan kebolehan syarikat menyelesaikan hutangnya apabila tiba waktu pembayarannya nanti. Dalam kes Malayan Plant (Pte) Ltd. lwn Moscow Narodny Bank Ltd. (1980) 2 MLJ 53 , diputuskan bahawa: "...sesebuah syarikat boleh dalam satu waktu yang sama menjadi kaya (wealthy) tetapi insolven."

18 1. Seksyen 218(2)(a): Pemiutang memberikan hutang berjumlah melebihi RM500 kepada sesebuah syarikat dan membuat permintaan di bawah tandatangannya atau tandatangan ejennya supaya syarikat berkenaan membayar semula hutangnya. Namun begitu jika syarikat tersebut gagal membayar semula hutang tersebut dalam tempoh tiga minggu pemiutang tadi bolehlah membuat permohonan untuk perintah penggulungan menggunakan alasan ini. Empat syarat mesti dipenuhi di bawah seksyen ini iaitu: (i) Permintaan ini mesti dibuat secara bertulis; (ii) Permintaan ini mesti ditandatangani oleh pemiutang atau ejen pemiutang yang sah; (iii) Jumlah hutang yang ditanggung oleh syarikat mestilah melebihi RM500; dan (iv) Permintaan ini hendaklah dihantar atau diserahkan kepada pihak syarikat dengan meninggalkannya di pejabat berdaftar syarikat.

19 2. Seksyen 218(2)(b): Sesebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh membayar hutangnya jika pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan atas satu kehakiman, dikri atau perintah manamana mahkamah bagi pihak seorang pemiutang syarikat itu adalah dikembalikan secara tidak berpuas hati keseluruhan atau sebahagiannya. Contohnya syarikat A telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar hutangnya yang berjumlah RM100,000 kepada syarikat B. Syarikat A kemudiannya gagal membayar sebahagian atau keseluruhan amaun tersebut. Syarikat B layak memohon penggulungan melalui mahkamah ke atas syarikat A atas alasan ini. 3. Seksyen 218(2(c): Sebuah syarikat hendaklah dianggap tidak boleh membayar hutangnya jika dibuktikan kepada kepuasan mahkamah, selepas mengambil kira liabiliti-liabiliti kontinjen dan prospektif syarikat itu, bahawa syarikat tidak boleh membayar hutang- hutangnya.

20 Penggulungan Atas Alasan Adil dan Berekuiti
Seksyen 218 (1)(i) Akta Syarikat 1965 ini merupakan satu lagi alasan yang selalu digunakan untuk menggulung syarikat. 1. Apabila objek utama syarikat tidak dapat dicapai atau terpesong jauh 2. Apabila perniagaan dijalankan dengan cara menipu. 3. Apabila ahli-ahli dalam syarikat tidak lagi boleh menjalankan perniagaan bersama. 4. Apabila golongan minoriti telah ditindas dan mereka telah hilang keyakinan. 5. Apabila pemohon telah dikecualikan dari hal pentadbiran syarikat di mana dia sebenarnya mempunyai hak untuk berbuat demikian.

21 Kesan Penghantaran Petisyen
1. Penghindaran pelupusan harta seperti yang terkandung di dalam seksyen 223 Akta Syarikat 1965 Apa-apa pelupusan harta syarikat yang dibuat selepas penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah dianggap terbatal melainkan mahkamah memerintahkan sebaliknya. Pelupusan harta syarikat ini termasuklah benda-benda dalam tindakan dan apa-apa pemindahan syer atau pemindahan dalam status-status ahli syarikat. Ia bertujuan untuk menghalang pelupusan harta syarikat secara tak sah sebelum petisyen pengulungan diputuskan. 2. Lis pendens Seksyen 225 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa apa-apa petisyen untuk penggulungan syarikat hendaklah termasuk ‘lis pendens’. Doktrin ‘lis pendens’ ialah satu doktrin lama, di mana undang-undang tidak membenarkan pihak-pihak dalam litigasi untuk

22 mengambil harta yang terlibat dalam percanggahan sementara menantikan keputusan mahkamah.
3. Penghindaran penahanan terhadap syarikat Seksyen 224 memperuntukkan apa-apa penahanan, sekuestrasi, distres atau pelaksanaan yang dikuatkuasakan terhadap estet atau hasil syarikat selepas penguatkuasaan penggulungan oleh mahkamah hendaklah terbatal.

23 Penggulungan Secara Sukarela
Penggulungan sukarela boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penggulungan sukarela ahli-ahli dan penggulungan sukarela pemiutang-pemiutang. Seksyen 254 Akta Syarikat memperuntukkan: 254 Sesebuah syarikat boleh digulung secara sukarela. (a) apabila tempoh, jika ada, ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat dengan memorandum atau artikel- artikel telah tamat, atau kejadian jika ada, berlaku, di atas kejadian tersebut dengan mana memorandum atau perkara perkara syarikat memperuntukkan bahawa syarikat adalah dibubarkan dan syarikat dalam mesyuarat agungnya meluluskan satu resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela; atau (b) jika syarikat membuat ketetapan dengan resolusi khas.

24 Penggulungan Sukarela Ahli-Ahli
Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh akuan tersebut sebelum ia boleh berkuatkuasa, iaitu: (i) Dibuat dalam mesyuarat pengarah-pengarah; (ii) Dibuat dalam masa lima minggu sebaik sahaja sebelum resolusi untuk penggulungan sukarela diluluskan; (iii) Dikepilkan bersama-samanya suatu pernyataan mengenai hal ehwal syarikat yang menunjukkan aset-aset syarikat, dan jumlah amaun yang dianggarkan dihasilkan darinya, tanggungan- tanggungan syarikat, dan perbelanjaan penggulungan yang dianggarkan; dan (iv) Menyerahsimpan kepada Pendaftar sebelum tarikh notis dikeluarkan untuk memanggil mesyuarat untuk menetapkan resolusi penggulungan sukarela yang dicadangkan.

25 Penggulungan Sukarela Pemiutang-Pemiutang
Untuk memulakan penggulungan sukarela pemiutang, mesyuarat hendaklah diadakan kerana jika syarikat tidak solven, pemiutang hendaklah mengambil bahagian di dalam proses pengulungan sejak dari awal lagi. Jika syarikat menganggap ianya sebagai tak solven dan perlu digulung,syarikat hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada ahli-ahli. Ahli ahli akan dipanggil dalam mesyuarat syarikat untuk memutuskan dua perkara, iaitu: (i) Meluluskan resolusi khas agar syarikat digulung; dan (ii) Melantik likuidator.

26 Kemudiannya, seksyen 260(1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mesyuarat pemiutang-pemiutang hendaklah diadakan dalam hari yang sama atau sehari selepas mesyuarat diadakan untuk menggulung syarikat secara sukarela. Mesyuarat pemiutang- pemiutang hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang bersesuaian dengan majoriti pemiutang. Di samping itu, pemiutang-pemiutang hendaklah diberikan notis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat diadakan. Notis tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 67 dan hendaklah mengandungi kenyataan yang menunjukkan nama kesemua pemiutang berserta amaun tuntutan mereka. Perkara ini diperuntukan oleh seksyen 260(2) Akta Syarikat Syarikat juga mestilah membuat notis memanggil mesyuarat melalui surat khabar tempatan sekurangkurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat diadakan. Sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 260(3) Akta Syarikat 1965.

27 Tarikh Bermulanya Penggulungan Secara Sukarela
Seksyen 255(6) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 255(6) Penggulungan sukarela hendaklah bermula: (a) di mana penyelesai sementara telah dilantik sebelum resolusi untuk penggulungan sukarela diluluskan, pada masa bila akuan berkanun yang dirujukkan dalam (1) telah diserah simpan dengan Pendaftar; dan (b) dalam mana-mana kes lain, pada masa meluluskan resolusi untuk penggulungan sukarela.

28 Kesan Penggulungan Sukarela
Terdapat dua peruntukan berkenaan dengan kesan penggulungan sukarela iaitu seksyen 256 dan seksyen 263 Akta Syarikat 1965. Seksyen 256 AktaSyarikat 1965 memperuntukkan: 256(1) Syarikat hendaklah dari permulaan penggulungan berhenti dari menjalankan perniagaannya melainkan pada pandangan penyelesai yang dikehendaki untuk penggulungan benefisial darinya, tetapi kedudukan perbadanan syarikat hendaklah walau apa pun yang bertentangan dengan artikel- artikel diteruskan sehingga syarikat dibubarkan. 256(2) Apa-apa pemindahan syer yang bukannya pemindahan syer yang dibuat pada atau dengan sanksi penyelesai dan apa-apa pertukaran dalam kedudukan ahli-ahli yang dibuat selepas permulaan penggulungan hendaklah terbatal.

29 Sementara itu seksyen 263 Akta Syarikat 1965 pula memperuntukkan:
263(1) Apa-apa penahanan, sekrestasi, distres atau pelaksanaan yang dikuatkuasakan terhadap estet atau melibatkan syarikat selepas permulaan penggulungan sukarela oleh pemiutang hendaklah terbatal. 263(2) Selepas permulaan penggulungan, tidak ada tindakan atau prosiding yang boleh diteruskan dengan atau dimulakan terhadap syarikat melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan tertakluk pada terma-terma yang dikenali oleh Mahkamah.

30 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "BAB 12 PENGGULUNGAN SYARIKAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google