Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Edup 3033 Murid dan pembelajaran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Edup 3033 Murid dan pembelajaran"— Transcript presentasi:

1 Edup 3033 Murid dan pembelajaran
TAJUK : 5. GAYA PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PDP 6. GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PDP NAMA AHLI KUMPULAN : CHIK MUN HENG NOR AJEERAH BT ZAHARIN KELAS : 2 PISMP PENGAJIAN MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. HJ. SAJAP BIN MASWAN

2 5. Menganalisis gaya pembelajaran kognitif dan implikasinya terhadap pdp

3 Konsep Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Tidak ada gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut.

4 TUJUAN MENGUJI GAYA PEMBELAJARAN
Mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling berkesan bagi seseorang individu. Mengenal pasti gaya pembelajaran secara tepat melalui instrumen tertentu. Mengelakkan salah tafsir tingkah laku dan mengenali tanda-tanda tingkah laku tertentu.

5 Murid taktik/ kinestetik
Jenis-jenis murid Murid auditori Murid taktik/ kinestetik Murid visual

6 Murid visual Mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan
Mudah terangsang dan terdorong untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan alat visual yang menarik Mudah ingat dan faham maklumat yang disampaikan 69% murid lebih kerap menggunakan imej visual dan mereka lebih gemar membaca imej, carta dan animasi.

7 Murid Auditori Mempelajari dan menerima maklumat melalui pendengaran
Lebih mudah faham melalui kaedah perbincangan dan mendengar penerangan pendapat orang lain melalui sesi kuliah Intonasi suara, pitch, kelajuan suara amat penting bagi memahami makna tersirat yang disampaikan apabila mendengar sesuatu Mendapat manfaat yang paling banyak melalui aktiviti : -bercerita -pita rakaman -membaca teks secara lantang

8 Murid Taktik / Kinestetik
Belajar melalui pergerakan, merasa, menyentuh, menyusun, mereka cipta dan membina Aktiviti hands-on adalah lebih berkesan kerana murid dapat meneroka secara aktif akan persekitaran fizikal mereka Lebih cenderung belajar sekiranya guru sediakan ruang untuk membina atau mencipta serta meluahkan perasaan mereka melalui isyarat tubuh badan Tidak dapat duduk diam dengan lebih lama, mudah terganggu dan mempunyai keinginan untuk meneroka sesuatu benda baharu

9 Implikasi Gaya Pembelajaran dalam PdP
kurikulum penilaian bimbingan

10 Kurikulum Guru perlu meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan sentiasa peka terhadap setiap perubahan murid-murid Guru perlu mendorong murid untuk menganalisi, memberikan alas an dan menyelesaikan masalah murid-murid secara teratur

11 Bimbingan Guru boleh mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan unsur pengalaman, refleksi, serta uji kaji. Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalan suasana bilik darjah Contoh unsur: -bunyi-bunyian -visual -pergerakan -perbualan/percakapan

12 Penilaian Guru boleh melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian
Contoh penilaian : sumatif, formatif Penilaian mesti memberi fokus kepada perkembangan terhadap kapasiti otak dan kemampuan murid-murid secara keseluruhan dan yang mempunyai perkaitan dengan gaya pembelajaran

13 6. Menganalisis gaya pembelajaran Honey dan Mumford dan implikasinya terhadap pdp

14 Honey dan Mumford (1986) Aktivis Reflektif Teoris Pragmatis

15 Gaya Pembelajaran Aktivis
Cara belajar:- melibatkan diri secara aktif dan agresif. Ciri-ciri: Sikap tidak sabar dan tindakan tergesa-gesa Naluri ingin tahu yang tinggi terhadap perkara baru Gemar mencuba pengalaman baru Bersemangat, fleksibel dan berfikiran terbuka Motivasi dalaman yang kuat dan inisiatif untuk menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir kritis dan kreatif

16 Implikasi terhadap pdp
Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan penyelesaian masalah. Pelajar digalakkan supaya melakukan perbincangan untuk mengeluarkan idea-idea yang baik. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis ialah kaedah inkuiri penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, dan perbincangan.

17 Gaya Pembelajaran Reflektif
Cara belajar:- suka memerhati, berfikir, membuat refleksi kendiri Ciri-ciri: Mampu berfikir secara kritis dan kreatif Mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi Mencari hakikat yang sebenar Sikap berhati-hati, sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti Belajar dan bekerja secara sistematik Tidak terburu-buru membuat keputusan

18 Implikasi terhadap pdp
Melakukan aktiviti di mana pelajar boleh berada dalam situasi melihat dan berfikir Strategi pengajaran yang sesuai untuk kumpulan pelajar ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan, projek dan perbincangan.

19 Gaya Pembelajaran Teoris
Cara belajar:- gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan Ciri-ciri: Memiliki fikiran rasional dan logik Berdisiplin Suka membentuk hipotesis, kesimpulan berdasarkan bukti Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan otak kiri Suka mengesan sebab dan akibat yang berlaku Berminat mengkaji fenomena alam

20 Implikasi terhadap pdp
Pelajar-pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Teoris digalakkan lebih banyak meyediakan peta konsep dan peta minda. Pelajar juga disarankan melakukan aktiviti seperti perbincangan, bertukar pendapat dan menganalisis maklumat di mana pelajar perlu menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada untuk mencapai sesuatu objektif tertentu. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan ialah kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.

21 Gaya Pembelajaran Pragmatis
Cara belajar:- mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip Ciri-ciri: Bersifat praktikal Mementingkan bukti dan hakikat sebenar sebagai objektif pembelajarannya Percaya perkara yang dapat dilihat lebih daripada mendengar Mengutamakan penggunaan pengalaman yang sebenar dan suka membuat perbandingan Kreatif dan inovatif

22 Implikasi terhadap pdp
Pelajar-pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Pragmatis adalah digalakkkan melakukan aktiviti yang menggunakan bahan- bahan konkrit dalam proses pembelajaran di mana pelajar boleh mengaplikasikan idea, teori dan teknik dalam latihan amali yang dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang sesuai untuk pelajar yang mengamalkan gaya pembelajan ini ialah secara “hands-on” di mana pelajar menghasilkan sesuatu kerja dengan daya usaha sendiri dan mengaplikasikan teori yang dipelajari kepada praktikal. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah kerja praktik dan strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah.

23 RUJUKAN…… A.Rashid, N. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar. Miskon, A. S. (2013). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd. eachingLearning/mdnorUTTHOfp.pdf

24 TERIMA KASIH


Download ppt "Edup 3033 Murid dan pembelajaran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google