Gejala Murtad: Pengertian, Implikasi dan Langkah Pencegahan Oleh: Us.Hj.Abdul Ghani Samsudin
Rasulullah Bersabda: يا ايها الناس انكم محشورون الى الله تعالى حفاة عراة غرلا (كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ.(الانبياء 104) الا وان اول الخلائق يكسى يوم القيامة ابراهيم (ص ) الا وانه سيجاء برجال من امتي فيؤخذ بهم ذات الشمال ( اي جهة النار) فاقول يا رب اصحابي فيقال انك لا تدري ما احدثوا بعدك فاقول كما قال العبد الصالح ( وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ وَأَنتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ المائدة 117-118) فيقال لي انهم لم يزالوا مرتدين على اعقابهم منذ فارقتهم ( حديث متفق عليه) View complete resume as a Word document
Maksudnya: Kalian akan dihimpunkan kepada Allah ( pada hari kiamat) dalam keadaan berkaki ayam, telanjang bulat dan kulup (Firman Allah : Sebagaimana Kami jadikan kamu pada kali pertama demikianlah kami kembalikan semula kejadian kamu. Kami pasti melakukannya. Sesungguhnya makhluk manusia yang pertama diberi persalinan (kelak pada hari kiamat )ialah Ibrahim (S.A.W) . Juga akan berlaku peristiwa dimana ada segolongan umatku yang akan dibawa ke saluran sebelah kiri (saluran neraka) .Namun aku (membantah ) dan menjelaskan bahawa mereka adalah dari kalangan para sahabatku. Bantahan ku itu dijawab : Sebenarnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan (dalam agama) selepas ketiadaanmu. View complete resume as a Word document
Sambungan Akhirnya aku hanya mengucapkan apa yang diucapkan oleh hamba Allah yang soleh (seperti dalam firman Allah) “Saya hanya boleh menjadi saksi ketika saya ada bersama mereka , maka apabila Engkau wafatkan diriku (wahai Allah) Engkaulah yang yang memantau urusan mereka, memang Engkau menjadi saksi terhadap segala-galanya. Andaikata Engkau menyeksa mereka maka mereka adalah para hambamu jua . Namun kalau Engkau mengampunkan mereka maka Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang” Kemudian diterangkan kepada aku bahawa mereka sebenarnya telah menjadi murtad (kembali jahiliah) selepas peninggalanmu. ( Hadith Muttafaqun ;alaihi). View complete resume as a Word document
Rasulullah Bersabda lagi “Di ambang kiamat akan tercetus fitnah besar segelap malam yang gelita ; di waktu pagi orang menjadi mukmin tapi petang bertukar menjadi kafir. Diwaktu petang menjadi mukmin tapi paginya menjadi kafir. Mereka menjual agama dengan (bayaran ) habuan dunia. “ (Hadith Riwayat Abu Daud) View complete resume as a Word document
Usaha Melemahkan Pengaruh Agama View complete resume as a Word document
Contoh Buku Diayah Kristian View complete resume as a Word document
Pendahuluan: Kepentingan Agama Setiap peradaban manusia tegak atas landasan agama Agama keperluan fitrah manusia Berpegang kpd agama yang benar adalah serba rahmat Manakala menolaknya adalah kecelakaan View complete resume as a Word document
Peranan Taqwa Taqwa akan menjadi teras dan paksi keamanan dan ketenteraman dalam diri dan dalam masyarakat. Sebab itu usaha mengukuhkan agama atau penghayatan agama, memperkasa taqwa dan sikap prihatin yang tinggi kepada Allah dan semangat mematuhi agama adalah usaha mengukuhkan keamanan negara. Apabila pengukuhan agama bererti pengukuhan nilai akhlak , kerukunan hidup dan keselamatan negara maka tindakan menggugat komitmen terhadap agama Islam adalah bermakna menggugat ketenteraman dan rasa selamat umat Islam dalam negara mereka. View complete resume as a Word document
Dengan keinsafan di atas usaha menyebarkan set nilai agama suci yang unggul ini adalah suatu yang mulia dan selaras dengan kepentingan negara 1 2 3 4 Manakala perbuatan melemah dan meluntur agama ( Islam ) dan memurtadkan umat memisahkan penganut Islam dari agamanya atau melonggarkan komitmen mereka kepada agama ini adalah suatu kejahatan, dosa dan akhirnya akan menggugat keamanan negara. View complete resume as a Word document
Allah mahu menyelesaikan masalah manusia dengan menyarankan agar umat berpegang teguh dengan agama mereka namun musuh Islam dari kalangan Zionist dan Zio- Kristian , Imprealist menyarankan pandangan bahawa berpegang teguh kepada Islam adalah suatu tindakan fanatisme dan extrimisme . Oleh itu fenomena ini dianggap menggugat keamanan dunia.
Pada hakikatnya berpegang teguh dengan Islam adalah berbeza dengan perbuatan melampau atau extrimisme. Islam menggalakkan sifat I’tisam dan berpegang teguh kepada nilai Islam sebagai suatu yang positif . Dalam masa yang sama Islam juga menolak fahaman melampau dan keterlaluan. Islam mempunyai fahaman dan konsepnya yang tersendiri dalam mendefinisikan maksud I’tisam atau Tamassuk dan maksud melampau, Tatarruf atau extrimisme
musuh- musuh Islam menanggap penghayatan yang jitu terhadap Islam sebagai extrimisme yang hendak diperangi oleh mereka. mereka sebenarnya telah mencampuradukkan serta terjebak dalam kesamaran makna antara dua fenomena yang berbeza. Oleh itu mereka menyarankan agar penghayatan Islam yang benar itu diperangi atas dakwaan ianya adalah menifestasi extremism. Akhir-akhir ini mereka sibuk menamakan gejala tersebut sebagi gejala kemunculan fundamentalisme Islam, atau Islam politik .
Musuh-musuh Islam melakarkan perancangan yang menyeluruh untuk melemahkan pegangan umat Islam terhadap agama dan melibralisekan pemikiran umat terhadap agamanya, melemahkan atau terus memurtadkan mereka untuk meraih apa yang mereka anggap sebagai keselamatan dan keamanan dunia dari ancaman golongan pelampau atau extremist Islam . Inilah rahsia mengapa usaha memurtadkan umat Islam begitu merebak dan malah sebagai satu usaha global .Perancangan ini didalangi oleh Zionist antara bangsa yang telah berupaya mempengaruhi kuasa besar Barat untuk terus berkonflik dengan dunia Islam.
Sejajar dengan itu kita perlu memahami hakikat murtad, kriteria tertentu yang menyebabkan seseorang muslim boleh menjadi murtad, kesan dan implikasi murtad bagaimana mengatasi gejala murtad dan sebagainya;
Pengertian Murtad atau Riddah Dari sudut bahasa “Riddah” bermakna “ruju’”beralih daripada berpegang kepada sesuatu kepada yang lain. Dalam istilah syara’ ia bermakna beralih daripada berpegang kepada agama Islam kepada menganut agama lain
. Dalam pengertian ini Allah menyebutkan dalam surah al Baqarah ayat 217 seperti berikut: وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari agamanya kemudian dia mati dalam kaadaan kafir, maka orang berkenaan amal usahanya yang baik menjadi lupus ; baik di dunia mahu pun di akhirat. Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di dalamnya selama-lamanya
Hakikat Murtad Murtad berlaku bagi seorang lelaki atau wanita Islam yang meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat akidah agama Islam yang asas dan teras atau dengan menuturkan perkataan , perbuatan atau tindakan meninggalkan perkara-perkara yang di anggap kufur dalam neraca penilaian Islam. Dengan tindakan berkenaan maka para pelakunya dianggap terkeluar dari lingkungan agama Islam yang sangat lapang.
Riddah berlaku dengan empat kelompok perbuatan berikut : 1. Riddah I’tiqad 2. Riddah dengan pertuturan 3. Riddah dengan perbuatan 4. Riddah kerana tidak melakukan (perbuatan kewajiban) atau ”Riddah Bi al Turuuk”
1.Riddah kerana I’tikad yang salah Islam mempunyai set keyakinannya yang tersendiri. Oleh itu apabila seseorang muslim lelaki atau perempuan berkeyakinan dengan yang bertentang dengan mana –mana perkara atau keseluruhan set keyakinan ini ; sedangkan dia tahu dan sedar bahawa apa yang diyakininya itu adalah bertentangan dengan makna dan set nilai yang terkandung dalam akidah Islam maka insan tersebut menjadi murtad.
2. Riddah dengan pertuturan Kaedah yang dipakai dalam konteks ini ialah setiap perkataan atau pertuturan yang mengungkapkan tentang keyakinan yang batil dan salah yang mengkafirkan pengamalnya maka orang yang bertutur yang menyatakan keyakinan dirinya seperti itu adalah murtad dan kafir. Setiap perkataan atau ungkapan yang mengandungi penghinaan dan merendah-rendahkan Allah, ayat-ayat, agama , Rasul dan sebagainya maka penuturnya dianggap kafir dan murtad.
Ini berlandaskan firman Allah dalam surah aT Taubah ayat 65-66: وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِؤُونَ لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ
Maksudnya Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)tentulah mereka akan menjawab,”Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”.Katakanlah:”Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta),kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (menzahirkan) iman.jika kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat),maka kami akan menyeksa puak yang lain,kerana mereka adalah orang yang terus berdosa.
Setiap perkataan atau pertuturan yang di anggap mencacati Allah, agama atau RasulNya dengan perkara yang tidak wajar bagi Allah dan leluhur tersebut maka penuturnya dianggap kafir dan murtad. Kaedah ini berdasarkan firman Allah al-An’am 108: وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Setiap penolakan terhadap arahan atau perintah Allah, atau syara’ dengan sikap keras kepala, penentangan dan penolakkan dengan keangkohan maka orang berkenaan dihukum kafir dan murtad. Ini berdasarkan hukuman Allah kepada Iblis yang ingkar kepada perintah Allah
Iaitu seperti yang tertera dalam Surah al Baqarah ayat:34: وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ Dan Surah Shad ayat 75-78: قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ
Pendapat para Fuqaha’ dalam hal ini: Ibnu Taimiah berpendapat: Siapa yang mencaci Allah atau mencaci para Nabi atau mencaci Muhammad ia menjadi kafir dan murtad. Ibnu Qudamah dan Ibnu Hizm: Siapa yang mencaci Allah baik secara bergurau atau bersungguh ia menjadi .kafir dan murtad, begitu juga kalau ia menghina dan merendah-rendahkan Allah ayat-ayat Rasul atau kitab Samawi yang diturunkanNya
Pandangan Fuqaha Al Allamah ’Alim al Kir: Siapa yang mengatakan saya tak berapa suka dengan hukum Allah atau tak berminat dengan syariat Nabi Muhammad, maka ia menjadi kafir dengan perkataan itu. Kalau ada seseorang berkata kepada seseorang yang lain:Allah telah menghalalkan lelaki berkahwin dengan empat orang wanita lantas orang berkenaan meningkah: saya tidak bersetuju dengan hukum itu maka ia menjadi kafir.
Sambungan Begitu juga kalau ada yang berkata dengan sinis : Allah tak ada kerja lain lagi kah sampai mencipta makhluk seperti ini’ Atau kalau ada yang mempertikaikan keadilan Allah dengan berkata: Si pulan tu hamba Allah tapi begitu sekali tuhan beri nikmat. Aku pun hamba Allah juga tapi sampai begitu sekali sengsara hidup.Adilkah tuhan macam ini Atau dia berkata (dengan sikap keras kepada) Kalau Allah suruh buat apa pun aku tidak akan buat.
Menurut Syaikh Abdul Krim Zaidan Selain dari pertuturan di atas ada lagi bentuk ungkapan yang akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir umpamnya: Siapa yang berkata: ”Kenapalah wahai tuhan engkau cabut nyawa bayi tunggal yang satu-satunya kepunyaan ibunya.” ”Kenapalah wahai tuhan engkau timpakan bala ini kepada hambamu yang soleh tapi si polan yang zalim dan jahat itu engkau biarkan dia sihat.” ”Si pulan itu tidak patut ditimpa bala’ seperti itu.” “ Syariat Islam sudah lapuk dan ketinggalan zaman ; sudah luput masanya untuk digunapakai.” “ Kalau datang Muhammad Bin Abdullah Rasulullah memastikan aku mesti berbuat dengan perkara itu maka aku tidak akan patuh kepada suruhannya.”
3. Riddah dengan perbuatan Prinsip pokoknya di sini ialah setiap bentuk perbuatan yang menunjukan kepada penghinaan, merendah-rendah, mempermain-mainkan, sinis mencemek dan mencacati Allah, agamaNya, kitab-kitabNya atau RasulNya, atau menolak ”Juhud” perkara asas agama Islam yang dianggap ”Ma’lum min al Din Bi Al Dharurah” maka pelakunya adalah dihukum kafir dan murtad
Pandangan Fuqaha Menurut al Dirdir dalam al Syarh al Saghir ( Fiqh Maliki) dan seperti yang tersurat dalam kitab Mughni al Muhtaj (Fiqh syafi’i): "والفعل المكفر ماتعمده صاحبه استهزاء صريحا بالدين او جحودا كالقاء مصحف بقاذورة لانه صريح في الاستخفاف بكلام الله تعالى والاستخفاف بالكلام استخفاف بالمتكلم . وسجود لصنم او سجود لشمس او غيرها من المخلوقات "
Maksudnya Perbuatan yang boleh menyebabkan pelakunya menjadi kafir – antara lain - ialah perbuatan sengaja dan terang-terang menghina agama atau menafikan kebenaran dan kesuciannya seperti melemparkan mushaf dalam jamban atau tempat sampah. Kerana perbuatan tersebut jelas memandang hina dan rendah terhadap firman Allah. Memandang hina dan rendah kepada firman Allah bermakna memandang rendah kepada penuturnya .Iaitu Allah itu sendiri. Juga perbuatan sujud kepada berhala atau kepada matahari atau makhluk-makhluk yang lain..
4.”Riddah Bi al Turuuk” atau Riddah kerana tidak melaksanakan sesuatu perbuatan wajib. Asasnya di sini ialah peninggalan atau pengabaian sesuatu perkataan atau perbuatan (yang menjadi kewajipan agama) itu adalah tanda kufurnya orang berkenaan. Atas andaian pengabaian itu menunjukkan bangkangan dan perlawanannya terhadap arahan syara’ dengan sikap angkuh serta bongkak .
Pendapat Fuqaha Tentang Hal Ini Dalam kitab ”Kassyafu al Qina’” Fiqh Hanbali ada dinyatakan: ” Kecuali terhadap sembahyang ( maka hukum tidak melaksanakannya adalah kafir) apabila Imam (pemerintah) atau naibnya mengarahkan supaya dikerjakan namun orang berkenaan enggan menunaikannya sehingga habis waktu atau ia meninggalkan syarat atau rukun solat yang disepakati . Orang tersebut dihukum bunuh setelah ”Istitabah” diberi peluang bertaubat beberapa hari seperti yang diterangkan oleh para alim ulama..
Hukum Meninggalkan Perlaksanaan Undang-Undang Islam Tidak mengautkuasakan syariat Islam boleh menyebabkan seseorang atau pemerintah negara menjadi kafir atau murtad. Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya ; ketika menghuraikan maksud firman Allah surah al Maidah ayat 44: وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ menulis: Siapa yang tidak menghukum dengan syariat atau undang-undang yang Allah turunkan sebagai menifestasi penolakan terhadap al-Quran dan penentangan terhadap perintah Rasul maka dia adalah kafir.
Menurut Ibnu Mas’ud dan al-Hasan ayat ini umum untuk semua orang yang tidak menghukum dengan undang-undang yang Allah turunkan, baik orang Islam, Yahudi mahupun orang kafir. Jelasnya keengganan menghukum yang disertai dengan sikap dan keyakinan bahawa perkara tersebut tidak wajib. Tapi orang yang berbuat demikian namun dia sedar perbuatan tersebut [yakni perbuatan tidak melaksanakan undang-undang Allah] itu adalah haram maka dia dikira sebagai golongan muslim yang fasiq. Nasibnya terserah kepada Allah. Kalau Allah mahu Allah hukum dengan seksa atau sebaliknya Allah mengampuni kesalahanNya.
Syarat- syarat Sah Murtad Orang muslim yang riddahnya dianggap sah mestilah memenuhi syarat berikut: Ia adalah seorang yang ’aqil baligh Mengaku secara sukarela dan tidak dipaksa Para alim ulama dalam berbagai mazhab telah membincangkan dengan panjang lebar masaalah murtad orang yang belum baligh dan murtad dari kalangan kaum wanita.Begitu juga dikupas dengan panjang lebar kes menukar agama kerana dipaksa dan hukum yang berkaitan dengannya
Implikasi dan Kesan Murtad Dengan tindakan murtad seseorang muslim yang sabit kemurtadannya akan terkeluar dari jamaah orang Islam. Terputus ikatan wala’ sesama muslim. Ia tidak boleh mewarithi harta orang Islam.Hartanya disita. Mayatnya tidak boleh ditanam diperkuburan orang Islam. Isterinya akan terfasakh. Ia kan dihukum bunuh – selepas diberi tempoh brtaubat selama tiga hari - sebagai perlaksanaan hudud dan di akhirat ia akan masuk neraka selama-lamanya.
Menurut Syaikh Izzudin Beliq Syariat Islam menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah murtad justeru kejahatan itu menentang agama Islam yang menjadi asas sistem komuniti sosial atau jamaah. Memandang ringan dan remeh terhadap kejahatan ini akan meruntuhkan social order yang dalam masyarakat modern pun perkara ini amat dilindungi. Sebab itulah kejahatan menggugat social order dihukum dengan hukuman berat seperti itu untuk menghalang perbuatan merobohkan sendi dan rukunnya di samping sebagai sistem penggerun deterrent yang berkesan.
Sambungan Kebanyakkan negara-negara moden sekarang mengenakan hukuman mati kepada pesalah yang menggugat dan mengancam kepentingan sovereignty negara berkenaan atau menggugat teras sistem sosialnya.
Langkah-Langkah Membendung Gejala Murtad Oleh kerana usaha memurtadkan umat ini merupakan perencanaan musuh global dari kalangan Zionist , Imprealist dan sekularis serta puak liberal yang tertipu dengan dakwaan dan ajakan memerangi terrorism maka tindakan membendung murtad mestilah dengan menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan umat tentang perlunya mereka menjaga dan melindungi akidah pegangan agama mereka dengan bersungguh-sungguh
Langkah-langkah…2 Kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu menggubal dan meluluskan undang-undang mengekang murtad yang saksama sebagai langkah-langkah pencegahan dan penggerunan deterrent demi menghalang merebaknya gejala murtad di kalangan orang-orang Islam.
Langkah-langkah…3 Kempen besar-besaran mengajak umat agak menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.
Langkah-langkah…4 Seluruh jentera media massa perlu tunduk kepada polisi penyiaran yang memantapkan pegangan keimanan rakyat terhadap agama Islam tulen khasnya dan tidak menjurus ke arah melemah, melonggar dan menyebarkan pemikiran Islam Liberal, progresif, pluralis, inklusif atau Hadhari yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya dalam masyarakat
Langkah-langkah…5 Pendidikan Islam perlu dibebaskan dari campur tangan musuh Islam untuk merobek dan mengubahpinda ajaran Islam yang telah disempurnakan oleh ulama Islam leluhur. Perang global anti terrorisme yang dilancarkan oleh Amerika tidak wajar menjadi sebab untuk ditampilkan Islam versi baru samaada yang berjenamakan Islam progresif, liberal, hadhari dan lain-lain.
Langkah-langkah…6 Pihak institusi masyarakat madani, NGO Islam dan jabatan agama Islam seluruh negara wajar mengadakan sebuah sekretariat khusus untuk membuat kajian dan menjalankan penyelidikan serta memantau gejala murtad di samping meningkatkan usaha-usaha ke arah mencari penyelesaian yang berkesan terhadap gejala ini secara kolektif di bawah naungan DYMM Yang Di Pertuan Agong dengan sokongan dana khusus dari kerajaan atau sumber wang zakat.
Langkah-langkah…7 Kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan pula perlu menerima Islam dalam versi politiknya dengan menerima pakai ajaran Islam yang syumul seperti yang dibawa oleh Muhammad. S.A.W. Suatu skima Musalahah Nasional yang menghimpunkan umat dalam gerakan massa Islam yang padu dengan melibatkan seluruh kumpulan Islam baik politik mahupun NGO perlu diteroka untuk menghadapi perancangan musuh Islam yang bersifat global untuk memerangi amalan Islam murni dan tulin atas dakwaan ianya menifestasi Islam Extrimism dan Islam Politik.
Sekian dan Terima kasih