Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN"— Transcript presentasi:

1 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2 KONSEP ASAS PENILAIAN UJIAN
Suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Bentuk - soalan bercetak atau lisan - bateri prestasi tahap fizikal - pemerhatian tingkahlaku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

3 PENGUKURAN Suatu proses mengutip maklumat berangka tentang tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang - ditakrif juga sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian

4 PENILAIAN Suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. - Ia meliputi ujian dan pengukuran.

5 TUJUAN PENILAIAN Memfokus kepada setiap murid
- memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. - guru dapat mengaplikasikan prinsip PJ membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

6 Menentukan status semasa murid
- mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi a. pemberian gred b. mengecualikan murid dari sesuatu aktiviti. c. memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi. d. menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu. e. menentukan aktiviti tertentu.

7 Memilih wakil sekolah - memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. - menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

8 Memotivasikan murid - memberi maklum balas kepada seseorang murid. - ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. - jika keputusan disalahkan gunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang hampa dan kecewa

9 Menilai pengajaran dan program PJ
- dapat menentukan pencapaian objektif program PJ. - memberi maklumbalas tentang keberkesanan program. - memberi peluang guru dan pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai. Membekalkan untuk kajian lain - membolahkan maklumat digunakan untuk kajian.

10 ASPEK PENILAIAN

11 UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Sekolah (PPK 1999) KOMPONEN KECERGASAN UJIAN KUMPULAN SASARAN Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 1. Dayatahan Kardiovaskular Cooper (Larian/Berjalan 12 minit Thn 1 – Tingkt. 5 2. Kekuatan otot Bangkit tubi berperingkat Tingkt 3 – 5 3. Dayatahan otot (a) Mendagu (Lelaki) (b) Mendagu dalam kedudukan condong (Perempuan) Thn. 4 – Tingkt. 5 4. Kelenturan Duduk jangkau Thn. 1 – Tingkt 5 5. Komposisi tubuh badan Ukuran lilitan Thn. 1- Tingkt. 5 Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor 6. Kelajuan (a) Lari pecut 30 meter (b) Lari pecut 50 meter Thn 3 – Thn 6 Tingkt 1 - 5 7. Imbangan Dirian Bangau Thn 4 – Tingkt 5 8. Ketangkasan (a) Lompat Kuadron (b) Illionis Thn 1 – Tgkt 5 9. Kuasa (a) Lompat jauh berdiri (b) Lontaran bola baling/ Bola keranjang aras dada 10. Masa tindak balas Nelson Choice- Response-Movement Thn 4 – Tgkt 5 11. Kordinasi (a) Mengelecek bola dengan tangan (b) Mengelecek bola dengan kaki Thn. 1 – Tgkt 5

12 UJIAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN
Bagi menilai kemahiran asas sesuatu permainan selepas pengajaran. Menilai kebolehan seseorang murid. Cth. Ujian servis Tenis Ujian mengelecek bola

13 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN
Program kesihatan sekolah mempunyai dua hasil iaitu: 1. Kesihatan murid-murid sekolah 2. Pendidikan kesihatan murid-murid sekolah. Penilaian pendidikan kesihatan murid- murid sekolah rendah merangkumi empat aspek a. Pengetahuan b. Sikap c. Amalan d. Kemahiran

14 Menilai pengetahuan kesihatan
Pengetahuan kesihatan murid boleh dinilai dalam beberapa bentuk ujian piawai seperti berikut: a. Ujian Betul – Salah b. Ujian aneka pilihan/objektif c. Ujian padanan d. Ujian melengkapkan e. Ujian bentuk karangan

15 UJIAN BETUL - SALAH Ujian jenis ini adalah sesuai bagi soalan yang mempunyai dua alternatif sahaja. Contoh Ujian Betul – Salah Dadah akan memudaratkan kesihatan jika disalahgunakan. _______ 2. Protein tidak menyumbangkan kalori kepada guna tenaga tubuh kita. _______

16 ANEKA PILIHAN/OBJEKTIF
Jenis ini adalah jenis yang paling lazim digunakan. Cth ujian: 1. Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar? A. Kebanyakan sayur daun hijau kaya dengan vitamin dangalian. B. Minuman jus oren dan susu serentak tidak menimbul apa-apa kesan buruk. C. Minum lebih dari 6 gelas air setiap hari tidak menggemukkan. D. Sesetengah bedak mempunyai sifat mengurus badan.

17 JENIS PADANAN Ujian jenis ini merupakan versi alternatif ujian aneka pilihan. Ujian ini meletakkan jawapan dalam satu lajur dan pernyataan di lajur lain.

18 Ujian Melengkapkan Ujian ini mempunyai beberapa pernyataan yang mempunyai kata-kata kunci atau frasa ditinggalkan. Dalam ujian ini murid melengkapkan pernyataan dengan menulis kata kunci atau frasa/rangkai kata.

19 Ujian Bentuk Karangan/Esei
Ujian ini memerlukan murid menyusun maklumat secara sistematik. Membolehkan guru menilai sejauh mana murid sudah faham tentang apa yang diajar.

20 MENILAI SIKAP Melibatkan perasaan, nilai dan apresiasi.
Penilaian ini penting kerana sikap banyak mempengaruhi tingkah laku murid. Masih kurang teknik yang sebenarnya boleh mengukur sikap murid terhadap kesihatan secara objektif, bukti-bukti subjektif masih diperlukan untuk mengukur sikap terhadap kesihatan.

21 Skala Sikap Dua jenis skala digunakan untuk menilai sikap terhadap kesihatan: 1. Skala sikap paksa- pilih 2. Skala Likert Skala Likert adalah lebih rumit dan ia lebih sesuai untuk murid-murid di Tahap II

22 Pemerhatian dan Rekod Anekdotal
Sikap juga boleh diukur melalui pemerhatian dan rekod anekdotal. GURU Memerhati tingkah laku Menemu duga murid Menyemak catatan murid . Reaksi terhadap situasi kesihatan . Nilai yang dihayati Merekod sikap murid . Suka/ tidak suka . Pertalian emosi dengan rakan

23 Ujian menggunakan cerita
Menggunakan petikan cerita yang diberikan kepada murid. Menggariskan kata kunci yang menggambarkan perkara atau prosedur yang dianggap baik untuk kesihatan. Memotong kata kunci lain yang dianggap tidak baik untuk kesihatan.

24 Menilai Amalan Kesihatan
Penting untuk menentukan amalan kesihatan murid. Mengukur sejauh manakah perubahan telah berlaku terhadap murid. Cara menilai melalui: 1. Pemerhatian terus 2. Kajian lisan 3. Senarai semak 4. Inventori atau ujian/skala komersial

25 Menilai Kemahiran Kesihatan Murid
Melibatkan dua perkara iaitu: 1. Pengetahuan berkenaan amalan/ kemahiran yang betul 2. Keupayaan murid untuk mendemonstrasikan kemahiran yang betul

26 Ujian Pendidikan Keselamatan
Menguji sejauh mana kefahaman murid terhadap kepentingan keselamatan. Skala yang boleh digunakan ialah skala Myers.


Download ppt "PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google