Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum"— Transcript presentasi:

1 QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum
Pengertian Kokurikulum

2 Pengenalan Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

3 Sejarah Aktiviti kokurikulum di sekolah bermula sejak zaman
penjajahan British. ditubuhkan pasukan Pengakap sekolah yang pertama di Singapura. Penekanan aktiviti kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan secara berkumpulan di dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956. Mata pelajaran kokurikulum yang mengambil masa 60 minit dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan dalam KBSR.

4 Konsep Sekitar tahun 60-an dan 70-an umumnya kokurikulum dianggap sebagai aktiviti yang berasingan dan ia tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Kini diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah tetapi masih kurang mendapat tempat sewajarnya berbanding kurikulum akademik. Realitinya di antara kokurikulum dan kurikulum saling berkaitan dan segala aktivitinya dapat mengukuhkan dan mengayakan pembelajaran pelajar di dalam kelas.

5 Falsafah Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :
Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.

6 Matlamat Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi
nasional di kalangan generasi muda. Peningkatan disiplin pelajar. Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.

7 Matlamat (sambungan) Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,  rohani dan emosi Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum Pengisian masa lapang dengan berfaedah.

8 Nilai pendidikan umum dan khusus
Aktiviti Persatuan Nilai pendidikan umum dan khusus Matlamat pendidikan 1. Kawat Semua pasukan pakaian seragam Bekerjasama, pancaindera, sihat, bertolak ansur, taat dan mematuhi pemimpin, cergas, cekap dan sebagainya. 2. Perkhemahan Hampir semua pasukan pakaian seragam dan sesetengah persatuan Bekerjasama, sihat, cergas, tolong-menolong, siap sedia, berdikari, berusaha dan 3. Gotong-royong Bekerjasama, tolong menolong, berdikari, simpati dan menghormati orang lain.

9 Nilai pendidikan umum dan khusus
Aktiviti Persatuan Nilai pendidikan umum dan khusus Matlamat pendidikan 4. Pengembaraan Pengakap, Pandu Puteri, Kadet, Kelab Kembara Bekerjasama, sihat, cergas, tolong-menolong, berdikari dan menyiasat. Disiplin diri, cintakan alam sekitar, perpaduan dan Bertanggungjawab 5. Perbahasan Bahasa dan persuratan Kepimpinan, penggunaan bahasa yang baik, kesopanan, berfikiran kritikal, keyakinan diri dan berhujah dan baik. 6. Permainan Bola Jaring, Olahraga dll. Pemikiran strategik, semangat kerjasama, semangat kesukanan, menghormati peraturan, keyakinan diri dan tekun.


Download ppt "QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google