Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN KAUNSELING

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN KAUNSELING"— Transcript presentasi:

1 GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN KAUNSELING

2 PENDAHULUAN Garis panduan ini menerangkan piawaian minimum dalam penulisan laporan kaunseling. Laporan kaunseling adalah tanggungjawab kaunselor berdaftar yang disediakan serta merta dan tidak melebihi 24 jam selepas setiap sesi kaunseling. Laporan kaunseling yang disediakan perlulah objektif, ringkas dan padat. Semua tafsiran tentang kaunselor dan kaunseling hendaklah merujuk kepada Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan peraturan-peraturan serta dokumen yang berkaitan dengannya.

3 BAHAGIAN UTAMA LAPORAN KAUNSELING
Laporan kaunseling hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya empat (4) perkara berikut : Masalah yang dikemukakan  Penilaian masalah  Perancangan rawatan dan tindakan  Penilaian sesi kaunseling

4 BAHAGIAN 1: MASALAH YANG DIKEMUKAKAN
Bahagian ini mengandungi maklumat yang objektif dan subjektif berkaitan dengan cerita, peristiwa, maklumat yang dikongsikan oleh klien. Secara umumnya maklumat yang diperoleh pada peringkat awal ini adalah terdiri daripada apa yang dilihat, diamati dan yang didengar oleh kaunselor sendiri semasa sesi kaunseling dijalankan. Ini bermakna kaunselor akan melaporkan apa yang diberitahu atau yang diceritakan oleh klien dan juga apa yang dilihat oleh kaunselor pada diri klien. Kaunselor boleh melaporkan secara deskriptif keadaan klien.

5 BAHAGIAN 2: PENILAIAN MASALAH
Bahagian ini mengandungi pentaksiran profesional dan penghuraian klinikal. Kaunselor boleh membuat penilaian terhadap permasalahan klien berdasarkan: Teori-teori kaunseling. Konstruk Patologi yang membantu kaunselor membuat konseptualisasi kes. DSM 5 atau ICD. Pentaksiran ujian psikologi yang piawai. (kecekapan kaunselor?) Maklumat berkaitan yang diperoleh daripada profesional lain.

6 BAHAGIAN 3: PERANCANGAN RAWATAN DAN TINDAKAN
Bahagian ini mengandungi tindakan semasa sesi dan perancangan yang akan diambil oleh klien dan kaunselor. Setiap pelan tindakan yang hendak dijalankan perlulah dipersetujui bersama setelah menilai masalah. Perancangan rawatan dan tindakan hendaklah mengikut konseptualisasi kes. Teknik yang digunakan perlu selari dengan teori yang digunapakai selaras dengan matlamat kaunseling. Tugasan juga boleh diberikan kepada klien sekiranya perlu. Perancangan rawatan meliputi matlamat kaunseling jangka pendek dan jangka panjang.

7 BAHAGIAN 4: PENILAIAN SESI KAUNSELING
Bahagian ini mengandungi catatan berkaitan sesi kaunseling kini, kemajuan dan hasil perubahan kognitif, afektif, tingkahlaku dan penampilan. Penulisan boleh berasaskan kepada pemerhatian kaunselor dan kenyataan klien dan/ atau penjaga (jika berkaitan).


Download ppt "GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN KAUNSELING"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google