Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Pengenalan Kajian Lapangan
‘Pengalaman pertama tentang persekitaran melalui kerja amali yang didorong oleh perasaan ingin tahu dan penemuan’ – Acher, J.E dan Dalton, T.H (1970:11). ‘Kerja lapangan menyediakan peluang yang baik untuk menunjukkan proses-proses fizikal; mendorong penjelasan sebab dan akibat; merangsang pelajar untuk melawat atau mengembara dan melihat’ – Jones,P.Alun (1968). Kerja lapangan meningkatkan minat pelajar dalam geografi kerana pelajar terpaksa mencari fakta-fakta untuk mereka sendiri. Para pelajar menerima kepelbagaian ‘practical experiments’. Kerja lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta yang aktif dalam memperoleh pengetahuan. Kerja lapangan meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar.
2
Kerja lapangan memantapkan asas pembelajaran yang diajarkan secara teori di dalam bilik darjah/kuliah. Kerja lapangan mendekatkan lagi pelajar kepada fenomena fizikal tempatan dan menimbulkan kesedaran kepada mereka tentang bagaimana fenomena fizikal tersebut mempengaruhi aktiviti serta tindakan manusia di tempat tersebut. Kerja lapangan memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar apabila mereka didedahkan kepada kerja-kerja yang memerlukan kerjasama setiap peserta untuk menjayakannya. Kerja lapangan mengajar pelajar kemahiran melakukan pengukuran (kumpul data) di lapangan, menganalisis data dan sebagainya. Pelajar dapat mempersembah hasil mereka dalam bentuk jadual, peta dan gambar rajah, membuat interprestasi, mensintesis, dan merumus dalam bentuk penulisan yang teratur.
3
Langkah-langkah pelaksanaan Kajian luar
- Sebelum Kajian Luar ( Aktiviti guru) - Semasa Kajian Luar (Aktiviti pelajar) - Selepas Kajian Luar (Aktiviti pelajar)
4
Persediaan awal: - Tinjauan - Tajuk dan lokasi - Prosedur (untuk keselamatan atau keselesaan dan kelicinan kerja) - Peralatan
5
Aktiviti Sebelum Kajian Luar (Pensyarah)
Aktiviti guru : - Buat keputusan tentang kajian luar. - Ulangi pengetahuan dan kemahiran yang menjadi prasyarat kepada kajian luar. - Tentukan peraturan yang patut dipatuhi. - Beritahu pelajar dan ibu bapa tentang tujuan, kos dan kehendak- kehendak lain. - Buat penempatan tempat dan pengangkutan jika diperlukan. - Beri taklimat kepada semua pihak terlibat. - Sediakan senarai nama pelajar tentang orang yang akan dihubungi jika berlaku kecemasan.
6
Aktiviti Sebelum Kajian Luar (Pelajar)
Tentukan tujuan Kajian luar diketahui dengan jelas. Jika perlu, libatkan diri dalam menentukan tujuan kajian luar. Berusaha menguasai pengetahuan dan kemahiran yang menjadi prasyarat kepada Kajian luar. Pelajari teknik-teknik mengumpul maklumat.
7
Aktiviti Semasa Kajian Luar (Pensyarah)
Aktiviti pensyarah : - Menyelia aktiviti pelajar. - Membantu pelajar bila diperlukan. - Mengarah pelajar melalui soalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’. - Beri maklumat tambahan jika perlu pada masa itu.
8
Aktiviti Semasa Kajian Luar (Pelajar)
Cerap secara terus seperti menamakan, mengenal pasti sesuatu. Kumpul dan catat maklumat. Buat analisis dan catat maklumat. Buat analisis dan tafsir peringkat awal. Guna teknik-teknik kerja amali seperti melakar buat keratan rentas, buat peta dan lain-lain. - Menyedari pengamatan sendiri dan orang lain.
9
Aktiviti Selepas Kajian Luar (Pensyarah)
Aktiviti guru : Buat penilaian ke atas seluruh pengalaman kajian luar termasuk hasil pengelolaan dan hasil pembelajaran. Suruh pelajar rujuk sumber-sumber lain untuk mengesahkan dapatan mereka.
10
Aktiviti Selepas Kajian Luar (Pelajar)
Proses maklumat yang diperoleh Buat Kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang terkumpul Semak dapatan dengan pelajar lain. Bincangkan isu-isu yang mengelirukan Buat Kajian terhadap persoalan yang belum terjawab Persembahkan hasil Kajian
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.