TAKLIMAT PENAMBAHBAIKAN SISTEM E-KLINIK OLEH : Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, Pejabat Pendaftar & INFOTECH
TUJUAN Untuk menjelaskan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 09 Tahun 2013 dan Garis Panduan yang terlibat Menerangkan peranan/tanggungjawab Pegawai semak dan Pegawai lulus Menerangkan urusan dan langkah langkah dalam pengendalian Sistem e-klinik panel yang telah ditambah baik Membincangkan Isu-isu dalam urusan Sistem klinik panel
PEKELILING NAIB CANSELOR BIL 09/13 Dasar Penetapan Kemudahan Klinik Panel Bagi Staf Universiti Teknologi MARA Setiap staf dibenarkan memilih 2 (dua) buah Klinik Panel sahaja (mengikut pilihan Staf Universiti Teknologi MARA) untuk setiap staf Universiti Teknologi MARA Sekiranya staf berada luar ibu pejabat/di luar kawasan kediaman/kejadian kecemasan, staf dibenarkan mendapat rawatan perubatan dimana-mana di klinik jika perlu Tuntutan bagi rawatan staf berada diluar ibu pejabat/di luar kawasan kediaman/kejadian kecemasan hanya akan diluluskan setelah mendapat pengesahan Ketua jabatan masing-masing
PERANAN BPKS/PENTADBIRAN DALAM URUSAN KLINIK PANEL Menyemak dan meluluskan tuntutan bil-bil rawatan klinik panel UiTM Meyemak dan meluluskan tuntutan bil rawatan staf yang berada luar ibu pejabat/di luar kawasan kediaman/kejadian kecemasan Menyemak dan meluluskan pertukaran klinik panel bagi staf Menyemak staf dan tanggungan yang layak menerima kemudahan rawatan di klinik panel Menyemak kadar-kadar rawatan di klinik panel Menyemak permohonan menjadi klinik panel UiTM Menyiasat aduan mengenai perkhidmatan / kemudahan rawatan di klinik-klinik panel UiTM Urusetia berkaitan urusan pelantikan/penamatan klinik panel UiTM
PERTUKARAN KLINIK PANEL Pertukaran Klinik Panel dilaksanakan berdasarkan kaedah berikut. Bagi staf yang telah memilih Klinik Panel, pertukaran Klinik Panel hanya dibenarkan dibuat sekali (1) dalam tempoh setahun (1) kecuali ; (a) Bagi staf yang bertukar tempat bertugas samada dari UiTM Shah Alam/UiTM Cawangan ke Cawangan yang lain dan sebaliknya. (b) Bagi staf yang berpindah rumah, satu lingkungan kawasan 25 km dari rumah lama ke rumah baru. (c) Klinik yang dipilih telah ditamatkan kontrak.
Tatacara Permohonan pertukaran Klinik Panel Bagi UiTM Cawangan Kelulusan daripada Bahagian Pentadbiran iaitu Pegawai Semak dan Pegawai lulus Bagi UiTM Shah Alam Kelulusan Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam .
Tatacara tuntutan bayaran balik bagi staf yang menggunakan perkhidmatan klinik panel selain dari pilihan mereka perlu dilaksanakan berdasarkan kaedah berikut : Bagi UiTM Cawangan, tuntutan perlu diperaku oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan untuk proses kelulusan dan pembayaran. Permohonan tuntutan perlu kemukakan resit asal dan salinan borang skim perkhidmatan perubatan(kw/1/78) bagi mereka yang mendapat rawatan di klinik-klinik yang menjadi Klinik Panel UiTM. Bagi UiTM Shah Alam tuntutan perlu diperaku oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam untuk proses kelulusan dan pembayaran.
SYARAT LANTIKAN KLINIK PANEL Menyediakan salinan Sijil Pendaftaran Klinik dengan Kementerian Kesihatan beserta nombor pendaftaran. Menyediakan salinan Sijil Pendaftaran Klinik dengan Pihak Berkuasa Tempatan (BPT). Menyediakan Sijil Pendaftaran Syarikat/ Pemilikan Klinik Menyediakan Salinan Sijil Amalan tahunan Doktor ( Annual Practising Certificate) Menyediakan senarai nama Doktor beserta Sijil Amalan masing-masing.
Perlantikan ini adalah terhad hanya kepada sebuah klinik sahaja dan TIDAK termasuk cawangannya DENGAN SYARAT sekiranya cawangan klinik berhasrat untuk menjadi klinik panel UiTM, permohonan baru hendaklah dikemukakan kepada yang UiTM. Perlantikan dilaksanakan selama tiga (3) tahun
PENAMATAN, PEMBATALAN DAN PEMBAHARUAN PERLANTIKAN UiTM atau klinik panel boleh menamatkan perlantikan ini tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi selewat-lewatnya tiga (3) bulan notis bertulis terlebih dahulu sebelum penamatan itu berkuatkuasa. Klinik panel yang berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan sebagai klinik panel UiTM hendaklah mengemukakan notis penamatan kepada Bahagian Perhubungan Dan Kebajikan Staf.
Perlantikan ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya klinik panel berpindah milik dan pembatalan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh pindahmilik disempurnakan. Klinik panel yang berhasrat untuk menyambung perkhidmatan sebagai klinik panel UiTM hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada UiTM yang terlibat selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan
ISU-ISU YANG SERING TIMBUL Borang Perkhidmatan Perubatan ditandatangani oleh Kakitangan Klinik Panel perubatan. Bil Perubatan tidak selari dengan borang asal Terdapat pesakit yang bukan kakitangan UiTM tetapi menggunakan nama kakitangan UiTM.(keraguan timbul apabila semakan melalui rawatan yang diterima adalah penyakit org berusia) Jumlah harga rawatan yang tidak mengikut perjanjian Perkhidmatan. Terdapat caj rawatan yang di caj kepada UiTM tetapi sebenarnya pesakit tidak pernah mendapatkan rawatan tersebut.
Terdapat keraguan dalam borang-spt tanda tulis dan padam Borang tidak di tandatangani oleh staf. Bil diterima daripada cawangan Klinik Panel yang tidak dilantik.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI Encik Kamarul Aini Hassan Basri 55443059 Penolong Pendaftar Puan Khairul Bariyah 55443061 Pegawai Kerani Tingkatan Tinggi Encik Mohamad 'Ammar Arsyad 55438542 Pegawai Eksekutif