Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Kumaafkan orang-orang yang menyakitiku dan kubuang semua iri, dengki, dendam dan perasaaan buruk kepada semua saudaraku sesama muslim. Hingga aku tidur dengan tenang dan hati bersih serta ikhlas
Hadith : Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri. Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu. Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-K, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...”
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tak tahu deritanya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya…
Andai diri terus lemah, bangun munajat pada Allah, dengan izinNya yg lemah dipandang gagah, yang sedih menjadi ceria, yang resah menjadi tenang Sedikit pengorbanan selamanya terasa…….
Allah berfirman yang bermaksud: ``Tidak ada suatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga `yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan takbur, lagi membanggakan diri.'' - (Surah al-Hadid: ayat 22-23).
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yg memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yg berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yg terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya…..
Ya Allah kurniakanlah untukku cintaMu & cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan diri kepada cintaMu.. Segala pemberianMu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu, segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku… Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku kepada yang lain selainMu… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu, para malaikat, Nabi-nabiMu & hamba-hambaMu yang soleh… Y a Allah Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, & jadikanlah aku hamba yang Engkau cintai… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku & redha kepadaMu dalam setiap usahaku…
Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari. Hadis riwayat al-Tabrani
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” (Al- Imran : 139)
Kepada si mawar yg disayangi Kepada si mawar yg disayangi.. Kudoakan dirimu MEKAR di taman, Diakari rasa BERTUHAN, Dihiasi haruman AKHLAK & IMAN, Kerana itulah UKURAN JELITANYA seorang PERAWAN….
Salam sesuci titis qatrunada, buat gadis seindah penghulu syurga, yg maharnya IMAN & TAQWA, lalu dihias harum tulusnya cinta.. Buatmu puteri, kudoakan untaian mutiara solehah… ‘seindah hiasan adlh wanita solehah’