Kraftangan Subject : MIB Tajuk : Kraftangan Disediakan oleh : Huong Lok Xuen Alvina Loke Ting Wei Hau Shi Sen Liew Weng Yee Nur Atika Aqilah
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Kraftangan seperti : Anyaman Nyiru Tikar Takiding Batik
Anyaman Anyaman adalah serat yang dirangkaikan hingga membentuk benda yang kaku, biasanya untuk membuat keranjang atau perabot. Anyaman seringkali dibuat dari bahan yang berasal dari tumbuhan, namun serat plastik juga dapat digunakan. Bahan yang digunakan bisa bagian apapun dari tanaman, misalnya inti batang tebu atau rotan atau keseluruhan ketebalan tanaman, seperti misalnya dedalu. Bahan lainnya yang terkenal digunakan sebagai anyaman adalah gelagah dan bambu. Biasanya rangkanya dibuat dari bahan yang lebih kaku, setelah itu bahan yang lebih lentur digunakan untuk mengisi rangka. Anyaman bersifat ringan tapi kuat, menjadikannya cocok sebagai perabot yang sering dipindah-pindah.
Nyiru Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut Nyiru digunakan oleh petani untuk menampi padi, iaitu mengasingkan padi daripada hampa. Proses ini dikenali juga sebagai mengangin padi. Melalui kaedah ini, padi diletakkan di dalam nyiru dan ditampi mengikut arah angin. Dengan cara ini, hampa akan jatuh ke tanah atau terbang ditiup angin. Hasilnya, hanya padi yang tinggal di dalam nyiru. Kegunaan lain ialah sebagai bekas tampi padi atau beras, juga sebagai tempat untuk menjemur ikan. Nyiru juga digunakan untuk membersihkan antah daripada beras sebelum ditanak. Selain daripada itu, ia digunakan untuk mengasingkan beras dan antah, menjemur bahan makanan seperti pisang, kerepek ubi, tepung, gula yang telah ditumbuk.
Tikar Anyaman tikar berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pengunaannya terutamanya golongan pesawah padi pada ketika itu. Antara kegunaannya ialah sebagai tikar pengalas, tempat duduk, bahan pembungkusan, alas dinding, layar membanting padi, tikar menjemur padi dan lain-lain kegunaan lagi.
Takiding Takiding ialah salah satu alat teknologi Melayu yang digunakan untuk membawa/mengangkat barang- barang bagi masyarakat Kedayan dahulu.• Selalunya takiding ini digunakan untuk membawa barangan dari rumah ke rumah dan ke pahalu (tamu). Penggunaan utamanya ialah untuk mengangkat barang-barang. seperti digunakan oleh para penanam padi atau membawa buah-buahan atau bekalan- bekalan ke sawah.• Dan juga, ia dijadikan barang-barang perhiasan untuk tujuan komersil/jualan.
Batik Batik merupakan salah satu bidang Kraftangan Tradisional yang unggul di Malaysia. Corak dan kombinasi warnanya yang segar dan sentiasa mengikuti arus perkembangan semasa tanpa mengabaikan ciri-ciri tradisi, telah beriaya memikat hati para pengguna dari dalam dan luar negeri. Kegunaan Batik ; - Batik sebagai Bahan Dekorasi - Batik sebagai Bahan Perlengkapan Hidup - Batik sebagai Busana
Terima Kasih