TATABAHASA Morfologi Sintaksis.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
STRUKTUR KALIMAT.
Advertisements

BENTUK DAN MAKNA.
KATA, FRASA, KALIMAT.
KATA ADJEKTIF.
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
KALIMAT MAJEMUK.
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata Majmuk.
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
MORFOLOGI (Pembentukan Kata).
Pengertian Tatabahasa,
Kata adjektif menerangkan rupa atau bentuk sesuatu nama atau benda.
Norfatinah Binti Jiamil PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF (KATA SIFAT).
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
KATA ADJEKTIF 1. Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama 2. Contoh: indah, kacak, gempal, tinggi, nyaman, hijau, tohor, cergas,
Pemeringkatan Karangan
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
KATA MAJMUK Cikgu
Frasa Kerja.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Imbuhan menengah 4exp/5na.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Kata Adjektif.
Kata Majmuk.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tatabahasa (13) – Kata Majmuk
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

TATABAHASA Morfologi Sintaksis

Beberapa Definisi Bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008) Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.

Beberapa Definisi Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul ayng tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu  bahasa dan tidak ada satupun yang salah.

Menurut  Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.

Definisi Tatabahasa Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul. Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap.

Bahagian Tatabahasa Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu : dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis)

MORFOLOGI Beberapa Definisi Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008)

Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologi merupakan bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Struktur Kata Susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Contohnya : aku dan perakuan

1.PEMBENTUKAN KATA Satu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal, Contohnya : rumah Atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses Pengimbuhan, contohnya : perumahan Pemajmukan, contohnya : rumah tangga Penggandaan, contohnya : rumah-rumah

Bentuk Kata Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu : Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

1.1 Kata Tunggal Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan, pemajmukan atau penggandaan Terdapat 2 jenis kata tunggal : Kata tunggal satu suku kata (yu, wang, roh) Agak terhad dan berpotensi untuk diperluas menjadi kata terbitan (bercat, mengecat,catan,pengecat) Kata tunggal dua suku kata atau lebih (apa, duri, ambil dll.)

Persukuan Kata Tunggal Kata tunggal boleh terdiri daripada 1,2,3,4,5 dan 6 suku kata. Boleh terdiri daripada : Satu vokal sahaja Satu vokal yang disertai satu konsonan Satu vokal dengan beberapa konsonan Konsonan boleh hadir di hadapan, belakang atau serentak di hadapan dan di belakang Ada konsonan yang boleh hadir bergugus

Kata Tunggal Satu Suku Kata KV (ru, ya, yu) VK (am) KVK (sen, bah, tin) KKVK (stor, gred, draf) KVKK (bank, golf, teks) KKKV (skru) KKVK (skrip, spring)

Kata Tunggal Dua Suku Kata V + KV (ela, aku, ubi) V + VK (aib, aur, air) V + KVK (adik, emas, ekor) VK + KV (undi, asli, unta) VK + KVK (ambil, iblis, umpan) KV + V (dua, bau, ria) KV + VK (jauh, liar, kuih) KV + VK (jala, pasu, teko) KV + KVK (jarum, telur, hiris) KVK + KV (lampu, binti, senda) KVK + KVK (sandar, jemput, sunting)

Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman

Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV + V + KV (cuaca, biasa, biola) KV + V + KVK (siuman, tualang) V + KV + V (usia, idea, urea) KV + KV + V (mulia, barua) KVK + KV + V (tempua, mentua) KV + KV + VK (sekian, haluan, seluar) KVK + KV + VK (mendiang, tempias) V + KV + KV (utara, ilahi, asasi) V + KV + KVK (ijazah, amaran) VK + KV + KV (indera, isteri, umpama) KV + KV + KV (delima, budaya, teruna) KVK + KV + KV (menteri, penjuru) VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar) V + KV + VK (elaun, akaun, ideal) KV + VK + KVK (belukar, binatang, selaput) KVK + KV + KVK (matlamat, sembilan) KV + KVK + KV (belanja, terumbu, royalti) KVK + KVK + KV (sempurna) KV + KVK + KVK (belimbing, selumbar, kelompok)

Kata Tunggal Empat Suku Kata Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata Kebanyakannya merupakan kata pinjaman

Kata Tunggal Empat Suku Kata KV + KV + VK + KV (keluarga, biduanda) KV + KVK + KV + KV (sederhana, belantara) KVK + KV + KV + KV (laksamana, sandiwara) KVK + KV + V + KV (sentiasa) KV + KV + KV + KV (bidadari, serigala, sanubari) KV + KV + KV + KVK (salasilah, perajurit) KVK + KV + KV + KVK (sentimeter) KVK + KVK + KV + KV (singgahsana, dispensari) KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional)

Kata Tunggal Lima dan Enam Suku Kata V + KV + KVK + KV + KV (universiti) KVK + KV + KV + KV + KVK (cenderawasih, kosmopolitan) KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)

Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan, kata akronim juga tergolong sebagai kata tunggal. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat 3 cara menulis kata akronim dalam BM bergantung kepada cara pembentukannya Ditulis dengan huruf besar seluruhnya (huruf awal rangkai kata disingkatkan), contohnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), UMNO Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya (gabungan huruf awal dan/atau suku kata), contohnya tabika, purata, kugiran Ditulis bermula dengan huruf besar (gabungan huruf awal dan/atau suku kata menjadi kata nama khas), contohnya Bernama, Intan, Proton

1.2 Kata Terbitan/Pengimbuhan Maksud Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan Pengimbuhan bermaksud menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan merupakan morfem terikat manakala kata dasar adalah morfem bebas yang dapat menerima imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan Terdapat 4 jenis imbuhan iaitu : Awalan – hadir sebelum kata dasar: Misalnya, ber- berjalan Akhiran – hadir sesudah kata dasar: Misalnya, -kan berikan Apitan – hadir mengepit kata dasar: Misalnya, ke…an keindahan Sisipan – hadir di celahan kata dasar: Misalnya –el- telunjuk

Imbuhan Awalan Awalan Kata Nama Awalan Kata Kerja Awalan Kata Adjektif Bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama Contohnya pe + lukis = pelukis Awalan Kata Kerja Bergabung dengan kata dasar membentuk kata kerja Contohnya me + lukis = melukis Awalan Kata Adjektif Bergabung dengan kata dasar membentuk kata adjektif Contohnya se + putih = seputih

Imbuhan Akhiran Akhiran kata nama Bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama Contohnya: ajar + an = ajaran 2. Akhiran kata kerja Bergabung dengan kata dasar membentuk kata kerja Contohnya: ajar + kan = ajarkan

Imbuhan Apitan 1. Apitan Kata Nama Bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama Misalnya : pe...an + laksana = pelaksanaan 2. Apitan Kata Kerja Bergabung dengan kata dasar membentuk kata kerja Misalnya : me…kan + maju = memajukan 3. Apitan Kata Adjektif Bergabung dengan kata dasarmembentuk kata adjektif Misalnya : ke…an + melayu = kemelayuan

Imbuhan Sisipan 1. Sisipan Kata Nama Hadir di celahan kata dasar membentuk kata nama Misalnya : -el- + tunjuk = telunjuk Sisipan Kata Adjektif Hadir di celahan kata adjektif membentuk kata adjektif Misalnya : -em- + gilang = gemilang

1.3 Kata Majmuk/Pemajmukan Maksud Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu. Bertindak sebagai satu unit dan biasanya dieja terpisah Contoh : kerusi malas, biru laut, telefon bimbit

Perbezaan Kata Majmuk dengan Frasa Dua perkataan yang digabung menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan Misalnya, rumah batu – tidak dapat disisipkan perkataan ‘yang’ – rumah yang batu

Jenis Kata Majmuk Contohnya : bandar raya, hijau daun, 1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya : bandar raya, hijau daun, terima kasih, Duta Besar, Profesor Madya 2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus Contohnya : deria rasa, segi tiga, pil khayal 3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa Contohnya : kaki ayam, panjang tangan

Kata Majmuk yang Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah. Terdapat kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap sebagai perkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Dieja sebagai satu perkataan.

Contoh : Antarabangsa beritahu Sukarela suruhanjaya Jawatankuasa kakitangan Tanggungjawab warganegara Olahraga matahari Setiausaha Bumiputera Tandatangan Kerjasama pesuruhjaya

Selain itu… Terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. Contohnya : peribadi, padahal, sukacita, bagaimana, daripada, apabila,…..

1.4 Kata Ganda/Penggandaan Maksud Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar sama ada penggandaan penuh atau sebahagian

Kata Ganda Penuh Ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : Kata dasar : rumah-rumah Kata berimbuhan : ajaran-ajaran

Kata Ganda Separa Terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : Kata ganda yang berasal daripada kata tunggal yang pengulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Contohnya : lelaki, sesiku Kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi penggandaan hanya berlaku pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Hanya berlaku pada kata kerja dan kata adjektif sahaja. Contohnya : berlari-lari (belakang KD), cinta-mencintai (hadapan KD)

Kata Ganda Berentak KG yang mengalami pengulangan KD mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Jenis Kata Ganda Berentak KGB yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Contohnya : sayur-mayur KGB yang terbentuk melalui pengulangan konsonan. Contohnya: mundar-mandir KGB bebas, terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai

2.0 PENGGOLONGAN KATA Proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Contohnya menggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

2.1Golongan Kata Nama Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.

Jenis Kata Nama Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu: Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahan Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia Kata ganti nama: saya, awak, dia

Kata nama dapat berfungsi sebagai: Subjek ayat: Amir tiba. Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru. Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat. Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu. Objek kata depan: Surat daripada Kamal. Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg Aishah.

Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan subgolongannya dapat digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:

KATA GANTI NAMA KATA GANTI NAMA DIRI KATA GANTI NAMA TUNJUK KATA GANTI NAMA ORANG KATA GANTI NAMA TANYA

Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.

Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang dan terbahagi kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga, seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang pertama Kata ganti diri orang kedua Kata ganti diri orang ketiga saya aku beta kami kita saudara awak kamu engkau anda dia beliau mereka ia baginda

2.2 Golongan Kata Kerja Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja Terdapat dua jenis kata kerja: Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).

Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek 1. Ammar 2. Ibu 3. Penjaja 4. Bapa membaca menanak menjual membasuh buku setiap pagi nasi ikan kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.

Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh: Jam loceng itu berdering (pagi tadi). Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia). Air sungai itu mengalir (deras). Pesawat itu mendarat (di landasan).

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya: 1. Semua orang sudah datang. 2. Dia suka menyanyi. 3. Emak sedang berdoa. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan. Contohnya: 1. Semua orang sudah datang ke majlis itu. 2. Budak itu menyanyi pada malam hari. 3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya. 4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:

Kata Kerja Tak Transitif Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya: Dia menjadi guru bahasa Melayu. Saya ada wang. Rumahnya bertiangkan batang menanti. Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya: Buah-buahan itu menjadi busuk. Kesihatan Ahmad bertambah baik. Peserta itu tidur lena. Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya: Adik berjalan-jalan di tepi pantai. Burung itu hinggap di dahan pokok. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

2.3 Golongan Kata Adjektif Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali.

Jenis-jenis Kata Adjektif Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1.Kata adjektif sifat / keadaan Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: kuat pintar nakal keras lemah sihat bijak cergas jahat Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah. 2. Dia lemah dalam matematik. 3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. 4. Anak Pak Kamar bijak sekali. 5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

2. Kata adjektif warna Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: Jingga perang hitam putih biru kelabu Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau. 2.Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. 3.Baju kesukaan saya berwarna kuning. 4. Kereta merah itu kepunyaan abang. 5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: tebal gemuk panjang nipis kurus pendek tinggi rendah kecil Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca. 2. Anaknya masih kecil lagi. 3. Badannya semakin kurus. 4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. 5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

4. Kata adjektif bentuk Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: lurus bulat bujur bengkok leper bundar lonjong buncit tajam Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui. 2. Bentuk buah kelapa itu lonjong. 3. Mukanya bujur sirih. 4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. 5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kerap awal sering jarang lewat silam baharu dahulu lampau Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini. 2. Dia berada di kampus sehari suntuk. 3. Kenangan silam sukar dilupakan. 4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. 5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: nyaris dekat hampir jauh Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. 2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. 3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

7. Kata adjektif cara Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: pantas deras ligat lambat gopoh perlahan laju cermat cepat Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju. 2. Siapa cepat dia dapat. 3. Gasing itu berpusing ligat. 4. Arus sungai itu sangat deras. 5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kasih takut malu sayang hendak geram cinta rindu marah Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya. 2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. 3. Mereka amat rindu akan kampung halaman. 4. Kanak-kanak itu takut akan kucing. 5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9.Kata adjektif pancaindera Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:

a. Indera sentuh Contoh perkataan: lembik kasar licin halus kesat keras Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci. 2. Kulit mukanya sangat halus. 3. Kain yang kesat itu ialah kain lap. 4. Buku itu berkulit keras. 5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

b. Indera dengar Contoh perkataan: nyaring lembut mersik merdu garau serak Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu. 2. Teriakannya nyaring sungguh. 3. Kebanyakan lelaki bersuara garau. 4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. 5. Alunan musik itu mersik.

c.Indera pandang Contoh perkataan: comel hodoh molek cantik buruk segak Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya. 2. Kakaknya suka berpakaian cantik. 3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. 4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. 5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

d. Indera bau Contoh perkataan: wangi hanyir harum busuk hancing tengik Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya. 2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. 3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. 4. Setiap hari dia memakai minyak wangi. 5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

e. Indera rasa Contoh perkataan: manis kelat masam masin payau lazat Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar. 2. Semua orang suka makanan lazat. 3. Buah limau masam rasanya. 4. Saya tidak suka minum ubat pahit. 5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

2.4 Golongan Kata Tugas Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.

Berikut disenaraikan kelompok katatugas dengan contoh-contoh kata yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. kata hubung : dan, atau, tetapi kata seru : wah,amboi, ci kata tanya : apa, berapa, siapa kata perintah : sila, tolong, harap kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan kata bantu : akan, sudah, pernah kata penguat : sangat, amat, paling kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun kata nafi : tidak, bukan kata pemeri : ialah, adalah kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada kata pembenar : ya, betul, benar kata bilangan : dua, segala, banyak kata arah : atas, bawah, tepi

Kesimpulan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

3. Proses Pembentukan Kata Morfem Perkataan 1. Konsep Bebas Terikat 2. Bentuk Kata Tunggal Terbitan Majmuk Ganda 3. Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan 4. Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Akar Dasar