BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAB : 5 ASPEK FIKIH SUMBER HUKUM ISLAM HUKUM TAKLIFI HUKUM WAD’I SK/KD
Advertisements

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM
Hukum, HAM, dan Demokrasi dalam Islam
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
A GAMA I SLAM DISUSUN OLEH: MISNANI. S.Ag. M.Pd. I.
BAHAN AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HUKUM ISLAM DALAM SISTEM HUKUM INDONESIA
Kerangka Dasar Agama Islam Dan Ajaran Hukum Islam (Bagian Pertama)
TASAWWUR ISLAM II BAB: HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
BAB V HUKUM, HAM DAN DEMOKRASI DALAM ISLAM Nurhasan, M.Ag
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Pertemuan ke-2.
SUMBER HUKUM ISLAM.
PERBEZAAN UNDANG-UNDAG DAN SYARIAT ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM Oleh: Deden Mulyadi, S.Pd.I.
Kerangka Dasar Agama Islam Dan Ajaran Hukum Islam (Bagian Kedua)
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
Anang Zubaidy Fakultas Hukum Universitas Islam Indonesia April 2013
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
BAB 2 TASAWWUR ISLAM.
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Hukum Islam Aisha Nadha Audina ( )
HUKUM ISLAM Uswatun Hasanah dan Tim
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
Pengertian Hukum Islam
BAB 8 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM
IDA Islam dan Peradaban
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
BAB 2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM..
PELAJARAN 9:ISU , MASALAH DAN CARA PNYELESAIAN MENURUT ISLAM
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
TASAWWUR ISLAM II WEEK 1 PERUNDANGAN ISLAM
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
TAMADUN ISLAM Kata kunci
Pelajaran 10 : RABBANIYYAH
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
Sejarah & Tamadun Islam II
BAB 2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM..
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
CIRI KHUSUS ISLAM Apa yang anda harus tahu selepas program ini
PAS PENGENALAN AM.
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
Objek Kajian Fiqh, Ushul Fiqh, Tujuan, dan Kegunaan
Sistem Hukum Indonesia ( bahan 13 ) Bhn 13 SISTEM HUKUM INDONESIA
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
AGAMA DAN DUNIA: IMPLIKASI KATEGORISASI BAGI IDEOLOGI MUHAMMADIYAH
KELOMPOK. Pengertian Hukum Islam. Pengertian Hukum Islam Menurut Ahmad Rofiq, Pengertian Hukum Islam adalah seperangkat kaidah-kaidah hukum yang didasarkan.
FEM 3301 ETIKA & NILAI DALAM PEMBANGUNAN
MODEL PENGURUSAN ISLAM.
HUBUNGAN HUKUM ISLAM DG AGAMA ISLAM. Pendahuluan Sebelum masuknya hukum Islam, rakyat Indonesia menganut hukum adat yang bermacam-macam sistemnya dan.
KONSEP HUKUM DAN SUMBER HUKUM ISLAM MAKALAH UNTUK MEMENUHI TUGAS PENDIDIKAN AGAMA ISLAM Kelompok 3/ Kelas 40 Jatmiko Dwi Purnomo ( ) Putri Nurul.
Transcript presentasi:

BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Pengertian Syariah Bahasa Mempunyai 2 maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang berkait. sumber air pembawaan atau jalan yang lurus. “Kesudahannya, Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (peraturan) dari hukum-hukum agama; maka turutlah jalan yang lurus itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.

Istilah Dari segi istilah syariah bermaksud “segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya melalui perantaraan para rasulNya.” Dinamakan syariah kerana segala hukum-hakamnya adalah lurus tanpa ada kepalsuan. Perkataan syariah dan pecahannya di sebut di dalam al-Quran sebanyak 4 kali (as-Syura: 13 dan 21, al-Maidah: 48, al-Jathiyah: 18.) Perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran mengandungi 2 makna: Khusus – segala hukum yang telah diperundangkan oleh Allah untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia Umum – diertikan sebagai ‘al-Din’ atau ‘millah’ yang juga bermaksud agama

Syariah yang diturunkan oleh Allah merangkumi aspek: ‘i’tiqadiyyah’ dan ‘batiniyyah’ (aqidah dan keimanan) ‘amaliyyah’ (ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah) ‘akhlakiyyah’ (akhlak). Syariah Islam merangkumi aspek hubungan antara manusia dengan Allah, sesama manusia dan alam. Syariah Islam adalah bersifat ‘muqaddas’ (suci): terpelihara daripada sebarang kecacatan dan kekurangan. Kebenarannya bersifat mutlak, bersifat syumul dan komprehensif, terpelihara selama-lamanya. Perkatan lain yang mempunyai perkaitan dengan istilah syariah ialah Fiqh, Hukum,Undang-undang, Nas dan Masadir

Fiqh (Fekah) Iaitu kefahaman mengenai hukum-hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalilnya yang terperinci. Dibahagikan kepada 4 bidang besar: Fiqh Ibadah Fiqh muamalat Fiqh munakahat Fiqh jinayah Umumnya, fiqh adalah disiplin ilmu untuk memahami isi-isi syariat itu sendiri. Ia diperolehi melalui usaha-usaha akal yang tajam oleh para ulama terhadap nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Sunnah. Fokus kepada perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal dan sebagainya.

Hukum. Iaitu ‘khitab’ atau mesej Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu. Pengkaji kepada hukum-hakam digelar ‘faqih’ dan disebut sebagai ‘fuqaha’ (sekiranya ramai). Mereka memahami secara halus dan terperinci tentang hukum syarak. Undang-undang. Iaitu norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh badan-badan perundangan tertentu serta menerusi proses-proses tertentu. Apabila disebut undang-undang Islam, bermaksud ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara

Nas Iaitu dalil syariah berdasarkan ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah Masadir Sumber syariah iaitu terdiri daripada al-Quran, al- Hadis, Ijma dan Qiyas

Maqasid (tujuan) Syariah Syariah Islam yang datang dari Allah bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan menghindarkan kemudharatan. Maqasid syariah adalah untuk menjamin dan memelihara: Kesucian dan kepercayaan beragama (akidah) Keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia Kemurnian fikiran dan kewarasan akal Kehormatan dan maruah diri Pemilikan dan penguasaan harta

Skop Syariah Isi kandungan syariah terbahagi kepada 3 kategori – skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan Skop syariah terdiri: Hubungan antara manusia dengan Allah Hubungan antara manusia sesama manusia Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain Aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah, terbahagi kepada 3: Kewajipan peringkat individu - perintah-perintah khusus spt. solat Perintah yang perlu dilaksanakan secara kolektif (tanggungjawab bersama) Contohnya, perintah dakwah, jihad serta tuntutan fardhu kifayah lain. Kewajipan pemerintah - perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.

Ciri-ciri Perundangan Islam Berorientasikan wahyu Segala prinsip dan hukum hakamnya terpelihara daripada kelemahan dan kekurangan Bersifat adil dan berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah Ganjaran bersifat duniawi dan ukhrawi Bersifat universal Syumul dan lengkap – merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi kepentingan manusia sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Ia juga merangkumi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan dengan alam Sepadu dan seimbang Tetap dan anjal

Peranan Syariah Dalam Pembangunan Ummah Pembangunan Menurut Islam Pembangunan ialah satu proses peningkatan kualiti kehidupan termasuk usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan dan penggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah negara. Dalam Islam pembangunan berdasarkan kepada kewujudan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi sesebuah negara dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani serta maju dalam semua bidang. Jelas, pembangunan dalam Islam meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan.

Pendekatan Pembangunan Menurut Islam Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah: Pembangunan berlandaskan prinsip tauhid. Berlandaskan Rububiyyah Peranan manusia sebagai utusan (khalifah) Allah. Berteraskan prinsip penyucian diri Pembangunan Ummah Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. Pembangunan insan adalah satu proses yang melibatkan beberapa tahap: Pembangunan fizikal (jasmani). Pembangunan kognitif. Pembangunan emosi. Pembangunan sosial. Pembangunan kerohanian.

Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat kerana barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal semata-mata. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objektif: Mendidik Manusia. Memelihara lima perkara asas dalam Islam (maqasid syariah) Menegakkan Keadilan