Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Kata tugas & kata hubung
2
Kata tugas Sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Kelompok dasar kata tugas kata penyambung ayat kata praklausa kata prafrasa kata pascakata
3
Kata penyambung ayat Kata hubung gabungan dan atau tetapi malahan
Kata hubung pancangan kata hubung pancangan relatif – yang kata hubung pancangan komplemen – untuk dan bahawa kata hubung pancangan keterangan – agar, kerana, hingga, semoga, supaya, sewaktu, untuk
4
Kata praklausa Terletak di hadapan klausa kata seru – aduh, cis, amboi
kata tanya – berapa, mengapa kata perintah larangan – jangan, usah silaan – jemput, sila permintaan – tolong kata pembenar kata pangkal ayat – hatta, adapun, maka
5
Kata prafrasa Terletak di depan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Mendukung tugas-tugas tertentu. 8 jenis kata prafrasa: kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata arah kata bilangan
6
Kata bantu Kata bantu aspek – perbezaan masa
Kata bantu ragam -menerangkan ragam perasaan telah mahu sudah harus pernah hendak masih boleh sedang mesti akan dapat belum
7
Kata Penguat Fungsi – menguat / menegaskan maksud
Perkataan yg mendahului atau mengikuti kata adjektif Dibahagikan kepada 3, iaitu: i) penguat hadapan ii) penguat belakang iii) penguat bebas
8
Penguat hadapan terlalu, paling, agak Masakan ibunya paling sedap Penguat belakang sekali, benar, nian Indah nian puteri bunian Penguat bebas amat, sangat, sungguh Sungai itu sangat Sungai itu dalam sangat
9
Kata penegas Memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat -kah -lah -tah
10
Kata nafi Berfungsi – untuk menidakkan sesuatu kenyataan
Terbahagi kepada 2: bukan tidak
11
Kata nafi bukan Digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama Contoh: Gadis itu tidak pelakon popular di Sepanyol Gadis itu bukan pelakon popular di Sepanyol Hadiah itu tidak untuknya Hadiah itu bukan untuknya
12
Kata nafi tidak Digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: Melly bukan pergi ke pejabat Melly tidak pergi ke pejabat Dakwaan pekerja itu bukan benar langsung Dakwaan pekerja itu tidak benar langsung.
13
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika frasa tersebut membawa maksud pertentangan maklumat Contoh: pekerja itu bukan mahu dipuji, tetapi dia mahu gaji yang lebih tinggi. emak bukannya marah, dia kecewa sahaja Pelajar itu bukan pintar sangat, cuma dia rajin belajar
14
Kata pemeri Adalah - hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: i) Wang yang terkumpul itu adalah untuk mangsa banjir ii) …… dijangka siap adalah pada 15 Januari 2020 - juga digunakan di hadapan kata adjektif, iaitu kata atau rangkai kata yang menunjukkan sifat sesuatu. Contohnya:
15
i) Kenyataan itu adalah benar
ii) Penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian di negara ini adalah terlalu kecil iii) Keputusan hakim adalah muktamad Perkataan ‘adalah’ tidak boleh digunakan pada awal ayat. Perkataan ‘adalah’ merupakan kata pemeri, yakni unsur yang menjadi penghubung antara subjek dengan rangkai kata.Contoh: SALAH BETUL Adalah dimaklumkan bahawa… Dengan ini dimaklumkan bahawa…
16
Ialah - hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama, yakni perkataan atau rangkai kata yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan,konsep dan sebagainya.Contoh: i) Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan… ii) Beliau ialah orang pertama
17
adalah + kata nafi + frasa adjektif
Kata pemeri tidak boleh digandingkan dengan kata nafi, kecuali dalam binaan: adalah + kata nafi + frasa adjektif - keterangan saksi itu adalah tidak benar - tindakan pengganas itu adalah tidak rasional
18
Kata sendi nama
19
Kata Sendi Nama Penggunaannya Contoh Ayat di i ) digunakan untuk menunjukkan tempat ** ditulis terpisah ii ) digunakan untuk menunjukkan perbuatan ** ditulis bersambung Kami berhimpun di padang itu 2. Mereka menunggu saya di hadapan pejabat. 3. Saya telah diperintahkan untuk menjaga tuan. 4. Buku itu ditulis oleh Dr.Ahmad ke digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan waktu. 1. Adik saya pergi ke sekolah 2. Polis memancutkan air ke arah perusuh-perusuh itu. 3. Ujian akan diadakan dari semasa ke semasa. dari digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan waktu 1. Saya menendang bola itu dari sudut kiri padang itu. 2. Dia berasal dari Ipoh. 3. Mesyuarat itu bermula dari pukul lapan hingga pukul sebelas pagi.
20
daripada digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia,haiwan,benda,unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. 1. Surat itu daripada ayah saya 2. Tapak kaki itu disyaki daripada harimau. 3. Kami mendapat manfaat daripada ceramah itu. 4. Kasut itu diperbuat daripada kulit. 5. Pendapatnya berbeza daripada pendapat saya. 6. Bekerja sendiri lebih baik daripada bekerja makan gaji. untuk/bagi Kata sendi nama untuk bervariasi dengan bagi dan berfungsi untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukan,hanya kata sendi nama untuk digunakan. 1. Jadual waktu untuk/bagi Tingkatan Enam Atas sedang disediakan. 2. Rumah untuk/ bagi pekerja –pekerja sedang diperbaiki. 3. Asrama untuk/ bagi penuntut-penuntut Sarawak sedang dibina. 4. Wang itu untuk ayah. ( Tidak boleh:Wang itu bagi ayah) 5. Tanah seluas 3 ekar itu untuk kami.
21
kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan,unsur mujarad,pecahan dan perubahan keadaan. 1. Serahkan buku ini kepada Ahmad. 2. Padi diberikan kepada burung merpati 3. Anak-anak muda sekarang terdedah kepada bahaya dadah. 4. Para peserta itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 5. Harga saham kini pulih kepada paras yang memuaskan. pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dalam ungkapan ada pada (manusia dan haiwan), benda yang konkrit, unsur mujarad (abstrak) 1. Saya tidak berada di rumah pada ketika itu. 2. Potret itu tergantung pada dinding. 3. Buku itu ada pada Muhammad. 4. Keupayaan melindungi diri ada pada semua binatang. 5. Pada pendapat saya,alasan itu tidak boleh diterima.
22
demi tentang digunakan untuk menunjukkan maksud tujuan, penegasan dan urutan. 1. Demi kecemerlangan masa depan, marilah kita berusaha dari sekarang. 2. Demi Allah,saya tidak melakukan perbuatan yang terkutuk itu. 3. Mereka memasuki dewan satu demi satu. digunakan untuk menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang umum atau mujarad. 1. Mereka sedang berbincang tentang masalah pergolakan politik negara. 2. Kajian tentang keberkesanan kaedah itu masih dijalankan.
23
seperti/ bagai/ umpama/ laksana satu sama lain dan membawa maksud perbandingan atau persamaan 1. Gadis itu cantik seperti/bagai/umpama/laksana bidadari. 2. Hatinya keras seperti/bagai/umpama/laksana batu. 3. Dia berlagak seperti/bagai/umpama/laksana seorang hakim.
24
dengan digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, keterangan cara,penggunaan sesuatu sebagai alat, dan keadaan perbandingan yang serupa. 1. Saya pergi berkelah dengan keluarga. 2. Ali menerima teguran itu dengan hati terbuka. 3. Bapa membunuh ular itu dengan ranting kayu. 4. Pendapatan saya tidak setimpal dengan kerja yang saya lakukan. sejak/semenjak digunakan untuk membawa maksud bermula dari sesuatu masa. 1. Saya tidak berjumpa dengannya sejak/semenjak tiga tahun lalu. 2. Sejak peristiwa itu,dia tidak berani memasuki hutan itu. terhadap digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit (manusia,haiwan dan benda) tetapi tidak sesuai untuk rujukan mujarad. 1. Kita tidak harus bersikap biadap terhadap ibu bapa. 2. Kajian terhadap tikus menunjukkan kesan yang agak menggalakkan. 3. Kulit saya sensitif terhadap mentol.
25
akan digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif 1. Dia rindu akan kekasihnya 2. Gopal sayang akan tanah airnya. oleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-, serta kata bantu pasif kena, dan maksud sebab. 1. Tanamannya dimusnahkan oleh gajah 2. Batu yang berat itu terangkat oleh saya. 3. Dia kena kejar oleh polis 4. Mereka tewas oleh kecuaian penjaga gol. hingga/sampai digunakan untuk menyatakan perihal peringkat serta had waktu dan tempat. 1. Kami berazam untuk belajar sampai/hingga universiti. 2. Saya berada di pejabat sampai/hingga pukul 4 petang. 3. Dia menunggang basikal sampai Kuala Lumpur
26
dalam/ antara digunakan untuk membawa pengertian lingkungan
digunakan untuk membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. dalam/ antara 1. Saya tidak mahu campur tangan dalam urusan kamu. 2. Perbezaan pendapat telah berlaku antara negara anggota
27
‘di antara’ - berfungsi sebagai kata arah - hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal, ruang, jarak atau arah. Contohnya: a) Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura b) Hasnah duduk mencelah di antara kedua-dua ibu bapanya. c) Rumahnya terletak di antara dua bangunan itu
28
‘antara’ digunakan untuk menunjukkan perbandingan. Contoh: a) Banyak perbezaan antara Fatimah dengan Rahmah b) Yang manakah yang lebih menarik antara dua bangunan itu?
29
Kata sendi nama ‘antara’ biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contoh:
a) …imbangan yang wajar antara orang yang… b) Antara lagu persembahannya ialah ‘Ratu’,… c) Antara nama yang disebut ialah … * Tetapi boleh diikuti oleh kata nama yang mengalami penggandaan separa seperti ‘adik-beradik’. Contoh: a) …perhubungan antara kedua-dua negara…
30
Apabila kata sendi nama ‘antara’ atau ‘di antara’ digunakan, kata yang dipadankan dengannya ialah kata sendi nama ‘dengan’, bukan kata hubung ‘dan’. Contoh: a) …antara calon dengan penemuduga. b) … di antara Muar dengan Batu Pahat.
31
Kata arah Menunjukkan arah atau kedudukan Belakang Bawah Atas Luar
Utara Sudut Barat Hadapan samping
32
Kata bilangan Menjadi penerang kepada kata nama
jumlah yang tentu sifatnya bilangan tak tentu sekalian, seluruh, beberapa maksud himpunan berguni-guni, berpuluh-puluh maksud pisahan masing-masing, setiap maksud pecahan seperempat, setengah
33
Kata pascakata -nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu : kata penekan Kata yang memberi penegasan nampaknya sesungguhnya kata pembenda Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada KN menjadi KN sakitnya lajunya
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.