CADANGAN TATA CARA PERMOHONAN PELAKSANAAN KAWALAN KESELAMATAN DI KAWASAN PERUMAHAN SEDIA ADA A. Kawalan Keselamatan Di Kawasan Perumahan Yang Dibenarkan Eleman-eleman yang berkaitan untuk permohonan perlaksanaan kawalan keselamatan di kawasan perumahan sedia ada : Pondok Pengawal Boom Gate Pagar Persatuan Penduduk Berdaftar Pengawal keselamatan i. Pondok Pengawal a. Lokasi yang sesuai. b. Saiz yang telah ditentukan oleh pihak Jabatan Bangunan, MPSJ iaitu 2400m x 2400m (7.8 kaki x 7.8 kaki). c. Bekalan elektrik perlu disediakan untuk pencahayaan lampu pada waktu malam. d. Lain-lain yang diperlukan untuk kemudahan pondok pengawal seperti tandas, peralatan kerusi meja dan sebagainya. ii. Boom Gate Lokasi yang sesuai supaya tidak menghadang laluan keluar masuk kenderaan. Kawalan masa yang ditentukan iaitu palang boom gate hanya dibenarkan digunakan di antara jam 12.00 pagi hingga 6.00 pagi sahaja. iii. Pagar b. Jenis ’Chain Link’ sahaja yang dibenarkan.
iv. Persatuan Penduduk Berdaftar a. Mengadakan syarat – pro team. b. Memasang banner untuk memberikan hebahan kepada penduduk setempat. c. Borang persetujuan perlu dilengkapi dan ditandatangani oleh semua penduduk / pemilik rumah kediaman di kawasan perumahan / kejiranan tersebut. d. Persatuan penduduk hendaklah berdaftar dengan ROS. e. Perlu mendapatkan kelulusan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah kerajaan (TOL) daripada Pejabat Tanah Daerah. f. Perlu memohon kelulusan Permit Sementara Bangunan daripada pihak Majlis untuk membangunkan struktur pondok pengawal tersebut. v. Pengawal Keselamatan a. Syarikat pengawal keselamatan adalah syarikat yang berdaftar dengan KDN. b. Pengawal keselamatan yang diambil untuk berkhidmat adalah kaki tangan yang terlatih. c. Pihak pengawal keselamatan tidak boleh menyimpan kad pengenalan pelawat yang memasuki kawasan perumahan yang berpagar dan mempunyai pondok pengawal tersebut kerana ia adalah menyalahi dari segi perundangan. d. Pihak pengawal keselamatan boleh bertanya serta mengambil nama dan nombor plat kenderaan sahaja. e. Penggunaan kad tetamu boleh dilakukan bagi memberikan laluan kepada pelawat atau pengunjung untuk memasuki kawasan perumahan tersebut. f. Pengawal keselamatan yang bertugas tidak boleh menyekat laluan keluar masuk yang melalui pondok pengawal berkenaan.
B. Kawalan Keselamatan Di Kawasan Perumahan Yang Tidak Dibenarkan Perlaksanaan Kawalan Keselamatan tidak boleh dimulakan jika : RA tidak berdaftar atau belum menubuhkan pro - team di dalam sesebuah kejiranan tersebut. Belum mengadakan mesyuarat bersama penduduk bagi mengetahui keputusan bersama yang dipersetujui berkenaan cadangan kawalan keselamatan tersebut. iii. Menutup jalan secara tetap bagi laluan keluar masuk ke kawasan perumahan. Belum mendapat kelulusan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah kerajaan (TOL) daripada Pejabat Tanah Daerah. v. Belum mendapat kelulusan Permit Sementara Bangunan daripada pihak Majlis untuk membangunkan struktur pondok pengawal tersebut.
C. Carta Alir Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Di Kawasan Perumahan Sedia Ada (Oleh RA(Penduduk) ) 1. Hebahan + Borang Persetujuan 2. Mesyuarat Penduduk RA (Penduduk) PT/JTP / PPPB PPB / P(PB) 3. Tubuhkan Pro-team RA (Penduduk) / ROS 4. Daftar Pertubuhan PT/ PP/JTP / PPPB PPB / P(PB) Tidak 6. Keputusan RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah Lulus 7. Mohon TOL RA (Penduduk)/ Majlis (PBT) 8. Mohon Permit 9. Tandatangan Perjanjian 10. Pelaksanaan RA (Penduduk) / Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah PP/JTP / PPPB PPB / P(PB) 11. Perbaharui TOL & Permit
D. Carta Alir Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Di Kawasan Perumahan Sedia Ada (Oleh Pemaju) 1. Pemaju (Infill Parcel) 2. Salinan DMC, Pelan Pondok Pengawal, Pagar dan ‘Boom Gated’ Pemaju PT/JTP / PPPB PPB / P(PB) Lulus Dengan Syarat (6 bulan) 4. Daftar Pertubuhan/RA Pemaju / ROS / RA (Penduduk) PT/ PP/JTP / PPPB PPB / P(PB) Tidak 6. Keputusan Pemaju / RA (Penduduk) Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah Lulus 7. Mohon TOL Pemaju / RA (Penduduk) Majlis (PBT) 8. Mohon Permit 9. Tandatangan Perjanjian 10. Pelaksanaan Pemaju / RA (Penduduk) Majlis (PBT) / Pejabat Tanah Daerah PP/JTP / PPPB PPB / P(PB) 11. Perbaharui TOL & Permit Nota -Permohonan perlaksanaan kawalan keselamatan di kawasan perumahan sedia ada sahaja yang dibenarkan. -Manakala bagi permohonan untuk mengadakan kawalan keselamatan di kawasan perumahan baru yang belum diduduki dan bukan kawasan perumahan hak milik strata adalah tidak dibenarkan.
E. Reka Bentuk Pondok Pengawal (Oleh Bahagian Reka Bentuk & Penguatkuasaan, Jab. Bangunan, MPSJ)