SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA DISEDIAKAN OLEH: MARDHIAH OTHMAN UNIT SEJ PPISMP JUN 2017
SUBTOPIK: UNIT TAJUK 1 INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA 2 WARISAN ISLAM DI MALAYSIA 3 BAHASA MELAYU WARISAN KITA Inilah subtopik yang bakal kita pelajari!
UNIT 1: INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA Raja dan Kerajaan Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen. Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong: * merupakan Ketua Negara Malaysia/ ketua kerajaan * menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan * merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh kabinet Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3 bahagian: (i) Badan perundangan (iii) Badan kehakiman (ii) Badan pemerintahan
Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran negara. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada ketua parti yang memenagi pilihan raya umum.
Yang di-Pertuan Agong
Konsep Daulat dan Derhaka Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga bererti kuasa atau hak tertinggi seseorang Sultan untuk memerintah sesebuah negeri atau negara. Daulat melambangkan kekuasaan yang dikhaskan kepada raja. Negara yang berdaulat bererti negara yang mempunyai hak untuk memerintah. Tujuan daulat ; (i) Memberi penghormatan tertinggi kepada raja (ii) Mengawal para pembesar dan rakyat
DERHAKA Derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kepada negara atau pemerintahannya. - rakyat bertindak melanggar perintah / suruhan raja. Orang yang menderhaka kepada raja akan dipanggil penderhaka. Kesan derhaka ; (a) Ditimpa tulah atau malapetaka (b) Dijatuhi hukuman bunuh
Kedudukan Raja pada Masa Kini Terdapat dua peringkat dalam sistem ini, Peringkat Persekutuan (a) Ketua negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (b) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri (c) Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pemerintahan mengikut undang-undang negara dengan dinasihati oleh jemaah menteri. (d) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat 5 tahun sekali. Peringkat Negeri (a) Ketua negeri terdiri daripada : - Sultan - Raja -Yang di-Pertuan Besar/ Yang di-Pertuan Negeri
(b) Ketua kerajaan negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri Senarai negara di Asia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja : -THAILAND -BRUNEI -KEMBOJA -JEPUN -QATAR Kepentingan mempertahankan institusi raja Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan. Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi raja perlu dikekalkan kerana: (i) Ia merupakan lambang kesetiaan kepada raja - Rakyat menumpukan kesetiaan kepada negara dengan taat setia kepada raja.
(ii) Institusi raja juga berperanan menjaga kesuciaan kesuciaan agama Islam dan keistimewaan orang Melayu. (iii) Institusi raja juga menjadi lambang perpaduan rakyat jelata / simbolik penyatuan rakyat. 4. Berdasarkan sejarah, negara yang mengamalkan sistem beraja lebih stabil berbanding negara yang mengamalkan sistem-sistem pemerintahan yang lain.
Cara-cara Menghargai Institusi Raja :) Bersatu padu memajukan negara Mematuhi arahan Sultan atau Raja Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan atau Raja/pemimpin dengan aktiviti yang berfaedah Menghargai sumbangan institusi beraja Mengekalkan kestabilan negara Mematuhi undang-undang negara Mengekalkan kesetiaan kepada Sultan atau Raja
SUMBER RUJUKAN http://kemahiranbelajaruntukpelajar.blogspot.my/2016/09/sejarah-tahun-5- unit-1-institusi-raja.html https://www.powtoon.com/online-presentation/g0wzJQzcdlo/sejarah-tahun- 5-institusi-raja/?mode=Movie https://www.lelong.com.my/akal-bistari-carta-standard-sejarah-kssr-tahun-5- bukubuku-167918751-2016-09-Sale-P.htm http://warisanpermaisuri.blogspot.my/2017/04/potret-rasmi-dan-tarikh- pertabalan-yang.html
UNIT 2: WARISAN ISLAM DI MALAYSIA Agama Islam telah berkembang di negara kita sejak Zaman Kerajaan Awal Melaka seperti di Kedah Tua dan Terengganu sebelum sampai ke Melaka. Penyebaran agama Islam dibawa oleh para pedagang dari yang datang dari Arab dan Parsi. Mereka menyebarkan Islam ke Sumatera dan India melalui jalan laut dan menyebarkan agama Islam ke China melalui jalan Sutera. Apabila Kesultanan Melayu berkembang, para pedagang Islam datang berdagang dan menyebarkan Islam kepada rakyat tempatan. Agama Islam menjadi agama RASMI.
BUKTI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU Batu Bersurat di Terengganu Hukum Kanun Melaka -teks pertama yang menggunakan Islam sebagai perundangan.
Perlembagaan Malaysia , Meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Namun, agama lain bebas diamalkan.
VIDEO : WARISAN ISLAM DI MALAYSIA
SUMBER RUJUKAN https://www.scribd.com/doc/261261615/Warisan-Islam-Di-Malaysia https://sejarahmalaysiaku.wordpress.com/2015/08/05/warisan-islam-di- malaysia/
UNIT 3: BAHASA MELAYU WARISAN KITA Asal usul Bahasa Melayu Berasal daripada rumpun Austronesia Merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Kepulauan Melayu Bahasa lingua france semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka lingua france ialah bahasa pengantara yang digunakan untuk berhubung antara satu sama lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kedatangan Islam memperkenalkan tulisan Jawi dan menambahkan perbendaharaan Bahasa Melayu. Kosa kata Bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris, Cina dan Tamil.
VIDEO : BAHASA MELAYU WARISAN KITA
Bahasa Perdagangan Ia memudahkan para pedagang untuk melakukan urusan jual beli
Bahasa Perhubungan Digunakan untuk berhubung dengan negara luar contohnya: surat Sultan Kelantan kepada Wright William Diff (1900- 1901)
Bahasa Pentadbiran Bahasa Melayu digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa Perundangan Bahasa Melayu digunakan dalam sistem perundangan Hukum Kanun Melaka. Ia dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa Ilmu Bahasa Melayu digunakan oleh para ulama' untuk menyampaikan ilum agama kepada Raja-raja Melayu juga rakyat tempatan sama ada di masjid ataupun istana.
Bahasa Persuratan Banyak hasil karya agung menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan. contoh : Sejarah Melayu, Tuhfat al- Nafis, dan Hikayat Raja Pasai
SUMBER RUJUKAN : http://blogcikgusejarah.blogspot.my/2016/09/sejarah-tahun-5-unit-3-bahasa- melayu.html https://www.powtoon.com/online-presentation/baLuzwTGrAy/tajuk-sejarah-tahun-5- bahasa-melayu-warisan-kita/?mode=movie
Thank You!