Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN"— Transcript presentasi:

1 MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: En. Abd Rashid bin Ismail Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun

2 Motivasi Asalnya perkataan Latin (movere) yang bermaksud menggerakkannya Suatu usaha yang menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu tindakan Motivasi ialah rangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah laku Woolfolk (1990), Motivasi ialah kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku serta minat manusia

3 Biasanya motivasi wujud kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul
Tahap motivasi akan berubah secara positif atau negatif disebabkan suasana bilik darjah Faktor seperti minat, persepsi, keyakinan diri dan keinginan utk berjaya mempengaruhi motivasi murid dalam pelajaran

4 Ciri-ciri Motivasi Wujud akibat keperluan fisiologi atau psikologi
Tidak diwarisi Tidak wujud secara semula jadi Suatu insentif untuk mencapai matlamat Aras motivasi berkadar langsung terus mengikut kadar keinginan. Semakin tinggi keinginan mencapai matlamat semakin tinggi motivasinya.

5 JENIS-JENIS MOTIVASI Motivasi Ekstrinsik Motivasi Intrinsik

6 Motivasi Ekstrinsik Wujud daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah Dirangsang dalam bentuk pujian, hadiah, pengiktirafan, insentif dan sebagainya

7 Wujud secara semula jadi yang bersifat dalaman
Motivasi Intrinsik Wujud secara semula jadi yang bersifat dalaman Terdiri daripada dorongan/minat melakukan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran Terdapat juga motivasi intrinsik yang dibentuk melalui pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan Cth-tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

8 Bagaimana hendak mewujudkan motivasi intrinsik?
Matlamat dan ganjaran pembelajaran bermakna, boleh dicapai tetapi bukan terjamin perolehannya Pembelajaran penting untuk capai prestasi yang diingini Murid berupaya untuk kawal kadar pembelajaran masing-masing Pengalaman pembelajaran yang mencabar kebolehan, timbul rasa ingin tahu

9 Faktor yang mempengaruhi motivasi
Minat Timbul apabila aktiviti tersebut dapat menghasilkan kepuasan Naluri dan inkuiri Naluri ingin tahu – Akibat rangsangan dalam persekitaran Naluri inkuiri (Exploration) – Mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk

10 Faktor yang mempengaruhi motivasi
Desakan dan keperluan Desakan - Perubahan tingkah laku akibat keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi Keperluan – Keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu daripada aspek fisiologi dan psikologi Sikap, harapan dan aspirasi Sikap – Sikap positif terhadap sesuatu aktiviti Harapan – merujuk kpd ramalan yg subjektif Aspirasi – setakat mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan

11 PENDEKATAN MOTIVASI Pendekatan Behavioris Motivasi Ekstrinsik Skinner
Pendekatan Humanistik Hierarki Keperluan Maslow Teori Carl Rogers Pendekatan Kognitif Teori Atribusi Weiner Teori “Expectancy X Value” Pendekatan Sosiobudaya

12 Pendekatan Behavioris
Motivasi – Perubahan tingkah laku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran Konsep pengukuhan dapat meningkatkan tahap motivasi murid Tokoh utama : Pavlov, Thorndike dan Skinner Tumpuan utama: Hubungan antara rangsangan dan tindak balas yang membawa kepada perubahan tingkah laku

13 Motivasi Ekstrinsik Skinner
Ganjaran – Sesuatu objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. Murid beri jawapan betul – Dapat satu bintang (token) Insentif – Sesuatu objek atau peristiwa yg menggalakkan atau tdk menggalakkan tingkah laku yg diingini. Jaminan bahawa murid akan mendapat gred A setelah berjaya menghimpun sejumlah bintang (token) yg ditentukan.

14 Jika murid-murid diberi pengukuhan secara konsisten bg sesuatu tingkah laku mereka akan dilazimkan utk bertindak mengikut cara-cara tertentu. Contoh: murid diberi ganjaran (wang, hadiah, pujian) apabila menang dlm sukan & permainan. Pemberian gred, bintang, token bagi tingkah laku yg diingini dan markah demerit bagi salah laku merupakan motivasi ekstrinsik dlm bentuk insentif, ganjaran dan dendaan.


Download ppt "MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google