Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu"— Transcript presentasi:

1 PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Maksud wakalah menurut ulama fiqh: Penyerahan sesuatu kerja yang perlu dilakukan dan boleh diwakilkan kepada pihak lain menggunakan lafaz tertentu untuk dilaksanakannya dalam tempoh hayatnya.

2 DALIL PENSYARI‘ATAN WAKALAH
Al-quran Firman Allah s.w.t: “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka, iaitu) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan” (Al-Nisa: 35)

3 Sunnah Hadis yang diriwayatkan oleh ulama sejarah Rasulullah s.a.w melantik Amru bin Umayyah al-Dhamri r.a sebagai wakil dalam pernikahan Baginda dengan Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan r.a

4 Hadis riwayat Urwah al-Bariqi r. a katanya: “Rasulullah s. a
Hadis riwayat Urwah al-Bariqi r.a katanya: “Rasulullah s.a.w menyerahkan kepada saya satu dinar untuk membeli seekor kambing. Saya berjaya membeli dua ekor kambing menggunakan wang tersebut. Lalu saya jual seekor dengan harga satu dinar kemudian saya bawakan kambing dan satu dinar tadi kepada Nabi s.a.w. Urwah menceritakan kepada Baginda apa yang dilakukannya dan Baginda bersabda: Semoga Allah memberkati urusan yang engkau lakukan” (Al-Bukhari no al-Tirmizi no.1258)

5 HIKMAH PENSYARI‘ATAN Allah s.w.t mencipta manusia dengan bakat dan kebolehan yang berbeza-beza. Allah juga memberikan mereka rezeki yang melimpah ruah dan mudahkan jalan untuk mereka memperolehi hasil pendapatan dan sumber rezeki. Kebanyakan manusia sedikit sebanyak memerlukan bantuan orang lain dan perlu mengambil kesempatan daripada pengalaman mereka. Oleh itu, melantik wakil adalah perlu untuk memenuhi keperluan manusia dan memudahkan urusan mereka. Amalan ini juga penting bagi meringankan beban mereka.

6 HUKUM WAKALAH Perwakilan dibenarkan oleh syarak. Ia pada dasarnya adalah harus. Ia juga boleh menjadi sunat jika ia bertujuan membantu orang lain. Ia menjadi makruh jika dilakukan untuk tujuan membantu perkara yang makruh. Begitu juga ia menjadi haram jika dilakukan untuk tujuan yang diharamkan. Sebaliknya ia boleh menjadi wajib jika perkara yang diwakilkan perlu bagi mengelakan kemudaratan terhadap pewakil.

7 RUKUN-RUKUN WAKALAH Pewakil (muwakkil) Wakil Lafaz Kontrak (sighah)
Wakalah (perwakilan) membabitkan empat rukun iaitu: Pewakil (muwakkil) Wakil Lafaz Kontrak (sighah) Perkara yang diwakil

8 PEWAKIL (MUWAKKIL) Pewakil ialah pihak yang meminta bantuan orang lain untuk melakukan beberapa urusan bagi pihaknya. Pewakil disyaratkan mestilah seorang yang dibenarkan menguruskan secara langsung perkara yang diwakilkan, sama ada sebagai pemilik atau sebagai penjaga.

9 WAKIL Wakil adalah pihak yang akan menjalankan sesuatu urusan bagi pihak orang lain dengan kebenaran pihak tersebut. Wakil mestilah memenuhi beberapa syarat: Mestilah seorang yang dibenarkan menjalankan urusan yang diserahkan kepadanya. Mestilah ditentukan secara khusus. Mestilah seorang yang adil jika dilantik sebagai wakil hakim atau wali bagi urusan jual beli orang dibawah jagaan mereka

10 LAFAZ KONTRAK Pewakil mestilah mengeluarkan lafaz menunjukkan dia bersetuju dengan pelantikan wakil tersebut, sama ada secara langsung atau tidak. Contoh lafaz secara langsung “Saya wakilkan anda untuk menjual rumah saya” “Saya serahkan kepada anda urusan penjualan rumah saya” Contoh lafaz secara tidak langsung “Ambillah tempat saya dalam proses penjualan ini” “Saya serahkan kepada anda” Tidak disyaratkan lafaz penerimaan dari wakil akan tetapi janganlah ada tanda-tanda ia menolak.

11 PERKARA YANG DIWAKILKAN
Perkara yang diwakilkan ialah urusan yang akan dilakukan oleh wkail bagi pihak pewakil. Perkara ini perlu mematuhi syarat-syarat berikut: Hak pewakil untuk menguruskan perkara tersebut mestilah disahkan ketika pelantikan. Barang diwakilkan mestilah diketahui walaupun dari beberapa aspek sahaja. Perkara yang diwakilkan mestilah dibenarkan.

12 GARIS PANDUAN WAKIL JUAL BELI
i. Wakil penjualan Apabila seseorang dilantik sebagai wakil untuk menjual sesuatu, kuasa wakil mungkin bersifat mutlak dan mungkin terhad. Kedua-dua keadaan ini membabitkan hukum yang berbeza:

13 Perwakilan Mutlak Wakil mutlak ialah wakil yang dilantik untuk menjalankan urusan penjualan tanpa sebarang syarat. Jual beli hanya boleh dijalankan menggunakan matawang tempatan kerana amalan yang diguna pakai dengan sendirinya menyekat kebebasan mutlak ini.

14 b. Jual beli tidak boleh dilakukan secara hutang
b. Jual beli tidak boleh dilakukan secara hutang. Walaupun jualan secara hutang tersebut dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Ini disebabkan kebenaran mutlak yang diberikan merujuk kepada jualan tunai kerana ia adalah yang biasa diamalkan dalam jual beli. Wakil tidak boleh menjual dengan harga yang terlalu rendah. Harga ini mestilah pada paras yang dinyatakan oleh penilai.

15 Perwakilan Terhad Perwakilan terhad berlaku apabila pewakil melantik seorang wakil untuk menjual sesuatu miliknya dan jualan ini dihadkan hanya kepada individu, tempoh, atau harga tertentu.

16 Wakil Pembelian Perwakilan Mutlak
Ini berlaku apabila pewakil melantik wakil bagi membeli barang hanya dinyatakan sifatnya atau barang tertentu tanpa ditentukan jenis atau harganya. Contohnya pewakil berkata: “Saya wakilkan kepada anda untuk membelikan saya sebuah kereta”

17 Wakil tidak boleh membeli barang yang mempunyai kecacatan.
Wakil mestilah hanya membeli dengan harga yang berpadanan dan jika lebih tinggi, harga mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan pada kebiasaannya.

18 Wakil Pembelian Terhad
Sekiranya pewakil melantik seseorang untuk membeli sesuatu dan dihadkan jenis atau harganya, wakil perlu patuh kepada syarat ini. Jika wakil megenepikan syarat ini, pembelian tersebut dikira untuk wakil dan bukan untuk pewakil. Kecuali jika tindakan tersebut untuk kebaikan pewakil.

19 Contoh pelanggaran syarat untuk kebaikan pewakil ialah apabila pewakil meminta wakil membeli dengan harga $1000 dengan ciri-ciri yang dinyatakan, tetapi wakil telah membeli dengan harga $800 dengan memenuhi ciri dan syarat yang dinyatakan. Pembelian ini wajib diterima oleh pewakil walaupun wakil didapati melanggar syarat pewakil. Ini kerana perbuatan wakil ini adalah demi kebaikan pewakil.

20 PENAMATAN KONTRAK WAKALAH
Pembatalan Salah satu pihak hilang kelayakan Perkara yang diwakilkan tidak menjadi milik pewakil atau bukan dibawah jagaannya lagi Perkara yang diwakilkan selesai dilaksanakan


Download ppt "PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google