Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)"— Transcript presentasi:

1 ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)
SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN UNTUK ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS) MAJLIS SANJUNGAN BUDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2 MAJLIS SANJUNGAN BUDI TARIKH : 30 NOVEMBER 2016
TEMPAT : DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU PINDAAN SYARAT PENGANUGERAHAN AJB & AJS TELAH MENDAPAT KELULUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 15/2016 BERTARIKH 7 OGOS 2016

3 SYARAT-SYARAT ASAL AJB / AJS
1. Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20/30* tahun atau lebih pada 31 Disember di Universiti Teknologi Malaysia. 2. Bagi staf yang mempunyai rekod jenis ‘Cuti yang tidak dikira dalam perkhidmatan’ seperti Cuti Tanpa Gaji, tempoh cuti diambilkira untuk melayakkannya menerima anugerah ini ialah kurang daripada dua (2) minggu. Sekiranya pernah diluluskan cuti berkenaan melebihi dari tempoh tersebut, staf hanya layak dianugerahkan pada tahun berikutnya mengikut kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30* tahun; 3. Staf yang pernah dipinjamkan ke agensi luar, tempoh pinjaman yang diambil kira untuk melayakkannya menerima anugerah ini ialah kurang daripada enam (6) bulan. Sekiranya pernah diluluskan pinjaman ke agensi luar melebihi dari tempoh tersebut, staf hanya layak dianugerahkan pada tahun berikutnya mengikut kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30 tahun; 4. Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, kelayakan diambilkira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30* tahun; 5. Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20/30* tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama; 6. Mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan; 7. Belum pernah menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB)/Jasa Setia (AJS)*; dan 8. Menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan Anugerah Jasa Bakti (AJB)/Jasa Setia (AJS)*.

4 SYARAT-SYARAT BARU AJB 5. Mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan
1. Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20 tahun atau lebih pada 31 Disember di Universiti Teknologi Malaysia (tempoh perkhidmatan dengan institusi luar tidak diambilkira kecuali perkhidmatan dengan Institut Teknikal Kebangsan/Maktab Teknik); 2. Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji, hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 20 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak terpakai bagi Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) 5. Mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan 3. Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti, kelayakannya diambil kira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20 tahun 4. Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama 6. Staf hanya layak menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB) sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan 7. Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan Anugerah Jasa Bakti (AJB)

5 SYARAT-SYARAT BARU AJS 5. Mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan.
1. Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 30 tahun atau lebih pada 31 Disember di Universiti Teknologi Malaysia (tempoh perkhidmatan dengan institusi luar tidak diambilkira kecuali perkhidmatan dengan Institut Teknikal Kebangsan/Maktab Teknik). 2. Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji, hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 30 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak terpakai bagi Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG). 5. Mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan. 3. Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti, kelayakannya diambil kira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun. 4. Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 30 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama. 6. Staf hanya layak menerima Anugerah Jasa Setia (AJS) sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. 7. Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan Anugerah Jasa Setia (AJS)

6 TERIMA KASIH


Download ppt "ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google