Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHendri Hermanto Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع
2
PENUKARAN MATAWANG (SORF)
Menurut Bahasa: Lebihan dan tambahan Tolak dan ubah Menurut Istilah: Jual beli dua barangan yang kedua-duanya dalam bentuk matawang, ataupun jual beli wang dengan wang.
3
Hukum Kontrak Tukaran Matawang Menurut Syarak
Kontrak ini dibenarkan dan pada dasarnya, hukum tukaran ini sama seperti hukum jual beli biasa Cuma ditambah beberapa syarat.
4
Syarat-Syarat Khusus bagi Membolehkan Tukaran Matawang
Wujud persamaan bagi dua barangan yang sama jenis. Seperti emas dan emas walaupun berbeza dalam mutunya Penyerahan serta merta Tidak wujud jarak masa bagi penyrahan kedua-dua atau salah satu barangan Penyerahan dalam majlis kontrak Kontrak mestilah muktamad (tanpa syarat)
5
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan yang khusus. Contohnya, dua orang atau lebih berkongsi memiliki sebidang tanah tanpa ditentukan sempadan masing-masing. Takrif ini dianggap umum merangkumi semua perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak.
6
Takrif yang lebih khusus bagi syarikat ialah kontrak yang diwujudkan secara sukarela dengan tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.
7
JENIS-JENIS SYARIKAT Syarikat amlak (perkongsian harta)
Berdasarkan takrif di atas, syarikat adakalanya berkonsep keuntungan dan adakalanya tidak. Oleh itu, para ulama membahagikan syarikat kepada 2 jenis: Syarikat amlak (perkongsian harta) Syarikat aqad (kontrak)
8
DALIL PENSYARI‘ATAN SYARIKAT
Al-Quran Firman Allah s.w.t “Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan kalalah (seorang saudara lelaki seibu atau seorang saudara perempuan seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (sudara-saudaranya yang seibu) lebih dari seorang, maka mereka bersyarikat (berkongsi) pada satu pertiga” (Al-Nisa’ : 12)
9
Sunnah Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Allah taala berfirman: Aku adalah rakan kongsi ketiga selagimana tiada siapa di antara mereka yang mengkhianati sahabatnya. Apabila ada yang mengkhianati sahabatnya, Aku akan keluar daripada perkongsian mereka” (Abu Daud no. 3383)
10
Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r
Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r.a yang menyatakan; beliau telah menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rasulullah s.a.w sebelum Baginda dilantik sebagai nabi. Ketika pembukaan Mekah Baginda bersabda: “Selamat datang saudara dan rakan kongsi saya yang tidak pernah menolak dan tidak pernah bertengkar” (Abu Daud no.4836) Di samping itu, budaya perkongsian yang diamalkan oleh manusia ini tidak pernah ditegah oleh Baginda. Budaya ini juga telah diamalkan oleh umat Islam semenjak dahulu tanpa ada sesiapa yang menentangnya. Kenyataan ini menggambarkan ia diterima secara Ijmak.
11
JENIS-JENIS SYARIKAT KONTRAK
Syarikat ‘Inan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih masing-masing menyumbangkan modal dan keuntungan akan dibahagikan sesama mereka. Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syarak menurut Ijmak ulama.
12
Syarikat Mufawadhah Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dan mereka berkongsi semua harta mereka secara bersama. Kedua-dua mereka juga akan menjadi wakil dan penjamin kepada rakan kongsi mereka. Mereka akan beroleh segala untung atau menanggung segala rugi bersama-sama. Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama mazhab Shafie kerana perkongsian seperti ini mempunyai risiko yang terlalu besar kerana ia mengamalkan sistem wakil dan jaminan yang tidak pasti. Setipa sistem yang tidak pasti ini tidak sah jika diamalkan secara berasingan. Apatah lagi jika kedua-duanya diamalkan secara serentak.
13
Syarikat Abdan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi masing-masing menyumbangkan kerja. Mereka mungkin mempunyai kemahiran yang sama atau berlainan. Keuntungan mereka pula mungkin dibahagikan secara sama rata atau berbeza-beza. Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana wujud kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Mungkin ada di antara mereka yang melakukan kerja lebih daripada orang lain. Ada kalanya hanya seorang sahaja yang bekerja sementara yang lain tidak.
14
Syarikat wujuh Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat. Mereka akan membeli sesuatu barangan secara hutang secara bersama atau berasingan, kemudian mereka menjual barangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi bersama secara rata atau mengikut persetujuan yang dicapai.
15
Syarikat jenis ini juga tidak sah kerana tiada harta yang dikongsi bersama sedangkan asas dalam sebuah syarikat ialah perkongsian harta. Faktor lain ialah terdapat kemudaratan dalam syarikat seperti ini kerana masing-masing memberikan keuntungan kepada rakan kongsi mereka tanpa sebarang kerja, kemahiran atau sebagainya. Keuntungan di sini dibuat bukan dalam bentuk mengembangkan harta atau diperolehi hasil daripada usaha yang dilakukan. Atas dasar ini, masing-masing tidak berhak memperolehinya.
16
SYARAT-SYARAT SYARIKAT ‘INAN
Syarikat seperti ini sah jika ia memenuhi syarat berikut: Lafaz kontrak (sighah) Berkelayakan sebagai wakil Modal yang dikongsi mestilah harta yang sama Menggabungkan modal syarikat Menetapkan keuntungan dan kerugian mengikut nisbah modal
17
Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama.
Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi dan Hanbali membenarkan seseorang rakan kongsi memperolehi keuntungan yang lebih daripada nisbah modal. Kebenaran ini diberikan dalam beberapa keadaan seperti berikut: Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama. Contohnya masing-masing menyerahkan sepertiga modal syarikat. Mereka juga sama-sama bekerja.
18
Dalam keadaan ini menetapkan keuntungan yang melebihi nisbah modal yang disumbangkan dibenarkan kerana mungkin ada di antara mereka yang lebih mahir bekerja berbanding rakan kongsi yang lain. Oleh itu kelebihan ini adalah berdasarkan kerja dan kemahirannya. Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama banyak tetapi kerja hanya dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.
19
Modal yang disumbangkan tidak sama banyak.
Contohnya, seorang menyumbangkan sepertiga dan seorang lagi menyumbangkan dua pertiga modal syarikat. Kemudian mereka berdua sama-sama bekerja. Dalam pembahagian keuntungan, salah seorang antara mereka dibenarkan memperolehi keuntungan melebihi nisbah modal yang disumbang.
20
Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama
Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama. Kerja-kerja syarikat pula akan dilaksanakan oleh penyumbang modal yang paling sedikit. Manakala keuntungan akan dibahagi sama rata atau melebihi nisbah modal untuk orang yang melakukan kerja. Syarikat seperti ini sah kerana keuntungan lebih diberikan sebagai balasan kepada kerja yang dilakukan.
21
Perlu diingatkan, penambahan yang diberikan kepada mereka yang dibenarkan ini sah jika dilakukan dalam bentuk menambahkan peratus keuntungan yang layak diterimanya ialah 50%, 60% atau sebagainya daripada keseluruhan keuntugan yang diperolehi Walau bagaimanapun, jika balasan kepada kerja yang dilakukan diberikan dalam bentuk peratusan yang berasingan atau ditetapkan jumlah tertentu, contohnya $1000 sebulan atau sebagainya, penambahan ini tidak sah menurut persepakatan ulama.
22
IMPLIKASI KONTRAK Apabila semua syarat-syarat dalam syarikat ‘inan dipatuhi, ia akan membabitkan implikasi seperti berikut: Semua rakan kongsi berhak menguruskan harta syarikat kerana masing-masing adalah wakil kepada rakan kongsinya, disamping pemilik kepada syernya sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mestilah tertakluk kepada amalan kebiasaan (uruf) dan tidak memudaratkan rakan kongsi yang lain.
23
Setiap pekongsi hendaklah melakukan kerja seperti yang dipersetujui.
Jika salah seorang rakan kongsi menggunakan harta syarikat untuk membeli sesuatu (dengan syarat-syarat yang dinyatakan tadi), pembelian tersebut adalah bagi pihak semua kerana dia adalah wakil syarikat.
24
PENAMATAN KONTRAK Pembubaran kontrak oleh kesemua atau sebahagian ahli syarikat. Kematian semua rakan kongsi Gila atau pengsan
25
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
Takrif Mudharabah dari segi bahasa : Melepas seseorang pergi berdagang Menurut istilah syara’ : Harta yang diserahkan kepada seseorang supaya diperdagangkannya, sedang keuntungan dibahagi antara keduanya.
26
Dalil Pensyaria’tan Mudharabah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya, Abbas bin Abdul Muttalib r.a: Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa hartanya melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang masih lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi [6/111] )
27
Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual” (Riwayat Ibnu Majah no.2289) Contoh amalan para sahabat: Diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada datuknya; Suatu ketika Uthman r.a berikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka (Malik, Muwatto [2/687], Al-Baihaqi, Sunan [6/111])
28
HIKMAH Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah untuk pelaburan harta. Ia juga dapat mewujudkan amalan tolong-menolong sesama anggota masyarakat. Ia mewujudkan suasana saling lengkap-melengkapi dengan memanfaatkan segala keupayaan. Ini dapat dicapai dengan menggabungkan mereka yang mempunyai banyak harta tetapi kurang berkemahiran (pemodal/pelabur) dengan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang berharta atau sebagainya (pengusaha).
29
HUKUM PELABURAN Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz. Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal/pelabur dan pengusaha berhak membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya ataupun tidak. Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan, pengusaha tidak berhak menggunakan sama sekali modal tersebut. Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.
30
Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan, pengusaha perlu menghentikan serta-merta sebarang urusan yang baru. Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan syarikat. Selepas itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua modal akan diserahkan semula kepada pelabur sementara keuntungan akan dibahagi mengikut perjanjian.
31
RUKUN KONTRAK PELABURAN
Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan kontrak dan perkongsian ini. Lafaz ini mestilah terus berkuatkuasa. Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran berdasarkan amalan yang diguna pakai.
32
Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur dan pengusaha
Kedua-dua mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakil Pelabur akan bertindak sebagai pewakil dan pengusaha sebagai wakil apabila ia mengusahakan modal pelabur dengan kebenarannya.
33
Modal. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Mestilah berbentuk matawang Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang besar. Iaitu keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan mempunyai nilai yang berbeza pada ketika diterima, dijual dan dipulangkan.
34
Modal mestilah dalam jumlah tertentu.
Modal mestilah dalam bentuk tunai. Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha tidak sah dijadikan modal, kecualilah jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis kontrak. Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha. Maksudnya, modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja yang mempunyai hak untuk menggunakannya.
35
SYARAT-SYARAT KONTRAK MUDHARABAH
Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.
36
STATUS PENGUSAHA Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah) terhadap modal yang diserahkan kepadanya dan barangan yang dibeli menggunakan modal tersebut. Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya. Kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab.
37
KERUGIAN DITANGGUNG OLEH PELABUR
Oleh kerana pengusaha sebagai orang yang memegang amanah, ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.
38
GARIS PANDUAN PENGUSAHA
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha: Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan dengan harga yang melebihi modal. Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa izin pelabur.
39
Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu dengan menangguhkan bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan oleh pelabur. Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur [menurut pendapat yang paling sahih (asoh)]
40
Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dia menetap di tempat perniagaan. Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha berhak mengambil semua perbelanjaannya daripada modal ketika dalam perjalanan kerana dalam perjalanan tersebut, segala tindakannya tertumpu hanya untuk pelaburan. Dengan itu dia berhak mendapat peruntukan sebagai ganjaran kepada penumpuan tersebut.
41
BILAKAH PENGUSAHA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN ?
Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya dalam jual beli dan kemudiannya memperolehi keuntungan, dia berhak mengambil bahagiannya setelah semua modal dan keuntungan diperolehi. Ini adalah pendapat yang paling kuat (azhar) Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual dan modal diperolehi semula dalam bentuk tunai. Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan.
42
PENAMATAN KONTRAK MUDHARABAH
Pembatalan Kematian salah satu pihak Salah satu pihak gila atau pengsan Kemusnahan modal pelaburan
43
PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN PENGUSAHA
Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan; Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Ataupun dia berkata “Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini” Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.
44
Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah keuntungan, kemudian dia mendakwa tersilap membuat perkiraan. Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia menarik balik pengakuan yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain. Oleh itu dakwaannya tidak diterima.
45
Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan;
Pelabur berkata: “Anda membeli barang ini untuk pelaburan”. Sementara pengusaha mendakwa: “Saya beli barang ini untuk diri saya” ataupun sebaliknya.
46
Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya pembelian tersebut dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang niatnya. Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan, pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk dirinya sendir. Barang yang dibeli ini kira termasuk dalam pelaburan.
47
Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan atau jenis modal.
Pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang disokong oleh sumpah. Ini kerana asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan kepadanya.
48
Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal.
Jika pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau kerana cuai, sementara pengusaha berkata “Tidak, ia berlaku tanpa disengajakan dan bukan kerana kecuaian” Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah kerana pengusaha adalah orang yang diberi kepercayaan
49
Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal.
Jika pengusaha mendakwa telah memulangkannya, sementara pelabur menafikan yang ia telah dipulangkan. Pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia adalah orang yang diberi amanah. Setiap orang yang diberi amanah yang mengaku telah memulangkan milik orang yang memberi amanah kepadanya, pengakuannya akan diterima jika disokong oleh sumpah.
50
Jika berlaku kemusnahan kepada modal dan pelabur mendakwa ia sebenarnya diberikan sebagai hutang, sementara pengusaha mendakwa ia adalah pelaburan. Pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong oleh sumpah. Ini kerana pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada asalnya dia bertanggungjawab.
51
Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian keuntungan.
Kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi menyokong dakwaan masing-masing. Ini kerana masing-masing bercanggah mengenai untung yang bakal diperolehi. Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan memperolehi seluruh keuntungan kerana keuntungan ini adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara pengusaha pula akan mendapat upah sepadan dengan kerjanya
52
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk dijaga. Menurut syarak: Merujuk kepada sesuatu barang yang disimpan. Ia juga merujuk kepada kontrak penyimpanan. Wadi‘ah bermaksud: Mewakilkan seseorang untuk memelihara sesuatu hak milik atau sesuatu yang dihormati secara khusus (muhtaram makhsus) dengan cara yang tertentu.
53
DALIL PENSYARI‘ATAN WADI‘AH
Al-Quran, Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” (Al-Nisa: 58) “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya” (Al-Baqarah: 284)
54
Sunnah: Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Serahkanlah amanah kepada orang yang mengamanahkanmu dan janganlah membalas khianat orang yang mengkhianatimu” (Riwayat Abu Daud no Al-Tirmizi no.1264) Diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w pernah menyimpan barang simpanan milik penduduk Mekah. Sebelum berhijrah Baginda menyerahkannya kepada Ummu Aiman iaitu Barkah al-Habsyiah r.a untuk disimpan. Baginda memerintahkan Ali supaya memulangkan barang simpanan ini kepada pemiliknya.
55
Ijmak: Para ulama Islam sepanjang zaman, semenjak zaman sahabat hingga ke hari ini sependapat bahawa simpanan (wadi‘ah) dibenarkan oleh syarak
56
HIKMAH WADI‘AH Untuk memberi kemudahan kepada umat Islam dan demi menjaga kepentingan serta menjauhkan segala kesulitan mereka. Ini kerana mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain untuk menjaga harta mereka Kebenaran oleh syarak ini juga dapat mewujudkan suasana tolong-menolong sesama manusia di samping mengelakkan perkara yang tidak diingini.
57
HUKUM WADI‘AH SUNAT WAJIB MAKRUH HARAM HARUS
Simpanan (wadi‘ah) membabitkan lima hukum berlainan; SUNAT WAJIB MAKRUH HARAM HARUS
58
Sunat Pada dasarnya simpanan digalakkan dan disunatkan jika penjaga simpanan adalah orang yang berkemampuan untuk menjaga barang yang disimpan dan seorang yang dipercayai. Pada masa yang sama ada juga orang lain yang turut memiliki sifat amanah dan mampu untuk menjaga barang yang disimpan. Ini kerana wadi‘ah mengandungi budaya saling bantu-membantu sesama orang lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Allah akan membantu seorang hamba selagi hamba ini membantu saudaranya” (Riwayat Muslim no.2699)
59
Wajib Penjaga wajib menerima simpanan apabila dia diminta berbuat demikian dalam keadaan hanya dia seorang sahaja yang dipercayai serta yakin bahawa dia akan bersifat amanah dan mampu melakukannya. Dalam masa yang sama, tiada orang lain yang mempunyai sifat sepertinya. Ini kerana jika dia tidak menerimanya, keselamatan simpanan tersebut tidak akan terjamin. Rasulullah s.a.w telah melarang umat Islam mensia-siakan harta (Sila lihat Al-Bukhari no Muslim no.593) Baginda juga telah menjelaskan kepentingan menjaga keselamtan harta-harta orang Islam. Sabda Baginda “Kemulian harta orang mukmin sama seperti mulianya darah mereka” (Sila lihat Musnad Ahmad 1/446)
60
Makruh Menerima sesuatu simpanan mungkin menjadi makruh bagi seseorang jika dia seorang yang amanah tetapi tidak yakin dapat berbuat demikian pada masa akan datang. Oleh itu, makruh baginya untuk menerimanya kerana dikhuatiri akan bersikap tidak amanah dan menyelewengkan simpanan tersebut.
61
HARAM Haram seseorang menerima simpanan apabila diminta berbuat demikian sekiranya dia merasakan idak mampu menjaganya. Dalam keadaan ini, menerima simpanan bererti mendedahkannya kepada ancaman dan kerosakan. Ini dilarang kerana termasuk dalam perkara yang mensia-siakan harta.
62
HARUS Seseorang itu boleh menerima atau menolak apabila diminta untuk menyimpan sesuatu. Kedua-dua keadaan tersebut, ia adalah sama baginya. Contohnya, dia sendiri tidak yakin mampu bersifat amanah pada masa akan datang atauoun dia tidak mampu untuk menjaga simpanan tersebut. Manakala penyimpan (pemilik) sendiri mengetahui keadaannya tetapi masih bersedia menyimpan padanya.
63
RUKUN & SYARAT WADI‘AH Dua pihak yang berkontrak Lafaz kontrak
Simpanan (wadi‘ah) mengandungi tiga rukun; Dua pihak yang berkontrak Lafaz kontrak Barang simpanan
64
Dua Pihak yang Berkontrak; penyimpan yang merupakan pemilik barang yang disimpan dan penjaga simpanan Kedua-dua mereka disyaratkan mestilah berkelayakan melantik wakil kerana kontrak simpanan bermaksud mewakilkan sesuatu untuk disimpan; berakal dan baligh. Bukan orang yang ditahan daripada membelanjakan harta kerana bodoh (safih)
65
Orang Islam tidak dibenarkan meminta orang kafir menyimpan mashaf al-Quran.
Ini kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan membawa dan menyentuhnya. Sesiapa yang meminta orang-orang di atas menyimpan sesuatu kemudian simpanan tersebut musnah, mereka tidak perlu membayar ganti rugi walaupun ia disebabkan oleh kecuaian mereka. Ini kerana penyimpan didapati cuai dengan membenarkan orang-orang ini menyimpan barang mereka.
66
Lafaz (sighah) Contoh penyimpan berkata “Saya simpan baju ini pada anda”. Penjaga pula berkata “Saya terima” Lafaz ini tidak semestinya diucapkan oleh kedua-dua pihak. Lafaz yang digunakan juga tidak semestinya secara langsung (sorih). Lafaz yang tidak langsung (kinayah) tetapi disertakan niat dan petunjuk sudah memadai. Contohnya, penyimpan berkata “Letakkan barang ini pada anda” “Ambillah barang ini untuk dijaga” “Saya serahkan pada anda untuk dijaga”
67
Barang Simpanan Mestilah sesuatu yang dihormati iaitu dimiliki atau dipelihara walaupun tidak diiktiraf oleh syarak sebagai harta seperti bijiran gandum yang sedikit dan najis seperti baja. Bagi barang yang tidak dihormati menurut syarak seperti khinzir atau alat-alat hiburan yang melalaikan, barang seperti ini tidak boleh disimpan atau diminta untuk disimpan. Ia juga tidak tertakluk kepada hukum wadi‘ah.
68
IMPLIKASI KONTRAK WADI‘AH
Jika penyimpanan telah dilakukan dan kontrak tersebut adalah sah, ia kemudiannya tertakluk kepada beberapa hukum seperti berikut: Kewajipan Penjaga Menjaga Barang Simpanan Penjaga wajib menjaga barang simpanan yang telah diserahkan oleh penyimpan kerana ia menjadi syarat yang perlu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut “Umat Islam wajib berpegang dengan syarat-syarat yang mereka persetujui” (Riwayat al-Tirmizi no.1352)
69
Penjaga bertanggungjawab menjaga simpanan di tempat yang sesuai dengannya, iaitu ditempat yang selamat dan biasa digunakan untuk menyimpan. Dia juga bertanggungjawab menjaga sendiri simpanan tersebut. Dia tidak boleh menyerahkannya untuk dijaga orang lain. Namun jika dibenarkan oleh penyimpan, ia dibolehkan.
70
Jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti penjaga terpaksa bermusafir atau berlaku kebakaran dan dia tidak dapat mengembalikannya kepada penyimpan, wakilnya atau hakim. Dalam keadaan ini, penjaga boleh menyerahkannya kepada jagaan orang lain.
71
Kontrak Simpanan Adalah Kontrak Yang Jaiz
Maksudnya, kedua-dua pihak boleh membatalkannya pada bila-bila masa tanpa persetujuan pihak kedua. Dengan ini, penyimpan boleh mengambil semula simpanannya pada bila-bila masa. Sementara penjaga pula boleh memulangkannya juga pada bila-bila masa.
72
Apabila diminta oleh penyimpan, penjaga perlu memulangkannya segera mengikut kemampuannya.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” (Al-Nisa: 58)
73
Status Penjaga Penjaga adalah orang yang diberikan amanah. Oleh itu, dia tidak perlu membayar ganti rugi jika simpanan tersebut rosak ketika berada dalam jagaannya. Kecualilah jika ia disebabkan oleh kecuaian atau tindakan yang sengaja. Dalilnya: Sepertimana sabda Nabi s.a.w “Orang yang diminta untuk menjaga simpanan dan tidak melampaui had tidak perlu bertanggungjawab” (Riwayat al-Daruqutni no.167)
74
Begitu juga, sekiranya penjaga perlu membayar ganti rugi sudah tentu tiada siapa yang akan bersedia menerima simpanan . Ini sudah tentu membebankan semua pihak. Dari segi yang lain, penjaga sebenarnya menerima untuk menjaga simpanan tersebut secara sukarela. Selain itu, penjaga tersebut sebenarnya adalah bagi pihak pemilik. Oleh itu, secara tidak langsung, kerosakan yang berlaku seolah-olah disebabkan oleh pemilik sendiri.
75
BILAKAH SIMPANAN PERLU DIJAMIN ?
Ada beberapa keadaan penjaga perlu menjamin keselamatan barang simpanan: Jika penjaga menyimpan simpanan tersebut pada orang lain tanpa izin penyimpan dan tanpa sebab munasabah. Dalam keadaan ini, penjaga perlu bertanggungjawab.
76
Dalam keadaan ini, jika penjaga menyerahkan simpanan tersebut kepada orang yang tidak dibenarkan menyimpannya dan kemudian ia rosak, pemilik berhak meminta mana-mana antara mereka untuk membayar ganti rugi. Jika pemilik memilih penjaga kedua dan didapati dia tidak tahu kedudukan sebenar, dia berhak meminta ganti rugi tersebut dipindahkan kepada penjaga pertama. Ini kerana penjaga kedua mengambil barang tersebut bukan dengan niat jahat. Oleh itu, dia tidak perlu bertanggungjawab.
77
Jika penjaga kedua mengetahui orang yang menyerahkan simpanan tersebut bukan pemilik asal dan dia turut mengetahui barang tersebut adalah milik orang lain dan disimpan tanpa kebenaran pemilik asal. Dalam keadaan ini, dia perlu membayar ganti rugi kerana dianggap sebagai perampas dan bukan penjaga.
78
Mengabaikan aspek penjagaan.
Jika simpanan ini tidak dijaga sehingga menyebabkan ia rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi. Pengabaian ini boleh berlaku seperti berikut: Memindahkan simpanan ke tempat lain yang kurang selamat kerana perpindahan tersebut mendedahkan simpanan kepada kerosakan. Jika tahap keselamatan tempat baru sama baik atau lebih baik, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.
79
Ini kerana jika penyimpan bersetuju dengan keselamatan yang lama, tentu dia bersetuju dengan tahap keselamatan yang sama. Kecualilah jika penyimpan tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut atau proses perpindahan tersebut kerana ia perlu melalui jalan yang tidak selamat. Jika perpindahan dilakukan juga tanpa persetujuan penyimpan sebarang kerosakan akan ditanggung oleh penjaga. Ini kerana, ia berlaku disebabkan oleh perbuatan sengaja dan cuai.
80
Termasuk dalam ertikata pengabaian ialah tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang boleh membahayakan atau menyebabkan kerosakan barang yang disimpan. Ini kerana melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara tersebut adalah wajib kerana ia termasuk dalam makna penjagaan.
81
Jika penyimpan melarang penjaga melakukan sesuatu untuk menjaga barang simpanan dan dengan sebab itu penjaga mengabaikannya sehingga menyebabkan kerosakan, menurut pendapat yang sahih (asoh), penjaga tidak perlu membayar ganti rugi. Ini kerana penyimpan sendiri yang membenarkan kerosakan tersebut berlaku. Sekiranya perkara yang disimpan tersebut adalah haiwan, penjaga dianggap bersalah kerana membiarkan kerosakan tersebut walaupun disuruh oleh penyimpan kerana nyawa perlu dipelihara. Walau bagaimanapun, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.
82
Penggunaan Barang Simpanan Walau Dengan Apa Cara Sekalipun.
Dengan ini, penjaga perlu membayar ganti rugi jika berlaku kerosakan, walaupun ia berlaku selepas penggunaan. Ini kerana perbuatan penjaga menggunakan barang simpanan tanpa keizinan adalah suatu kesalahan.
83
Membawa Simpanan Dalam Perjalanan.
Apabila penjaga terpaksa melakukan perjalanan jauh dan keluar daripada kawasannya, dia tidak boleh membawa barang simpanan bersamanya. Ini kerana, dia bertanggungjawab menyimpannya di tempat yang selamat sedangkan perjalanan jauh bukan tempat yang selamat.
84
Dalam keadaan ini, penjaga wajib memulangkannya kepada penyimpan atau kepada wakilnya, jika penyimpan tidak dapat ditemui. Jika kedua-dua pihak tadi tidak dapat ditemui, penjaga perlu menyerahkannya kepada hakim jika boleh dipercayai. Jika tidak, dia boleh menyerahkannya kepada seseorang yang dipercayai.
85
Penjaga Menafikan Kewujudan Simpanan Tanpa Sebab
Apabila penyimpan menuntut semula simpanannya, lalu penjaga menafikan bahawa penyimpan ada menyimpan sesuatu padanya, kemudian simpanan tersebut rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi.
86
Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas
Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas. Oleh itu, orang yang merampas perlu bertanggungjawab. Kontrak simpanan tadi terbatal melalui penafian tadi dan hanya boleh diteruskan apabila ia diperbaharui Jika ada sebab tertentu dia menafikannya, kontrak tadi tidak terbatal dan simpanan tadi kekal menjadi amanah di tangannya. Jika simpanan rosak, dia tidak perlu membayar ganti rugi.
87
Keengganan Memulangkan Simpanan Apabila Diminta
Jika penjaga enggan memulangkannya atau melewat-lewatkannya tanpa sebab, dia perlu bertanggungjawab. Ini kerana dia telah melakukan kesalahan apabila menyimpan barang milik orang lain tanpa sebab dan tanpa kebenaran. Jika kelewatan berlaku dengan sebab munasabah, dia tidak perlu bertanggungjawab.
88
Barang Simpanan Dicampuradukkan Dengan Yang Lain.
Penjaga perlu menyimpan simpanan di tempat yang sesuai dengannya dan tidak mencampuradukkannya dengan harta atau miliknya sendiri sehinggakan ia tidak boleh dibezakan lagi apabila bercampur. Sekiranya simpanan ini dicampurkan atau bercampur tanpa disengajakan, penjaga perlu bertanggungjawab kerana percampuran ini adalah kesalahannya. Sedangkan penyimpan tidak bersetuju ia dicampurkan dengan orang lain.
89
Jika simpanan ini boleh dibezakan dengan barang-barang lain, contohnya matawang Singapura dicampurkan dengan matawang lain, penjaga tidak perlu bertanggungjawab kerana ia boleh dipisahkan dengan mudah. Jika pemisahan sukar dilakukan, contohnya gandum yang bercampur dengan barli, penjaga perlu bertanggungjwab kerana ia sukar dipisahkan. Kesukaran ini dikira sama seperti tidak boleh memisahkannya.
90
Jika ganti rugi perlu dibayar, penjaga perlu membayar dengan barangan yang sama jika ada atau dengan nilai yang sama jika tidak ada barang yang sama. Walau bagaimanapun, dia perlu membayar harga yang tinggi bagi nilai barang tersebut sepanjang tempoh penyimpanan sehingga hari kerosakan, sama seperti hukum barang yang dirampas. Barang yang bercampur itu kemudiannya menjadi miliknya.
91
Melanggar Syarat Penyimpan
Contohnya, penyimpan menyuruh penjaga menyimpannya di tempat yang tertentu atau dengan cara yang tertentu, lalu penjaga melanggar syarat ini dan menyimpannya di tempat lain atau dengan cara yang lain sehingga menyebabkan simpanan tersebut rosak. Dengan itu, penjaga perlu membayar ganti rugi kerana kerosakan berpunca daripada kesalahan yang dilakukannya.
92
SIMPANAN PADA DUA ORANG
Jika seseorang menyimpan sesuatu pada dua orang penjaga: Bagi barangan yang boleh dipisahkan seperti wang, mereka boleh membahagikannya dan masing-masing akan menyimpan separuh simpanan tersebut. Jika salah seorang diantara mereka menyerahkan bahagiannya kepada seorang lagi untuk disimpan kesemuanya, dia perlu bertanggungjawab dengan bahagian simpanan tersebut.
93
Jika salah seorang diantara mereka menyerahkan bahagiannya kepada seorang lagi untuk disimpan kesemuanya, dia perlu bertanggungjawab dengan bahagian simpanan tersebut. Ini kerana penyimpan hanya bersetuju simpanannya disimpan oleh mereka berdua dan bukan oleh seorang sahaja. Namun, menurut pendapat lain, dia tidak perlu bertanggungjawab kerana penyimpan bersetuju dengan sifat amanah mereka. Dengan itu mereka boleh menyerahkan semua simpanan tersebut kepada salah seorang diantara mereka.
94
Bagi barang yang tidak boleh dipisahkan
Ulama sebulat suara menyatakan bahawa kedua-dua penjaga boleh menyerahkan kesemuanya kepada salah seorang antara mereka dan dia tidak perlu bertanggungjawab. Ini kerana simpanan seperti ini hanya boleh disimpan di satu tempat sahaja.
95
SIMPANAN DUA ORANG PADA SEORANG
Jika dua orang penyimpan menyimpan satu barang pada seseorang, kemudian salah seorang diantara mereka menuntut simpanan tersebut, atau menuntut bahagiannya sahaja, adakah penjaga perlu memenuhi tuntutan ini ?
96
Oleh itu, mereka juga perlu bersama-sama ketika menuntutnya.
Jawapan: Penjaga tidak perlu menyerahkannya walaupun hanya sebahagian kerana mereka berdua menyimpannya secara bersama. Oleh itu, mereka juga perlu bersama-sama ketika menuntutnya. Jika hanya seorang sahaja yang mahu menuntut bahagian tersebut, penjaga perlu membawa kes tersebut kepada hakim untuk membuat pembahagian pegangan dan menyerahkan pegangan tersebut.
97
PENAMATAN KONTRAK SIMPANAN
Kontrak simpanan dianggap tamat apabila penyimpan menuntut semula simpanannya. Ia juga berakhir apabila penjaga menyerahkannya semula barang yang disimpan kepada penyimpan. Walau bagaimanapun, penjaga diharamkan memulangkannya dalam keadaan dia wajib menerima simpanan tersebut dan penyimpan masih belum mahu menuntutnya.
98
Begitu juga, penjaga dimakruhkan memulangkannya dalam keadaan dia disunatkan menerimanya dan penyimpan masih belum mahu menuntutnya. Simpanan ini juga tamat apabila penyimpan atau penjaga meninggal dunia kerana kontrak ini hanya berlangsung antara mereka. Demikian juga jika salah satu pihak didapati gila atau pengsan.
99
Ia juga berakhir jika penyimpan dihalang daripada mengurus harta kerana bodoh (safih) atau penjaga dihalang daripada mengurus harta kerana muflis. Begitu juga jika penyimpan memindahkan hak milik simpanannya kepada orang lain sama ada melalui jual beli, hadiah atau sebagainya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.