Fiqh wanita Minggu Kesembilan
Isu ibu susuan Fiqh Wanita
Definasi penyusuAN Radha’ (menyusui) dari sudut bahasa: bererti menyusu dari seorang ibu serta meminum susunya, Berdasarkan pengertian syar’i: bererti sampainya air susu dari seorang wanita ke dalam perut seorang bayi dengan syarat tertentu.
Dalil membolehkan penyusuan Firman Allah s.w.t. “Dan wanita yang menyusui kalian adalah ibu-ibu kalian” (An-Nissa :23) Hadist riwayat Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda: "(seseorang) menjadi mahram kerana sebab radha, sebagaimana (seseorang) menjadi mahram kerana sebab nasab." (Muttafaq ‘alaih) Dari kedua dasar hukum tersebut, para ulama menetapkan suatu hukum: Jika seorang bayi menyusu pada seorang wanita atau meminum air susunya, wanita itu menjadi ibu susuannya. Suaminya menjadi ayah susuannya dan keduanya serta anak-anaknya mahram (haram menikah) dengan bayi tersebut. Ketetapan hukum ini meliputi beberapa persyaratan, baik bagi wanita yang menyusus maupun bagi bayi yang disusu
SYARAT-SYARAT WANITA YANG MENYUSUI Wanita tersebut sudah berumur sembilan tahun atau lebih, dalam hitungan tahun hijriyyah, jika kurang dari itu, maka tidak dapat ditetapkan sebagai hukum radha’. Ketika menyusukan atau pada saat diambil air susunya dalam keadaan hidup (bernyawa). Lain halnya jika si bayi menyusu/meminum susu yang diambil dari seorang wanita yang sudah meninggal dunia maka itu tidak ditetapkan sebagai hukum radha’
SYARAT-SYARAT PADA BAYI YANG MENYUSU 1. Bayi tersebut belum berumur dua tahun dalam hitungan tahun hijriyyah, jika umur bayi dua tahun atau lebih dari dua tahun dalam hitungan tahun hijriyyah maka tidak ditetapkan sebagai hukum radha’. Berdasarkan hadith dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Maka tidak ditetapkan hukum radha’ kecuali jika anak tersebut belum berumur dua tahun." (Mutafaq’ alaih).
2. Bayi tersebut sudah menyusu dari wanita yang menyusuinya sebanyak lima kali kesempatan menyusu dalam beberapa waktu, bukan hanya lima kali sedutan dalam satu kali kesempatan menyusu dan juga tidak harus beberapa hari walaupun semuanya dalam satu hari. Yang penting adalah lima kali kesempatan menyusu secara terpisah. Hal yang berkaitan dengan lima kali kesempatan menyusu, a. Jika bayi sendiri yang melepas (puting susu) karena sudah tidak mahu lagi, lalu kembali menyusu, maka dihitung dua kali kesempatan menyusu. Tetapi jika bayi itu melepasnya disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatian dia untuk bermain-main kemudian menyusu lagi tidak dihitung dua kali kesempatan.
b. Jika yang melepasnya adalah wanita yang menyusuinya, karena suatu pekerjaan yang membutuhkan waktu yang lama, misalnya untuk memasak atau mencuci dihitung dua kali kesempatan. Adapun jika karena melakukan pekerjaan ringan seperti membetulkan posisi si bayi atau mengambil benda yang terjatuh lalu menyusui lagi maka tidak dihitung dua kali kesempatan. c. Jika si bayi ketika menyusu kemudian tertidur dan saat terbangun puting susu wanita itu masih menempel di mulut si bayi sedangkan tidurnya tidak lama maka tidak dihitung dua kali kesempatan. Tetapi jika tidurnya lama atau ketika bangun puting susu si wanita tersebut terlepas dari mulut si bayi maka hal itu dihitung dua kali kesempatan menyusu.
3. Air susu wanita yang menyusui telah sampai ke dalam perut si bayi walaupun setelah itu dimuntahkan kembali oleh bayi, maka hal ini telah masuk dalam hukum radha’. Jika bayi menyusu dari wanita yang tidak keluar air susunya maka tidak ditetapkan sebagai hukum radha’
HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN RADHA’ Jika sudah ditetapkan sebagai hukum radha’ iaitu wanita menyusui seorang bayi dan syarat-syaratnya terpenuhi, maka hukum yang terkait masalah ini adalah, 1. Wanita yang menyusui dan suaminya menjadi mahramnya (ibu dan bapak susuan). 2. Anak-anak wanita yang menyusui menjadi mahram (saudara sepersusuan). 3. Saudara dan saudari si wanita yang menyusui menjadi mahram (ibu dan bapa saudara susuan) begitu pula dengan saudara dan saudari suaminya. 4. Bayi yang disusui oleh wanita tersebut menjadi anak susuannya, dan anak keturunan bayi tersebut juga menjadi mahram bagi yang menyusui dan juga suami dari wanita itu.
Pengertian mahram susuan Perlu diketahui juga pengertian mahram di sini adalah sebatas tidak boleh menikahinya, boleh melihatnya dan tidak batal wudhu’ pada saat menyentuhnya. Namun mahram di sini tidak berkaitan dengan pemberian nafkah dan saling mewarisi, sebagaimana halnya mahram disebabkan nasab. Dan juga berkaitan dengan ini adalah, masalah terpenuhinya syarat lima kali kesempatan menyusu ini merupakan hukum yang ditetapkan dalam mahzab Imam Syafi’I sedangkan bagi mahzab Imam Malik dan Imam Abu Hanifah akan terpenuhi syarat hukum radha’ walaupun hanya satu kali kesempatan menyusu.
Isu pengguguran janin Fiqh Wanita
DEFINISI PENGGUGURAN JANIN Pengguguran janin ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum tiba tempoh bersalin dengan bertujuan untuk membuang atau mematikan kandungan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seseorang dari kamu dikumpulkan penciptaanya di dalam perut ibunya selama 40 hari. Setelah genap 40 hari kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Ketika genap 40 hari ketiga, berubahlah menjadi segumpal daging. Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh, serta memerintahkan untuk menulis 4 perkara, iaitu penentuan rezeki, waktu kematian, amal, serta nasibnya baik yang celaka, mahupun yang bahagia.”Hadith riwayat Ibn Mas’ud. (Bukhari dan Muslim)
Hukum Pengguguran janin sebelum peniupan roh Pendapat pertama: Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya boleh. Bahkan sebahagian ulama membolehkan menggugurkan janin tersebut dengan ubat. Pendapat ini dilihat oleh para ulama dari mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hambali. Tetapi kebolehan ini disyaratkan dengan adanya izin dari kedua orang tuanya. Adapun dalilnya adalah hadis Ibn Mas’ud di atas menunjukkan bahawa sebelum 4 bulan, roh belum ditiup ke janin dan penciptaan belum sempurna, serta dianggap benda yang tidak bernyawa sehingga boleh digugurkan.
Pendapat kedua: Menggugurkan janin sebelum peniupan roh adalah makruh hukumnya. Dan jika sampai pada waktu peniupan roh, maka hukumnya menjadi haram. Dalilnya bahawa waktu peniupan roh tidak diketahui bila akan berlaku secara pasti, maka tidak dibenarkan menggugurkan janin jika sudah mendekati waktu peniupan roh. Ianya bertujuan supaya kita berhati-hati. Pendapat ini dianut sebahagian ulama’ mazhab Hanafi dan imam Romli salah seorang ulama’ dari mazhab Syafi’e.
Pendapat ketiga: Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya adalah haram. Dalilnya bahawa air mani telah tertanam dalam rahim dan telah bercampur dengan ovum wanita sehingga bersedia untuk dihidupkan. Maka dengan merosakkan pertumbuhan ini adalah tindakan jahat. Pendapat ini dianut oleh Ahmad Dardir, Imam Ghozali dan Ibn Jauzi. Status janin yang gugur sebelum ditiupkan roh telah dianggap benda mati dan tidak perlu dimandikan, dikafankan dan disolati. Sehingga dalam fasa ini dikatakan pembunuhan dan dianggap merosakkan sesuatu yang bermanfaat
Hukum Menggugurkan janin setelah peniupan roh. Secara umum ulama’ telah sepakat bahawa menggugurkan janin setelah peniupan roh adalah haram. Peniupan roh terjadi ketika janin berusia 4 bulan dalam kandungan ibu. Ketentuan ini berdasarkan hadis Mas’ud di atas. Janin yang telah ditiupkan roh didalamnya secara automatik sudah menjadi manusia sehingga haram untuk dibunuh. Hukumnya haram apabila seseorang itu melakukannya tanpa sebab yang munasabah ataupun darurat. Ertinya firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.” (Surah al-Israa’: ayat 33)
Pengguguran kerana dharurat Fiqh Wanita
Tetapi jika terdapat sebab-sebab yang darurat, misalnya jika janin yang dikandung itu akan membahayakan ibu yang mengandung tersebut, maka dalam hal ini para ulama’ berbeza pendapat, di antaranya: Pendapat pertama: Ulama’ menyatakan pengguguran janin selepas peniupan roh tetap haram walaupun janin tersebut ketika lahir akan membahayakan ibu yang mengandungnya. Pendapat ini dianut oleh ulama’ Mayoritas. Dalilnya ialah dengan firman Allah swt: Ertinya: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.” (Surah al-Israa’: ayat 33)
Pendapat kedua: Dibolehkan menggugurkan janin walaupun sudah berlakunya peniupan roh seandainya itu sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ibu yang mengandung. Hal ini kerana menyelamatkan nyawa ibu yang dikandung itu lebih utama dari menyelamatkan janin yang dikandung. Hal ini juga disebabkan kehidupan ibu adalah sesuatu yang tidak diragukan dan wujud dengan yakin, sedangkan kehidupan janin belum yakin dan keberadaanya terakhir. Peramalan ibu dan janin itu boleh dilakukan dengan ilmu perubatan, walaupun hal itu tidak mutlak.
Bilakah Permulaan Hidup Seorang Manusia Permulaan hidup manusia berlaku sebaik sahaja persenyawaan benih lelaki dan perempuan terjadi. Sebaik sahaja terbentuk kandungan dalam rahim perempuan, maka kandungan itu wajib dihormati dan mempunyai hak-hak yang ditetapkan oleh syarak. Apabila kandungan sampai ke peringkat peniupan roh, kehormatan kandungan bertambah tinggi.
GARIS PANDUAN PENGGUGURAN JANIN Para fuqaha’ telah menetapkan beberapa garis panduan bagi membolehkan pengguguran janin akibat dirogol. Antara garis panduannya ialah: Pengguguran dilakukan sebaik sahaja kehamilan dikesan. Janin berusia kurang daripada 120 hari. Teknik penggugguran tidak memudharatkan si ibu.
Permohonan si ibu daripada jabatan rasmi yang bertanggungjawab berkenaan kes rogol bagi memastikan jenayah rogol tersebut benar-benar berlaku, memastikan keberkesanan teknik pengguguran dan menjejak si penjenayah. Hanya hospital-hospital tertentu sahaja yang dibenarkan menjalankan proses pengguguran kandungan. Alasan untuk menggugurkan kandungan itu hendaklah diteliti oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan dan fiqh.
HUKUM MENGGUGURKAN JANIN KERANA BERZINA Para fuqaha’ telah berbeza pendapat berkenaan masalah di atas kepada dua pendapat. Pendapat pertama: Tidak mengharuskan pengguguran akibat zina bertujuan menutup pintu perzinaan dan juga berdasarkan hadis nabi S.A.W berkenaan al-Ghamidiyyah. Pendapat kedua: Harus digugurkan kandungan tersebut dengan alasan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan dalam keturunan.