PERUBAHAN ORGANISASI.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENGURUSAN ANTARABANGSA
Jenis-Jenis Organisasi
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
PENCERAPAN KLINIKAL.
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Kepuasan Kerja.
KEPIMPINAN & KEBERKESANAN ORGANISASI
Dimensi Kepekaan Masa … merujuk kepada kepekaan subjektif terhadap perjalanan masa. Kepekaan berbeza antara individu Penting – kerana masa boleh dijadikan.
KONFLIK DAN PENGURUSAN KONFLIK (PENYELESAIAN MASALAH)
BAB 8 KEPIMPINAN.
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
FACE TO FACE TWO.
REKABENTUK ORGANISASI
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
KOMUNIKASI.
MENGENAL PASTI HALANGAN PERKEMBANGAN
Bab 15 PERUBAHAN ORGANISASI.
Kepuasan Kerja.
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
Hasil Pembelajaran Kursus/ Objektif Kursus
MODUL 7 KAUNSELING.
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
KONSEP DAN SISTEM KAWALAN
Latihan dan Pembangunan
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
DINAMIK KUMPULAN.
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
KONFLIK DALAM ORGANISASI
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Interaksi Dalam Bilik Darjah
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Kepuasan Kerja.
Pengurusan Antarabangsa
UJIAN PERSONALITI.
Latihan dan Pembangunan
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
UNIT 5 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM.
KOMUNIKASI FORMAL DALAM ORGANISASI
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
BUDAYA ORGANISASI.
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
Memahami tingkah laku manusia
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
Transcript presentasi:

PERUBAHAN ORGANISASI

Definisi Menurut Carzo dan Yanoazas, perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. - Perubahan tidak boleh dielakkan apabila tiba masanya.

Objektif Meningkatkan motivasi: - Perubahan yang diperkenalkan dalam organisasi lebih tertumpu kepada meningkatkan minat kerja kakitangan di dalam sesebuah organisasi tersebut. Meningkatkan daya pengeluaran: - Kerja yang kemas boleh memberi kesan yang positif ke arah peningkatan produktiviti. - James Worthy menyatakan bahawa kerjasama pekerja telah bertambah dengan adanya perubahan struktur yang di jalankan di sesetengah syarikat multinasional.

Mengurangkan konflik: - Setiap bahagian di dalam organisasi berhubungan di antara satu sama lain untuk meningkatkan kecekapan sehingga berlakunya pergeseran. - Secara keseluruhannya,setiap bahagian perlu mengelakkan daripada berlaku pergeseran atau konflik negatif ini. - Oleh itu,perubahan mesti di jangka supaya setiap bahagian bersedia menghadapi sebarang cabaran.

Bentuk-bentuk perubahan Perubahan struktur organisasi - Firma harus menyusun semula struktur pentadbirannya 2/3 tahun sekali supaya pelbagai masalah yang wujud dapat di atasi dengan berkesan. - Segala perubahan boleh di jalankan dengan menyediakan garis panduan kerja dengan jelas dan mudah. - Mendorong kepuasan kerja dan meningkatkan pengeluaran serta memberi peluang berinteraksi antara pekerja.

Perubahan pekerja - Salah satu perkara yang sukar di ubah. - Pihak pengurusan perlu mengubah sikap untuk kebaikan individu dan organisasi. - Tumpuan utama di tujukan untuk mengubah pekerja yang sering membawa kesukaran kepada organisasi. Perubahan teknologi - Teknologi yang canggih telah menghasilkan perhubungan dan produktiviti yang lebih baik di dalam organisasi.

Perubahan Budaya Organisasi - Menyebabkan tugas perlu diubah. - Mengikut kelazimannya, pekerja menjalankan tugas mengikut apa yang biasa dilakukan tiap-tiap hari, tetapi setelah terdapat perubahan dalam organisasi dari segi pendekatan, objektif, kepercayaan autoriti, tugas dan sebagainya telah memaksa mengubah cara mereka bekerja. - Proses ini turut melibatkan perubahan kelakuan yang tidak mudah dilakukan melainkan mereka telah diyakinkan tentang hidup mati syarikat mereka bekerja. - Dalam proses ini, pengurus harus yakin bahawa budaya baru yang ditampilkan benar-benar perlu dan jika tidak mereka mungkin menghadapi rintangan yang lebih merumitkan.

Perubahan Proses Pengurusan - Merupakan tumpuan kepada perubahan. - Perubahan boleh dibuat pada matlamat organisasi, rancangan organisasi atau kawalan. - Fungsi mengarah dan penyeliaan juga boleh berubah. - Perubahan dan aktiviti proses pengurusan boleh dibuat dalam berbagai bentuk.

Perubahan Dalam Proses Membuat Keputusan - Perubahan rancangan selalunya menitikberatkan kepada rasional dan ini perlu diarah kepada satu keputusan yang ideal. - Proses membuat keputusan yang praktikal mungkin boleh dicapai melalui latihan yang diperolehi atau melalui penyampaian yang baik. - Pembuat keputusan yang berkesan adalah mustahak dalam menentukan pencapaian matlamat dalam masa yang ditentukan.

PERSPEKTIF KEPADA PROSES PERUBAHAN Perubahan organisasi boleh dipengaruhi oleh perubahan manusia, teknologi, struktur organisasi, proses atau keadaan. Perubahan perlu dirujuk daripada salah satu sistem perubahan kerana perubahan salah satu faktor tersebut akan melibatkan perubahan yang lain. Perubahan Baru Peringkat Pencairan Pembekuan Semula KURT LEWIN

Peringkat Pencairan Bagi memupuk pembaharuan, nilai-nilai lama terlebih dahulu perlu dibuang untuk memberi peluang kepada pembaharuan. Pencairan merupakan langkah pertama terhadap perubahan status quo supaya menyokong dan merasakan bahawa perubahan adalah perlu dalam organisasi. Mengubah status quo bukanlah satu usaha yang mudah bahkan akan mendapat tentangan atau tekanan dari individu dan kumpulan. Output akan menurun tetapi ia boleh dikurangkan dengan menggunakan insentif yang positif bagi menggalakkan penerimaan perubahan.

Perubahan Baru Peringkat perubahan sebenar yang dijalankan dalam organisasi. Masyarakat atau individu didapati bersedia untuk menerima kelakuan baru. Peringkat mencuba dari kesilapan. Usaha biasa yang memerlukan panduan teliti dan bersungguh-sungguh. Mustahil mengubah sepenuhnya kelakuan lama setelah proses pencairan, jadi dalam hal ini pembelajaran adalah penting untuk memupuk kemahiran baru dan juga perspektif yang melibatkan psikologi. Ia memerlukan masa yang panjang untuk mengubah psikologi dan kegagalan melaksanakan perubahan di peringkat ini boleh menimbulkan ketidakyakinan dan kejatuhan moral pekerja dan pengurus sendiri.

Pada peringkat ini seorang pengurus akan cuba menunjukkan sikap optimistik tentang kejayaan pembaharuan untuk memupuk keyakinan di kalangan pekerja. Kemahiran yang luas amat perlu bagi pelaksanaan secara menyeluruh dan memilih antara : Strategi kuasa Strategi Kerjasama - Menimbulkan publisiti ugutan, pemberhentian kerja, mogok, kerja ikut masa atau keganasan kerana pendekatan ini agak autokratik. - Sesuai digunakan apabila tumpuan perubahan tidak bersedia untuk berubah sedangkan keadaan firma begitu kritikal dan kedudukan kuasa tidak seimbang. - Melibatkan usaha kerjasama berlandaskan kepercayaan dan persetujuan bersama. - Lebih sesuai apabila tumpuan perubahan semasa pencairan dan tidak semata-mata unutk perubahan baru.

Pembekuan Semula Melibatkan perspektif baru yang sesuai dengan kelakuan baru. Menstabilkan perubahan. Proses ini bertujuan untuk memperkukuhkan dan membiasakan dengan perubahan. Perubahan baru sudah menjadi satu status quo. Penghargaan diberi kepada mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan maklumat. Proses pembekuan semula boleh mengurangkan tekanan hasil daripada perubahan baru, tetapi proses ini tidak harus ditamatkan di situ sahaja. Individu dan kumpulan telah memperolehi penghargaan intrinsik dan ekstrinsik dan meningkatkan keyakinan pada diri mereka. Pembekuan semula mungkin akan menimbulkan konsep persendirian baru. Tapi kejayaannya akan terbukti sehingga perlaksanaan kelakuan dan kerja yang baru dapat menimbulkan hasil yang baru

Autokratik Penyertaan Pendapat Proses Penilaian Analitikal Model Perubahan Autokratik Penyertaan Pendapat Proses Penilaian Analitikal Orientasikan Kawalan Sama Taraf Berasaskan Logik Penerimaan Bersama

dianalisis bagi mengurangkan sebarang ketidakmungkinan wujud Proses Penilaian Pendapat Keputusan yang kritikal dibuat berasaskan intuisi atau pengalaman Analitikal Semua maklumat dianalisis bagi mengurangkan sebarang ketidakmungkinan wujud

Model Perubahan Autokratik Gaya Perubahan Kawalan Gaya Panduan Logik

Gaya Perubahan Kawalan Cara pengurusan autokratik dan pengurusan pendapat menghasilkan perubahan berorientasikan kawalan Pihak pengurusan bertanggungjawab memberi panduan kepada subordinat terutamanya sistem pengukuran prestasi Subordinat diberi autoriti selagi tindakan mereka selaras dengan komitmen mereka. Diamalkan dalam organisasi berasakan keuntungan Perancangan strategik yang lemah dan tidak digunakan

Gaya Perubahan Logik Mengatasi kesan negatif ketegangan antara perancangan strategik dan proses kawalan Kesan jangka pendek dan jangka panjang disertakan dalam analisis strategi Penilaian keputusan jangka pendek membolehkan perubahan dilaksanakan Cara ini membolehkan keperluan perubahan dikenalpasti bagi memperolehi alternatif perubahan yang sesuai

Model Perubahan Penyertaan Gaya Sama Taraf Gaya Penerimaan Bersama

Gaya Sama Taraf Terdapat hubungan kuat di antara unit dalam organisasi Melibatkan pendekatan pendapat bersama dalam membuat keputusan Kelemahannya ialah ahli-ahli tidak memberi pendapat yang tepat kerana takut menjejaskan unit mereka Mengikut amalan, kakitangan dari jabatan yang berkonflik akan memberi penyelesaian bagi membuat keputusan yang berkesan

Gaya Penerimaan Bersama Melibatkan perubahan tentang logik dan keperluan kerjasama dalam perlaksanaan Ketidaksetujuan sering berlaku di peringkat analisis kerana setiap individu akan menghasilkan pendapat yang berlainan Individu yang gagal mempertahankan logiknya terpaksa menerima keputusan yang telah dibuat Lain-lain pembolehubah seperti kebolehan kepimpinan individu mampu mempengaruhi bentuk struktur organisasi

Model Proses Perubahan Diagnosis Pembentukan Perlaksanaan Rangka Berstrategik Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Analisis Alternatif Menterjemah kepada program Model sebab berkaitan Kenalpasti halangan kepada perubahan Mengatasi halangan

Model Perkembangan Untuk Perubahan Yang Terancang Kuasa luaran atau kuasa dalaman mendesak perubahan Mengenalpasti kawasan masalah dan punca masalah Diagnosis matlamat program Agen Perhubungan bertanggungjawab menjalankan program perubahan Penilaian dihubungkan dengan matlamat Mengenalpasti Pemilihan Pendekatan Mengenalpasti konstren, sumber struktur, teknologi manusia Perlaksanaan masa, tempat, secara mendalam

Jenis Agen Perubahan Agen Manusia Agen Orang Luar Agen Organisasi Perhubungan Organisasi Analisis Daripada Pengurus Atasan

Agen Orang Luar Terdiri daripada orang ramai yang mendemonstrasikan perubahan Dan pengguna yang mendesak perubahan oleh organisasi Desakan berkait dengan dasar yang ada hubungannya dengan menyekat atau kesejahteraan pengguna keseluruhannya

Agen Perubahan Manusia Ahli organisasi yang memerlukan perubahan sikap atau tanggapan dalam organisasi Pendekatan kaunseling dianggap paling sesuai untuk mengubah sikap dan tanggapan individu atau kumpulan dalam organisasi

Agen Perhubungan Organisasi Menumpukan perhatian terhadap aktiviti organisasi untuk menyelesaikan masalah Termasuk perkara yang berhubung dengan dasar kumpulan dan kumpulan berpasukan

Analisis Daripada Pengurus Atasan Pengurus atasan yang terlibat dalam pembentukkan dasar atau cara bagi menjalankan penyediaan operasi organisasi Analisis dan penilaian berdasarkan pengalaman dan tindakan mereka yang sebenar

TEKNIK MENGURUS PERUBAHAN

Terdapat tiga perkara yang perlu diubah oleh pengurus , iaitu : Pengurusan perubahan manusia Pengurusan perubahan struktur organisasi Pengurusan perubahan teknologi

1. Pengurusan perubahan manusia Perubahan ini dimaksudkan kepada perubahan sikap pekerja, kemahiran, jangkaan, tanggapan dan kelakuan manusia. Antara teknik untuk mengubah dan memandu individu dan kumpulan di dalam organisasi, adalah : a) latihan sensitiviti b) penyelidikan maklumbalas c) proses perundingan d) kumpulan berpasukan e) perkembangan antara-kumpulan

a) Latihan sensitiviti Satu kaedah perubahan kelakuan melalui interaksi kumpulan tak berstruktur seperti pakar saintis dalam kelakuan manusia dan sebilangan peserta. Dalam latihan ini tiada agenda tertentu yang disediakan. Matlamat latihan ini ialah untuk meningkatkan kesedaran kelakuan peserta sendiri dan memahami bagaimana orang lain membuat tanggapan. Hasil keberkesanan latihan sensitiviti sebagai satu teknik perubahan pada umumnya adalah satu keputusan yang berbagai.

b) Penyelidikan maklumbalas Satu teknik untuk mengenalpasti dan seterusnya menilai sikap ahli organisasi bagi menyelesaikan sebarang perbezaan dengan menggunakan maklumat penyelidikan dalam maklumbalas kumpulan. Setiap ahli perlu menyediakan soalan dan menyoal dalam berbagai bidang untuk mengetahui tanggapan dan sikap mereka.

c) Proses perundingan Latihan ini bergantung kepada perunding luar untuk menolong pengurus membuat tanggapan, memahami dan bertindak ke atas proses peristiwa yang perlu bertindak seperti perjalanan kerja, hubungan secara informal antara ahli-ahli dan saluran komunikasi yang formal. Kedatangan perunding bukanlah untuk menyelesaikan masalah pengurus tetapi bertindak sebagai petunjuk untuk menolong pengurus mencari resolusi ke arah kebaikan.

d) Kumpulan berpasukan Kumpulan ini terdiri daripada ahli kumpulan kerja yang berinteraksi di antara satu sama lain dalam mempelajari bagaimana ahli lain dalam kumpulan itu berfikir dan bekerja. Aktiviti program ini ialah dengan mengadakan matlamat kumpulan, membina hubungan mesra di kalangan ahli, analisa peranan untuk menentukan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli. Hasilnya, ahli kumpulan dapat belajar membina peningkatan kepercayaan dan berfikiran luas.

e) Perkembangan antara-kumpulan Biasanya, dua kumpulan yang berbeza akan menghadapi kesulitan dalam melakukan sesuatu pekerjaan bersama. Maka, teknik ini digunakan antara kumpulan-kumpulan secara bebas dalam membina senarai tanggapan mereka dan tanggapan kumpulan lain serta mereka percaya bagaimana kumpulan lain membuat tanggapan terhadap mereka. Kumpulan-kumpalan ini akan berkongsi senarai dan berbincang ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara mereka. Mereka ini akan cuba mencari sebab mengapa perbezaan antara mereka boleh berlaku dan berusaha membina satu resolusi yang boleh merapatkan hubungan antara kumpulan.

2. Pengurusan perubahan struktur organisasi Perubahan ini akan dilakukan oleh pengurus organisasi apabila keadaan organisasi sudah tidak berfungsi secara normal. Perubahan struktur termasuklah perubahan hubungan pihak yang berkuasa, penyatuan mekanisme, darjah pemusatan, merekabentuk semula tugas atau struktur pembolehubah yang serupa.

3. Pengurusan perubahan teknologi Perubahan teknologi dapat menolong memproses input untuk mengeluarkan output. Perubahan teknologi yang utama ialah dengan memperkenalkan peralatan yang baru, serba automatik atau berkomputer. Penggunaan peralatan moden yang sofistikated akan menghasilkan pengeluaran yang efisien serta dapat meminimakan kos dan masa.

Terdapat tujuh faktor yang menghalang kepada perubahan, iaitu : Pengurangan kuasa dan tanggungjawab Menambah beban-kerja Kehilangan sumber ekonomi Ketidakselesaan Kewangan yang terlibat Tidak yakin dengan kejayaan Faktor ugama, sosio-ekonomi dan politik

Taktik yang boleh digunakan bagi mengatasi halangan perubahan Pendidikan dan komunikasi Penglibatan Kemudahan dan peralatan Perundingan Manipulasi Kuasa