Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF"— Transcript presentasi:

1 PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF
TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU

2 Albert Ellis Kerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian berubah kepada psikoanalisis Kecewa dengan perubahan yang lambat dan minima pada diri klien – berubah minat kepada teori tingkah laku dan kemudian menjadi pengasas kepada REBT Teori berasaskan andaian bahawa individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahu pun tidak rasional Ellis melihat manusia pada dua sudut iaitu individu yang sihat yang dianggap rasional dan individu yang tidak sihat yang dianggap tidak rasional

3 Pandangan Terhadap Manusia
Fikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia. Jika timbulnya masalah, melalui pemikiranlah manusia menolong dirinya Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa itu REBT percaya manusia berkecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang menyebabkan diri mereka terganggu. Ellis berpendapat penyebab utama gangguan emosi ialah diri individu sendiri dan bukannya apa yang berlaku ke atasnya

4 Andaian tentang sifat asas manusia
Manusia adalah rasional dan tidak rasional. Manusia menjadi cekap, riang dan berkebolehan semasa ia berfikiran dan bertingkah laku rasional Pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik mengakibatkan gangguan emosi atau psikologi yang kemudiannya membawa kepada tingkah laku neurotik Pemikiran yang tidak rasional diperolehi daripada ibu bapa, keluarga dan budaya Gangguan emosi yang berterusan adalah ditentukan oleh persepsi dan sikap terhadap peristiwa-peristiwa yang terjalin melalui pengucapan kendiri (auto suggestion). Gangguan tersebut bukanlah hasil dari peristiwa luaran. Pemikiran dan emosi yang negatif serta sikap mengalah (self-defeating behaviour) mestilah ditentang dengan menyusun semula persepsi dan pemikiran supaya menjadi logik dan rasional bukan menjadi tidak logik dan tidak rasional.

5 Caragaya Pemikiran Rasional
Manusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang dirasai, mempunyai unsur kreatif dan sensual, mampu dan berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan bebas, boleh belajar dari kesilapan yang dilakukan, fleksibel, penerimaan kendiri, berani ambil risiko, dan mempunyai matlamat jelas Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif Tidak Rasional Cenderung untuk memusnahkan diri (self destructive), mengelak memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai daya toleransi, percaya kepada kuasa ghaib (superstitious), merasa diri terlalu sempurna, dan mengelakkan diri dari menuju penyempurnaan kendiri Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan diri seseorang

6 11 Pemikiran Tidak Rasional
Saya mesti diterima dan disayangi oleh orang rapat/ signifikan dalam hidup saya kerana ini sangat penting bagi saya Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti saya tidak bagus/ berguna Saya mesti dapat apa yang saya harapkan, dan jika gagal mendapatkannya, ianya adalah satu keadaan yang mengecewakan, teruk Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab Lari dari masalah adalah lebih baik dari menghadapinya

7 Saya hanya berguna, bagus jika saya …
Saya hanya berguna, bagus jika saya …. dan jika tidak, saya adalah teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak menerima saya jika saya pamerkan kekurangan (perceived perfectionism) Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan lain-lain mesti dipersalahkan dan diambil tindakan/dihukum Saya mesti bergantung kepada orang lain Saya mesti ingatkan bahaya selalu Saya tidak boleh berubah. Masa lampau yang mencorakkan saya. Kebahagiaan saya adalah dari orang lain atau di luar diri saya dan saya tiada kuasa untuk mengawalnya.

8 Objektif REBT Meminimakan perasaan salah diri klien dan mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih realistik, toleransi, dan rasional Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa lepas dan falsafah yang dipegang supaya dia lebih realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku Mengajar klien menjadi lebih independen dan berani memberi peneguhan positif terhadap dirinya

9 Peranan Kaunselor Mengajar kemahiran baru; membimbing
Memberi maklumat / tugasan Mencabar pemikiran tidak rasional


Download ppt "PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google