USUL FIQH SESSI 1 MUKADDIMAH USUL FIQH HUKUM SYARA’

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
By: Mista Hadi Permana, M.Pd I
Advertisements

BAB : 5 ASPEK FIKIH SUMBER HUKUM ISLAM HUKUM TAKLIFI HUKUM WAD’I SK/KD
Kajian Tentang Konsep Hukum
SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM
Materi Pertemuan 7 Al Ahkam Al Khamsah.
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
Fiqh wanita Minggu Kesembilan.
HUKUM SYARA’ (1).
SUMBER HUKUM ISLAM.
SUMBER HUKUM ISLAM DAN HUKUM ISLAM DISUSUN OLEH CHAIRUNNISA
-hukum syara’ terbagi dua : Hukum syara’ dari aspek khitab (seruan)
SUMBER HUKUM ISLAM Oleh: Deden Mulyadi, S.Pd.I.
HUKUM TAKLIFI DAN HUKUM WAD’I
hukum syara definisi dan deskripsi
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Hukum Syara’ dan Hakim Mahkum Fiih dan Mahkum Alaihi
Wajib-sunnah-makruh haram-mubah
MEDIA PENDIDIKAN Disusun oleh : NUR AMIN : KLS : D/4
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-3
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
KITABUL BUYU’ KITAB JUAL BELI
PENDIDIKAN ISLAM HAJI DAN UMRAH TINGKATAN 4 IBADAT.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Perundangan Zaman Rasulullah
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Diploma Pengajian Islam Andalus Minggu -1
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
Andalus Corporation Pte Ltd
JUAL BELI SALAM Definisi
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
Ict dan media dalam pendidikan islam
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI (Sesi Ke-4)
Sijil Pengajian Al-Quran
Sesi 4 Qawaid Fiqhiyyah.
USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
USUL FIQH SESSI 3 SUMBER-SUMBER HUKUM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Ust Md Afiq Ariff USUL FIQH SESSI 5 SUMBER-SUMBER HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI ULAMAK AL-IJTIHAD DAN AT-TAQLID 1.
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Ust Md Afiq Ariff DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-2
USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
PANDUAN PERKARA ASAS FARDU AIN.
Perundangan Zaman Rasulullah
BAB 4: KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA
KELOMPOK. Pengertian Hukum Islam. Pengertian Hukum Islam Menurut Ahmad Rofiq, Pengertian Hukum Islam adalah seperangkat kaidah-kaidah hukum yang didasarkan.
Pengertian Puasa KBD Unit 3.
ZAKAT FITRAH DILAKSANA ASNAF DIBELA
Ust Md Afiq Ariff DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-2
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Kajian fiqih Ust. Lalu Abdul Mukmin, M.Pdi Jum’at, 25 April 2019 Ba’da Shubuh Masjid Al Falah Taman Bona Indah.
Fiqh KBK 6.
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

USUL FIQH SESSI 1 MUKADDIMAH USUL FIQH HUKUM SYARA’ Ust Md Afiq Ariff USUL FIQH SESSI 1 MUKADDIMAH USUL FIQH HUKUM SYARA’

DEFINASI USUL FIQH Mengikut pecahan daripada 2 perkataan Bahasa: Asas, iaitu apa yang dibina diatasnya. Istilah: mengandungi beberapa maksud, antaranya: 1) Dalil 2) Rajih 3) Kaedah 4) apa yg dibina diatasnya. Fiqh. Bahasa: Mengetahui atau Memahami. Istilah: Pengetahuan tentang hukum-hukum syarak, yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf, yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci. Contoh: Solat 5 waktu sehari itu hukumnya wajib.

DEFINASI USUL FIQH Sebagai Suatu Ilmu Ulamak mazhab Shafi’e: Pengetahuan tentang dalil-dalil fiqh secara ringkas,dan cara-cara mengeluarkan hukum darinya,dan keadaan mereka-mereka yang mengambil faedah darinya. Contoh: Suruhan itu mesti dilakukan,tegahan itu mesti ditinggalkan. Ulamak mazhab Hanafi: Suatu kaedah yang digunakan sebagai alat untuk mengeluarkan hukum praktikal yang bersumberkan dalil qat’I dan zanni.

SEJARAH USUL FIQH Secara tidak langsung ilmu ini sudah dipraktikkan dari zaman Rasulullah S.A.W, kerana Baginda yang menjadi tempat rujukan orang islam ketika itu. Begitu juga ianya berlaku di zaman Sahabat secara tidak langsung, kerana mereka antara orang yang terdekat dengan Rasulullah S.A.W oleh itu mereka ‘Arif dalam bidang ini.

SEJARAH USUL FIQH Contoh usul fiqh di zaman Rasul. Mengenai kehujahan Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad, wasiat nabi kepada Muaz yg diutuskan ke Yaman. Bagaimanakah untuk menghukum sesuatu masalah, Muaz menjawab:Al-Quran.Jika tiada? Maka As-Sunnah. Jika tiada saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengenepikan perkara itu. Maka nabi pun memuji Allah dan setuju dengan jawapan yg diberi itu. Contoh usul fiqh di zaman sahabat ialah kesah pengumpulan Al-Quran hasil dari ijtihad umar dan masalih mursalah iaitu utk kemaslahatan umat islam. Qiyas atau Sadd al-zaraa’I mengelak bahaya dan kemudharatan menambahkan hukum sebat dari 40 ke 80 sebatan bagi peminum arak.

SEJARAH USUL FIQH Ilmu Usul Fiqh dihasilkan secara langsung pada kurun ke2 hijrah,yang dipelopori oleh Imam Muhammad Bin Idris Ash-Syafi’e dengan kitabnya yang bernama Ar-Risalah. Kandungan didalamnya ialah ayat-ayat Al-Quran dan keterangan hukum,nas nasikh dan mansukh, As-Sunnah dan kedudukannya, berhujah dengan Hadis Ahad, ijtihad, ijmak ulamak dan juga Qiyas.

SKOP PERBAHASAN USUL FIQH Membahaskan tentang dalil hukum samaada yang disepakati atau tidak. Mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil serta beramal dengannya. Membahaskan tentang kaedah-kaedah yang umum.

FAEDAH MEMPELAJARINYA Untuk mengetahui cara ulamak dan mujtahid mengeluarkan mengeluarkan hukum. Untuk mengetahui bagaimana ulamak dan Mujtahid menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah. Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid, dan sebab perselisihan para mujtahid dalam menetapkan satu hukum. Dapat mengeluarkan hukum baru daripada dalil-dalil. Usul fiqh sebagai landasan dan panduan untuk memudahkan Ulamak menetapkan sesuatu hukum.

HUKUM SYARAK Hukum Syarak mengandungi 4 bahagian: Hakim (Allah) Hukum (Khitab Allah) Mahkum Fih (Perbuatan Mukallaf ) Mahkum ‘Alaih ( Mukallaf )

HAKIM Hakim ialah yang mana sesuatu hukum itu datang daripadanya. Oleh itu Hakim dalam hukum syarak adalah Allah. Rasul-rasul hanya sebagai perantara sahaja. Oleh itu Allah mengutus Rasul-rasulNya untuk memberi tahu manusia tentang hukum2 Allah, supaya manusia ini tahu mengenainya.

HUKUM Bahasa: menetapkan sesuatu terhadap sesuatu. Ust Md Afiq Ariff HUKUM Bahasa: menetapkan sesuatu terhadap sesuatu. Istilah: Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada secara tuntutan atau pilihan atau secara wadi’. Huraian pengertian: Khitab Allah: kalamNya yang dapat difahami dan diambil dari Quran, Sunnah, Ijmak, dll. Mukallaf: cukup umur, berakal dan sampai seruan islam. Perbuatan mukallaf: apa sahaja yang dikira perbuatan secara zahir atau batin.

Khitab Allah berkaitan dengan perbuatan mukallaf: maka tidak termasuk dalam hukum jika Khitab Allah seperti berikut:- 1) Khitab dengan Zat Allah semata-mata. Contoh: terjemahan Surah Al-Imran ayat 18: “Allah menyaksi bahawasanya tidak ada tuhan melainkanNya.” 2) Khitab terhadap benda jamad atau tidak bernyawa. Contoh terjemahan Surah Al-Kahfi ayat 47: “ dan (ingatlah) hari kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang..” 3) Khitab terhadap zat Mukallaf. Contoh: terjemahan Surah Taha ayat 55 :” Dari bumilah kami ciptakan kamu…” Tuntutan: tuntutan supaya melakukan dan tuntutan supaya meninggalkan.

CARA MENGETAHUI HUKUM Jumhur Ulamak berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu hukum mestilah melalui dalil-dalil syarak,bukan dengan akal. Akal itu hanya alat untuk memahami dalil-dalil yang menjelaskan hukum tersebut. Dan ini ialah pendapat yang paling kuat. Golongan Muktazilah dan Syiah berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu hukum ialah melalui akal sepenuhnya. Bagi mereka dalil-dalil hanya menguatkan lagi apa yang difahami oleh akal.

PEMBAHAGIAN HUKUM HUKUM TAKLIFI HUKUM WAD’I IJAB NADBU TAHRIM KARAHAH (TANZIH ) IBAHAH FARDHU KARAHAH TAHRIM SEBAB SYARAT MANI’ SAHIH FASAD ‘AZIMAH RUKHSAH

HUKUM TAKLIFI HUKUM IJAB NADBU TAHRIM KARAHAH (TANZIH ) IBAHAH FARDHU PERBUATAN YANG BERKAIT DENGAN HUKUM HUKUM IJAB NADBU TAHRIM KARAHAH (TANZIH ) IBAHAH FARDHU KARAHAH TAHRIM WAJIB/HUKUM WAJIB MANDUB/HUKUM YANG DISUNATKAN HARAM/HUKUM HARAM MAKRUH/HUKUM MAKRUH TANZIH MUBAH/HUKUM YANG DIHARUSKAN HUKUM YANG DI FARDHUKAN HUKUM MAKRUH TAHRIM JUMHUR ULAMAK MENGGUNAKAN AWAL 5 SAHAJA, ULAMAK HANAFI MENGGUNAKAN KESEMUANYA.

HUKUM TAKLIFI (JUMHUR ULAMAK) Ijab: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang Pasti. Contoh: Firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan keatas kamu berpuasa.” Nadbu: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu tuntutan dengan cara tidak pasti. Contoh: Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu ususan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis(hutang dan masa bayarannya) itu”

Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti. Contoh: Firman Allah yang bermaksud: dan janganlah kamu mendekati zina. Karahah: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti. Contoh: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: jika satu daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat. Ibahah: Khitab Allah yang membolehkan membuat pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya. Contoh: Firman Allah yang bermaksud: dan makanlah dan minumlah kamu.

WAJIB Wajib = Fardhu bagi pendapat Jumhur Ulamak. Kecuali dalam bab haji. Wajib: Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan. Cara mengetahui Wajib: Perbuatan suruhan. Contoh:Dirikanlah solat. Fi’il yang menunjukkan perbuatan wajib. Contoh: Diwajibkan keatas kamu berpuasa. Semua bentuk suruhan yang tidak ada hubung kait dengan hukum lain.

PEMBAHAGIAN WAJIB BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MASA 1)Wajib Mutlak, 2)Wajib Muaqqat, terbahagi kepada: a)Wajib Muwassa’ b)Wajib Mudayyaq. BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT KADAR 1)Wajib muhaddad 2)Wajib ghair muhaddad BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MUKALLAF 1)Fardhu ‘Ain 2)Fardhu Kifayah BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT PERKARA 1)Wajib Muayyan 2)Wajib Murattab 3)Wajib Mukhayyar terbahagi kepada: harus dilaksanakan kesemua, tidak harus dilaksanakan kesemua

BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MASA Wajib Mutlak: tuntutan wajib yg tidak ditetapkan waktu tertentu,ia boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Contoh: membayar kaffarah. Wajib Muaqqat: tuntutan wajib yg ditetapkan waktu tertentu untuk menunaikannya. Contoh: solat 5 waktu. Wajib Muwassa’: tuntutan wajib yg ditetapkan dengan waktu yang luas. Contoh: solat zohor. Wajib Mudayyaq: tuntutan wajib yg ditetapkan dengan tempoh masa yang terbatas. Contoh: puasa bulan ramadan.

BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT KADAR Wajib Muhaddad: Wajib yg ditentukan kadarnya dan tanggungjawab tidak akan terlepas, kecuali ditunaikan mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Contoh: Solat lima waktu, tanggungjawab akan terlepas apabila ditunaikan mengikut syarat,rukun dan rakaatnya. Wajib Ghair Muhaddad: wajib yang tidak ditentu kadarnya oleh syarak. Contoh: memberi makan orang yang kebuluran,memberi sedekah kepada fakir miskin jika dinazarkan.

BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT MUKALLAF Fardhu ‘Ain: Kewajipan yang diwajibkan terhadap setiap individu yang mukallaf. Contoh: Solat 5 waktu, Zakat, Puasa bulan Ramadhan, belajar Al-Quran. Fardhu Kifayah: Kewajipan yang dikenakan terhadap seluruh mukallaf, dimana seandainya ada diantara mereka yang telah melaksanakannya, maka mukallaf yang lain terlepas dari tanggungjawab tersebut. Sekiranya tiada siapa yg melaksanakannya maka semua berdosa. Contoh menguruskan jenazah.

BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT PERKARA 1)Wajib Muayyan: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya melaksanakannya, tanpa ada pilihan,melainkan dengan melaksanakan perkara yang ditentukan itu. Contoh: Puasa, Solat 5 waktu. 2)Wajib Murattab: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya melaksanakannya berdasarkan tertib. Contoh: kaffarah bagi suami isteri yg bersetubuh disiang bulan ramadan: hendaklah memerdekakan hamba,jika tidak ada maka puasa 2 bulan bertutrut,jika tak mampu beri makan kepada 60 orang miskin.

BAHAGIAN WAJIB DARI SUDUT PERKARA 3)Wajib Mukhayyar: perkara yang dituntut oleh syarak supaya dilaksanakannya dengan memilih salah satu daripadanya. Contoh:Menunaikan kaffarah sumpah: iaitu boleh memilih diantara memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau membebaskan hamba. Wajib mukhayyar terbahagi kepada: a)yg harus dilaksanakan kesemua: mukallaf harus melaksanakan kesemua perkara yang diberi pilihan itu dan pahala akan dinilai berdasarkan apa yang dilakukan. b)yg tidak harus dilaksanakan kesemua, mukallaf harus memilih salah satu dari pilihan yang diberikan. Contoh: memilih seorang sahaja untuk menjadi imam besar.

MANDUB Mandub = Sunat, Nafal, Tatawwu’, dan Mustahab. Mandub: sesuatu perbuatan yang diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh: solat terawih. Cara mengetahui Mandub: Dengan Kezahiran Dalil itu sendiri. Contoh: Mandi Jumaat. Suruhan yang tiada ancamannya. Contoh: Siwak. Suruhan yang tidak mewajibkan. Contoh: Penulisan Hutang.

PEMBAHAGIAN SUNAT Sunat Muakkad: sesuatu amalan Sunat yg nabi selalu melakukannya. Bagi siapa yg meninggalkannya tidak berdosa tetapi berhak untuk dicela. Contoh: Solat berjemaah. Sunat Ghair Muakkad: sesuatu amalan sunat yg nabi tidak selalu melaksanakannya. Contoh: bersedekah dan puasa Isnin dan Khamis. Sunat Zawa’id: sesuatu amalan sunat yg mencontohi perbuatan atau adab Rasullah S.A.W. Contoh: cara makan dan minum (kehidupan harian)

HARAM Haram: sesuatu perbuatan yg diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa jika dilakukan. Contoh: mencuri, zina, minum arak dll. Cara mengetahui Haram: 1) Lafaz haram itu sendiri. Contoh: “Allah mengharamkan makan Riba’.” baqarah:275 2) Arahan menjauhkan diri dari sesuatu. Contoh: “jauhilah perkataan-perkataan dusta” haj:30. 3) Tegahan iaitu “janganlah…”. Contoh: “Janganlah kamu mendekat Zina.” Isra’:32 4) Seksaan bagi yang melakukan. Contoh: potonglah tangan mereka-mereka yang mencuri.

BAHAGIAN HARAM Haram Lizaatihi: sesuatu perkara yang diharamkan semenjak semula jadi yang mana ia mengandungi kemudaratan dan kesan yang tidak baik. Selain itu, pengharaman tersebut berlaku pada zat perbuatan itu sendiri, bukan sebab lain. Contoh: mencuri dan merompak. Haram Lighairihi: sesuatu perkara yang asalnya adalah dibolehkan atau dituntut namun selepas itu terdapat sesuatu sebab yg mengharamkannya. Contoh: puasa pada hari raya, jual beli ketika sedang khutbah jumaat, sedangkan puasa itu dituntut, jual beli dibolehkan. sebab ia menjadi haram ialah pada waktu yang salah.

MAKRUH/MUBAH Makruh: sesuatu perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya. Cerai, meninggalkan yang sunat. Cara mengetahui makruh ialah: Perbuatan itu digelarkan sebagai tidak-elok. Larangan yg bukan menunjukkan haram. Mubah: Sesuatu perkara yang tidak diberi pahala atau dosa samaada meningglakannya atau melakukannya. cara mengetahui mubah ialah: Perbuatan itu digelarkan halal atau mubah. Jual beli,makan Dahulunya dilarang dan kemudian disuruh.memburu selepas bertahallul.

HUKUM TAKLIFI (MAZHAB HANAFI) Fardhu: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang Pasti melalui dalil Qat’i(Quran,Hadis Mutawatir,Masyhur). Contoh: Rukun Islam. Ijab: Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang Pasti melalui dalil Zanni(Hadis Aahad,Qiyas). Contoh: membaca Al-Fatihah didalam solat. Nadbu. Ibahah.

Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti melalui dalil Qat’i. Contoh: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu.” Al-Isra’:31 Karahah Tahrim: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti.melalui dalil zanni. Contoh: “Janganlah kamu bertunang atas tunangan org lain.” Hadis Karahah Tanzih.

PERBUATAN YANG BERKAIT DENGAN HUKUM Fardhu: Sesuatu perbuatan yang akan diberi pahala apabila dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan. Mengingkarinya kafir. Wajib: Sama seperti diatas kecuali mengikarinya tidak kafir. Sunat. Haram: sesuatu perbuatan yg diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa jika dilakukan.mengingkarinya kafir. Makruh tahrim: sama seperti diatas kecuali tidak mengkafirkan. Makruh tanzih. Mubah.

HUKUM WAD’I (SESUATU YANG MENYEBABKAN ADA ATAU TIADANYA HUKUM TAKLIFI) 1) SEBAB Sebab : sifat yang pasti sebagai kaitan kepada adanya hukum. Oleh itu dengan adanya sifat itu melazimkan adanya hukum, dan dengan tiadanya sifat itu melazimkan tidak adanya hukum. Contoh: “..dan sesiapa diantara kamu yang menyaksikan bulan, maka hendaklah ia berpuasa.” al-baqarah:185 Sebab dapat dibahagi kepada 3 bahagian: Dari sudut kemampuan mukallaf a) sebab yg mukallaf mampu melakukannya: perjalanan 2 marhalah merupakan sebab diharuskan solat Qasar. b)sebab yg mukallaf tidak mampu melakukannya: gelincir matahari merupakan sebab wajib solat zohor.

2) Dari sudut keadaan a)sebab hukum taklifi: masuk waktu merupakan sebab wajib solat. b)sebab menetapkan hak milik atau halalnya sesuatu atau jatuh kedua-duanya: beli sesuatu menjadikan sesuatu itu hak milik si pembeli, menghadiahkannya maka hilanglah hak milik si pemberi,akad perkahwinan menghalalkan pergaulan suami isteri, talak pula menghilangkan penghalalan itu. 3) Dari sudut munasabah atau tidak dengan hukum. a)sebab akal dapat memahami dengan jelas: orang yang mencuri menyebabkan tangannya dipotong. b)sebab yg akal tidak dapat memahami dengan jelas: masuk waktu menyebabkan wajib solat.

2)SYARAT Syarat: sesuatu pembentukan hukum terikat pada kewujudannya dan ia juga ialah sesuatu sifat yang melazimkan dengan tiadanya maka tidak hukum atau sebab, sekiranya ada syarat, tidak semestinya ada hukum atau sebab. Contoh: berwuduk adalah syarat sah solat akan tetapi wuduk bukan sebahagian dari solat. Sekiranya seorang itu tidak berwuduk solat tidak akan terbentuk, tetapi tidak semestinya dengan berwuduk akan terbentuk solat.

BAHAGIAN-BAHAGIAN SYARAT Syarat dari sudut perkara yang menyempurnakan Syarat dari sudut wadi’ah atau sumber. Syarat bagi hukum. Cukup haul merupakan syarat wajib menyempurnakan zakat. Jika tidak cukup haul maka tidak wajib mengeluarkan zakat. Syarat bagi sebab: penzina yang sudah berkahwin merupakan syarat dan sebab dikenakan hukuman rejam. Membunuh dgn sengaja merupakan syarat dan sebab dikenakan hukuman bunuh. Syarat syar’i: sumber pensyaratannya ialah syarak. Contoh: syarat berwuduk untuk solat. Syarat ja’li: perkara yg mana mukallaf menjadikan sebagai syarat. Syarat talak yang dikeluarkan oleh suami terhadap isterinya, jika ia melakukan syarat itu maka jatuhlah talak yg dikehendaki.

3)MANI’ Mani’: sifat yang pasti,dengan adanya sifat ini semestinya tidak ada hukum atau batalnya sebab. Contoh: haid. Bahagian-bahagian Mani’: Penghalang hukum: sesuatu perkara dgn adanya mengakibatkan tidak terbentuk hukum walaupun terdapat sebab dan cukup syarat. Membunuh pewaris. Penghalang sebab: sesuatu perkara dgn adanya mengakibatkan tidak terbentuk sebab. Orang yg cukup nisab hartanya tetapi masih berhutang menyebabkan penghalang sebab wajib zakat. Iaitu hutang sebagai penghalang.

4)SAHIH(SAH) / 5)FASAD(BATAL) Sah: sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dgn cukup syarat2 dan rukun2 yg diminta oleh syarak (solat cukup syarat dan rukun) (akad perkahwinan cukup syarat dan rukun)maka ianya dapat mewujudkan kesan (bebas daripada tanggungjawab/dapat pahala) (halal bergaul sebagai suami isteri). Imam Syafi’e:Batal=fasad: sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dgn syarat atau rukun yg tidak cukup (solat tak cukup syarat dan rukun)maka ianya tidak menghasilkan kesan2.( belum bebas daripada tanggungjawab) Ulamak hanafi: batal: yg kurang syaratnya. Fasid: yg kurang rukunnya.

6)’AZIMAH/7)RUKHSAH Azimah dari sudut bahasa: Cita-cita atau azam yang kuat terhadap sesuatu. Istilah: hukum2 yg disyariatkan oleh Allah semenjak awal lagi, iaitu tidak pernah dinaskh,supaya ia menjadi undang2 umum bagi setiap mukallaf di dalam semua keadaan. Rukun islam. Ulamak bersepakat: sesuatu hukum syarak yg semenjak mulanya tdak ada rukhsah,tidak dinamakan ‘azimah. Rukhsah dari sudut bahasa: kemudahan dan keringanan. Istilah: sesuatu hukum syarak yang bercanggah dengan dalil disebabkan terdapat keuzuran. Memakan bangkai dalam keadaan darurat.

SEBAB-SEBAB RUKHSAH Musafir. Jarak perjalanan melebihi 2 marhalah. Maka boleh Qasar dan Jama’ solat. Sakit. Boleh solat sambil duduk, baring. Berbuka puasa. Paksaan yang membawa kemudharatan. Maka boleh dilakukan yang dipaksanya. Lupa. Tidak batal puasa bagi siapa yang termakan sesuatu pada siang hari bulan ramadhan. Kejahilan. Kekurangan. Kanak-kanak dan orang gila tidak dikenakan taklif. Perkara yg sukar dilakukan(umum al-balwa). Orang yg solat menggunakan kain yg terkena percikan air dijalanan, maka sah dan dimaafkan.

JENIS-JENIS RUKHSAH Membenarkan perkara haram Menggugurkan kewajipan Membenarkan org yg kehausan meminum minuman haram dlm keadaan darurat. Menggugurkan kewajipan Tidak wajib bagi musafir solat jumaat. Untuk menggantikan Tayammum menggantikan Wudu’ ketika sakit atau tiada air. Untuk mengurangkan Solat qasar bagi musafir. Untuk mengubah Mengubah kedudukan solat ketika perang. Untuk dahulukan. Solat jamak taqdim untuk musafir. Untuk kemudiankan. Solat jamak ta’khir untuk musafir.

BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKHSAH ULAMAK SYAFI’E DAN HAMBALI ULAMAK HANAFI Wajib dilakukan.Mewajibkan org yg dlm keadaan darurat dan tiada makanan lain memakan yg haram. Sunat dilakukan.Musafir jarak 3 marhalah menqasarkan solatnya. Harus dilakukan.Tempahan (salam) kerana ia merupakan suatu keperluan dan demi kemaslahatan. Lebih baik ditinggalkan.(khilaf al-aula) Berbuka bagi musafir yang sekiranya jika dia terus berpuasa tidak membawa bahaya kepada dirinya. Makruh dilakukan. Qasar Solat bagi musafir kurang 3 marhalah. Diharuskan melakukan perkara haram sewaktu darurat. Orang yg dipaksa melakukan perkara haram jika tidak nyawa diancam maka diharuskan berbuat demikian. Diharuskan Meninggalkan perkara Wajib. Diharuskan meninggalkan puasa bagi orang sakit dan musafir. Diharuskan menyalahi akad kerana diperlukan oleh masyarakat. Tempahan (salam) kerana ia merupakan suatu keperluan. Menghapuskan Syariat yang berat Umat dahulu. Cara Bertaubat umat dahulu ialah dgn membunuh diri dan umat ini tidak begitu.

MAHKUM FIH/MAHKUM BIH Mahkum Fih: perbuatan mukallaf yang mana ia berkait dengan hukum syarak. Syarat mahkum fih: 1)perbuatan yg ditaklifkan itu mesti diketahui oleh mukallaf dengan jelas supaya ia sanggup dan dapat melaksanakannya mengikut cara yang dituntut. Oleh itu jumhur ulamak mengatakan:tidak ada alasan bagi mereka yg tinggal di negeri islam untuk tidak tahu tentang apa yang telah ditaklifkan pada mereka. 2)perbuatan yg ditaklifkan itu mestilah yang mampu dilakukan oleh mukallaf.

MAHKUM ALAIH Mahkum alaih: Mukallaf. Syarat Mukallaf: 1) mukallaf mampu memahami dalil taklifi dgn sendiri atau melalui perantaran orang lain. Syarak menetapkan mukallaf itu seperti berikut: seorang yang sempurna akalnya. Bermimpi bagi lelaki, haidh bagi perempuan iaitu baligh atau cukup umur. Oleh itu orang gila,kanak2,orang yg tidur,lupa dan mabuk tidak dikenakan taklif. 2)mempunyai keahlian: kelayakkan utk dibebani dan membuat pilihan melaksanakan apa yg ditaklifkan atau tidak dgn keredaannya.

BAHAGIAN KEAHLIAN 1) AHLIYAH AL-WUJUB: Kelayakkan menerima hak-hak dan kewajipan-kewajipan. a) Keahlian wajib naqisah: kelayakan untuk menerima hak-hak yang tidak memerlukan qabul sahaja tanpa sebarang kewajipan keatasnya. Contoh: pusaka dan wasiat. b) Keahlian wajib kamilah: kelayakan utk menerima hak2 dan memikul kewajipan. Walinya melaksanakan kewajipan tertentu sebagai wakil. Contoh:zakat.

BAHAGIAN KEAHLIAN AHLIYAH AL-ADAA’: Kelayakkan melaksanakan perintah Allah dan diambil kira oleh syarak dan mempunyai hukum. a)Tiada atau hilang: kanak2 dan orang gila. Segala perbuatan mereka tidak ada hukum, akad mereka batal. Sekiranya membuat kerosakkan mereka dikenakan denda sahaja bukan hukuman terhadap dirinya. b)Kurang: kanak2 mumayyiz yg belum baligh dan yg lemah akalnya. Sekiranya perkara itu memberi faedah…… Sekiranya membawa bahaya….. Bercampur kedua duanya…… c)Sempurna: baligh dan sempurna akalnya.