CADANGAN PENYELIDIKAN (RESEARCH PROPOSAL)
APAKAH PROPOSAL PENYELIDIKAN? Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan penyelidikan Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti projek ilmiah, latihan ilmiah,disertasi atau tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi berkaitan
APAKAH OBJEKTIF UTAMA PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP) Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil penyelidikannya Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan cadangan dan bimbingan terhadap perancangan penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian dicadangkan berhasil
APAKAH PERMASALAHAN KAJIAN? Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan yang menggerakkan penyelidik memecahkannya Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk direalisasikan Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji secara empirikal
TIPS MENGENALPASTI MASALAH: Masalah baru - Prinsip asas ‘nilai tambah ilmu’ perlu diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan Masalah tidak terlalu kecil - Elak berlaku halangan perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud penyelidikan yang hendak di capai Masalah tidak terlalu besar - Pengkaji perlu ambilkira faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Elak terjerumus dalam kajian berbentuk umum.
APAKAH UKURAN BESAR ATAU KECIL MASALAH? Kemahiran penyelidik Maklumat literature review
PENDEKATAN DALAM MENULIS PERMASALAHAN KAJIAN Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian Mengketengahkan latar sejarah permasalahan kajian Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu kontemporari berdasarkan data atau maklumat literatur Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk dikaji
APAKAH MATLAMAT KAJIAN? Matlamat umum sesebuah kajian Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan
APAKAH OBJEKTIF KAJIAN? Adalah matlamat khusus yang mengandungi lebih daripada satu tujuan Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah kajian dicadangkan. Objektif kajian hendaklah berdasarkan prinsip ‘V’.
APAKAH TERMINOLOGI DALAM OBJEKTIF KAJIAN? Untuk mengenalpasti (to identify) Untuk mencari hubungan (to correlate) Untuk mengukur (to measure) Untuk mengkaji (to examine) Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate) Untuk menganalisa (to analyze) Untuk menilai (to evaluate) Untuk membandingkan (to compare) Untuk menentukan (to determine) Untuk membuktikan (to prove) Untuk mencadangkan (to propose)
APAKAH BATASAN KAJIAN? Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak terlalu luas Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu sedangkan menurut pandangan mereka relevan dengan kajian
APAKAH ASAS DALAM BATASAN KAJIAN? Batasan masa Batasan bidang kajian Batasan lokasi kajian
APAKAH DEFINISI OPERASIONAL? Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik untuk diberikan huraian supaya tidak mengelirukan pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik Definisi operasional BUKAN definisi tajuk Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar bidang atau literatur berkaitan penyelidikannya
APAKAH METODOLOGI KAJIAN? Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data atau menganalisa data Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh mencapai objektif yang dicadangkan
APAKAH ASPEK PENTING DALAM METODOLOGI KAJIAN? Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan, deskriptif, eksperimen,kajian lapangan atau kajian perpustakaan Persampelan-persampelan mudah, persampelan kuota etc,jumlah sampel dan kawasan sampel Instrumen kajian-sama ada borang soal selidik, temubual atau pemerhatian Kaedah analisis data - menggunakan kajian perbandingan, analisis kandungan dan sebagainya
APAKAH RANGKA CADANGAN PENYELIDIKAN? Bab-bab perlu ditulis dengan terperinci dengan menyatakan tajuk utama dan sub-tajuk yang dirancang Sistem penomboran yang teliti perlu digunakan agar tidak berlaku pertindihan dan pengulangan
RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI? Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus dalam penyeldikan Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK tetapi mempunyai berkaitan dengan kajian