INSTITUSI KEHAKIMAN
Hakim @ Kadi Hakim @ kadi : org yg berperanan penting dlm melaksanakan perundangan Islam & bertanggungjawab sepenuhnya menjaga & mempertahankan kedaulatan undang2. Islam telah menentukan syarat2 yg ketat utk menjadi hakim. Antara syarat2 yg harus dipenuhi adalah spt berikut: Beragama Islam Baligh Adil Merdeka Lelaki Mujtahid (ahli dlm hukum syarak) Sempurna pancaindera
Adab2 & Etika Kadi @ Hakim Semasa mengendalikan sesuatu kes hendaklah tidak berada dlm kemarahan, keluh kesah, bosan & berat sebelah. Ketika berada dlm majlis kehakiman, hendaklah ia menundukkan pandangannya, byk berdiam drp bercakap & tidak meninggikan suara kecuali utk tujuan mengajar adab sopan tentang displin mahkamah. Adab kadi semasa di luar mahkamah spt tidak boleh menerima rasuah @ hadiah drp org yg mempunyai kes (boleh mempengaruhi keputusannya), tidak menghadiri jemputan khas drp org yg berkepentingan, sentiasa menjaga kehormatan & maruah.
Samb… Hendaklah menghukum dlm keadaan tenang, tidak terpengaruh dgn org sekeliling, memberi layanan yg sama kpd semua pihak, tidak memanjang perbicaraan tanpa sebab, berhati2 dgn pihak yg terlibat, memuliakan saksi & tidak menghakimi kerabat Tidak boleh terlibat dlm perniagaan krn boleh mendorong sikap berat sebelah thdp thdp kes yg melibatkan pelanggan, rakan kongsi, penghutang dsb. Mengelak diri drp berhutang, bertengkar & bertikam lidah dgn org ramai. Pakaian hakim perlu mempunyai kehebatan, kemuliaan & kehormatan hingga dapat menambahkan kehebatan majlis.
Persaksian Persaksian adalah salah satu saluran utk mensabitkan kebenaran yg didakwa. Menurut istilah fuqaha ialah perkhabaran yg benar di majlis kehakiman dgn lafaz syahadah utk membuktikan & mensabitkan kebenaran atas org lain. Kesaksian adalah hujah dan cara paling kuat dan wajib dipraktikan syahadah dalam kes-kes hudud, qisas dan mal. Ia juga dinamakan al-Bayyinah iaitu keterangan kerana dapat menerangkan sesuatu yang ada di dalam jiwa seseorang dan menjelaskan kebenaran yang sebenar pada sesuatu yang dipertikaikan
Syarat-syarat saksi : Baligh & adil Saksi itu mengetahui sesuatu yg disaksikan Beragama Islam Bersifat adil (istiqamah dlm agamanya) Hendaklah seseorg saksi tidak ada keraguan pada kesaksiaannya. Sejahtera drp kecacatan tertentu.
Pendakwaan, pembuktian & keterangan Pendakwaan ialah menyandarkan seseorg kpd dirinya bhw ia berhak thdp sesuatu yg ada pada tangan @ tanggungjawab org lain. Dakwaan memerlukan beberapa unsur tertentu . Di antaranya ialah : Al-Mudda’ie (Plaintif) : Org yg menuntut hak/pendakwa. Al-Mudda’ie alaihi (Defendan): Org yg didakwa. Al-Mudda’ie bihi : Perkara yg dituntut oleh plaintif drp defendan. Al-Da’waa (Dakwaan) : Perkataan yg lahir drp plaintif di hadapan hakim utk menyatakan bhw beliau ada hak ke atas tanggungan defendan.
Samb… Pembuktian & keterangan : Apabila seseorg pendakwa mengemukakan dakwaannya, maka hakim akan meminta supaya dia membuat pembuktian & keterangan dakwaannya, kemudian barulah hakim akan bertanya kpd yg kena dakwa tentang sesuatu yg didakwa oleh pendakwa. Sekiranya yg kena dakwa mengaku (iqrar) dgn dakwaan itu maka sabitlah hak yg kena dakwa. Keputusan di keluarkan berdasarkan kpd pengakuan tersebut, tetapi jika defendan menafikan apa yg didakwa oleh pendakwa, maka hakim meminta plaintif mengemukakan keterangannya bagi membuktikan apa yg didakwanya.
Mahkamah Syariah di Malaysia Sistem Mahkamah terbahagi kepada : Mahkamah Sivil: Mahkamah Persekutuan, Rayuan Mahkamah Tinggi, Rendah Mahkamah Syariah: Mahkamah Rayuan Mahkamah Adat
Bidang kuasa & kedudukan Mahkamah Syariah Undang Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalah warisan undang-undang penjajah yang sengaja mempersempitkan peranan perundangan Islam. Telah melahirkan dua sistem iaitu mahkamah negara dan mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah terletak dibawah kuasa perundangan negeri, iaitu : Mahkamah Rayuan Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Mahkamah Rendah Syariah
Bidang kuasa Mahkamah Syariah Jenayah Kesalahan matrimoni Kesalahan berhubung dengan seks Minuman keras Tidak solat jumaat, zakat dan tidak berpuasa Murtad Pengambilan anak angkat Sivil Pertunangan, nikah, cerai serta membatalkan nikah Memberi harta bendan dan tuntutan di atas harta spt hadanah, harta sepencarian, wakaf dan nazar.
Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia Kesalahan yang diperuntukan dalam enakmen pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah jenayah dalam Islam Antaranya ialah : Kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan Bersekedudukan haram spt zina dan khalwat Minum minuman yang memabukkan Gagal menunaikan kewajipan solat jumaat, puasa Murtad Pelbagai kesalahan lain
Usaha Meninggikan Taraf Mahkamah Syariah Sumber perundangan Islam dijadikan sumber undang-undang negara Cadangan perkara dalam Perlembagaan Malaysia: “mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ianya bertentangan” Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hendaklah dipinda sesuai dengan ajaran Islam supaya dapat menjalankan undang-undang hudud, qisas dan ta’zir.