ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA
GEJALA DEKADENSI MORAL
PENDAHULUAN Nilai akhlak dan moral masyarakat sejak dewasa ini kian terhakis. Malah ia menjadi penyakit yang menyerang generasi muda sehingga remaja terjebak dengan banyak masalah yang membimbangkan seperti keganasan, gengsterisme dan sebagainya. Fenomena inilah yang dinamakan dekadensi moral yang menjadi impak utama dari arus kemajuan dan industrilisasi yang akan dibincangkan dalam bab ini.
DEFINISI DEKADENSI MORAL Kamus Dewan(1993) : Dekadensi ialah kemerosotan nilai atau kemunduran berbanding dengan keadaan sebelumnya. Moral: merujuk kepada ajaran atau pegangan berkaitan baik buruk sesuatu perbuatan atau kelakuan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur dari segi ketentuan baik buruk suatu akhlak.
BENTUK-BENTUK DEKADENSI PEMBUNUHAN PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH PERKOSAAN MEMUKUL GURU/ GENGSTERISME MENONTON VIDEO LUCAH BLACK METAL AIDS LEPAK PUNK DAN LAIN-LAIN
LATAR BELAKANG MASALAH Laporan kajian mengatakan bahawa 1/3 daripada remaja negara ini terdedah kepada gejala keruntuhan moral. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Shukor Abdullah (1999) mengatakan bahawa gejala ini masih terkawal dan tidak membimbangkan. Akan tetapi, situasi ini perlu ditangani agar sebarang masalah itu tidak menjadi beban suatu masa kelak kepada masyarakat dan negara. Keadaan ini berpunca daripada sikap kurang prihatin dalam menangani permasalahan yang timbul dan terlalu percaya dengan jumlah angka yang dilaporkan. Sedangkan ia tidak menggambarkan realiti.
LAPORAN KES lari dari rumah Coursesenu Ibrahim, 14 Julai 1997) 3,269 remaja dilaporkan lari dari rumah di antara Januari hingga Jun 1997. Ia melibatkan remaja berumur 22 tahun ke atas. Pada tahun 1996 sebanyak 4,028 orang berbanding 3,661 orang tahun 1995. Pada tahun 1997 sebanyak 1,237 orang (6 bulan pertama) Perincian bilangan kes mengikut tahun seperti di dalam jadual di sebelah .
Keganasan rumah tangga Laporan Kementerian Kebajikan 1997 terdapat 5,477 kes berbanding tahun 1995 iaitu 1,409 membabitkan keganasan rumah tangga. Kes rogol terdapat 1,323 kes pada tahun 1997 berbanding 682 kes tahun 1991.
Jenayah Pelajar (Laporan Tim. Ketua Siasatan Jenayah Selangor) Jenayah pelajar meningkat dari tahun 1997 iaitu 6160 kes kepada 9,240 kes tahun 1998 (50% pertambahan) Tahun 2000 sebanyak 167,113 kes. Tahun 2001 sebanyak 156,469 kes. Tahun 2002 sebanyak 2,955 kes dengan 4,200 tangkapan.
Kes HIV dan Dadah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mengatakan antara 1989-Mei 2001 terdapat 40,000 orang dijangkiti HIV. Di Johor terdapat 7,000 mangsa aids menanti maut. Kementerian Kesihatan melaporkan 51,256 kes jangkitan HIV yang melibatkan 5,424 kematian pada tahun 2002. Dalam kes dadah sehingga November 2002 terdapat 26,799 kes telah dikesan.
PERSOALAN DEKADENSI MORAL Ia berpunca daripada 2 faktor :- 1- Unsur luaran faktor persekitaran yang tidak membina pengaruh media massa dan elektronik sistem penguatkuasaan yang rendah akibat campurtangan individu yang berpengaruh impak dari kemelut dan krisis ekonomi kurang penonjolan tokoh yang menjadi role model. 2- Unsur dalaman tiada kekuatan minda kerapuhan pegangan agama dikalangan generasi muda dan masyarakat awam wujud sikap negatif terhadap usaha-usaha pencegahan dan pemulihan rendahnya sistem muamalah dan jaringan komunikasi antara kaum
ISU MORAL:PERANAN PELBAGAI PIHAK Dalam menangani masalah ini, peranan kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan, sekolah dan guru, pihak berkuasa tempatan, polis, institusi masyarakat dan juga ibu bapa perlu menggembleng tenaga untuk mengatasinya. Ibu bapa : perlu membentuk sikap anak-anak bermula di rumah tidak mementingkan materialistik atau kurang tumpuan kepada anak-anak. tidak terlalu memberi kebebasan dalam pergaulan dan aktiviti seperti chatting dan internet. Sekolah : tidak boleh menyembunyikan atau menyorokkan kepincangan yang berlaku.
METOD PENYELESAIAN DEKADENSI MORAL
i)- PENERAPAN DAN PENGALAMAN AJARAN AGAMA Penerapan asas agama lebih mudah dilakukan ketika anak-anak masih kecil. Bagi orang Islam – asas fardhu ain, perkara akidah & keimanan cth: mengenali Allah dan Rasul, mendirikan solat, membaca, memahami Al-quran dan mengamalkannya. Penerapan dan pengalaman ajaran agama mempunyai hubungkait yang kuat dengan keberkesanan institusi keluarga. Bagi penganut agama lain mereka dituntut untuk mengajar anak mereka mengenai agama mereka.
ii)- PEMIMPIN YANG BERKUALITI Pemimpin adalah tangan yang berfungsi untuk membina & mencorakkan masa depan sesuatu bangsa sesebuah negara. Pemimpin yang tidak beriman, zalim & rasuah akan menjadi sesuatu bangsa & sesebuah negara lemah dan porak peranda. Diantara prinsip asas etika kepimpinan yang harus menjadi pegangan oleh sesuatu bangsa yang bertamadun ialah keimanan, kesetiaan, kejujuran, keadilan, keberanian keterbukaan & kebijaksanaan. Kesetiaan dan penghayatan kepada etika kepimpinan mampu menjamin kelangsungan sesebuah parti atau kelompok elit politik untuk terus berkuasa memimpin sesebuah negara.
iii)- PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA Institusi keluarga adalah penting dalam menangani masalah anak-anak. Jika dilihat sekarang, mereka gagal mamainkan peranan dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi dan mereka kabur dengan peranan yang patut mereka mainkan. Islam menggariskan bagaimana ibu bapa patut melayani anak-anak spt dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “jadikanlah 7 tahun pertama anak-anak sebagai mainan, didik mrk pada 7 tahun kedua (7-14 thn) dan berkawan dengan mrk pada 7 tahun ke tiga (14-21 thn)”.
Ibu bapa lebih suka meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka di bahu pihak sekolah. Ibu bapa yang lebih berorientasikan kebendaan sanggup meninggalkan anak-anak mereka terabai dan lebih cenderung memenuhi kekosongan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
iv)- PEMBUDAYAAN ILMU Mencari dan membudayakan ilmu adalah 2 perkara yang sama pentingnya. Matlamat ke arah budaya ilmu ialah melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu & kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam sistem hidup. Dengan ilmu manusia dapat membangunkan diri & martabat insan serta melaksanakan amanah dengan baik dan sempurna. Dengan ilmu manusia dapat membangunkan alam serta mengambil manfaat darinya untuk kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia. Dengan ilmu manusia dapat mendekatkan diri kepada tuhan maha pencipta. Dengan ilmu manusia dapat mencapai kemenangan & kebahagiaan di dunia & akhirat.
v)- MEMBINA KEPIMPINAN GENERASI MUDA Pada peringkat inilah sepatutnya generasi muda didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan. Pembabitan aktif generasi muda dalam kegiatan kokurikulum seperti gerakan belia, kelab remaja, kelab rekreasi & peraturan sudah memadai untuk memberi pendedahan awal dalam bidang kepimpinan. Pembabitan aktif bermaksud mampu memberi sumbangan tenaga, masa, dan fikiran. Pemimpin di dalam Islam mestilah disukai oleh rakyat. Pemimpin dalam Islam bukan penguasa bebas dari kesalahan malah mungkin ada salah dan benar, adil dan pilih kasih. Oleh itu menjadi hak kaum muslimin untuk membetulkan pemimpin yang berbuat salah. Konsep seperti ini tergambar dengan kepimpinan yang dipraktikkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar r.a.
VI)-SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKESAN Jangkamasa 11 tahun alam persekolahan seharusnya mampu memberikan asas keilmuan yang kukuh kepada generasi muda. Pembinaan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, adalah usaha berterusan pelbagai pihak untuk melahirkan generasi muda. Bagi masyarakat Islam, kepentingan mendapatkan ilmu terutama agama dilihat sama pentingnya dengan berjihad seperti yang disarankan al-Syahid Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-quran. Kepentingan ilmu dari segi pandangan Islam dapat dimengerti dan difahami dari ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah adalah berhubung dengan ilmu. Imam al-Ghazali pula merakamkam pandangan Ibnu Mubarak yang tidak memasukkan manusia yang tidak berilmu dalam golongan manusia, kerana ciri yang membezakan antara manusia dengan haiwan, adalah ilmu. Kewajipan menuntut ilmu adalah bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan, sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Bahkan Islam menjelaskan proses pendidikan bermula sejak dari memilih jodoh.
KESIMPULAN Sebagai rumusan untuk mencari masalah penyelesaian mengatasi persoalan dekadensi moral ini, maka kita harus mengambil bahagian dan berikhtiar untuk mendirikan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat, maka akan terdirilah Islam di negara kita. Tersilap langkah bakal mengundang padah dan sesal yang berpanjangan. Sesungguhnya generasi muda akan menjadi pencetus, pewaris dan penerus wawasan masa depan. Di tangan mereka akan terpikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat negara, ummah dan agama di mata dunia.