Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM"— Transcript presentasi:

1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM
BAB 1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM

2 3 JENIS RUJUKAN Akta Syarikat 1965 Kes-kes Mahkamah
Prinsip Undang-undang

3 DEFINISI Seksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965
Syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta ini atau mengikut mana enakmen yang sama pada masa lalu .

4 KONSEP SYARIKAT Satu pertubuhan atau sebuah perbadanan korporat yang mempunyai entiti undang-undang (legal entity ) yang terpisah daripada ahli-ahli syarikat itu sendiri.

5 SATU ENTITI Syarikat dianggap sbg individu buatan di mana syarikat pada namanya mempunyai hak dan tanggungan yang sama dengan individu manusia. Syarikat mempunyai hak untuk memiliki harta di atas namanya sendiri Syarikat boleh mendakwa dan didakwa serta bertanggungan ke atas hutang syarikat dan ahli-ahli syarikat tidak bertanggungan.

6 Contoh Syarikat Maju Sdn Bhd mempunyai 20 ahli. Menurut y/u ianya suatu ENTITI. Jika syarikat mempunyai sebidang tanah atas nama syarikat, tanah tersebut adalah hak mutlak syarikat dan bukan ahli yang seramai 20 orang itu. ENTITI berasingan.

7 Bentuk Perniagaan 3 bentuk perniagaan di Malaysia: Pemilik Tunggal
- suatu perniagaan yang dimiliki seorang pemilik yang bertanggungjawab atas modal, pengurusan dan masa depan - contoh : kedai runcit, kedai dobi, perniagaan kecil dll. - Antara kedai runcit dan pemilik = satu ENTITI

8 Perkongsian - Seksyen 3 (1) Akta Perkongsian 1961 - suatu perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan. - pekongsi-pekongsi telah dihadkan oleh Seksyen 14 (3) (a) dan (b) Akta Syarikat 1965. - Firma perkongsian biasa : maksima 20 orang. - cth : Firma Guaman Zaid & Co. – Antara firma dan pelbagai firma satu ENTITI

9 Syarikat Bentuk perniagaan yang ditubuhkan bawah Akta Syarikat.
* Bentuk perniagaan (1) dan (2) dikenali sebagai pertubuhan yang tidak diperbadankan (unincorporated association).

10 PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT DENGAN PERNIAGAAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN
Bilangan keahlian Pemilik Tunggal : seorang Perkongsian : min. 2 orang, max. 20 orang (kec. firma profesional (guaman/akauntan) Syarikat : min. 2 orang bagi setiap masa (Jika kurang syarikat boleh dibubarkan bawah Seksyen (1)(d) Akta Syarikat 1965)

11 Hak untuk Memiliki Harta
Pemilik Tunggal : Aset perniagaan milik peribadi pemilik Perkongsian : Aset firma milik pekongsi bersama Syarikat : Aset Syarikat milik Syarikat, bukan milik ahli syarikat

12 Tanggungan atau Liabiliti Ahli terhadap Hutang Syarikat
Pemilik Tunggal : hutang perniagaan ditanggung secara peribadi oleh pemilik Perkongsian : hutang firma ditanggung secara bersama oleh rakan rakan kongsi. Tanggungan ahli tidak terhad. Syarikat : Entiti yang terpisah – ahli-ahli tidak mempunyai tanggungan peribadi ke atas hutang syarikat. Syarikat tanggung hutang.

13 Tindakan Bagi Prosiding Undang-undang
Pemilik Tunggal dan Perkongsian - tindakan undang-undang diambil atas nama peribadi pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi kecuali firma perkongsian boleh guna Ordinan 77 Peraturan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama firma perkongsian bagi urusan saman menyaman. Syarikat - urusan saman menyaman atas nama syarikat sendiri - mempunyai hak untuk mendakwa dan didakwa atas kes melibatkan hak dan tanggungan syarikat

14 Jangkahayat dan Pembubaran
Pemilik Tunggal dan Perkongsian akan terbubar dengan sendirinya apabila berlaku kematian ahli dan rakan kongsi ataupun apa-apa peristiwa menurut perjanjian di antara rakan kongsi. Syarikat tetap wujud dan tidak bergantung kepada hayat ahli-ahlinya sehingga pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Syarikat.

15 KLASIFIKASI SYARIKAT Berdasarkan kepda beberapa faktor: Status Awam
Tanggungan Ahli terhadap hutang syarikat Tempat syarikat diperbadankan Hubungan syarikat dengan syarikat yang lain

16 Amnya, Syarikat boleh diklasifikasikan seperti berikut:-
Syarikat Persendirian Syarikat Awam Syarikat Berhad dan Syarikat tidak berhad Syarikat Berhad oleh saham Syarikat berhad oleh jaminan Syarikat induk dan anak syarikat (subsidiari) Syarikat asing

17 Syarikat Persendirian Takrif : Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
- “Syarikat Persendirian yang dikecualikan” sebagai sebuah Syarikat Persendirian dimana syer-syernya tidak dipegang secara langsung atau tidak langsung. Perbadanan yang lain tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut samada secara langsung atau tidak langsung. Sebuah syarikat persendirian perlu patuhi Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1961.

18 Syarat-syarat yang termaktub dalam peruntukan seksyen tersebut:-
Bilangan ahli mesti tidak melebihi 50 orang Terdapat sekatan terhadap hak untuk memindahkan saham iaitu:- Melalui ‘right of pre-emption’ iaitu sebarang pindahmilik saham yang dibuat hendaklah ditawarkan kepada ahli-ahlisyarikat yang sedia ada terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada pihak lain dan ; Dengan meletakkan syarat bahawa pindahmilik saham hanya boleh dibuat dengan kebenaran lembaga pengarah syarikat sahaja. Larangan untuk menawarkan saham atau debentur kepada orang awam Larangan untuk mempelawa orang ramai mendepositkan wang ke dalam syarikat bagi tempoh yang tertentu

19 Penting syarat-syarat tersebut dinyatakan dalam ARTIKEL PERSATUAN (TATAURUSAN SYARIKAT) yang mesti disediakan oleh semua syarikat semasa penubuhannya Dikehendaki meletakkan perkataan ’sendirian’ atau ‘sdn’ di belakang namanya. Sekiranya liabiliti ahli syarikat persendirian terhad, ia mestilah menambah perkataan ‘berhad’ atau ‘bhd’.

20 Syarikat Awam Takrif : Seksyen 4 Akta Syarikat 1965
“Syarikat Awam” ertinya sebuah syarikat yang lain daripada syarikat persendirian. - tidak perlu patuhi syarat-syarat bawah Seksyen 15 - boleh mempelawa orang ramai untuk melabur atau mendepositkan wang mereka ke dalam syarikat - perlu mendaftarkan prospektus syarikat dengan Pendaftar Syarikat * Prospektus Syarikat – satu dokumen mengandungi hal ehwal kewangan dan pentadbiran syarikat

21 Perlu mendapatkan sijil memulakan perniagaan terlebih dahulu walaupun telah memiliki Sijil Pemerbadanan Seseorang yang berusia melebihi 70 tahun tidak dibenarkan menjadi pengarah syarikat kerana dikhuatiri akan menjejaskan pencapaian syarikat yang melibatkan kepentingan awam. Boleh disenaraikan di Bursa Saham dengan syarat beberapa peraturan perlu dipatuhi Tidak perlu letak perkataan ‘sendirian’ atau ‘sdn.’ Di belakang namanya. Cth : Syarikat Maju Jaya Jika liabiliti ahli adalah terhad, perlu diletakkan perkataan ‘berhad’ di belakang namanya

22 Syarikat Berhad dan Syarikat Tidak Berhad
diklasifikasikan berdasarkan Tanggungan/liabiliti ahli ke atas hutang syarikat Syarikat Berhad - tanggungan ahli terhadap hutang syarikat terhad berdasarkan jumlah pegangan saham ataupun jaminan yang diberikan - dikehendaki meletakkan Berhad atau Bhd di belakang namanya Syarikat Tidak Berhad - tanggungan ahli tidak terhad - hampir sama dengan perkongsian - bezanya perkongsian tidak mempunyai entitinya sendiri. Cth: Firma Broker Saham dan Arkitek. - Tidak perlu meletak perkataan Berhad atau Bhd

23 Syarikat berhad terbahagi 2:-
Syarikat berhad menurut saham - tanggungan ahli-ahlinya adalah terhad mengikut jumlah saham yang belum dibayar ke atas saham-saham yang dipegang oleh seseorang ahli tersebut Syarikat berhad menurut jaminan tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut jaminan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli syarikat yang tleh didtetapkan oleh memorandum dan aritkel persatuan syarikat Ditubuhkan bagi tujuan menganjurkan rekreasi, hiburan, sains, seni dll. Tujuan yang akan beri faedah kepada umum. Cth: yayasan dan badan kebajikan

24 Syarikat Induk dan anak syarikat (Subsidiari)
Terdiri daripada sekumpulan syarikat yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 menyatakan :- = Bila perbadanan disifatkan berkaitan antara satu sama lain : Dimana sesebuah perbadanan adalah :- Syarikat induk bagi perbadanan yang lain Subsidiari perbadanan yang lain Subsidiari syarikat induk perbadanan yang lain Makna syarikat induk :- seksyen 5 (1) Akta Syarikat 1965 :- mana-mana syarikat yang memenuhi 3 syarat berikut :- Menguasai keahlian lembaga pengarah dalam syarikat lain Memegang lebih daripada separuh kuasa mengundi dalam syarikat lain ; atau Memegang lebih daripada separuh modal saham dalam syarikat lain

25 Seksyen 5 B mendefinisikan syarikat subsidiari milik penuh :-
Seksyen 5 A memperuntukkan sesebuah syarikat induk dianggap sebagai syarikat induk terakhir sekiranya ia merupakan sebuah syarikat induk kepada syarikat lain tetapi ianya sendiri bukan menjadi anak syarikat atau subsidiari kepada syarikat lain Seksyen 5 B mendefinisikan syarikat subsidiari milik penuh :- Apabila semua ahli-ahli syarikat tersebut terdiri daripada ahli-ahli syarikat induk atau anak-anak syarikatnya atau penama namaannya (nominee) .

26 Syarikat Asing Seksyen 4 Akta Syarikat 1965 :-
“Syarikat Asing” ertinya :- Suatu syarikat , perbadanan , pertubuhan , persatuan atau lain-lain badan yang diperbadankan di luar Malaysia; atau Suatu persatuan, pertubuhan yang tidak di perbadankan atau lain-lain badan yang mana di bawah undang-undang tempat asalnya boleh mendakwa atau di dakwa, atau memegang harta atas nama setiausaha atau lain-lain pegawai badan atau persatuan yang di lantik dengan sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia.

27 Sekyen 331- syarikat asing berhak memiliki harta tak alih
Sekiranya syarikat asing yang ingin menubuhkan syarikat cawangannya di Malaysia hendaklah mempunyai beberapa dokumen penting dengan pendaftar syarikat seperti dalam Seksyen 332(1) iaitu:- Salinan sijil pemerbadanan Salinan memorandum dan artikel Senarai nama pengarah-pengarah yang akan menetap di Malaysia Sekyen 331- syarikat asing berhak memiliki harta tak alih

28 PERBEZAAN DI ANTARA SYARIKAT PERSENDIRIAN DAN SYARIKAT AWAM
Fungsi Syarikat Syarikat persendirian Paling banyak ditubuhkan di Malaysia Senang dikawal Syarat pindah milik saham mudah diuruskan Kos pengurusan adalah lebih murah Syarikat Awam Lebih sesuai untuk perniagaan yang besar yang memerlukan modal yang banyak

29 Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat
Keahlian Syarikat Persendirian Keahlian kecil ( Seksyen 15) had max. 50 orang Syarat pindah milik saham oleh ahli-ahli syarikat Syarikat Awam Keahlian tidak terhad Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat - Semua jenis syarikat mesti mempunyai memorandum dan artikel persatuan syarikat. - Kandungan memorandum dan artikel berkenaan dengan tanggungan ahli adalah berdasarkan jenis syarikat. Cth : Syarikat berhad tanggungan ahlinya adalah terhad Bagi syarikat persendirian-memorandum dan artikel persatuan syarikat hendaklah mengandungi sekatan dan larangan-larangan seperti dalam Seksyen 15 Akta Syarikat 1965

30 Pengarah Seksyen 629(1) melarang pelantikan Pengarah Syarikat Awam yang melebihi usia 70 tahun Seksyen 126(1) di mesyuarat agung syarikat Awam pelantikan setiap pengarah syarikat hendaklah dibuat dalam resolusi yang berbeza melainkan ahli telah bersetuju sebulat suara untuk melantik 2 atau lebih pengarah dalam satu resolusi. Pengarah-pengarah syarikat awam boleh dipecat oleh pemegang-pemegang saham menurut prosedur yang telah ditetapkan. Sebaliknya bagi syarikat persendirian, artikel persatuan syarikat boleh memperuntukkan kuasa memecat kepada lembaga pengarah

31 Sumber Kewangan Mesyuarat
Syarikat persendirian adalah dilarang mendapat sumber kewangan daripada orang awam Larangan tidak terpakai ke atas syarikat awam yang boleh tawarkan saham kepada orang awam dengan syarat prospektus didaftar dengan pendaftar terlebih dahulu- Seksyen 39/Jadual ke-5 Akta Syarikat 1965 dipatuhi Mesyuarat Seksyen 143 (1) semua syarikat dikehendaki mengadakan mesyuarat agung yang pertama dalam masa 18 bulan dari tarikh ia diperbadankan Bagi syarikat awam berhad yang mempunyai modal saham pula dikehendaki mengadakan syarat berkanun dan diserahkan kepada pendaftar syarikat berdasarkan Seksyen 142 (1)

32 PERTUKARAN SYARIKAT PERSENDIRIAN KEPADA SYARIKAT AWAM ATAU SEBALIKNYA
Pertukaran Syarikat Persendirian menjadi Syarikat Awam Boleh dilaksanakan dengan menyerahkan dokumen-dokumen seperti yang terkandung dalam Seksyen 26(2) Selepas proses ini, Seksyen 15 tidak lagi terpakai Dalam keadaan lain, syarikat persendirian boleh bertukar menjadi syarikat awam sekiranya syarikat melanggar mana-mana sekatan di dalam Seksyen 15 Syarikat bertukar menjadi syarikat awam secara tidak sukarela

33 Seksyen 27(1) mana-mana ahli atau pemiutang syarikat boleh membuat permohonan mahkamah supaya syarikat persendirian ditukarkan kepada syarikat awam seandainya syarikat persendirian tersebut telah melanggar sekatan-sekatan di bawah Seksyen 15(1)(c)dan(d) iaitu larangan menawarkan saham dan debentur kepada orang ramai , serta larangan mengajak orang ramai mendepositkan wang ke dalam syarikat Seksyen 27(3) keputusan mahkamah atau pendaftar berhubung status syarikat persendirian kepada syarikat awam Seksyen 27(8) kesaklahan syarikat persendirian kerana tidak mematuhi sekatan atau larangan Seksyen 15 (1)

34 Pertukaran Syarikat Awam menjadi Syarikat Persendirian
- Syarikat awam juga boleh menukarkan statusnya menjadi syarikat persendirian menurut Seksyen 26(1) Akta Syarikat 1965.


Download ppt "PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google